You are on page 1of 39

AJ21203 SEJARAH MALAYSIA: 1900-1957

TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2021/2022


TUGASAN PENILAIAN BERKUMPULAN

SOALAN 8
MENGAPAKAN SESETENGAH MASYARAKAT TEMPATAN KHUSUSNYA
ETNIK MELAYU MENENTANG PENYERAHAN SARAWAK KEPADA
KERAJAAN BRITISH: BINCANGKAN

PENSYARAH
ENCIK EKO PRAITNII JOKO

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIKS
DAYANG RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD RAHIM BA20110663
NYGGAL SIM KOK CHIEN BA20110445
MOHAMMAD FADZLI BIN MATDAUD BA20110619
BRENDIKA JALITUS BA20110442
RACHEL WILLIAM BA20110248

1
ISI KANDUNGAN

HALAMAN
1.1 PENGENALAN……………………………………………………………………….…..1-2
2.1 SEBAB-SEBAB BERLAKUNAYA PENYERAHA SARAWAK KEPADA
KERAJAAN BRITISH………………………………………………………….………….3
3.1 FAKTOR BERLAKUNYA PENOLAKAN PENYERAHAN SARAWAK KEPADA
KERJAAN BRITISH……………………………………………………….…………...4-22
3.1.1 PENCABULAN PERLEMBAGAAN SARAWAK ……………………………4-10
3.1.2 BRITISH MENDESAK VYNER BROOKE UNTUK MELINDUNGI
KEPENTINGAN POLITIK DAN EKONOMI BRITISH DI
SARAWAK……………………………………………………………………...10-13
3.1.3 PENYERAHAN SARAWAK DILAKUKAN TANPA BERUNDING TERLEBIH
DAHULU DENGAN TUAN MUDA DAN RAJA MUDA …………………….13-
15
3.1.4 RANCANGAN CHARLES VYNER BROOKE YANG MEMPENGARUHI
PERSETUJUAN KETUA KAUM DALAM PENYERAHAN SARAWAK….15-
22
4.1 GERAKAN ANTI-PENYERAHAN SARAWAK SEMAKIN BERSIFAT
RADIKAL……………………………………………………………………………...22-26
5.1 PENUTUP…………………………………………………………………………………27
RUJUKAN…………………………………………………………………………………...28-31
LAMPIRAN…………………………………………………………………………………31-38

ii
1.1 PENGENALAN
Sebelum negeri Sarawak diambil alih oleh Dinasti Brooke, Kesultanan Brunei yang mentadbir di
kawasan tersebut. Bermula era pensejarahan moden di Sarawak, ketika keluarga Brooke mula
berkuasa setelah James Brooke telah berjaya mematahkan pemberontakan di Sarawak yang
berlaku pada tahun 1836 sehingga 1840 oleh penduduk tempatan terhadap wakil pentadbiran
Brunei.1 Perkara ini merupakan titik permulaan dalam pembentukan Sarawak yang bebas
daripada kekuasaaan Kesultanan Brunei. Dengan itu, pada 24 September 1841 yang lalu, James
Brooke telah diisytiharkan di khalayak ramai secara rasmi menjadi raja Sarawak yang pertama. 2
Namun, beliau ataupun gelaranya sebagai Raja Putih Sawarak telah mangkat pada 11 Jun 1868
di England.

Kemangkatan James Brooke menyebabkan pemerintahan di Sarawak telah diserahkan


kepada anak saudaranya iaitu Charles Brooke pada 3 Ogos 1868. 3 Seterusnya Charles Vyner
Brooke pula menjadi Raja Sarawak pada tahun 1917. Pemerintahan Vyner Brooke adalah
sehingga kedatangan serta penaklukan Jepun telah bermula pada tahun 1941. Di katakan,
penguasaan keluarga Brooke adalah hampir-hampir mencapai 105 tahun di bawah pemerintahan
Vyner Brooke.4 Akan tetapi selepas Jepun telah tewas semasa Perang Dunia Kedua, Vyner
Brooke telah kembali ke Sarawak dengan keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada
Kerajaaan British pada 1 Julai 1946 di London.5 Demikian kerana, pelbagai sebab yang tidak
dapat dielakkan.

Sebahagian besar daripada entik berbangsa Melayu yang diketuai oleh Datuk Patinggi
Abang Haji Abdillah yakni selaku ketua masyarakat Melayu di Sarawak dan Persatuan
Kebangsan Melayu Sarawak telah bangkit untuk menentang keputusan penyerahan Sarawak

1
Ho Hui Ling, Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajah British,
Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm. 74.

2
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif, Sejarah, dan Politik, Skudai: Penerbit universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 154.

3
Albert Micheal Cooper, Men of Sarawak, United Kingdom: Oxfordd University press, 1968, hlm. 104-105.

4
Abdullah Zakaria Ghazali, Dari Brooke ke Mahkota BritishL Abang dan Politik Sarawak, 1941-1946, Jurnal Antarabangsa
Kajian Masyarakat, Budaya dan Sejarah Borneo-Kalimantan, 1,2013, hlm. 31.

