You are on page 1of 18

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


JABATAN SEJARAH
HST 3013
TEORI DAN KAEDAH SEJARAH
( KUMPULAN A )
TUGASAN ESEI INDIVIDU

TAJUK : ISU PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP PENJAJAHAN DI


SARAWAK OLEH PIHAK BRITISH MELALUI GERAKAN ANTI-PENYERAHAN
(1947-1949)

1
1.0 PENGENALAN

Dinasti Brooke telah memerintah Sarawak sekitar seratus lima tahun dan telah

mencapai kemasyuran sebagai “ Raja Putih ” (White Rajahs) dan diberi taraf yang serupa

dengan raja-raja dalam empayar British. Sebelum tahun 1841, Sarawak merupakan negeri di

bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke kemudiannya mula berkuasa di

Sarawak setelah James Brooke berjaya mematahkan pemberontakan.1 Pemberontakan ini

berlaku dalam tempoh tahun 1836-1840 di Sarawak yang dipimpin oleh beberapa orang anak

watan. James Brooke kemudiannya telah ditabalkan sebagai Raja Sarawak pada 24 September

1841. Semasa pemeritahan rejim Brooke, mereka mengamalkan dasar paternalisme untuk

melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang

asing.2 Lembaran baharu dalam sistem pemerintahan di Sarawak ini adalah bertitik tolak

daripada peristiwa kependudukan Jepun yang bertapak dari Disember 1941 hingga September

1945. Setelah Jepun berjaya ditewaskan, Sarawak telah diserahkan kepada kerajaan British

sebagai tanah jajahan mahkota (Crown Colony) British secara rasminya pada 1 Julai 1946.

Penyerahan ini berikutan daripada masalah dalaman yang dihadapi hingga menyebabkan Raja

memutuskan untuk menamatkan pentadbirannya. Hal ini telah menyebabkan Sarawak

mengalami perubahan taraf politiknya daripada sebuah negeri naungan kepada negeri yang

sudah “ Merdeka ”. Dengan itu segala perhubungan antara keluarga Brooke dengan negeri ini

telah terputus. Walaubagaimanapun, keputusan perubahan politik di Sarawak ini tidak dapat

diterima sebulat suara oleh penduduk tempatan khasnya orang Melayu. Raja Charles Vyner

Brooke bagaimanapun tidak menghiraukan bantahan daripada rakyat dan tetap

mengisytiharkan Sarawak sebagai tanah jajahan British. Orang Melayu Sarawak ini

kemudiannya mula berpecah kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan menerima baik

1
Haji Buyung Adil, ‘Sejarah Sarawak’, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka KPM, 1974, hlm. 31-32.
2
Asma Hasna, ‘Penjajahan British’, Pulau Pinang, Butterworth : Mega Publications, 2012, hlm. 42.

2
penyerahan Sarawak dan yang majoritinya menentang dengan hebat penyerahan ini.3 Orang

Melayu yang menentang penyerahan ini akhirnya menuju kepada pembentukan gerakan anti-

penyerahan. Penentangan ini jelas dilihat sekitar tahun 1947-1949. Sepanjang tempoh

penentangan, orang Melayu memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan agar

Sarawak tidak dijajah oleh British dan berusaha mencapai taraf berkerajaan sendiri.

2.0 KRONOLOGI PENYERAHAN SARAWAK OLEH REJIM BROOKE KEPADA

PIHAK BRITISH

Pada 16 haribulan April tahun 1946, dengan perintah pengisytiharan yang

ditandatangani oleh Lord Louis Mountbatten ( Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Berikat

Asia Tenggara), pemerintahan Sarawak telah diserahkan kepada pihak british. Pengisytiharan

ini turut dihadiri Raja Raja Vyner Brooke bersama isterinya Ranee Sarawak (Slyvia).

