You are on page 1of 6

Isl minggu 7 strategi, kaedah dan teknik P&P pj

Pendekatan -merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan
kepada objektifnya (dalam jangka masa panjang).
Edward m.anthony,1963 -satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta
mempunyai unsur2 aksiomatik (diterima tanpa keraguan).
-Jenis-jenis pendekatan:
1. Tradisional=guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan. Pembelajaran
sehala. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred.
2. Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi
fasilitator yang memberikan motivasi, kesedaran kepentingan belajar dan meransang
pembelajaran murid. Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.
3. gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru membuat analisis keadaan fizikal,
ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik p&p. ujian
dilakukan berasaskan ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan
objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri.
Strategi -penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka
panjang.
- konsepnya adalah berteraskan kepada:
1. Kebijaksanaan memilih pendekatan.
2. Kecekapan merancang kaedah dan teknik.
3. Berdasarkan objektifnya.
Kaedah - Satu siri tindakan guru yang sistematik.
- Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek.
- 1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
2 penyampaian yang tersusun merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.
- Jenis-jenis kaedah:
1. Kaedah kuliah=pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal.
2. Kaedah demonstras =pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang sesuatu tugas
dilaksanakan.

1. Kaedah pembelajaran masteri =pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran yang
ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)
1. Kaedah pembelajaran koperatif =tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran tertentu.
dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan
yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif pembelajaran
yang sama.
1. Kaedah perbincangan =interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru.
Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam
pembelajaran. Murid berkongsi maklumat, tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.
1. Kaedah projek =tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Berkonsepkan
belajar sambil mempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses
pembelajaran.
1. Kaedah pembelajaran kolaboratif =pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi
dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah
untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan.
1. Kaedah penemuan (inkuiri) =dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti
masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan kesimpulan.
Teknik -kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar.
-menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur, kebolehan,
kecerdasan dan minat.
a. Teknik Demonstrasi -berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara
melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran. -Murid
memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan
betul.
b. Teknik Alat Pandang Dengar -Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk
wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu
kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul. -Memberikan penerangan dalam membetulkan
kesalahan.
c. Teknik Kinestesis -Kinestesis Manual -Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran
melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut. -Setelah
melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul. -Murid

akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang
sebenar.
Gaya P&P - Gaya langsung =pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori pembelajaran
tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan
individu (anggap murid capai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama). Persekitaran
pembelajaran yang berstruktur. Contoh gaya arahan dan gaya tugasan.
Gaya tidak langsung =berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran kognitif.
Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan
pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini memakan masa yang panjang dan memerlukan
guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian
masalah dan gaya tindak balas.
- Gaya gabungan - berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan
berkesan sekiranya gurudapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan
ciri murid. Murid akanmenyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta
motivator. Cenderung kepadagaya penemuan terbimbing.

Isl minggu 8 pentaksiran dalam pj


Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
-Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap
fizikal,pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
-Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah
suatuproses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang.
-pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada
ujian.
-Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir
datayang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.
Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
1.Memfokuskan kepada setiap individu-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi
maklumat tentang kelebihan dankelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat
mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmanimembangun untuk meningkatkan lagi prestasi
murid.
2.Menentukan status semasa
-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasid) Menetapkan seseorang individu dalam
kumpulan tertentu dane) Menentu aktiviti tertentu.
3.Memilih wakil-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih
wakil sekolah.Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan
dilaksanakan denganlebih saksama.
4.Memotivasikan individu-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat
memberi kesan positif kepadamurid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian
disalahgunakan makan kesan negatif akantimbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu
menjadi hampa dan putus asa.
5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani-Digunakan untuk menentukan
pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.-memberi maklum balas sama

ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru danpihak pentadbir untuk
mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkantercapai.
5.Membekalkan maklumat untuk kajian lain
-Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.
Ujian Kecerdasan
- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau
perbezaanantara individu
.-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48
OUM.pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman
deria,gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
-Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah
Wundt,Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
-Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi
kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh
sebab aspek inibelum mereka kuasai
-Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan
oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan
untukmembuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi.
Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian LorgeThorndike.
Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:
i. berlandaskan kesihatan
- Komposisi Badan- Fleksibiliti
- Daya Tahan Kardiovaskular
- Kekuatan Otot
- Daya Tahan Otot
ii. berlandaskan kemahiran motor
- Kelajuan
- Koordinasi
- Ketangkasan

- Kuasa
- Imbangan

You might also like