You are on page 1of 20

ANYAMAN B. ANYAMAN 1.

PENGENALAN Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, bertam, mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung saji, bakul rotan, nyiru, bubu, lekar dan kampit. 2. ALAT YANG DIGUNA i. Parang untuk menetak pangkal daun ii. Pisau membuang empulur dan duri iii. Pelurut dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun iv. Tempayan untuk merendam daun v. Bekas besar untuk mencuci vi. Periuk untuk merebus vii. Dapur - diguna dalam proses mewarna viii. Jangka untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki ix. Penyisip untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai 3. PROSES MEMBUAT ANYAMAN Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan. 4. TEKNIK DAN PROSES ANYAMAN i. Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman ii. Pepeh / Lepih anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman iii. Sisip untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakan iv. Kerat pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman 5. KELARAI Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang terdapat apada anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat dan nama pereka. 6. FUNGSI TIKAR i. Tikar biasa alas tidur & untuk tetamu ii. Tikar sembahyang sebagai sejadah iii. Tikar parudan alas semasa memarut kelapa iv. Tikar jemuran untuk menjemur padi v. Tikar alas nikah diguna semasa upacara akad nukah 7. BENTUK TIKAR Tikar terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu; i. Badan ii. Kepala tikar

iii. Bucu tikar iv. Tepi tikar Dicatat oleh Tuan Abdullah Sanusi di 7:27 PG

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ANYAMAN


LANGKAH 1

memulakan proses mengayam dengan melakukan proses melurut bilah mengkuang dengan menggunakan pelurut.. proses melurut bertujuan untuk melembutkan bilah mengkuang supaya mudah dianyam..

LANGKAH

mulakan anyaman pada bahagian tengah kelarai yang dipilih.... kelarai yang dipilih kelarai bunga api

LANGKAH

anyaman yang dimulakan ditengah dikembangkan sehingga membentuk kelarai...kemaskan anyaman dengan merapatkan jarak antara bilah-bilah mengkuang.

LANGKAH

mulakan langkah mengayam untuk kelarai kedua apabila kelarai pertama sudah siap di anyaman.

anyaman yang hampir siap...hanya tujuh kelarai yang dibuat mengikut kehendak penganyam.

LANGKAH

terbalikkan anyaman...selitkan bilah mengkuang yang lebih pada bahagian belakang anyaman..

LANGKAH

kemaskan lebihan mengkuang yang diselit pada bahagian belakang anyaman...ianya bertujuan supaya anyaman lebih kemas..

HASIL

AKHIR

ni la hasil akhir yang diperolehi daripada langkah2 di atas....

SENI ANYAMAN : Pengenalan, Anyaman Mengkuang dan Pandan


PENGENALAN Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan. DEFINISI ANYAMAN Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

JENIS-JENIS ANYAMAN 1. Anyaman Mengkuang Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain 2. Anyaman pandan Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding, 3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain 4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain 5. Anyaman Lidi Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor. 6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

Memproses Bahan Mengambil, membuang duri daun: Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetakdaun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu. Mejangka, merendam ,menjemur daun: Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis

dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut. Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk. Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Menganyam Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

Teknik mematikan anyman


CORAK ANYAMAN Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:

1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap 2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah. 3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. 4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. 5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. 6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-

jalur

putih,

hijau

dan

kuning.

Antara

petak-petak

digunakan

adalah

campuran

merah

dan

biru.

7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. 8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. 9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam. 10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. 11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru Tokoh Puan Anyaman Aminah Pandan binti dan Mengkuang Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman. Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif kelarai Tapak Mak Sisik anyaman: Sambas harimau Mek Kelah.

i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga GALERI ANYAMAN DIMENSI BARU

Kesenian Anyaman Melayu. Antara Kreativiti dan Sainstifik.


Pengenalan Kesenian wujud, berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi, namun artis sebagai individu yang menghasilkan mempunyai ruang untuk menggalakkan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.

Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Kraf Bukan Sekadar Pernyataan Estetik dan Kreatif Masyarakat Melayu Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang, hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan. Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer, sekunder, ataupun keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya.

Apabila menjelaskan makna estetik maka ia banyak dibincangkan berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek fungsional serta kecanggihan objek tersebut. Manakala apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil kesenian Melayu, kerap pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta manifestasi kreatif pandai kraf terhadap alam Melayu.

Tidakkah kreatif itu merupakan hasil kesenian sesuatu bangsa yang membentuk budaya ekspresif yang melaluinya kelompok bangsa tersebut menyatakan keperluan dan keinginan dalam kehidupan mereka?. Kreatif dalam konteks karya kraf sering dikaitkan dengan ketidaksengajaan, desakan hidup dan spontan. Apakah kreatif dalam pemaknaan karya kraf Melayu terasing daripada proses pemikiran yang begitu teliti, komprehensif dan unik?