Seterusnya baginda Raja membuat pengumuman pertama di Sarawak kepada rakyatnya pada

24 April 1946 mengenai keputusan ini.4 Raja Brooke mengatakan bahawa baginda yakin

bahawa kerajaan British dapat membawa kebaikan dan pembangunan kepada Sarawak,

kerajaan British menjamin akan memberi kebebasan kepada penduduk, adat resam lama tidak

akan dihapuskan, Perlembagaan Sarawak tahun 1941 akan dihormati dan British menjanjikan

pembangunan yang pesat dan kestabilan politik kepada Sarawak.5

.. “ The assurances given at the time of cession that there would be no interference with

your ancient customs are being scrupulously odserved. At the same time large schemes for the

3
Haji Buyung Adil, ‘Sejarah Sarawak’, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka KPM, 1974, hlm. 131.
4
ibid
5
Ho Hui Ling, ‘Pergerakan Politik Di Sarawak: Isu Penyerahan Sarawak Kepada British’ , 2017, hlm. 8,
http://eprints.um.edu.my/17849/1/DR_HO.pdf, accesseced 17 April 2021.

3
welfare and betterment of the people have been worked out and will be put into force with the

aid of fund provided by the King’s Government in Britain”.. 6

Pada permulaan penyerahan, British telah menghantar seorang pegawainya iaitu C.W.

Dawson ke Kuching untuk dilantik sebagai pegawai pentadbir yang menjalankan pemerintahan

di Sarawak. Tidak lama selepas itu, sebuah badan suruhanjaya dari Parlimen British yang

diwakili oleh Rees Williams dan Kapten L. David Gammas datang ke Sarawak dengan tugasan

untuk mendapatkan pendapat orang awam mengenai penyerahan Sarawak. Beratus-ratus

pemuda Melayu menyambut kedatangan mereka dengan memegang sepanduk yang tertulis

“No Cession” dan “We Want Brooke Rule”.7 Setiausaha Datu Patinggi juga membaca surat

bantahan di hadapan rombongan itu.

Setelah itu terdapat penyata suruhanjaya yang mendakwa bahawa keputusan

penyerahan Sarawak tela dipersetujui ramai pihak. Pada Mei 1946, atas pertimbangan Council

Negeri, wujud pula sebuah Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak (Cession Bill) dalam

satu sesi khas di Majlis Negeri.8 Bagi golongan yang menentang penyerahan Sarawak, mereka

sekeras-kerasnya membantah walaupun Rang Undang-undang Penyerahan telah diluluskan

kerana menganggap kelulusan ini adalah tipu helah Raja Brooke yang menggunakan pegawai

kerajaan British bagi mengundi menyokong penyerahan. Undang-undang ini mula

dikuatkuasakan pada 1 Julai 1946. Upacara penyerahan Sarawak kepada British berlangsung

6
The Sarawak Gazette, ‘Message From His Highness The Rajah To The People Of Sarawak’ 2 July 1947,
hlm.118.
7
Ho Hui Ling, ‘Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajah
British’, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm. 78. http://commonrepo.um.edu.my/12619/7/Page%2073-
88.pdf, accessed 7 April 2021.
8
Ibid, hlm. 79.

4
di hadapan bangunan Mahkamah, Pangkalan Batu, Kuching. Peristiwa itu dikenali sebagai Hari

Penyerahan atau Cession Day dan Sarawak telah diserahkan secara sah kepada British untuk

dijadikan sebuah jajahan kemahkotaan diraja british yang disebut ‘Crown Colony’.9

3.0 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN PENENTANGAN TERHADAP


PENYERAHAN SARAWAK

Antara faktor yang mencetuskan penentangan penyerahan ini adalah kerana penyerahan

Sarawak dilakukan secara tidak sah dan tanpa persetujuan adik kepada Raja Vyner Brooke iaitu

Bertam Brooke dan anak saudaranya, Anthony Brooke.10 Konflik antara Raja Vyner Brooke

dengan Anthony Brooke telah mempengaruhi keputusan baginda untuk menyerahkan Sarawak

kepada British. Sekitar April 1939, Anthony Brooke dilantik menjadi pemangku raja sepanjang

ketiadaan baginda di Sarawak. Semasa menjalankan tugasnya, Anthony telah bertindak

semberono dengan mengkritik pentadbiran pegawai kanan Sarawak yang didakwa hanya

menumpukan kepada pentadbiran berpusat. Akibatnya pegawai- pegawai kerajaan telah

meletakkan jawatan secara kolektif.11 British melihat situasi ini seperti “sudah mengantuk

disorongkan bantal” untuk memenuhi cita-cita mereka menguasai pentadbiran Sarawak.

