You are on page 1of 44

SIVIK SMK PUNCAK ALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN.

NAMA:MUHAMMAD AFIF HAZIQ KELAS:2 JUJUR TAJUK:ANYAMAN TIKAR NAMA GURU:PUAN ANI MINA

BIL 1.0

KANDUNGAN PENGENALAN 1.1DEFINISI 1.2SEJARAH PERKEMBANGAN 1.3TOKOH ANYAMAN 1.4BAHAN ANYAMAN 1.5JENIS-JENIS ANYAMAN 1.6FALSAFAH OBJEK DAN KARYA SENI 1.7SENI ANYAMAN DIMENSI BARU ANYAMAN DAUN DAN DAUN MENGKUANG 2.1PENGENALAN 2.2MEMPROSES BAHAN 2.3PERALATAN ANYAMAN

M/S 2-

2.0

SIVIK

SIVIK
2.4PROSES ANYAMAN 2.5JENIS-JENIS KELARAI 2.6RUPA BENTUK TIKAR 2.7KEMASAN DAN PERSEMBAHAN 2.8PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN 3.0 ANYAMAN BULUH 3.1CIRI-CIRI KELARAI BULUH 3.2BAHAN,ALAT,DAN PROSES ANYAMAN 3.3JENIS-JENIS KELARAI BULUH 3.4KEMASAN DAN PERSEMBAHAN 3.1PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN PENGHARGAAN

4.0

SIVIK

SIVIK

1.0 PENGENALAN

1.0 Pengenalan Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakatdi nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyammembentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan keranatumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya,kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenistumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuhtumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciritumbuhtumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakatMelayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripadatumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapabahan tumbuhan lain yang dikeringkan

SIVIK

SIVIK
1.1 Definisi Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang bolehdianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan inibiasanya mudah dikeringkan dan lembut.Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian atau jaluran bahan menjadisatu rumpuan yang kuat dan boleh digunakan dengan mengikut disiplin tertentu

1.2 Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. PerkembanganSejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman padamasa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahandaripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan padazaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkatkampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,Cendering dan Kuala

SIVIK

SIVIK
Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktivitianyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,Sarawak dan Sabah

1.3 Tokoh Anyaman 1)PUAN AMINAH BINTI ALI Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitutempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliaumemenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muziumNegara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman: i. ii. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kel arai Sa-mbas HAJAH ASIAH BT. SALLEH DARI NEGERI TERENGGANU MENCIPTA KELARAI TAPAK HARIMAU iii. Hajah samek dari negeri terennganu mencipta kelarai mak mek iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai sisik kelah

SIVIK

SIVIK
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelar ai bunga

1.4 Bahan Anyaman


Jenis bahan yang banyak digunakan untuk penghasilan barangan kraf tangan anyaman diMalaysia ialah daun pandan, daun mengkuang, buluh, dan rotan. Pelbagai jenis bahan bolehdigunakan untuk membuat anyaman. Antara bahan yang popular ialah: = daun pandan = daun mengkuang = Buluh = Rotan = Lidi Kelapa = Bertam = paku pakis = ribu-ribu

SIVIK

SIVIK

Contoh:- i) Kelarai (Daun pandan) ii) Tikar (Mengkuang) iii) Kipas (Buluh) iv) Tudung saji (Rotan) v) Bekas roran (Rotan) vi) Bekas telur (Lidi kelapa) (seperti diatas)

SIVIK

SIVIK

vii) Nyiru (Bertam) ix) Bekas serba guna (Paku-pakis ribu-ribu)

1.5 Jenis jenis Anyaman Jenis Bahan Hasil Anyaman

Anyaman Daun Tikar, tudung Mengkuang mengkuang salji,bekas pakaian dan lainlain Anyaman Daun Tikar sembahyang Pandan pandan dan hiasan duri dinding Anyaman Jenis-jenis Bakul,bekas Buluh buluh yang pakaian,ngiru,beg sesuai dan lain-lain Anyaman Rotan yang Tempat buaian

SIVIK

SIVIK
Rotan Anyaman lidi Anyaman ribu-ribu telah di proses Lidi kelapa Paku-pakis ribu-ribu anak dan lain-lain Lekar,bekas buah dan bekas telur tempat tembakau,bekas sirih terbus,bekas serba guna dan lain-lain

1.6 Falsafah obejk dan karya seni tersebut dihasilkan Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resamnyatetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangannya.

Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai mengisi masalapang.

Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.

SIVIK

SIVIK
Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itu mempunyai sifatkewanitaan yang sempurna.

Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifat lembut danboleh digulung.

Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.

Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan danmotif. 1.7 Seni Anyaman Dimensi Baru Seni anyaman mengkuang/pandan telah berubah mengikut peredaran masa dalam memenuhicitarasa masyarakat. Bidang kraf anyaman bukan sahaja tertumpu kepada proses pembuatantradisional seperti tikar dan bakul malah hasil anyaman telah diubah dan digubah mengikutkehendak masa kini seperti pengadang ruang,terendak lampu, hiasan dinding dan sebagainya.

SIVIK

SIVIK

2.0 Anyaman daun pandan dan daun mengkuang


2.1 Pengenalan Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasanyang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandandan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripadaanyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesisyang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Olehyang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebihbesar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namunbegitu, bilah anyaman mengkuang tidak

SIVIK

SIVIK
semestinya lebih lebar daripada bilah anyamanpandan.Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebihhalus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yangtinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuangyang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapuratau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamudibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

2.2 Memproses Bahan Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagianumbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapiditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup danmengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandandan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair danlicin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnyauntuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun ituhampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecilhingga layu.Kadangkala daundaun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu.Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya.Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat

SIVIK

SIVIK
pada tulang belakang dan sayap mengkuangdibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duribelakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itukemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurutdilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tigahari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurangkurangnya dua kali supayabilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Bahan Anyaman 1.Daun Pandan Pohon rimbunan rendah, daunnya lebat, dan rendang. Bentuk daun kecil, lembut, berkilat dan berduri tajam. Buahnya wangi dan berwarna pinang masak. Sesuai digunakan untuk membuat tikar yang bermutu tinggi. Hasil anyaman pandan halus dan lembut tetapi tidak tahan lama. Banyak terdapat di Terengganu, Pahang, dan Kelantan. Membiak di kawasan pantai yang berpaya. 2.Daun Mengkuang Pohon tinggi dan kurang bercabang. Bentuk daun panjang dan pohonnya besar. Daunnya kasar dan keras tetapi duri tidak setajam daun pandan.

SIVIK

SIVIK
Sesuai digunakan untuk membuat tikar yang besar. Hasil anyaman mengkuang lebih kasar dan keras tetapi tahan lama. Banyak terdapat di Perlis, Kedah, Perak, dan Melaka. Hidup liar di kawasan air tawar dan kawasan padi jauh dari laut. Masa dan Cara Pengambilan Daun 1.Daun pandan atau mengkuang boleh diambil apabila tumbuhan tersebut berusiasekurang-kurangnya dua tahun. 2.Pengambilan daun seterusnya hanya dilakukan sekali dalam setiap bulan. 3.Masa yang sesuai untuk mengambil daun ialah waktu pagi atau petang. 4.Pada musim tengkujuh, daun tidak sesuai diambil kerana daun lambat kering apabiladiproses dan kelihatan berbintik hitam. 5.Daun yang diambil akan dipotong di bahagian pangkal pohon sehelai demi sehelai

Teknik Memproses Daun 1.Daun-daun yang diambil dari pohon akan disusun berlapis-lapis antara tiga hingga limahelai lalu dipotong di pangkal dan di hujungnya. 2.Duri empulur yang terdapat di kiri dan di kanan daun serta pembuluh atau tengah daunhendaklah dibuang. 3.Daun kemudian dilayur di atas bara api sehingga berwarna kekuningan untuk melembutkannya.

SIVIK

SIVIK
4.Gunakan jangka untuk memotong dan membentuk helaian daun mengikut lebar yangdikehendaki. 5.Daun dianginkan selama satu jam. 6.Daun kemudian dilurut dengan pelurut supaya lembut dan tidak tergulung. 7.Daun ditongkolkan dan direndam didalam tempayan berisi air selama dua hari dua malamuntuk melunturkan warna asal daun yang hijau itu. 8.Air perlu ditukar dua kali sehari. 9.Tongkol daun akhirnya dibuka dan dicuci serta dijemur sehingga kering dan berwarnaputih pasir. 10.Untuk mendapat warna, daun yang kering tadi direbus dengan warna pencelup sehinggabertukar kepada warna yang diingini.

