You are on page 1of 14

BENDERA MALAYSIA

Maksud lambang dan warna pada Bendera Malaysia

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara

BENDERA NEGERI SEMBILAN Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini

LAMBANG NEGERI SEMBILAN Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

IKATAN DAN SIMPULAN Dalam mengikuti aktiviti Pandu Puteri terutama bagi aktiviti luar, pemimpin dan ahli perlu menggunakan pelbagai kemahiran simpulan dan ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan, namun begitu terdapat beberapa yang sering digunakan. Diantaranya ialah simpul buku sila, manuk, seraya, bunga geti, silang tungku dan lilit kacang.

Buku sila

Diguna untuk mematikan ikatan. Lilit Dua Simpul ( Round Turn Two Half Hitches) Kegunaannya: Lilitan ini sangat kuat dan teguh. Oleh itu, lilit dua simpul boleh digunakan untuk mengikat tali pada bot, pokok, tiang atau pada hujung tali khemah. Cara-cara membuatnya:

Tambat Seraya (Square Lashing) Kegunaannya: Tambatan ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, bukuh, tiang dan seumpamanya yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Tambat seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk.

Cara-cara membuatnya:

Tambat Serong (Diagonal Lashing) Kegunaannya: Tambatan ini digunakan untuk mengikat dua tiang atau palang yang bersilang. Tambat serong berguna untuk membuat jambatan, menara, para dan lain-lain. Kegunaannya lebih kurang sama dengan tambat seraya. Cara-cara membuatnya:

Tambat Silang Gunting (Sheer Lashing) Kegunaannya: Tambatan ini digunakan untuk mengikat beberapa batng kayu atau buluh yang selari supaya boleh menghasilkan silang seperti gunting. Caranya ialah dengan memulakan lilitan manuk dan kemudian lilitkan tali pada batang-batang kayu atau buluh dengan kemas dan ketat. Matikan ikatan dengan memasukkan tali di celah-celah kayu atau buluh agar bersilang seperti gunting. Cara-cara membuatnya:

Lilit Manuk (Clove Hitch) Kegunaannya: Lilitan ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang bala, pancang dan sebagainya. Lilitan ini juga boleh digunakan sebagai permulaaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan-ikatan lain seperti tambat seraya dan tambat silang gunting. Cara-cara membuatnya:

Simpulan Bungkusan (Packers Knot) Kegunaannya: Simpulan bungkusan boleh digunakan untuk mengikat bungkusan secara berperingkat, iaitu dari permulaan hingga siap. Simpulan ini juga senang dilucutkan apabila ditarik. Cara-cara membuatnya:

Simpul Pulih (Sheep Shank) Kegunaannya: Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotongnya. Di samping itu, bahagian tali yang sudah reptu juga dapat dikuatkan dengan menggunakan simpul pulih. Ini dapat dilakukan dengan melipat bahagian tali yang sudah reput itu dan kemudian buat simpul pulih atau dengan memasukkan kayu menerusi gelung-gelung dan ke bawah bahagian tali yang panjang. Kemudian ia diikat kuat-kuat supaya tidak mudah terlucut. Cara-cara membuatnya:

2.3.8 Lilit Balak (Timber Hitch) Kegunaannya: Lilit balak bersesuaian dengan namanya digunakan untuk mengikat kayu balak agar mudah ditarik. Selain itu, lilitan balak juga digunakan untuk mengikat tiang kapal dan bungkusan besar. Cara-cara membuatnya:

2.3.9 Simpul Tindih Kasih (Bowline) Kegunaannya: Simpul tindih kasih merupakan sejenis tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpulan ini digunakan untuk kerja-kerja menyelamat. Contohnya untuk mengikat pinggang orang yang diselamatkan dari laut.simpulan ini juga digunakan untuk mengikat leher binatang ternakan atau peliharaan supaya tidak terjerut. Cara-cara membuatnya:

2.3.10 Tambat Silang Tungku (Tripod Lashing) Kegunaannya: Tambatan ini digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu sehingga boleh didirikan seperti tungku untuk digunakan sebagai penyokong. Cara-cara membuatnya:

Cerita Tommy dan Betty Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak dicuci. Baju tidak digosok. Permainan bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas rumah. Ibu mereka merungut lalu berkata Kalaulah ada Brownie, tentu rumah saya kemas. Tommy bertanya, siapakah Brownie itu. Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum waktu Subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia. Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya? kata Betty kehairanan. Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu dengan burung Hantu yang bijaksana. Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang bijaksana. Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung hantu itu di atas dahan. Mereka memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar. Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu dengan Brownie. Burung hantu berpesan. Untuk bertemu Brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali.