Anthony kemudiannya dilantik sebagai Raja Muda Sarawak, namun dipecat disebabkan oleh

perlakuannya yang kasar tersebut . Pada tahun 1946, Charles Vyner Brooke telah mengambil

keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British tanpa memberitahu adiknya dan

merasakan tindakan tersebut adalah yang paling tepat. Oleh itu, golongan penentang

penyerahan Sarawak merasakan bahawa Raja Vyner Brooke telah menjadikan masalah

9
Haji Buyung Adil, ‘Sejarah Sarawak’, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka KPM, 1974, hlm. 132.
10
Ibid, hlm. 75.
11
Sanib Said, ‘Malay Politics in Sarawak 1946-1966: The Search for Unity and Political Ascendancy’, Singapore:
Oxford University Press, 1985 ,hlm. 39-40. https://ir.unimas.my/id/eprint/12045/ , accessed 7 April 2021.

5
peribadi keluarganya sebagai “alasan” untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Bagi

Charles Vyner Brooke, tindakannya juga dianggap sebagai pilihan terbaik dalam

menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dan bersesuai dengan masanya. Hal ini

diperkukuhkan lagi seperti yang diwartakan dalam Sarawak Gazette pada Januari tahun 1947 :

..“I repeat what has already been made clear in a message from the Secretary of State

that the question of the cession is no longer a matter for discussion or negotiation : the dession

taken is final and will not be reversed : Sarawak will remain a Crown Clony”..12

Selain itu, golongan anti-penyerahan menentang untuk diletakkan dibawah kekuasaan

British kerana menganggap ia hanyalah untuk memenuhi hasrat British memperluaskan tanah

jajahannya. Hal ini juga secara jelas melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Sarawak

1941, yang telah menetapkan bahawa Raja Charles Vyner Brooke yang akan memberikan

pemerintahan sendiri kepada Sarawak setelah tiba saatnya. Orang Melayu juga percaya bahawa

peraturan keluarga Brooke boleh membawa kemerdekaan bagi Sarawak. Namun demikian,

beliau tetap memutuskan untuk menyerahkan Sarawak kepada British sebagai jajahan mahkota

pada 8 Februari 1946. Golongan anti-penyerahan turut beranggapan bahawa ini merupakan

dakyah politik pihak British semata-mata untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi

Sarawak.13 Dengan penaklukkan ini, pihak British dapat campuri urusan pentadbiran dalaman,

sekaligus dapat menguasai kekayaan ekonomi negeri itu serta menjaga kepentingan pelaburan

British. Minat British terhadap kekayaan sumber ekonomi dan hasil bumi Sarawak seperti lada

hitam, getah dan minyak telah mendorong mereka untuk terus berusaha supaya dapat

12
The Sarawak Gazette, 2 January 1947, hlm. 4.
13
Ho Hui Ling, ‘Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British’, Journal Persatuan Sejarah Malaysia, 1946-
1951’, hlm. 45. https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1326/1/MDSS_2001_Bil29_04.pdf ,
accessed 7 April 2021.

6
menguasai negeri Sarawak.14 Perkara ini dibuktikan seperti yang dinyatakan dalam Sarawak

gazette 2 July 1947:

..“an instrument is also required whereby we can take individual production projects
likely to increase the wealth of the Colonies themselves and to stimulate supply of product of
which this country and the world at large stand in need”..15

Golongan anti-penyerahan ini juga meluahkan kekesalan kerana ketua-ketua tempatan

tidak diturut serta dalam rundingan oleh Vyner Brooke tentang penyerahan Sarawak kepada

British. Tidak dinafikan terdapat antara penduduk Sarawak yang setia terhadapnya dan amat

percaya kepada Raja Brooke, maka mereka sentiasa bersetuju dan menerima sebarang

cadangan raja. Namun demikian, pegawai dan kakitangan British turut dibenarkan mengambil

bahagian dalam pengundian supaya menambahkan undi yang cukup dalam menyokong

penyerahan Sarawak. Hal ini menimbulkan kemarahan golongan anti-penyerahan kerana boleh

dikatakan penyerahan Sarawak dilakukan secara haram disebabkan pegawai-pegawai British

sendiri telah digunakan untuk mengundi bagi mempersetujui penyerahan Sarawak. British

sememangnya telah membincangkan isu ini bersama orang tempatan, tetapi bukan sepenuhnya

masyarakat setempat dan situasi ini menimbulkan penentangan terhadap penyerahan Sarawak

kerana mencabuli hak bersuara penduduk tempatan. Raja Brooke walaubagaimanapun tetap

mengisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946.

