You are on page 1of 14

SENI ANYAMAN TIKAR MENGKUANG-KELARAI

Anyaman Tikar Mengkuang - 


Kelarai Kepala Lalat bersulam kelarai bunga.

Foto hiasan - Menganyam Tikar Mengkuang

Menganyam ialah proses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang
telah diproses mengikut tatacara tertentu. Seni anyaman ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi
dalam masyarakat melayu terutamanya di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang,
kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti
corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara
tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut
kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat
satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain
seperti kangkung dan sebagainya.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan
menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan
cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga
telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk
(jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti
siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk
bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi,
mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Di sini unsur ini amat jarang
diterapkan kerana agak sukar untuk membentuknya dan memerlukan kemahiran yang tinggi bagi
penganyamnya,  

Di Telok Bakong lebih popular dengan jenis ragi atau kelarai bentuk bebas, seperti kelarai belah
ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai,
perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang
digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah
dicelupkan dua warna yang bertentangan antaranya. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu,
atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar belakang corak.
Bilah-bilah daun mengkuang berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan
menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan. 

Peringkat Anyaman
     
Terdapat lima peringkat proses menganyam iaitu :

A) Lagang

Kerja-kerja lagang adalah asas atau tulang kepada rekabentuk anyaman tikar mengkuang       serta
juga menentukan panjang dan bentuk anyaman.Susunan warna sesuatu anyaman biasanya
dinamakan ‘corak’.

       B) Anyaman

       Anyaman pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau     
anyaman sulam.Anyaman dimulakan dari bahagian tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bahagian
tepi.Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis
warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan bentuk anyaman bagi menyerlahkan bentuk
kelarai.

C) Pepeh atau Lepih

Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman

D) Sisip

Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam bilah anyaman atau disisip supaya nampak
kemas dan tidak terurai dari anyaman.
E) Kerat

Pepeh,sisip dan kerat adalah kerja-kerja berkaitan diantaranya. 

Setelah siap menganyam marilah kita lihat hasil anyaman kelarai tersebut yang antaranya disimpan
begitu lama oleh pemiliknya. Ada sebahagian dari tikar yang disimpan sudah berusia 30tahun. Tikar-
tikar mengkuang ini adalah hasil usaha oleh Puan Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali sendiri kecuali tikar
rubai yang dibeli dari Alang Payang (perempuan) dari Lambor Kiri/Kuchai. Beliau juga dizaman 70an
menganyam tikar untuk dijual diMukim Lambor, Padang Changkat, Sedingka, Bota Kanan dan hingga
ke Pulau Tiga Kampong Gajah. Harga sekeping tikar ketika itu adalah serendah 0.70sen sehelai dan
paling tinggi pun RM3.50 dengan saiz tikar panjang sembilan, tujuh dan enam  serta lebar sekitar
3.5kaki,4kaki, 4.5 atau 5kaki.

  Puan Hajjah Fatimah Mohd Ali.

Tikar-tikar mengkuang yang dihasilkannya sendiri melalui anyaman dari mengkuang ditebing Chu
Talak dan tebing Lamah :-
            Kelarai(ragi) Kepala Lalat

Ragi Corak Pelikat

Ragi Beras Patah.


Ini juga dalam bentuk kelarai bercorak/beras patah.

Kelarai(Ragi) Temose.

Kelarai jenis bercorak Temose.


Tikar Beralas (ada unsur tambahan kain 
merah dijahit dibahagian tepi).

Anyaman Halus untuk tikar jenis ini.

Gaya dan Corak anyaman Tikar Beralas.


Kelarai berbentuk empat segi 
diatas anyaman biasa Tikar Beralas.

Tikar Mengkuang Rubai.


(Kelihatan bilah-bilah daun mengkuang 
yang sedikit tebal dan kasar)
Tikar Rubai.

Rubai.(Anyaman Kelarai cara biasa)


Tikar Mengkuang pandan.

Kelarai Biasa bagi Tikar Mengkuang Pandan.