SIVIK

SIVIK

SIVIK

SIVIK

.Proses penyediaan daun


Proses penyediaan daun bermula dengan; 1. .Pemilihan dan pemotongan daun .Daun dipilih tidak terlalu tua atau muda (berusia lebih kurang dua tahun) .Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. .Waktu sesuai mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkandaun cepat layu. .Daun yang telah diambil, disusun berlapis antara tiga hingga lima helai dan dipotongdi bahagian pangkal dan hujung daun. .Kemudian duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun dibuang.

SIVIK

SIVIK

2. Melayur daunDaun dilayur diatas bara api sehingga kekuning-kuningan. .Bertujuan supaya daun menjadi lebih lembut bagi memudahkan prosesmenjangka dan tahan lebih lama. 3.

SIVIK

SIVIK
Menjangka daun .Proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil dengan menggunakan alat`jangka`. .Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata tajam dicucuk pada daun danditarik perlahan-lahan. .Saiz bilah ditentukan melalui penggunaan jangka. Sekiranya bilah yang bersaiz kecildikehendaki, jangka yang yang jarak mata yang rapat digunakan. .Melalui proses menjangka ini juga, duri yang terdapat di bahagian kiri dan kanan daun akan dibuang

4. Melurut .Daun yang telah dijangka dibiarkan lebih kurang satu jam supaya kering. .Kemudian bilah daun dilurut menggunakan alat pelurut.

SIVIK

SIVIK
.Dilakukan berulang kali supaya bilah daun menjadi lembut dan tidak bergulung

5.Merendam .Selepas melurut, bilah-bilah daun diikat atau ditongkolkan untuk direndam di dalam tempayan yangmengandungi air biasa selama dua hari dua malam. .Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. .Tujuan direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau). .Selepas cukup tempoh direndam, ikatan tongkol ini dibuka untuk dicuci dan dijemur

2.3 Peralatan Anyaman

SIVIK

SIVIK
1.Parang untuk memotong daun dari pokoknya dan menetak bahagian pangkal dan hujungdaun.

2,3,4,5

2.pisau untuk membuang empulur dan duri daun SIVIK

SIVIK 3.jangka 4.pelurut 5.penyisip

Menganyam Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupundi bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yangberbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji

Anyaman pandan SIVIK

SIVIK
2.4 Proses Anyaman

SIVIK

SIVIK
2)Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. 3)Tiap-tiap satu bilah mengkuang dibentuk seperti `V` di bahagian tengah iaitu tempatsesuatu anyaman bermula.

2.Anyam 1.Membuat badan tikar, kelarai atau bucu pada anyaman tersebut. 3.Anyaman melibatkan tiga proses;1. Anyaman kelarai2. Anyaman biasa3. Anyaman sulam

SIVIK

SIVIK
4.Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai kebahagian tepi. Ketika inianyaman tikar dalam bentuk empat persegi. 5.Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak,anyaman jenis sulaman digunakan 3.Pepeh 1.Proses terakhir untuk membuat tepi tikar, juga disebut sebagai anyaman tepi atauanyaman mati Dikenali juga sebagai `anyaman mati` pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepi dan kemudian dijahit pada barangan yangdikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti;1.Tepi betul2.Tepi susut3.Tepi sepit ketam4.Tepi gigi yu5.Tepi pulas6.Tepi tulang belut

4.Sisip 1.Hujung lebihan daun direncongkan dan disisip supaya daun tidak mudah terburai.2. Proses ini memerlukan alat `penyisip` bagi merenggangkan bahagian anyaman bagimemudahkan lebihan bilah daun yang direncungkan (tajamkan) masuk. 3.Tujuannya untuk mengelakkan anyaman terburai. 5. Kerat

SIVIK

SIVIK
1.Membuang baki bilah daun supaya hasil anyaman menjadi lebih kemas dan menarik. 2.Lebihan atau baki bilah daun anyaman dipotong menggunakan pisau.

