You are on page 1of 4

BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA

By SPM Agile / April 2, 2021

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum


Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Raja

 Tonggak utama kerajaan


 Dibantu oleh para pembesar
 Memperoleh ketaatan daripada rakyat
 Ditaati dan dianggap suci
 Contoh: Raja Champa dikaitkan dengan Dewa Siva dan
dianggap suci

Undang-undang
 Memastikan kesejahteraan kerajaan
 Menjadi panduan pentadbiran kerajaan
 Contoh: Undang-undang Kutara Manawa  di kerajaan Majapahit

Wilayah Pengaruh

 Kawasan yang rakyatnya memperakui pemerintahan raja


 Contoh: kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh dari
Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan
Segenting Kra

Rakyat

 Penduduk sesebuah wilayah


 Setia kepada raja
 Contoh: Rakyat membuktikan kesetiaan kepada Raja Srivijaya
dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu


Melaka
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam pembentukan
negara bangsa yang kukuh

Kerajaan

 Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh


pembesar
 Tonggak pentadbiran Melaka ialah Sistem Pembesar Empat
Lipatan
 Menggunakan gelaran sultan selepas kedatangan Islam

Rakyat

 Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut


 Terdapat golongan merdeka dan hamba
 Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan manakala
rakyat mengakui kekuasaan sultan
 Hubungan timbal balik ini mewujudkan persefahaman

Kedaulatan

 Lambang kekuasaan tertinggi sultan


 Diakui kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan asing
 Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ho
untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka

Wilayah Pengaruh

 Merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan


pantai timur Sumatera
 Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan

Undang-undang

 Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka


 Untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
Lambang Kebesaran

 Merupakan identiti dan keistimewaan Sultan Melaka


 Adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor
 Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan sultan

You might also like