You are on page 1of 11

SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI TUNAS

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan


di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri
Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal
digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984,
Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat
dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Pandu Puteri
Tunas. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan
perkembangan bahasa di negara kita. Pandu Puteri Tunas berasal
daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas
bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang
pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika
dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri
pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan
diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang
mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang
sempurna.
T
U
N
A
S

Tolong orang selalu


Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
Nilai hidup yang murni
Akhlak yang utuh
Selalu senyum tanda persahabatan

P
U
T
E
R
I

Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri


Utamakan tanggungjawab sendiri
Tabah menghadapi cabaran
Erat dalam perpaduan
Rela berkhidmat untuk masyarakat
Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang
berusia 7 hingga 12 tahun. Bagi ahli baru, mereka akan menjalani
latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pek
Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-persetiaan ini, mereka
dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat
perlantikan. Untuk mencapai kecemerlangan yang lebih, mereka
dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas, di
samping mengambil ujian Lencana Kecekapan yang digemari.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh dengan ikrar
yang dilafaz. Ikrar ini menunjukkan bahawa seorang Pandu Puteri
Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang
yang telah ditetapkan. Ikrar Pandu Puteri Tunas berbunyi begini:
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan
mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.

Undang-undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi
oleh ahli-ahlinya. Terdapat dua undang-undang Pandu Puteri Tunas
iaitu:
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua
daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS).
Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai
membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat
Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Nama kumpulan Pandu Puteri Tunas adalah terdiri daripada namanama bunga, sepertiMelur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka
dan Kenanga.

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
2. Seluar Panjang biru tua
3. Skaf coklat
4. Lambang kumpulan
5. Lambang Negeri
6. Woggle
7. Lencana dunia
8. Flashes bahu
9. Stoking hitam
10.Kasut hitam

Persetiaan & Undang-Undang Pandu Puteri


Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui
Program Pandu Puteri
Melahirkan ahli yang berkaliber
Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan
berguna
Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa
ganjaran

Misi & Visi


Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen
melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang
berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai
Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan
antarabangsa."
Visi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi
sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita,
remaja, dan dewasa."
Nilai-Nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilainilai seperti berikut setiap masa:
Integriti
Kejujuran
Hormat-menghormati
Tolerasi
Kasih Sayang
Bantu-membantu

Lagu
DO-RE-MI
Do-Dodol makan dodol
Re-Rendang daging rendang
Mi-Mihoon goreng mihoon
Fa-Faham masak nasi
So-Sotong makan sotong
La-Lada tambah lada
Ti-Tidak sakit perut
Semua balik tidur
MARI MENARI
Tunas Puteri, mari menari
Tangan dua kuberi
Kanan dulu dan kiri
Marilah kita pusing
Hentak-hentak kaki ku
Tepuk-tepuk tangan ku
Kanan dulu dan kiri
Marilah kita pusing
Angguk-angguk kepala ku
Petik jari ku semua
Kanan dulu kiri
Marilah kita pusing

SAYONARA
Sayonara (2X)
Sampai jumpa lagi 2X
Buat apa susah (2X)
Susah itu tak ada gunanya 2X
PUT YOUR LITTLE FOOT
From the north and South
From the East and West
Brownie come and dance together
On your tippy toe
Round and round you go
Soft and lightly as feather
Swing to your left and
Swing to your right and
Twirl around together
CLAPPING GAME
We, who had come here
Come here together
If we had all come
We could all do wonders
Chorus: La, la, la, la, la, la, la 2X
La, la, la, la, la
Kita datang ke mari
Datang beramai
Jika semua sampai
Maksud tercapai

SAYONARA
Sayonara (2x)
Sampai berjumpa lagi
Buat apa susah (2x)
Susah itu tiada gunanya
LAGU PESTA
Dari setiap sudut dunia
Kanak-kanak pelbagai bangsa
Berkongsi idea untuk dunia
Sejahtera, kerjasama, gembira.
Tunas Puteri ikut semua
Hilangkan duka sesama kita
Tunas Puteri ikut semua
Hilangkan duka sesama kita
Kini tiba kita berpisah
Ke tempat asal kita tuju
Bina rasa riang ria
Untuk seluruh kanak-kanak dunia

PESTA SONG
From every corner of the world
Girls of all races gather here
Share ideas for a better world
Thru caring, love, fun and laughter
Brownies, Brownies come to gather here
Be merry, be happy lets all have fun here
Brownies, Brownies come to gather here
Be merry, be happy lets all have fun here
Now we have spent some days of joy...
As everyone goes everywhere
To play our part in bringing joy
To all the children every where
LETS BUILD A WORLD OF LOVE
We are children of this world
We come from different places
We come from different backgrounds
And we all have different faces
Some of us are in pain
And there are tears in our eyes
Some of us are happy
And life is full of smiles
So I say
e to go
And we are all alone
Some of us are lucky
For we have a place called home

We are children of the streets


Thats where we work and live
Some of us work for others
Working just to live
Some of us have no place to go
And we are all alone
Some of us are lucky
For we have a place called home

You might also like