2.5Jenis-jenis Kelarai 1.UNSUR DAN PRINSIP SENI 1.Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan bentuk yang dijalinuntuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama. 2.Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman. 3.Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan pelbagai jenis kelarai. 4.Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang menarik. 5.Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsurtumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yang dihubungkaitkan dengan namaorang. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk daun pada anyaman. Anyaman yang tidak berkelarai dinamakan anyaman biasa atau anyaman ghadas. Biasanya, hanya dua jenis warna berkontra digunakan. Terdapat beberapa kategori kelarai. Antaranya:Kelarai berasaskan floraKelarai berasaskan faunaKelarai berasaskan rupa geometriKelarai berasaskan rupa abstrak

SIVIK

SIVIK
Kelarai berasaskan nama pereka dan tempat

1. a) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan 1.Kelarai Bunga Api Anyaman yang pecah seakan-akan bunga api. Dikenali juga sebagaiKelarai Tok Anggor Paka,Trg.

2.Kelarai Bunga Cempaka Kelarai yang menyerupai bunga cempaka.Gelarannya diberioleh Hjh.Semek ketika dianyam oleh Cik Asiah dari Kg.Tepoh,Trg.

SIVIK

SIVIK
1. b) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan 1.1.Kelarai Bunga Melor Cantuman dari bunga Ator yang menghiasi kelopak bunga melor.

2.Kelarai Bunga Cempaka Kelarai yang menyerupai bunga cempaka.Gelarannya diberioleh Hjh.Semek ketika dianyam oleh Cik Asiah dari Kg.Tepoh,Trg.1. b) Kelarai Yang Berunsurkan TumbuhTumbuhan 2.1.Kelarai Bunga Melor Cantuman dari bunga Ator yang menghiasi kelopak bunga melor. 2.Kelarai Bunga Kelabutan Didapati dari Kg.Benoni,Sabah. Menurut Dayang Aisahbt.Awang Husin,kelarai ini berasal dari Brunei.

SIVIK

SIVIK

2. a) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak 1. Kelarai Berakar Menurut Hjh.Semek,kelarai ini seakan-akan Kelarai Jari Kedidi tetapiia lebih kecil.Justeru itu ia kelihatan seperti akar-akar pohon.

2. Kelarai Beras Patah Rupa bentuknya ringkas dengan susunan berbentuk `V`.Warnaputih berlatar belakangkan hitam memberi

SIVIK

SIVIK
gambaran seperti biji-biji berasbertaburan.Corak ini sering digunakan untuk tikar berukuran besar.

2. b) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak 1. Kelarai Mata Berkait Menyerupai Kelarai Tapak Harimau tetapi lebih rapat.Setiap matayang dianyam bertemu, sebab itu digelar mata berkait.

2. Kelarai Pecah Lapan Dikelilingi dengan corak yang seakanakan bunga kelopak lapan.Jangkauanya sebanyak tujuh helai daun mengkuang. Tidak sesuai untuk anyamantikar kecil kerana jangkauan panjang membuat tikar tidak tahan lama.

SIVIK

SIVIK

3. a) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan 1. Kelarai Buntut Siput Anyaman yang rapat dan kemas. Sesuai untuk tikar besar dan kecil.Menurut Hjh.Semek,kelarai ini berasal dari Kemaman,Trg.

2. Kelarai Jari Kedidi Sempena bekas tapak jari kedidi yang dijumpai oleh Hjh.Semek danrakan-rakannya ketika mengayam di tepi pantai.

SIVIK

SIVIK

3. b) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan1. Kelarai Kepala Gajah Diilhamkan dari corak kain yang menutupi kepala gajah tunggangan raja-raja.

2. Kelarai Anak Ikan Anyaman ini juga dikenali sebagai Belalang cucuk di Paka, Trg.

SIVIK

SIVIK

4. a) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia 1. Kelarai Cik Kedah Bersila Dikenali juga sebagai Bunga dalam Kelarai

2. Kelarai Cik Kedah Ketapang Kelarai ini berasal dari Ulu Marang dalam bentuk tikar.Tetapi terdapat sedikit perubahan ketika Hjh.Semek dan Hjh.Minah cubamencontohinya.

SIVIK

SIVIK

4. b) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia1. Kelarai Mak Mek Kelarai hasil ciptaan Hjh.Semek yang mengubahsuai sejenis kelaraiyang berasal dari Ulu Marang,Trg. Rakan-rakannya mencontohi gubahannya itu danmenggelarkan Mak Mek sempena namanya

2.Kelarai Cik Kedah Berakar Juga digelar Permaidani di Paka,Trg kerana sepertipermaidani.

