You are on page 1of 15

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN

BANGSA MALAYSIA

4.2.4 TOKOH-TOKOH PENGGERAK


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948


melibatkan pihak British, Raja Melayu dan pemimpin
Umno.
Sembilan orang raja Melayu yang terlibat dalam
rundingan itu telah menyediakan tuntutan dan cadangan
yang sesuai untuk menjaga status dan keselamatan orang
Melayu.
Antara sultan yang tegas bersuara ialah:
(a) Sultan Badlishah (Kedah);
(b) Sultan Abdul Aziz (Perak); dan
(c) Sultan Ibrahim (Johor)

Sultan
Badlishah

Sultan Abdul
Aziz

Sultan
Ibrahim

PERANAN
Menyediakan tuntutan dan cadangan yang sesuai
untuk menjaga status dan keselamatan rakyat.

Menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu


dikembalikan.
Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat
Raja Melayu dikekalkan.
Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi
menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan
kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan
Melayu dipelihara.

Para pembesar bertindak sebagai penasihat kepada raja


masing-masing dan mewakili golongan rakyat.
Sebahagian daripada mereka merupakan pemimpin UMNO
yang mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
Bersama-sama Raja-raja Melayu mencadang dan
mendesak British melindungi kepentingan orang
Melayu.
Usaha mereka dan Raja-Raja Melayu menyebabkan prinsipprinsip politik, pentadbiran, agama islam, bahasa melayu dan
institusi raja Melayu dimasukkan dalam Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
Antara tokoh yang terlibat dalam tuntutan tersebut ialah :
(a) Dato Onn bin Jaafar (Menteri Besar Johor dan juga Yang
dipertua UMNO)

4.3 POLITIK DI
SARAWAK DAN
SABAH
4.3.1 Pergerakan Politik Di
Sarawak

Penduduk Sarawak dipaksa menerima penjajahan British


secara mutlak.

Vyner Brooke, raja terakhir Sarawak menyerahkan Sarawak


kepada British kerana tua dan uzur.

Vyner Brooke menghantar Gerald MacBryan untuk


mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak

Pengishtiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat


pada 8 Februari 1946

Bantahan penyerahan dibuat oleh masyarakat Melayu


Sarawak, Persatuan Melayu Sarawak(PMS) pimpinan Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah dan Persatuan Dayak
Sarawak(PDS)

Mereka membantah kerana tindakan Vyner Brooke


bercanggah dengan Perlembagaan 1941 dan Vyner Brooke
tidak berunding dengan ketua tempatan

Vyner Brooke bermesyuarat dengan Majlis Negeri

Dengan sokongan golongan bukan bumiputera dan


pegawai-pegawai British,Sarawak diisytiharkan sebagai
Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946

Penyerahan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946


menimbulkan bantahan daripada penduduk tempatan
Sarawak.
Pihak yang terlibat:
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak(PKMS)
Barisan Pemuda Sarawak(BPS)
Barisan Pemuda Melayu(BPM) Sibu
Mereka mengadakan bantahan secara terbuka.
Kaum ibu dalam PKMS telah berdemonstrasi dan
menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.

Kerajaan British telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9


yang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap
kakitangan kerajaan yang terlibat.
Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan
jawatan.
Rukun Tiga Belas ditubuhkan hasil dari pakatan sulit kaum
terpelajar dan orang muda Sarawak.
Sir Duncan Stewart, Gabenor Sarawak yang baru ditikam
oleh Rosli Dhobi pada 3 Disember 1949 semasa melawat
Sibu.
Rosli Dhobi dan tiga rakannya dihukum gantung.
Bantahan di Sarawak tidak berjaya kerana pemimpin
Sarawak tidak bersatu.

4.3.2 pergerakan
politik di Sabah

Antara persatuan ditubuhkan;


Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Persatuan Melayu Jesselton(PMJ)
Barisan Pemuda Labuan(BARIP)
Sifat - Kesedaran politik di Sabah;
Amat perlahan
Berpecah
Tidak berkesan ;
Untuk menggugat kekuasaan British di Sabah.

Kesan
Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946.
Tiada tentangan yang jelas dan terbuka terhadap tindakan
British ini.
Persatuan-persatuan ini terkubur begitu sahaja pada tahun
1951.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like