Ini jelas membuktikan bahawa, kecanggihan menghasilkan objek seni ini jarang dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan pemikiran matematik. Dokumentasi mengenai kesenian anyaman Melayu tidak dikaitkan dengan kecanggihan pemikiran saintifik dan matematik seperti ahli matematik Yunani Pythagoras ataupun Archimedes. Kenapa jarang sekali seni ukir dan anyaman ini disamakan dengan ilmu sains dan matematik ? Ukiran sering hanya dikaitkan sebagai luahan daya kreativiti dan estetika sahaja seperti yang dinyatakan oleh Siti Zainon (1986), iaitu: seniman alam Melayu bekerja menghasilkan seni gunaan tetapi penuh daya kreativiti dan estetika yang memang telah teruji sejak berzaman. Mengukir bukan sekadar menggunakan bahan tetapi juga mengeluarkan buah fikiran dan perasaan. Seni anyaman mempamerkan budaya dan cara hidup orang-orang melayu dahulu kala. Ia kadang kala disebut sebagai seni miskin kerana dilakukan oleh orang-orang kampung semata-mata untuk memenuhi keperluan harian mereka. Anyaman rotan menghasilkan produk seperti bakul dan perabot yang kebanyakannya adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual secara kecilkecilan di pasar terbuka. Penghasilan sesuatu produk rotan bukanlah perkara yang mudah bagi orang dahulu kala.

Bahan mentahnya, iaitu rotan, hanya didapati di dalam hutan belantara. Ia perlu ditebang, dibersihkan, dirawat dan dikeringkan dengan teliti supaya sesuai untuk dijadikan peralatan yang boleh digunakan. Masyarakat dahulu kala juga perlu memikirkan cara yang paling berkesan untuk menghasilkan produk yang bukan hanya cantik tetapi boleh bertahan lama. Rotan, ia merupakan hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Tumbuhan ini lazimnya tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-kawasan pendalaman hutan semulajadi di Pahang, Perak dan Kedah. Perusahaan rotan di negara ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan. Rotan yang paling popular dan menjadi pilihan utama bagi pembuatan rangka dan perabot rotan adalah rotan jenis manau atau nama saintifiknya Calamus manan. Rotan jenis besar yang lain termasuklah rotan jenis dok (Calamus ornatus) dan semambu (Calamus scipionum). Rotan sega (Calamus caesius) pula adalah sejenis rotan kecil yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Saiz rotan ini tidak melebihi jari kelingking dan lazimnya digunakan bagi tujuan ikatan dan penyambungan komponenkomponen perabot.