Mereka perlu berkata Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air rupa.

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri. Tommy dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan Brownie yang dicari. Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di atas pokok. Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya nampak wajah mereka sendiri di dalam air.

Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah. Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa. Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi. Mereka mengemas rumah, menyapu sampah,

mengelap lantai dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan. Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.

IKRAR PERSETIAAN PANDU PUTERI

Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI

1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puterisentiasa sopan santun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

HORMAT PANDU PUTERI Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ. orang-orang

Burung Hantu Telinga Pendek

Burung

Hantu

Telinga

Pendek

ialah

satu hantu

spesies yang

burung

hantu

tipikal daripada famili Strigidae.Burung-burung

tergolong

dalam genus Asio dikenali sebagai burung hantu telinga kerana burung-burung ini mempunyai jambak-jambak menonjolkan bulu yang seakan-akan ketika telinga mamalia. Asio berlagak untuk

flammeus akan

jambak-jambaknya

mempertahankan diri. Nama saintifiknya Asio flammeus.

Rupa Burung Hantu Telinga Pendek ialah burung hantu yang sederhana saiznya, dengan panjangnya antara 3443 sentimeter (13 - 17 [[inci) dan berat 206475 gram (11 to 13 auns). Burung ini mempunyai kepala dan mata yang besar, leher yang pendek, serta sayap yang lebar. Paruhnya pendek, kukuh, bengkok, dan berwarna hitam. Bulunya bercapuk-capuk dengan warna kuning keperang-perangan sehingga warnaperang, dengan ekor dan sayap yang berjalur, khususnya pada dada atasnya (Alsop 2001). Rentang sayapnya berbeza-beza antara 85 hingga 103 sentimeter (38 - 44 inci).

Taburan Burung Hantu Telinga Pendek hidup di semua benua, kecuali Antartika dan Australia. Oleh itu, burung ini merupakan salah satu burung yang mempunyai taburan yang paling besar. Ia membiak di Eropah, Asia, Amerika Utara & Selatan, Caribbean, Hawaii,

dan Kepulauan Galapagos. Burung Hantu Telinga Pendek merupakan unggas hijrah separa yang terbang ke selatan dari bahagian-bahagian utara taburannya pada musim sejuk. Burung hantu ini diketahui akan berpindah ke kawasan-kawasan yang mempunyai banyak rodensia (Ehrlich 1988).

Pembiakan Burung Hantu Telinga Pendek bersarang di atas tanah di habitat-

habitat prairi, tundra, savana, atau padang rumput. Sarang-sarangnya disembunyikan oleh tumbuh-tumbuhan yang rendah, dan mungkin dilitupi oleh sedikit rumpai, rumput,

atau bulu burung (Ehrlich 1988). Antara 4 hingga 7 biji telur putih boleh didapati dalam sebuah sangkak, tetapi saiz sangkak boleh mencapai sehingga sedozen biji telur pada tahun-tahun apabila bilangan vol amat banyak.

Diet dan tabiat mengumpul makanan Memburu makanan biasanya berlaku pada waktu malam, tetapi Burung Hantu Telinga Pendek ialah burung siang dan krepuskul, serta juga burung nokturnal. Ia cenderung terbang hanya beberapa kaki di atas tanah di padang terbuka dan padang rumput sehingga menukik pada mangsanya dengak kaki lebih dahulu (Alsop 2001). Beberapa ekor burung hantu akan memburu di kawasan terbuka yang sama (Kaufman 2000).

You might also like