14
Ho Hui Ling, ‘Pergerakan Politik Di Sarawak: Isu Penyerahan Sarawak Kepada British’ , 2017, hlm. 4.
http://eprints.um.edu.my/17849/1/DR_HO.pdf , accesseced 17 April 2021.
15
The Sarawak Gazette, 2 July 1947, hlm.123.

7
Dalam pada itu juga timbul kesangsian wujudnya motif kewangan yang dikaitkan

dalam rancangan penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke. Merujuk kepada Perlembagaan

Sarawak pada tahun 1941, sebenarnya Raja Charles Vyner Brooke tidak memiliki sebarang

kuasa dan hak untuk berbuat demikian. Sarawak diserahkan kepada British atas dasar sejumlah

wang sejumlah wang £1,000,000.00 yang akan dibayar kepada Raja dan kerabatnya sebagai

wang pampasan kerana telah melepaskan pentadbiran Sarawak.16 Tindakan itu seolah-olah

membayangkan Raja Charles Vyner Brooke cuba ‘menjual’ negeri Sarawak kepada sebuah

kerajaan yang mahsyur, iaitu British. Dalam keadaan itu, nampaknya Vyner Brooke juga

merasakan sudah tidak termampu lagi untuk membangunkan Sarawak setelah peperangan dan

polimik ini menimbulkan kemarahan kebanyakkan orang melayu tempatan.

4.0 REAKSI/TINDAKAN GOLONGAN ANTI-PENYERAHAN DAN GOLONGAN

PROPENYERAHAN TERHADAP PENYERAHAN SARAWAK KEPADA

BRITISH

Melalui Perlembagaan 1941, Charles Vyner Brooke telah menjanjikan pemerintahan

sendiri kepada Sarawak menjelang Perang Dunia Kedua. Golongan anti-penyerahan mahukan

rejim Brooke terus memerintah Sarawak kerana penjajahan British hanya akan melambatkan

lagi proses kemerdekaan yang ingin dicapai.17 Salah satu pihak yang menunjukkan bantahan

secara lantang dan terbuka ialah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Kuching.

PKMS dipelopori oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan Datu Patinggi Haji Mohammad

16
Ho Hui Ling, ‘Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajah
British’, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm. 82. http://commonrepo.um.edu.my/12619/7/Page%2073-
88.pdf , accessed 7 April 2021.
17
Nur Aqielah Umairah, ‘ Siri Negeri-Negeri Tercinta: Sarawak Bumi Kenyalang’ ,Cheras, Kuala Lumpur : Jade
Green Publications Sdn Bhd, 2011, hlm. 4.

8
Kassim. Terdapat juga persatuan tempatan yang turut menyertai perjuangan penentangan ini

seperti Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM), Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Persatuan

Dayak Sarawak (PDS).18

Pada permulaannya, pelbagai reaksi dan tindakan telah dilakukan oleh golongan anti-

penyerahan untuk menunjukkan protes mereka terhadap tindakan British. Mereka telah

mengadakan perhimpunan, demonstrasi, memulaukan hari penyerahan, menutup kedai-kedai

di bandar-bandar utama di seluruh Sarawak dan menghantar memorandun bantahan kepada

Ketua Setiausaha Pejabat Kolonial.19 Ketika kerajaan British melantik Sir Charles Arden-

Clarke ( bekas Pesuruhjaya Residen Bechuanaland) sebagai Gabenor pertama Tanah Jajahan