SIVIK

SIVIK

Contoh:-

SIVIK

SIVIK

2.6 Rupa Bentuk Tikar 1.Bahagian tikar.

SIVIK

SIVIK

2.Corak tepi tikar

3.Corak tikar ialah susunan warna secara berselang-seli pada sesuatu anyaman biasaatau ghadas tanpa kelarai. Contoh:-

SIVIK

SIVIK

4.Fungsi dan kegunaan pelbagai jenis tikar. a) Tikar biasa- luas dan lebar- sebagai hamparan tempat duduk atau tidur b) Tikar sembahyang- halus dan kecil, sesuai digunakan untuk orang Islam bersembahyang- juga dinamakan tikar sejadah c) Tikar nikah- alas tempat duduk pengantin lelaki dalam upacara akad nikah- tidak banyak dibuat kini, hamparan permaidani atau tilam khas telah mengambil tempatnya d) Tikar parudan- kecil- tempat menadah isi kelapa diparut dari kukur kelapa e) Tikar jemuran- luas, lebar, dan kasar- digunakan khas untuk menjemur padi

SIVIK

SIVIK

d) Tikar parudan- kecil- tempat menadah isi kelapa diparut dari kukur kelapae) Tikar jemuran- luas, lebar, dan kasar- digunakan khas untuk menjemur padi 2.7Kemasan Persembahan Anyaman sama tegang dan rapi Ketelitian pemati Ketepatan bentuk Keratan tepi tikar rapi dan kemas Penyambung daun kemas, kukuh, dan tersembunyi Corak tersusun Kombinasi warna penarik 2.8 Penjagaan dan Pemeliharaan Tikar perlu digulung, jangan dilipat Elakkan tikar daripada terdedah kepada cahaya matahari dan hujan

SIVIK

SIVIK
CORAK ANYAMAN TIKAR Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa ataughadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hinggameninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukurandan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warnacerah dan gelap Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu matasahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakanakan beras patah. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga matadiselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beraspatah. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyamdengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau danputih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri danserong. Corak Muar

SIVIK

SIVIK
berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah danbiru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam matasama banyak dan selari. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapiuntuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. Corak Serong -corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh iniserta amat digemari oleh para penganyam. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat.Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

3.0 anyaman buluh 3.1 Ciri-ciri kelerai buluh


1.Kelarai buluh sejenis anyaman yang biasa terdapat di Semenanjung Malaysia,terutamanya di negeri Kedah dan Perlis. 2.Pada zaman dahulu, kelarai dijadikan sebagai dinding rumah, masjid, dan istana.

SIVIK

SIVIK
3.Kini, kelarai lebih popular sebagai alat hiasan rumah, restoran, hotel, dan sebagainya.

4.2 Bahan, Alat, dan Proses Anyaman 1. Bahan- Buluh askar- Buluh betung- Buluh minyak - Buluh lemang- Buluh kasap dan sebagainya 2.Alat- Mesin pemotong buah- Alat pembelah buah- Gerudi kecil- PelurutBodkin - Pisau raut- Pembaris- Gunting 3.Proses Anyaman a) Buluh yang cukup tua dipilih dan dipotong. b) Buluh direbus bersama campuran soda untuk mengeluarkan kandungan gulanyasupaya tidak mudah reput. c) Buluh diasap sehingga kering, kemudian dibelah dan diraut menjadi bilah-bilah. d) Jika hendak diwarnakan, bilah-bilah dicelup dengan menggunakan pewarna. e) Teknik sisipan digunakan untuk mengayam, berpandukan corak kelarai yang di kehendaki.

4.3 Jenis-jenis Kelarai Buluh Terdapat beberapa jenis kelarai buluh, iaitu motif yang berasaskan flora, fauna, rupa abstrak,nama tempat, dan nama pereka. Contoh:-

SIVIK

SIVIK

3.4Kemasan dan Persembahan - Kekerapan dan kerapatan anyaman- Permukaan licin dan kemasSusunan motif lengkap dan teratur- Tepi atau bingkai kukuh dan rapi

3.5Pemeliharaan dan Penjagaan - Pengawetan dengan pewarna atau syelek - Dibersihkan selal

SIVIK

SIVIK
4.0 penghargaan. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Ilahi di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio yang telah saya usahakan selama ini yang bertajuk Anyaman telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telahdianugerahkan oleh-Nya. Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursussubjek.Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya,puan ani mina yang banyak membantu, membimbingdan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjeksaya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dansenang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini di siapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masingmasing.Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

SIVIK

You might also like