You are on page 1of 31

PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP (LELAKI)

PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP (PEREMPUAN)


PEMAKAIAN LENCANA DI LENGAN KANAN
PEMAKAIAN LENCANA DI LENGAN KIRI
PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT (ATAS POKET BAJU KIRI)

PEMAKAIAN LENCANA PATROL (LENGAN KIRI)


Prinsip Rukun Negara 
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan.

Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia 


 Lambang Pengakap Malaysia 
a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud
"Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan
Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-
undang Pengakap".
 
b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah
lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap
yang sepuluh.
 
c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan
"Persaudaraan Pengakap"
 
d) Bintang pecah 14  yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-
negeri dalam Malaysia"
 
d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu
Agama Islam".
e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
 
f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
 
kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"
 
g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
 Lambang Pengakap Dunia 
a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran
tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku
sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan
Pengakap seluruh dunia.' 
b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa
maksud Persetiaan Pengakap.
c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang
itu,membawa maksud  sepuluh Undang-Undang Pengakap. 
d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang
pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia. 
e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia. 
f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan. 
Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang 
 Persetiaan Pengakap 
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya
upaya saya akan :
Taat kepada Tuhan, raja dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.
 Undang-undang Pengakap 
1) dipercayai
2) taat
3) berguna
4) bersaudara
5) berbudi
6) kasihkan binatang
7) menurut perintah
8) tabah hati
9) berjimat
10) suci fikiran, perkataan, perbuatan
Hormat dan Cogan Kata Pengakap 
Hormat Pengakap
- diberikan semasa :
   a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap
atau orang kenamaan.
   b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah
   c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak  : Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda           : Selalu Sedia
Pengakap Remaja         : Pandang Luas
Pengakap Kelana          : Berkhidmat
Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia 
 Sejarah Pengakap Malaysia 
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana
pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan
telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini,
Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan
Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakappada ketika itu. Berikut
adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan
Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu
telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965,
Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan
Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
 Sejarah Pengakap Dunia 
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan
Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan.
Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang
merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan
pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan
kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan
pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For
Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui
peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam
masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912
untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori
Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah
dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord
Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau
perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8
Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut
ulangtahun ke 84.
Nama Penuh                            : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan                      : BP
Tarikh Lahir                            : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir                          : London, England
Pendidikan Awal                      : Charter House, London
Pekerjaan Bekas                     : Mejar Tentera British
Nama Bapa                             : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri                             : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia           : 8 Januari 1941
 
                                          
Sumber : http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html
 

Simpulan 
Simpul Buka Sila ( Reef Knot )
 - mengikat kain pembalut luka dan menyambung
tali yang sama besar saiznya.
 
Simpul
Bunga Geti
( Sheet
Bend )
- menyambung 2 utas tali yang sama
besar dengan tali yang tidak sama besar.
 
 
Simpul
Manuk
( Clove
Hitch )
- mengikat tali pada tiang atau balak.
- memula & mematikan sesuatu ikatan.
 
 
Simpul
Tindih
Kasih
( Bowline )
- membuat tajul yang tidak boleh
menjerut.
- digunakan semasa kerja-kerja
menyelamat.
 
 
Lilit Dua Simpul ( round turn and two half
hitches )
- mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll.
- mengikat hujung tali khemah.
 
Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )
- mematikan hujung tali
 
 
 
 
 
                                 
Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/

LENCANA USAHA

Bendera Malaysia Dan Negeri

Bendera Malaysia
Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang
dan lebarnya sama , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan
kerajaan persekutuan.

1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Pulau Pinang
8. Perak
9. Perlis
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur
merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini
mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13
buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja Melayu.
Sumber : http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/maksud.htm

Bendera Negeri

Menyatakan Maksud Bendera Negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

Negaraku Dan Lagu Negeri

Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Lagu Negeri

Menyanyikan lagu negeri sendiri untuk lulus.

Menaikkan Bendera

2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:

1) menaikkan bendera sambil menyanyi


2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.

Antara peraturan-peraturannya ialah:

a) Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,

b) Satu bendera seorang pengakap.

c) Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.

d) Mengikut kedudukan bendera.

e) Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang pada
tali.

f) Pengakap berbaris dalam patrol.

g) Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.

h) Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu
kebangsaan secara serentak.

Kedudukan Bendera

1) Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.

(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)

2) Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.

(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)

3) Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.

(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)


4) Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.