Mahkota Sarawak, sebuah perhimpunan terbesar telah diadakan tanda bantahan. Anggota

gerakan anti-penyerahan juga mempamerkan poster anti-cession di semua kampung-kampung

di Sarawak.20

Impaknya, Surat Pekeliling No.9 yang ditandatangani oleh C. W. Dawson dikeluarkan

pada 31 Disember 1946, setelah pihak berkuasa mendapati bahawa sebahagian besar anggota

gerakan itu ialah penjawat awam.21 Tujuannya adalah untuk memberi gertakkan kepada

kakitangan awam agar mereka tidak terlibat dalam gerakan anti-penyerahan dengan

mengancam akan dibuang kerja. Surat Pekeliling ini telah mencetuskan kontroversi dan reaksi

di luar jangkaan. Larangan yang dikemukakan tidak memberi kesan malah semangat anti-

18
Ho Hui Ling, ‘Orang Cina Dan Penglibatan Dalam Politik Di Negeri Sarawak’, 1841-1963, hlm. 11.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9235 , accessed 7 April 2021.
19
Ho Hui Ling, ‘Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajah
British’, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm. 80. http://commonrepo.um.edu.my/12619/7/Page%2073-
88.pdf , accessed 7 April 2021.
20
ibid, hlm. 81.
21
Sabihah Osman, ‘Rejim Brooke: Kesan Pelajaran Kepada Masyarakat Bumif'utra’, Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm. 73, https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/669/2217 , accessed 7 April 2021

9
penyerahan semakin meruap-ruap. Dilaporkan pada 2 April 1947, seramai 56 orang pelajar

Maktab Perguruan Melayu Sarawak memberhentikan pengajian mereka untuk mengecam

pekeliling tersebut. Selain itu, seramai 338 orang pekerja awam, kebanyakannya guru, meletak

jawatan sebagai tanda protes.22 Peletakan jawatan ini memaksa penutupan lebih daripada 22

buah sekolah di Sarawak.. Hal ini dibuktikan dalam catitan Sarawak Gazette 2 January 1948:

... “ Anti-cession feeling has been particularly strong among Malay school teachers
most of whom have been recruited and trained at Kuching. This lead to the mass resingnation
of 87 out of 152 Malay teachers in April and the closing of 22 out of 62 Government Malay
schools.”23

Namun demikian, berbeza pula reaksi yang tunjukkan oleh golongan propenyerahan

terhadap penjajahan British. Golongan propenyerahan di Kuching pada Jun 1947 di bawah

pimpinan Datu Bandar Abang Haji Mustapha, telah menubuhkan Persatuan Melayu Muda

(Young Malay Association/YMA). 24 Mengenai penyerahan Sarawak, Datu Bandar Abang Haji

Mustapha memiliki pendapat yang berbeza dengan golongan anti-penyerahan. Beliau

menyatakan bahawa Sarawak masih ketinggalan dalam pelbagai aspek termasuk pertanian,

pendidikan dan industri.. Biarpun reaksi golongan propenyerahan ini adalah berbeza, persatuan

ini juga bertujuan untuk memajukan sosial dan ekonomi orang Melayu. Mereka menyedari

kedudukan masyarakat Melayu yang masih ketinggalan dalam pelbagai aspek, dan jika

penentangan penyerahan dilaksanakan, orang Melayu akan mengalami kerugian. Justeru,

beliau percaya bahawa pembinaan semula Sarawak adalah diperlukan dan ini memerlukan

sokongan daripada sebuah kerajaan yang telah maju seperti British. Golongan propenyerahan

22
Ibid, hlm. 74.
23
The Sarawak Gazette, 2 January 1948, hlm.8.
24
Ho Hui Ling, ‘Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajah
British’, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm. 83. http://commonrepo.um.edu.my/12619/7/Page%2073-
88.pdf , accessed 7 April 2021.

10
berusaha meraih sokongan masyarakat untuk menerima pentadbiran British buat sementara

waktu. Mereka bersetuju apabila Sarawak sudah maju dan kuat, Sarawak boleh menuntut untuk

berkerajaan sendiri.

.. “ our association will serve the government and the community it represent. We are
eager to extend our helping hands to the government whenever demanded”.25.

