You are on page 1of 11

PANDU PUTERI TUNAS

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya,
Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30
November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar
nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di
negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk
yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika
dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah
lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI
mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7
hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan
Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam
istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan
Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan
dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan
bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan.

Persetiaan Pandu Puteri Tunas


Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat
Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan
Kenanga.
Melur

Melur taat dan setia


Berusaha setiap masa

Siantan

Siantan datang berkawan


Berani macam pahlawan

Teratai

Teratai nama kami


Bekerja setiap hari

Kesidang

Kami Kesidang datang


Menolong pagi petang

Cempaka

Cempaka bersuka ria


Menolong orang duka

Kenanga

Kami bernama Kenanga


Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1.

Kemeja hijau berlengan panjang

2.

Seluar panjang biru tua

3.

Skaf (berwarna coklat)

4.

Lambang kumpulan

5.

Lambang Negeri

6.

Woggle

7.

Lencana dunia

8.

`Shoulder Flashes'

9.

Stoking hitam

10.

Kasut hitam

11.

Tudung hitam

Objektif
Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti Pandu Puteri yang membolehkan warga pra sekolah:

Memupuk kemahiran melahirkan perasaan;

Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkap dan mewarnakan gambar

Mengukuhkan kemahiran sosial.

Matlamat
Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil serta mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah
untuk memperkayakan lagi suasana pembelajarannya.
Ikrar
Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong
orang setiap masa.

Cerita Tommy dan Betty


Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak dicuci. Baju tidak digosok.
Permainan bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas rumah. Ibu
mereka merungut lalu berkata Kalaulah ada Brownie, tentu rumah saya kemas.
Tommy bertanya, siapakah Brownie itu.
Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum
waktu Subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia.

Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya? kata Betty kehairanan.


Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu dengan burung Hantu yang bijaksana.
Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang bijaksana.
Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung hantu itu di atas dahan.
Mereka memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar.
Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu dengan Brownie.
Burung hantu berpesan. Untuk bertemu Brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka
perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata Pusingkan
saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya
lihat dalam air rupa.

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri.


Tommy dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan Brownie yang dicari.
Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di atas pokok.
Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya
nampak wajah mereka sendiri di dalam air.

Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah
pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah.
Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa.
Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi. Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap
lantai dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan.
Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka menjadi
rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.

Kewajipan Kepada Agama


Tempat Ibadat
1.

Guru menunjukkan gambar tempat-tempat ibadat


bagi setiap kaum. Contoh:-

Masjid

Tokong

Gereja
Kuil

2.

Guru menerangkan siapakah yang beribadat di tempat-tempat tersebut

3.

Guru meminta murid memadankan gambar dengan kaum yang beribadat di tempat-tempat berikut.

Perayaan di Malaysia
1.

Guru menunjukkan kad gambar jenis-jenis perayaan di Malaysia.

2.

Guru Menamakan perayaan yang berkaitan :


o

Hari Raya Puasa

Deepavali

Tahun Baru Cina

Hari Natal

Hari Raya Aidilfitri


Tahun Baru Cina

Deepavali

Hari Natal

3.

Gambar pakaian tradisional kaum di Malaysia

cheongsam
baju kurung

pakaian Iban
sari

pakaian Sumazau

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan


1.
1.1

Pengerusi
Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.

1.2
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil
tindakan sewajarnya.
1.3
Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan
tahunan bersamasama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4

Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

1.5
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa

2.
2.1
diberi.
2.2

Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.

2.3
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.

3.
3.1

Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.

3.2
Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru
Pemimpin.
3.3
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.

4.
4.1
4.2

Penolong Setiausaha
Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
Berkerjasama dengan setiausaha.

4.3
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.

5.
5.1

Bendahari
Mengutip wang derma daripada ahli.

5.2

Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.

5.3
Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru
Pemimpin.
5.4

Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

5.5

Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6.

Ahli Jawatankuasa

6.1
Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan
sebaik mungkin..
6.2

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7.

Pemeriksa Kira-Kira

7.1
tahun.
7.2

Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir


Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

Versi Bahasa Melayu


Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia

Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.

English Version
Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.
All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
All we can give.

You might also like