Di kawasan-kawasan luar bandar, spesies rotan yang kecil saiznya digunakan sebagai bahan anyaman untuk membuat tali, bakul dan dulang. Rotan yang dikeluarkan dari hutan dibersihkan, dirawat dan dijemur terlebih dahulu sebelum dihantar untuk diproses. Diameter rotan diambil kira untuk menentukan mata pisau yang akan digunakan untuk setiap peringkat memotong rotan. Peringkat kedua adalah proses membersihkan permukaan rotan. Rotan akan dibuang kulit luarnya dan permukaan rotan dibersihkan sebanyak dua kali. Rotan yang terhasil melalui proses ini adalah lebih putih dan bersih. Sebarang kekotoran yang masih tertinggal akan dibuang secara manual. Proses seterusnya adalah menghasilkan bilah-bilah rotan yang dikenali sebagai penjalin. Rotan akan diukur diameternya sekali lagi kerana saiz rotan mengecil apabila kulit luarnya dibuang. Mata pisau yang sesuai dengan saiz baru rotan digunakan untuk mendapat jumlah maksimum penjalin rotan. Semasa proses ini bahagian tengah rotan yang dipanggil hati rotan akan diproses sekali lagi untuk mendapatkan beberapa lagi bilah rotan penjalin. Sebagai contoh rotan yang berdiameter 9mm boleh menghasilkan lapan bilah rotan penjalin semasa peringkat pertama proses memotongnya dan empat lagi semasa proses kedua. Bahagian paling dalam pada batang rotan akan diproses untuk digunakan sebagai struktur tiang pada produk rotan yang bakal dihasilkan. Pada keseluruhannya, hanya sedikit sahaja bahagian rotan yang tidak boleh digunakan. Masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada sebarang teknologi moden dalam menghasilkan produk mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain dari penerokaan melalui trial and error dan pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini telah memungkinkan mereka merekacipta dan membentuk produk yang bukan hanya sesuai untuk kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan yang kreatif dan penuh daya estetika. Disebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada sesuatu produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari pemikiran penggubahnya dan proses-proses tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Produk anyaman yang terhasil sudah cukup membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu mengenalpasti bahan dan proses malah menjalankan perkiraan mental (mental arithmetic) secara tepat dan terperinci dan menaakul secara saintifik didalam penghasilan produk berasaskan rotan. Jika diteliti secara mendalam pemikiran saintifik dan matematik masyarakat Melayu sememangnya tersirat di dalam gubahan dan corak yang sangat halus dan berseni yang dihasilkan. Menurut Lawson (1995) pemikiran saintifik individu berkembang dari peringkat yang rendah kepada peringkat yang lebih tinggi mengikut perkembangan kognitif seseorang individu. Perkembangan pemikiran saintifk berlaku apabila individu berupaya menguasai pengetahuan dan proses saintifik melalui pemikiran logik dan penaakulan. Dari aspek ini individu boleh beroperasi pada peringkat diskriptif di mana mereka menjalankan operasi seperti pemerhatian, menyenaraikan fakta, pengkelasan dan membuat generalisai. Pemikiran saintifik peringkat tinggi pula melibatkan individu menjalankan proses-proses seperti berfikir secara kombinatorial, mengawal pembolehubah dan menjana hipotesis, menjalankan pemikiran-pemikiran berkadaran, kebarangkalian dan korelasi. Persoalannya sekarang adalah adakah seni anyaman masyarakat Melayu menunjukkan corak pemikiran saintifik pada penggubah dan gubahannya? Jika diteliti dari peringkat pemprosesan bahan mentah sehingga terhasil produk seninya adalah jelas dan ketara bahawa pemikiran saintifik memainkan peranan yang besar di dalam seni anyaman. Peringkat pemprosesan bahan mentah melibatkan pemikiran saintifik dari beberapa aspek seperti: i. pemerhatian yang teliti terhadap jenis rotan yang diperolehi; ii. mengenalpasti ciri-ciri rotan seperti kematangan, saiz dan jenis; iii. mengkelaskan rotan mengikut ciri; iv. dan membuat generalisasi seperti menentukan rotan yang paling sesuai berdasarkan fakta-fakta yang dikumpul. Pemikiran sebegini lebih bercorak deskriptif dan banyak menggunakan pengalaman konkrit serta pengetahuan sedia ada mereka. Oleh kerana pendedahan kepada maklumat saintifik secara formal tidak diperolehi, masyarakat Melayu banyak menggunakan pemikiran serta menaakul secara logik. Pengetahuan ini digunakan dan diuji secara trial and error untuk memperoleh bahan paling baik bagi penghasilan produk. Seni anyaman masyarakat Melayu juga boleh menceritakan proses pemikiran saintifik peringkat tinggi yang tersirat di dalam setiap gubahan mereka. Antarannya termasuk: i. keupayaan membuat pemikiran kombinatorial menentukan kombinasi genap dan ganjil di dalan gubahan;

ii. keupayaan mengawal pembolehubah dan menjana hipotesis apabila menentukan jumlah penjalin untuk mendapatkan saiz serta bentuk yang diinginkan; iii. Menjalankan pemikiran berkadaran, kebarangkalian serta korelasi dalam aspek seperti membuat korelasi di antara saiz rotan dan saiz produk yang dihasilkan, berfikir secara berkadaran apbila menentukan pewarnaan pada bahan mentah dan proses pemikiran secara kebarangkalian terhadap corak yang akan dihasilkan. Jelas sekali seni anyaman, dengan corak dan pengiraan geometriknya dan proses-proses saintifiknya menceritakan bagaimana masyarakat Melayu dahulu kala berfikir dan menaakul secara saintifik. Kesimpulan Anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai symbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Peter Dolmer (1997) mentafsirkan makna kraf sebagai aktiviti kreatif berkemahiran dan penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan seni anyaman ini menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang kompleks dan rumit yang selalunya hanya dianggap sebagai simbol tanda kepekaan yang asli atau hasil kerja seni. Seni anyaman Melayu sememangnya indah. Tanpa seni, tidak lengkaplah budaya dan warisan bangsa. Sumber: Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5, Tahun 2007 Pemikiran Saintifik dan Matematik dalam Kraf Anyaman Buluh Melayu Tradisional: Satu Kajian Kes. UPSI.

http://resam-melayu.com/2010/06/kesenian-anyaman-melayu-antara-kreativiti-dan-sainstifik.html

You might also like