Pelbagai usaha juga dijalankan bagi meningkatkan keyakinan pemuda khususnya

daripada kalangan penyokong penyerahan yang menghadapi cemuhan, pemulauan dan kritikan

daripada golongan anti-penyerahan. Keanggotaan YMA adalah sedikit bilangannya iaitu hanya

lebih kurang 300 orang sahaja. Mereka terdiri daripada kakitangan awam yang setia kepada

kerajaan British dan golongan ‘abang’ dari Kuching. Oleh itu, bagi Datuk Bandar Abang Haji

Mustapha, penyerahan Sarawak kepada kerajaan British boleh dilakukan di mana dasar

pentadbiran yang ada dikekalkan dan hak-hak Bumiputera diberi pertimbangan yang

sewajarnya. Cawangan YMA kemudian juga ditubuhkan di Miri, Kampung Sambir, Sibu dan

Kalaka. Bagaimanapun, perjuangan YMA dalam menyokong penyerahan Sarawak kepada

British dilihat kurang berjaya untuk menarik penyertaan lebih ramai penduduk demi

menyokong penyerahan Sarawak.26

5.0 KEMUNCAK PERJUANGAN GOLONGAN GERAKAN ANTI-PENYERAHAN

MELALUI RUKUN 13

25
The Sarawak Gazette, 1 December 1947, hlm.222
26
Ho Hui Ling, ‘Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajah
British’, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm. 84, http://commonrepo.um.edu.my/12619/7/Page%2073-
88.pdf , accessed 7 April 2021

11
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) ditubuhkan di Sibu pada 1946 sebagai serpihan

daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS). PPM yang di anggotai oleh mereka

yang berdarah muda mempunyai matlamat dan agenda perjuangan yang berbeza berbanding

PKMS yang bercorak konvensional.27 Presiden pertama PPM ialah Mohammad Sirat Hj

Yaman, manakala Setiausaha Agung ialah Suut Turki dan Timbalan beliau ialah Abang

Ahmad. Pada awalnya, PPM menggunakan bahagian atas rumah Abang Ahmad Abang Ali

yang terletak di belakang Kampung Datu Sibu sebagai tempat beroperasi. Usaha lain yang

dijalankan oleh ahli jawatankuasa adalah bergerak dari kampung ke kampung dengan tujuan

untuk memperkenalkan dan mempromosikan PPM kepada para penduduk dan menambah ahli

persatuan.

PPM menggunakan warna merah dan putih di papan tanda dan lencana, iaitu warna

kebangsaan yang digunakan sejak dahulu lagi. Ahlinya juga terdiri daripada orang Melayu,

Melanau, selain turut berjaya menarik perhatian orang Kayan, Iban dan kaum bumiputera lain.

Terdapat 32 cawangan PPM di seluruh Sarawak.28 Bersesuaian dengan matlamatnya untuk

menyatukan rakyat di bahagian ketiga, keanggotaannya terdiri daripada golongan muda

daripada pelbagai kawasan di Belaga, Mukah hingga ke Rajang. Pergerakan berkenaan

berjuang untuk menentang penyerahan Sarawak kepada Britsh, sama seperti perjuangan

PKMS. Perjuangan PPM bertambah radikal dan memuncak dengan penubuhan Rukun 13.

Mesyuarat rahsia telah diadakan yang diketuai Awang Rambli dan Abang Han dan turut

disertai 13 orang anggota PPMS/PPM di rumah Dr. Majoribank, Sibu pada pertengahan tahun

1948.29 Hasil mesyuarat ini telah tertubuhnya Rukun 13. Mesyuarat rahsia ini turut

27
Alhadi, ‘Siapakah Mereka’, Alor Setar, Kedah: Educlass Publishing & Printing Sdn Bhd, 2007, hlm. 87
28
Ibid, hlm. 89
29
Abdullah Zakaria Bin Ghazali, ‘Pergerakan Pemuda Melayu Sibu Dan Pembunuhan Gabenor Sarawak Duncan
Stewart 1949’, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya Kuala Lumpur, hlm. 1,
http://eprints.um.edu.my/15929/1/0001.pdf , accessed 8 April 2021

12
memutuskan akan mencederakan atau membunuh pegawai British. Mereka Juga bersepakat

untuk menghapuskan semua pegawai Eropah dan Melayu yang menyokong pemerintahan

British di Sarawak. Seperti yang dirancangkan, Rosli Dhobi iaitu seorang pemuda berusia 19

tahun yang berasal daripada Kampung Pulo, Sibu yang mengambil amanah dan tugas menikam