Tikar Beralas.

Kegunaan tikar beralas di Mukim Lambor ini adalah untuk majlis-majlis kenduri kahwin bagi melapik
tempat khas Juru Nikah dan Pengantin Lelaki sahaja. Ia merupakan jenis-jenis tikar berada dimajlis
khas sahaja. Ada juga tikar beralas ini digunakan untuk lapik tempat sembahyang di rumah-rumah
mukim Lambor.Tak ketinggalan juga tikar jenis ini dikhaskan juga untuk melapik jenazah bagi
pengiringan ke liang lahat dan turut di hadiahkan kepada imam yang membaca talkin si mati.

Tikar Bercorak dengan Kelarainya (raginya).

Tikar jenis ini dibentangkan dimajlis-majlis kenduri kendara seperti dianjung dan ruang ibu rumah
untuk tetamu duduk dibahagian ini. Suasana rumah berwarna warni dengan corak kelarainya dan
memeriahkan lagi majlis majlis yang diadakan.

Tikar Rubai.

Kebiasannya saiz tikar jenis ini adalah besar dan memanjang, ia juga digunakan untuk dibentangkan
diruang tamu dan ibu rumah bagi keselesaan tetamu yang hadir. Tikar rubai juga sesuai untuk
dibentangkan juga di laman rumah atau diluar rumah ketika persandingan pengantin diadakan
didepan rumah. Dengan ketahanan tikar ini kebanyakan orang dahulu menggunakannya untuk
menjemur padi sebelum di tumbuk dengan menggunakan lesung padi.

Tikar Pandan.

Tikar pandan banyak digunakan untuk lapik tempat sembahyang dan tempat tidur orang dulu-dulu,
ianya lembut dan mudah rosak untuk kegunaan berlasak ditempat lain.

Mengkuang Laut.

Daun mengkuang laut pula dianyam terus untuk membuat simpanan penganan (dodol dan wajid)
kerana daun berkenaan berbau wangi serta tahan untuk menyimpan kueh traditional tersebut
disamping digantung ditepi dapur kayu. Begitulah orang dulu-dulu menyimpan kueh berkenaan
sehingga tahan setahun atau lebih.

Ulasan Penulis.

Kini sudah tiada lagi kawasan tanaman mengkuang di susur tebing-tebing air mati dan generasi
sekarang juga tak berminat untuk mempelajari bidang anyaman ini. Sejajar dengan pekembangan
zaman yang serba cepat serta mudah didapati pula generasi kita telah beralih kepada tigar getah
yang berbagai warna dan bentuk serta jenisnya. Agak sukar menemui tikar-tikar mengkuang dirumah-
rumah kita dikala ini kerana perubahan cara hidup dan pelbagaian jenis lantai serta jenis rumah telah
menghakis penggunaan tikar mengkuang itu sendiri dikalangan masyarakat kita. Penulis melihat
pokok mengkuang tumbuh subur di sekitar tepi tebing sungai di Kampong Paloh serta di tebing
Kampong Air Mati Bota. Masih adakah lagi yang berminat menganyam tikar ? atau perkara tersebut
untuk generasi tua sahaja.

Anyaman

                                                            

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak
perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan. Menganyam merupakan
salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi,
kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.
Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti
perabot dan perhiasan diri.

 Sejarah dan Perkembangan Anyaman


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan
Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada
masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan
daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman
pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh
raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang


Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu
tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium
Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

 LANGKAH ANYAMAN TIKAR


1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.
2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3. Bilah daun baru ditambah (C)
4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7. Bilah (A1) dilipat ke bawah
8. Bilah (B2) dilipat ke bawah
9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)

11.Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah


11. 
CONTOH-CONTOH ANYAMAN
                                                  
                                                               Anyaman lidi

                                                               Anyaman mengkuang
                                                                 Anyaman buluh

                                                        Anyaman rotan

                                                              Anyaman daun sal


                                                             Anyaman daun pandan

You might also like