(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)

Orang Kenamaan

1) DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin ibni
AlMarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

2) DYMM raja permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah

3) Menghafal dan menyatakan nama ketua negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

4) Menghafal dan menyatakan nama penuh menteri besar/ketua menteri negeri sendiri
untuk lulus.

Asas Perbarisan

1) Masuk Baris

- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.

- Semua ahli pengakap masuk baris.

2) Sedia

- Berdiri tegak.

- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.

3) Senang Diri

- Bukakan kaki kiri ke kiri.

- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.

- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.

4) Rehatkan Diri

- Seperti senang diri.

- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.


5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.

- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.

- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke
hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat
ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.

- Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap di kanan dan
memandang ke muka pengakap di kanan.

- Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang berada di
belakangmengikut menggerakkan sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain.

- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan.

6) Ke kanan/ kiri Pusing

- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.

- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.

7) Kebelakang pusing

- Seperti dengan ke kanan pusing.

- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.

8) Buka Barisan

- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.

- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9) Tutp barisan

- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.

- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.

10) Langkah Ke Sebelah

- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.

- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
11) Paras

- a) Paras ahli tinggi di tengah

- b) Paras ahli rendah di tengah

- c) Paras ahli tinggi di kiri

- d) paras ahli tinggi di kanan

- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :

# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras

# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )

# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)

# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)

# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)

# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke

kiri, barisan genap dan ganjil… paras.

# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

12) keluar Baris

- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.

- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak
dahulu akhirnya pecah.

13) Bersurai

- Sama seperti keluar baris.

- Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

Kawat Tongkat

1) Rehatkan Diri
- Seperti dengan sedia.

- Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.

*Kedudukan tangan rendah daripada bahu.

2) Senang Diri

- Seperti dengan rehatkan diri.

- Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

3) Sedia

- Kedudukan sedia tongkat sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat. -Tongkat dipegang
menggunakan tangan kanan dengan keadaan ibu jarisupaya mencengkam tongkat dan
luruskan siku.

- Tapak tongkat berada di atas tanah.

4) Baring tongkat

- Pengakap turunkan tubuh secara menegak.

- Kaki kiri dihentak ke hadapan.

- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.

- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.

- Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.

5) Angkat Tongkat

- turunkan tubuh secara menegak.

- Kaki kiri dihentak ke hadapan.

- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.

- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.

- Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.

6) Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat


- Dlam keadaan sedia.

- Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.

- Aihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90° tanpa mengangkat pangkal
tongkat.

- Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.

7) Hormat dengan Tongkat

- Angakat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari dan mencecah tongkat untuk memberi
hormat.

Isyarat Tangan Pengakap


Halangan Komandocrawl

3) Melalui tali goyang

4) Malalui titi komando

5) Memanjat tembok

6) Memanjat pokok
7) Memanjat Tali

8) Bergayut tali

9) Memanjat tangga

10) Menyusupi halangan tayar di atas tanah

11) Menyusupi halangan tayar yang di gantung

12) Berjalan di atas benteng kayu

13) Memanjat jaring

Melipat Dan Mengibar Bendera

1) Ketua & penolong ketua patrol bertugas perlu melipat bendera Malaysia pada pagi
semasa perkhemahan.

2) Hanya 2 orang sahaja yang perlu melipat bendera.

3) Ikat bendera pada tali tiang bendera dan memastikan bendera kemas dan tidak terbalik.

4) “Merujuk gambar.”

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

SimpulanMerujuk: http://www.22ndsibu.freeservers.com/knotting.htm
Undang-undang Lalu LintasPejalan Kaki

1) Berjalan di kanan jalan.

2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.

3) Menggunakan tempat lalu isyarat, jejantas dan tempat yang disedia khas untuk melintas
jalan raya.

4) Melintas jalan selepas anda menurun bas dan bas tersebut bergerak jauh.

5) Jangan Berebut-rebut menaiki bas.

6) Mendengar nasihat guru-guru dan pemimpin pengakap tentang keselamatan jalan raya.

Penunggang Basikal

1) Basikal sentiasa dalam keadaan baik.

2) Tidak menunggang basikal berkumpulan.

3) Menunggang dalam satu barisan.

4) Sebelum membelok ke kanan, pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain di
belakang.

5) Jika ada kenderaan, berikan isyarat tangan dan bergerak ke tengah jalan, dan tunggu
peluang melintas jalan raya.

6) Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya.

7) Menunggang di kiri jalan.

8) Janagan bergurau, berlumba dan mengikut cara yang tidak sepatutnya semasa
menunggang basikal.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Memilih Tapak Perkhemahan

1) Mendirikan khemah di kawasan yang rata, tinggi, bersih dan tidak mempunyai batu-
batan, lubang-lubang, dll.