Duncan Stewart.30

Gerakan anti-penyerahan itu mencapai kemuncak setelah berlakunya tragedi Gabenor

kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart yang telah dibunuh oleh beberapa anggota Rukun 13 iaitu

Rosli Dhobi, Awang Ramli Amit Mohd Deli, bersama-sama dengan bukan ahli, Morshidi Sidek

dan Bujang Suntong. Kejadian berlaku ketika Sir Duncan Stewart tiba di Sibu pada 3 Disember

1949 dan ketika beliau sedang memeriksa perbarisan lalu ditikam oleh Rosli Dhobi. Gabenor

Duncan Stewart dibawa ke Hospital Sibu, dan kemudiannya diterbangkan ke Singapura untuk

mendapat rawatan susulan lalu disahkan meninggal dunia seminggu kemudian.

..“His Excellency the Governor at Sibu on 3 rd December who was paying his first

official visit, had landed and inspected the Guard of Honour,was moving towards the office

between lines of school-children when two Malays, belonging ti the anti-cession P.P.M.,

attacked him with knives. He was taken to hospital in the critical condition, with a stab wound

in the abdomen, and an operation was perform by Dr. E. H. Wallace, Divisional Medical

Officer”..31

British berusaha untuk menumpaskan gerakan anti-penyerahan Sarawak dengan apa

cara sekalipun setelah insiden ini dan mengukuhkan penguasaannya ke atas Sarawak secara

30
Alhadi, ‘Siapakah Mereka’, Alor Setar, Kedah: Educlass Publishing & Printing Sdn Bhd, 2007, hlm. 88-89
31
The Sarawak Gazette, 7 December 1949, hlm.313.

13
mutlak/total. Kesemua ahli Rukun 13 ditahan pada bulan Mac 1950.32 Keempat-empat

nasionalis yang terlibat dalam pembunuhan telah dijatuhi hukuman mati manakala anggota

Rukun 13 yang selebihnya dikenakan hukuman penjara.. Penubuhan PPM adalah lanjutan

gerakan anti-penyerahan. Tindakan Rukun 13 melalui Rosli Dhobi menikam Duncan Stewart

adalah langkah patriotik dan dianggap sebagai salah satu usaha perjuangan gerakan anti-

penyerahan. Oleh kerana terdapat catatan MERDEKA dalam surat-menyurat PPMS, tidak

dapat disangkal lagi bahawa gerakan PPMS/ PPM dan parti penentangan yang lain adalah

bertujuan memerdekakan Sarawak daripada cengkaman penjajah. Oleh itu anggota

PPMS/PPM dan Rukun 13 adalah pejuang dan nasionalis negara.

6.0 KESIMPULAN

Keputusan Raja Brooke untuk menyerahkan Sarawak dan kesediaan British untuk

menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya telah menimbulkan huru-hara yang amat dasyat

dalam situasi politik Sarawak. Selepas peperangan dengan pihak Jepun, Raja Vyner Brooke

mendapati Sarawak tidak mampu untuk membangunkan semula negerinya dan berpendapat

hanya kerajaan British yang sanggup berbuat demikian. Terdapat pelbagai bantahan dan

tentangan ditunjukkan bagi menggagalkan proses penyerahan Sarawak. Namun demikian

akhirnya pada tanggal 1 Julai 1946 Sarawak secara rasmi telah diserahkan kepada Pejabat

Kolonial di London. Hanya orang Melayu yang aktif berjuang tetapi mereka merupakan

kumpulan penduduk minoriti di Sarawak. Perkembangan itu membawa kepada munculnya

gerakan anti-penyerahan oleh penduduk Bumiputera bagi menentang penyerahan Sarawak.

