You are on page 1of 21

LOGO PANDU

PUTERI TUNAS
SEJARAH
PENUBUHAN
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama
yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920.
Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan
nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan
hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984,
Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan
mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama
Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai
digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di
negara kita.
MAKSUD TUNAS
PUTERI
Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu
Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula
tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian, pokok ini
akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga
dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan
kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI
mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-
sifat warganegara yang sempurna.
ERTI TUNAS
T
PUTERI
Tolong orang selalu.

U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan,


Raja dan Negara.

N Nilai hidup yang murni.

A Akhlak yang utuh.

S Selalu senyum tanda persahabatan.


ERTI TUNAS
P PUTERI
Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas.

U Utamakan tanggungjawab sendiri.

T Tabah menghadapi cabaran.

E Erat dalam perpaduan.

R Rela berkhidmat untuk masyarakat.

I Indah budi bahasa.


AHLI PANDU
PUTERI TUNAS
Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia
dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga
12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program
Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas.
Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi
seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.
Seterusnya, mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit
Emas, Tangga Emas danTangan Emas di samping mengambil
ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada
Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa
seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan-santun dan
mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
PERSETIAAN PANDU
PUTERI TUNAS
Bahawa dengan sesungguhnya saya
berjanji dan bersetia dengan sedaya
upaya akan menjalankan kewajipan
saya kepada Tuhan, Raja dan Negara
saya, Malaysia, menolong orang setiap
hari, terutamanya mereka di rumah dan
mematuhi undang-undang Pandu Puteri
Tunas.
UNDANG-UNDANG PANDU
PUTERI TUNAS
I. Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang
tertua daripadanya. 
Kita mesti menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Ingatlah, suatu hari kelak kita juga akan menjadi tua. Masa
itu, kita mahukan penghormatan dan penjagaan yang baik
daripada orang-orang muda. Di samping itu, kita perlu juga
menghormati orang yang lebih muda kerana mereka juga
akan membantu jika kita memerlukan pertolongan mereka.
UNDANG-UNDANG PANDU
PUTERI TUNAS
II. Pandu Puteri Tunas tidak menurut
kehendak hati sahaja.
Seorang Pandu Puteri Tunas dapat
menyelesaikan sebarang masalah atau
tugas yang agak rumit secara mudah,
sekiranya dia tidak menurut kemahuan
hatinya sahaja. Ketika disuruh
membantu, Pandu Puteri Tunas patut
menghentikan apa yang sedang
dibuatnya dengan serta-merta dan terus
COGAN KATA PANDU
PUTERI TUNAS
'Tolong Orang Selalu' (TOS)
Cogan kata ini diucap setiap kali
Pandu Puteri Tunas selesai
membuat Istiadat Lingkungan
Pandu Puteri Tunas dan Istiadat
Hormat Besar.
KUMPULAN BERENAM
PANDU PUTERI TUNAS
UNIFORM PANDU
PUTERI TUNAS
ISTIADAT PANDU
PUTERI TUNAS
ISTIADAT
Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan
meletakkan ’pennant’ di tengah-tengah kawasan. Satu tema

LINGKUNGAN TUNAS
ditetapkan untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema
haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik.
Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu.

Arahan : Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan


dimulakan dengan kumpulan......
Respon : Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak
sebaris mengelilingi ’pennant’ dan kemudian berdiri dalam
lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan
mengambil tempat)
Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar,
semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil
menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai skip ke
kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu Pandu Puteri
Tunas.
Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara
Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir
ISTIADAT
(tanpa pegang tangan), berskip dan ’humming’
LINGKUNGAN TUNAS
lagu kumpulan. Ahli kumpulan akan membuat
lingkungan kecil di sekeliling ’pennant’, pegang
tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil
menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai ahli
kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk
semula ke lingkungan besar didahului dengan
ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke
lingkungan besar, ahli sekali lagi ’humming’ lagu
kumpulan.
Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan
lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan
dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan
ISTIADAT
LINGKUNGAN
Setelah selesai menyanyikan lagu PP Tunas TUNAS
dan berskip,
semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak .

Pemimpin : akan sebut perkataan ’T.O.S’ sekali


Ahli : Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan
sebut T.O.S tiga kali.

Setelah selesai serentak turunkan tangan.

Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti


menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan
pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain.
Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara
yang diguna dalam dalam kuda.
ISTIADAT
Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu
• Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara
LINGKUNGAN TUNAS
rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengah dan duduk bertinggung.
• Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli
baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu ahli baharu
sambil skip ke kiri dan kanan.
• Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka.
• Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan
lagu PP Tunas.
Penutupan perjumpaan mingguan
Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk
lingkungan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas. Apabila
pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli
berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar.
Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan Lagu Lonceng.
Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing
masing. Pemimpin boleh memberi arahan ’keluar baris’ dan semua
• Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan
Pow Wow.
• Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan
ISTIADAT POW WOW dan menyebut Pow
Wow berulang kali.
• Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk
berlutut.
• Pemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka
ingin memberi
pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab (3
jari).
• Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan
dibelakang dan
tunjukkan isyarat seperti genggam jari : tidak setuju /
buka gengaman
(setuju).
• Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli
ISTIADAT HORMAT
Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak
dibawah dagu seperti kuntum bunga yang belum
berkembang. BESAR
Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli
lain.
Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi
menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-
ansur berkembang.
Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk
tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap ”
selamat datang ”. Kemudian bertepuk tangan di atas
bahu kanan empat kali dan menyebut ” selamat datang”
.
Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat
sambil memberi senyuman.
LAGU
Lagu Pandu Puteri Tunas Lagu Ahli Baharu
Puteri Tunas bertujuan Ahli baharu suka hati
Menolong dan berkawan Menjadi Puteri Tunas
Lagu Kumpulan
Siantan datang berkawan Melor taat dan setia Kami
bernama kenanga
Berani macam pahlawan Beruasaha setiap masa Berjasa
bertenaga

Cempaka bersuka ria Bunga teratai nama kami


Kami kesidang datang
Laguorang
Menolong Lonceng
duka Pandu Bekerja setiap hari Menolong
pagi petangPuteri Tunas
Oh Tuhanku seruan Lagu Selamat Datang
hambamu Selamat datang tuan/puan
Beri kami nikmat sepanjang Selamat datang tuan/puan
hayat Selamat datang kami ucapkan
Selamat tinggal / Malam Selamat datang tuan/puan
(3x)

You might also like