2) Periksa kawasan yang dipilih tidak mempunyai sarang semut/ lain-lain serangga.
3) Tidak mendirikan khemah ke arah matahari. ( Pintu )

4) Tentukan arah angin. Mendirikan khemah ke arah angin.

5) Tidak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua.

6) Jika 2 buah khemah/ lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya
seluas dua orang berjalan bersaingan.

7) Tidak mendirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renik kerana
tempat tersebut mungkin terdapat binatang berbisa atau ular.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Keperluan Peribadi Berkhemah

1) Pakaian Seragam Pengakap

2) Pakaian Lain ( T-shirt, seluar, seluar dalam, dll. )

3) Tikar

4) Peralatan ibadat

5) Pisau kecil, parang, dll.

6) lampu picit

7) Alat kegunaan makan ( pinggan, sudu, dll. )

8) Minyak rambut, cermin bedak, dll.

9) Bekalan Makanan yang cukup.

10) Bantal, Kain selimut

11) Duit yang cukup ( tidak membawa duit yang terlalu banyak )

12) Alat tulis

13) Lain-lain keperlyuan jika perlu.

Alat Pertolongan Cemas Peribadi


1) Pembalut (plaster, kain, pembalut segi tiga, dll.)

2) Kapas, penyepit, gunting, dll.

3) Minyak angin ( sakit perut )

4) Denttol ( Pembasuh Luka )

5) Milk of Magnesia ( sakit perut / sembelit )

6) Krim antisan ( gigitan serangga )

7) Panadol ( sakit kepala dan demam biasa )

8) Optone ( sakit mata )

9) Burnol ( terbakar )

10) Vicks ( sakit tengkuk selesema )

Menghidupkan Api

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Arah Mata Angin Dan Menggunakan KompasArah Mata Angin

N : Utara

E : Timur
S : Selatan

W : Barat

NNE : Utara Utara Timur

NE : Timur Laut

ENE : Timur Utara Timur

ESE : Timur SelatanoooooTimur

SE : Tenggara

SSE : Selatan SelatanoooooooooTimur

SSW : Selatan SelatanooooooBarat

SW : Barat Daya

WSW : Barat SelatanopooooBarat

WNW : Barat UtaraoooooooBarat

NW : Barat Laut
NNW : Utara UtaraooooooBarat

Cara Menggunakan Kompas

Kompas Silva

Perkara yang mesti diperhatikan semasa menggunakan :

1) Sentiasa memeriksa bearing kompas ( arah yang hendak dituju )

2) Jika boleh, bawalah alat altimeter untuk mengukur ketinggian dari aras laut.

3) Tentukan sesuatu objek (pokok besar, batu besar, dll ) di hadapan sebagai tanda.
Isyarat Sulit Pengakap
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Balutan AnduhPembalut

- Terdiri daripada sejenis kain putih ( lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm )

- digunakan untuk:

a) menuap

b) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak

c) menyapu bahagian cedera

d) menahan darah
e) menolong mengangkat pesakit

Anduh

Digunakan untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas
daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher.

Terdapat 3 jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segi tiga.
Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Tindakan Kecemasan

- Sebelum memberi rawatan kecemasan pertolongan cemas, pengenalan punca penyakit


adalah penting.

- Lakukan pertolongan cemas secara tertib, segera, senyap, tidak gugup atau panik.

- Pulihkan nafasnya jika pernafasan sseseorang terhenti.


- Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah.

- Jangan membenarkan pesakit bercakap sesuatu yang tidak penting.

- Tenangkan pesakit dengan memberitahunya perangsang-perangsang, seperti 'kamu akan


pulih segera', 'luka kamu kecil sahaja' yang dapat meniggikan semangatnya dan
tenangkannya.

- Jangan biarkan orang berkumpul dan mengelilinginya.

- Jangan tangalkan bajunya jika tidak perlu.

- Bawanya berjumpa dengan doktor segera.

- Beritahu keluarganya atau sahabat terdekatnya.

Mengetahui Tempat-tempat Penting.

Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan umum pengangkutan tempatan, tempat-


tempat bersejarah dan tempat penting seperti klinik kesihatan, balai polis, balai bomba,
stesen bas & sebagainya.

Melukis tempat-tempat penting di dalam daerah kaum.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Memandu Orang

Setelah mengetahui tempat-tempat penting di dalam daerah kamu, kamu dikehendaki


menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang ke tempat kamu.

Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

You might also like