32
Nordi Achie, ’Analisis Kritis Dalam Pensejarahan Ilmiah: Satu Penelitian Terhadap Rosli Dhoby – Merdeka
Dengan Darah’, Universiti Malaysia Sabah, 2013 , hlm.3, http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images
/prosiding/sejarah/10-NORDI-ACHIE.pdf , acceseed 8 April 2021

14
Sikap tidak ambil peduli rejim Brooke dan British terhadap perjuangan golongan anti-

penyerahan itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati, kemarahan serta kekecewaan

dalam kalangan pejuang anti-penyerahan sehingga mencapai kemuncaknya dengan

pembunuhan Gabenor British yang kedua di Sarawak. Orang tempatan mula menuntut hak

masing-masing dan menggunakan organisasi-organisasi sebagai satu wadah untuk mereka

menyalurkan suara hati serta sebagai lambang penyatuan di kalangan mereka. Di Sarawak,

semangat nasiolisme turut berkobar-kobar dalam jiwa anak muda. Mereka ingin membunuh

pengawai Britsh dan ingin mengusir pihak Britsh dari bumi Sarawak. Malahan ada yang

sanggup berkorban nyawa. Oleh itu, boleh dikatakan kemunculan perjuangan anti-penyerahan

telah meningkatkan lagi kesedaran kebangsaan, politik dan kemerdekaan dalam kalangan

penduduk. Perkembangan ini kemudian telah diteruskan dengan kemunculan gerakan politik

berparti pada tahun 1950-an dan awal 1960-an untuk memperjuangkan kemerdekaan negeri

Sarawak daripada penjajahan British. British kemudiannya memerintah Sarawak dari tahun

1950 hingga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

15
BIBILIOGRAFI

Hasna, ‘Penjajahan British’, Pulau Pinang, Butterworth : Mega Publications, 2012

Alhadi, ‘Siapakah Mereka’, Alor Setar, Kedah: Educlass Publishing & Printing Sdn Bhd,

2007

Zakaria,‘Pergerakan Pemuda Melayu Sibu Dan Pembunuhan Gabenor Sarawak Duncan

Stewart 1949’, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial ,

Universiti Malaya Kuala Lumpur, http://eprints.um.edu.my/15929/1/0001.pdf,

accessed 8 April 2021

Haji Buyung Adil, ‘Sejarah Sarawak’, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka KPM,

1974

Ho Hui Ling, ‘Pergerakan Politik Di Sarawak: Isu Penyerahan Sarawak Kepada British’ ,

2017,http://eprints.um.edu.my/17849/1/DR_HO.pdf, accesseced 17 April 2021.

Ho Hui Ling, ‘Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British’, Journal Persatuan Sejarah

Malaysia,1946-1951, https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789

16
/1326/1/MDSS_2001_Bil29_04.pdf, accessed 7 April 2021.

Ho Hui Ling, ‘Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang

Melayu Terhadap Penjajah British’, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019,

http://commonrepo.um.edu.my/12619/7/Page%2073-88.pdf, accessed 7 April 2021.

Ho Hui Ling, ‘Orang Cina Dan Penglibatan Dalam Politik Di Negeri Sarawak’, 1841-1963,

https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9235 , accessed 7

April 2021.

Aqielah Umairah, ‘ Siri Negeri-Negeri Tercinta: Sarawak Bumi Kenyalang’ ,Cheras,

Kuala Lumpur : Jade Green Publications Sdn Bhd, 2006

Sanib Said, ‘Malay Politics in Sarawak 1946-1966: The Search for Unity and Political

Ascendancy’, Singapore: Oxford University Press, 1985. https://ir.unimas.my/id

/eprint/12045/ , accessed 7 April 2021.

Sabihah Osman, ‘Rejim Brooke: Kesan Pelajaran Kepada Masyarakat Bumif'utra’, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Kebangsaan Malaysia, https://ejournal.ukm.my/akademika

/article/viewFile/669/2217, accessed 7 April 2021

17
Nordi Achie, ’Analisis Kritis Dalam Pensejarahan Ilmiah: Satu Penelitian Terhadap Rosli

Dhoby – Merdeka Dengan Darah’, Universiti Malaysia Sabah, 2013,

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images /prosiding/sejarah/10-NORDI-

ACHIE.pdf , acceseed 8 April 2021

The Sarawak Gazette, 2 January 1947

The Sarawak Gazette, ‘Message From His Highness The Rajah To The People Of Sarawak’ 2

July 1947

The Sarawak Gazette, 2 July 1947

The Sarawak Gazette, 1 December 1947

The Sarawak Gazette, 2 January 1948

The Sarawak Gazette, 7 December 1949

18

You might also like