You are on page 1of 13

TUJUAN

PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli
persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan
berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna,
cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia
memberi khidmat untuk membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program Pandu Puteri
mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam
pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

MATLAMAT

Matlamat PPPM 1

"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri
yang berkualiti".

"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan
wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya".

Objektif 1 Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang


berkualiti di peringkat Cawangan

Objektif 2 Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh

Objektif 3 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli

Objektif 4 Meningkatkan prestasi pemimpin

Objektif 5 Meningkatkan jumlah ahli

Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan


memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

Matlamat PPPM 2

"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan
wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya".

Objektif 1 Menonjolkan imej moden

Objektif 2 Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia)

Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita)

Objektif 4 Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan

Objektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang


unggul

Objektif 6 Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik

Objektif 7 Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga


dunia

Matlamat PPPM 3

"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana
persatuan".

Objektif 1 Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja
dan dewasa

Objektif 2 Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya
faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa

Objektif 3 Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan


kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan

Objektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan
dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa
Objektif 5 Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa

Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan


memantapkan struktur dan pengurusan

Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

LATAR BELAKANG PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan
Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India.
Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956.
Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di
Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan
sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta
Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita
dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri
demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan
efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan
imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari
ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak
pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan
yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan
wanita dewasa Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan
Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan
tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti
Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan
untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu
Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM
Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu
Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai

Sentiasa taat dan setia

Suka menolong orang lain

Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain

Sentiasa bersopan santun

Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar

Sentiasa menurut perintah

Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan

Sentiasa berjimat cermat

Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri,
sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri
juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan
kognitif.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM
Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui
sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha
supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan
untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat pasukan,


daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif


Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh
Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin

Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan

Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali

Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di
seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis
Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia
(NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and
Girl Scouts WAGGGS).
Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana
Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi
tempatan untuk Anugerah Duke of Edinburghs Award atau kini dikenali sebagai International
Award Association.

PERSETIAAN PANDU PUTERI

Persetiaan Pandu Puteri

Bahawa Dengan Sesungguhnya

Saya Berjanji Dan Bersetia

Dengan Sedaya Upaya

Menunaikan Kewajipan Saya

Kepada Tuhan

Raja Dan Negara Saya Malaysia

Menolong Orang Setiap Masa, dan

Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

PIAGRAM
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti

Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri

Melahirkan ahli yang berkaliber

Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni

Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna

Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

VISI DAN MISI

VISI:

Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan.

VISION:

Taking the lead in developing the potential of girls and women for change.

MISI:

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkangolongan wanita, remaja


dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi
kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
MISSION:

Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls and women of caliber through
internationalization of Girl Guiding knowledge, skills and values to benefit the society and
country.

NILAI-NILAI TERAS

PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:

Integriti

Kejujuran

Hormat-menghormati

Tolerasi

Kasih Sayang

Bantu-membantu

OBJEKTIF AM

Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa
supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan
berdaya kreatif.
Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap,
amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain

BENDERA PPPM

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.

Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari
setiap kanak-kanak di dunia.

ASAS PROGRAM PANDU PUTERI

Perkembangan Diri, Sahsiah dan Intelek

Minat dan Hobi

Gaya Hidup Sihat

Khidmat

ELEMEN PROGRAM PANDU PUTERI

Perkembangan Jasmani

Perkembangan Emosi

Perkembangan Kerohanian

Perkembangan Kognitif

KAEDAH PROGRAM PANDU PUTERI


1. Komitmen melalui Persetiaan & Undang-Undang (Commitment Through Promise & Law)

2. Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development)

3. Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing)

4. Sistem Berkumpulan (Through The Patrol System)

5. Khidmat Masyarakat (Service in The Community)

6. Aktiviti Luar (Outdoor Activities)

7. Kerjasama Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between Young and
The adults)

8. Simbolisme (Symbolism)

PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Pendaftaran Ahli Baru

Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem �e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-


masing.
Ahli Seumur Hidup

i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)

ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja.

iii) Kelayakan:

Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.

Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap
tahun sehingga umur 35 tahun.

Contoh: Jika umur 30 tahun

Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00

iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran.

Pendaftaran Pasukan Baru / Semula

i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM.

ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat
bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.

4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan

i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).
ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin
/ Guild Trefoil).

iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.

iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.

5. Cara Pembayaran:

i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus
kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU
PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB

Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan


Pandu Puteri Malaysia).

Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.

Lengkapkan borang-borang pendaftaran berikut:


Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin

Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan

Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya
Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan
Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia di alamat
berikut:

Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu. 59700 Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229

SMS: 012-2646820 / 012-2646850

Faks: 03-22826579

Alamat Emel: panduputerimalaysia@gmail.com

You might also like