You are on page 1of 10

PERSATUAN PANDU

PUTERI DI MALAYSIA

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya


pada tahun 2017 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran
ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat
Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan
Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai
komitment melahirkan golongan remaja Wanita dan Wanita dewasa yang
berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepaduan demi
kepentingan ilmu, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi


yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu
Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program
berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk
menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri


yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal
ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk
memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa
Malaysia
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah
“Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan
kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti
Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan
boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta
memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli
adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem
kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu
Puteri seluruh dunia.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen


iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya
hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan
empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian
dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan
untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang
mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri
utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.
SEJARAH
PENUBUHAN

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul


sekumpulan remaja Wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini
dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.
Sejarah tidak mencatat berapa orang “pengakap perempuan” yang berada
dalam kumpulan itu tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan
Pengakap, Lord Robert Badan-Powell dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan
perempuan ini telah mempunyai nama dan programmnya sendiri.
Badan-Powell memilih nama “Girl Guides” dengan rujukan kepada Guides
Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama
untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes
mengadaptasikan buku “Scounting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan
seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.
Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara
sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi
untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan
seterusnya berkahwin dengannya.
Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave
dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan
usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.
UNDANG-UNDANG
PANDU PUTERI

 Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai


 Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
 Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
 Seorang Pandu Puteri bersabar dengan semua orang dan Pandu
Puteri yang lain.
 Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun 
 Seorang PanduPuteri sentiasa melindungi haiwan dan memelihara
alam sekitar.
 Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
 Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun
dalam kesulitan
 Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
 Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
PERSETIAAN PANDU PUTERI

“Bahawa dengan sesunguhnya


saya berjanji dan bersetia
dengan sedaya upaya saya
menunaikan Kewajipan saya
kepada Tuhan, Raja dan negara
saya Malaysia, Menolong orang
setiap masa dan Mematuhi
undang-undang Pandu Puteri.”
LAGU DUNIA

Arah kita jelas ke depan


Bendera berkibar
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk kebenaran
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini

Our way is clear as we march on,


And see our flag is high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song
Shall sing our song
T K
S S
E H
E E
I
L A R IA
L
U D U
S D
A B M
E
T
R
AJK TERTINGGI AHLI PANDU PUTERI 2023/2024

PENGERUSI : WAN NUR AMIRA BALQIS BINTI WAN MOHD NORI

NAIB PENGERUSI : MARIA SYAZWANIE BINTI MOHD SUFIAN

SETIAUSAHA : NUR AMIA MAISARA BINTI ZAWAWI

NAIB SETIAUSAHA : LEVIALLA MENU BINTI ABDULLAH

BENDAHARI : NURIN AMEERAH BINTI ASARULAKMAL

NAIB BENDAHARI : SITI ADAWIYAH BINTI MOHD RIZAL

AJK MURID : 1. ATRISHIA ANIEEZA ANAK RONNIE


2. NUR KASIYAH BINTI ZAIDI
3. NUR SYAZWANA EMELDA BINTI HAIRWANTO
4. NEELOFYIA IRENE ANAK SIAN
5. RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDULLAH
6. ALEESYA SUMAYYAH BINTI NOOR RASHID

You might also like