You are on page 1of 2

Sejarah Pandu Puteri Tunas Malaysia

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu
Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat
Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Bagaimana Pandu Puteri Tunas Bermula

Pergerakan Pandu Puteri telah ditubuhkan di negara Malaysia pada


tahun 1917. Sejak itu nama Brownie digunakan bagi kumpulan kanak-kanak
perempuan yang berumur di antara tujuh hingga sebelas tahun. Nama
ini kekal digunakan sehingga tahun 1984.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah membuat kesimpulan bahawa


nama Brownie patut ditukarkan kepada satu nama yang lebih sesuai dengan
keperluan negara, mengikut peredaran masa, kemajuan dan perkembangan
bahasa di negara ini. Oleh itu, dalam suatu persidangan pada 30 November
1984 yang berlangsung di Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur, Jawatankuasa
kerja Kebangsaan telah bersetuju menukarkan nama Brownie kepada Tunas
Puteri yang kemudiannya di tukar sekali lagi kepada Pandu Puteri Tunas pada
tahun 2006.

Perkataan "Tunas" bermaksud pucuk yang mula tumbuh, yang bakal


menjadi sebatang pokok. Pokok ini nanti akan menghasilkan buah yang
baik jika dipupuk dan dibaja, sejak masih tunas lagi.

Perkataan "Puteri" pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah


lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan
diri. Demikianlah juga keadaan ahli-ahli kumpulan Pandu Puteri
Tunas jika mereka diberi bimbingan dan didikan yang baik dan teratur. Mereka
akan menjadi gadis-gadis yang rupawan, bersopan santun dan berbudi
bahasa. Akhirnya, mereka akan membesar menjadi ahli masyarakat dan
warganegara yang baik dan berguna.

Huruf-huruf yang menggabungkan 'Pandu Puteri Tunas' juga mempunyai


erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang
sempurna.

_______________________________________________________________

P - Persetiaan jadi panduan


A - Amalan mulia berterusan
N - Nama pasukan dihormati
D - Diri teguh berbakti
U - Untuk menambah jati diri

P - Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri


U - Utamakan tanggungjawab sendiri
T - Tabah menghadapi cabaran
E - Erat dalam perpaduan
R - Rela berkhidmat untuk masyarakat
I - Indah budi dan bahasa

T - Tolong orang selalu


U - Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N - Nilai hidup yang murni
A - Akhlak yang utuh
S - Selalu senyum tanda persahabatan

You might also like