5
Abang Saifuggin Abang Bohari, Rosli Dhoby: Rukun Berdarah, Bentong: PTS One Sdn. Bhd., 2005, hlm. 1.

1
tersebut. Keputusan yang dilakukan oleh Vyner Brooke terhadap penyerahan tersebut telah
dibantah sekeras-kerasnya kerana dianggap bertentangan dengan dasar Pelembangaan 1941. Hal
ini kerana perlembagaan tersebut telah menjanjikan pemerintahan secara automoni kepada
Sarawak. Penentangan ini berlaku kerana, Vyner Brooke telah mengambil keputusan sendiri
tanpa membuat sebarang perundingan dengan ketua-ketua bumiputera di Sarawak. Disebabkan
wujudnya penentangan etnik Melayu ini mengakibatkan Vyner Brooke terpaksa kembali semula
ke Sarawak bagi mengadakan rundingan meja bulat atau persidangan Majlis Negeri pada Mei
1964.6 Gambar 1 memperlihatkan figura Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah yakni etnik
Melayu yang sangat menentang penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British:

Gambar 1: Menunjukkan Figura Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, yakni Pihak yang sangat
berpengaruh dalam Anti-Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
6
Ibid., hlm. 2.

2
Sumber: https://sarawakvoice.com/2017/04/08/abang-johari-berunding-untuk-dapatkan-
kembali-darul-kurnia/abdillah/.
2.1 SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENYERAHAN SARAWAK KEPADA
KERAJAAN BRITISH
Asasnya, penyerahan Sarawak dilakukan oleh Vyner Brooke adalah beliau sememangnya tidak
mampu lagi untuk memulihkan keadaan Sarawak selepas penaklukan Jepun. Di mana, reaksi
penduduk secara keseluruhannya sangat gembira dan berharap dengan pengembalian Vyner
Brooke ke Sarawak, dengan impian keadaan di Sarawak dapat dipulihkan seperti sedia kala.
Namun demikian sebenarnya telah wujud banyak perubahan dengan kemaraan tentera Jepun ke
Sarawak sejak bulan Disember 1941 yang lalu terhadap negeri tersebut. Tidak dapat dinafikan
pendudukan Jepun dan Perang Dunia Kedua telah membawa banyak kemusnahan kepada negeri
Sarawak sama ada ada dari segi ekonomi, sosial mahupun infrastruktur.

Selepas pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh British, Sarawak perlu dibina semula
dan ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar. Keadaan ekonomi adalah menyedihkan, di
mana kawasan minyak telah musnah dan kebun-kebun getah juga terbiar. Kemudahan
pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang juga perlu diperbaiki dengan kadar
segera. Vyner Brooke mendapati Sarawak tidak mampu untuk membangunkan semula
negerinya. Beliau berpendapat hanya kerajaan British yang mampu dan bersedia untuk
memulihkan Sarawak daripada kerosakan yang dialami.

Selain itu, adalah masalah peribadi dan masalah keluarga turut mempengaruhi keputusan
Raja Vyner Booke untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Pada ketika itu, usia Vyner
Brooke telah lanjut (72 tahun) dan beliau tidak mempunyai waris lelaki yang boleh
menggantikan tempatnya sebagai Raja Sarawak. Menurut wasiat bapanya iaitu Charles Brooke,
hanya anak lelaki yang boleh mewarisi takhta kerajaan Sarawak. Sementara itu, Vyner Brooke
berasa keberatan untuk menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada anak saudaranya, Anthony
Brooke mahupun Bertram Brooke.7 Pada 1 Julai 1946 secara rasminya, Kolonial British telah
berjaya berkuasa dan meajajah di Sarawak walaupun mendapat tentangan hebat daripada
golongan anti-penyerahan. Setelah British berkuasa di Sarawak, golongan anti-penyerahan masih
7
Sanib Said, Malay Politics in Sarawak 1946-1966: The Search for Unity and Political Ascendancy, Singapore: Oxford
University Press, 1985, hlm. 39-40.

3
meneruskan gerakan penentangan mereka sehingga berlaku peristiwa pembunuhan Gabenor
British pada tahun 1949.

4
3.1 FAKTOR BERLAKUNYA PENOLAKAN PENYERAHAN SARAWAK KEPADA
BRITISH TERUTAMANYA DARI ETNIK MELAYU
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan penolakan terhadap penyerahan Sarawak kepada
British terutama dari etnik Melayu itu sendiri di Sarawak. Oleh itu, dalam bahagian ini segala
persoalan dan perbincangan akan dikupaskan.

3.1.1 PENCABULAN PERLEMBAGAAN SARAWAK 1941


Berdasarkan catatan yang ditulis oleh Ho Ah Chon, masyarakat yang menentang pemindahan
hak dan kedaulatan mahkota Sarawak direkodkan tidak kurang daripada 35,000 orang. Justeru,
“semangat assabiyah” yang kuat dalam kalangan diri orang Sarawak telah menzahirkan
pemberontakan di bawah panji Malay National Union.8 Pergerakan ini adalah sebagai tindak
balas dalam menyuarakan suara perwakilan mereka secara vokal dan total, berteraskan usaha
bagi menuntut semula perjanjian sebagaimana yang dicatatkan dalam perlembagaan Sarawak,
serta bercanggah dalam artikel 2, Accession Oath of Sir Charles Vyner Brooke, Third Rajah of
Sarawak, di mana segala keputusan yang dimuktamadkan harus dimusyawarahkan bersama
perwakilan pembesar tempatan (setelah mengambil kira pandangan rakyatnya) terlebih dahulu.

“We undertake that such laws and customs as affect the Malay race
shall follow the principles laid down by this Government in the past. And
no question of any change or alteration shall be entertained except such
as may be in accordance with opinions and deliberations of the members
of the Council Negri.”9

Pergerakan ini juga disokong oleh Lily Eberwein walaupun beliau berketurunan Eurasia.
Usahanya telah diberikan identiti sebagai pengiktirafan dalam sebahagian daripada komuniti
Melayu. Lily dijulang sebagai “Wanita Melayu yang Pertama” sebagai sayap bagi mewakilkan
bangsa Melayu (wanita) dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, seraya dilantik menjadi
pemimpin politik dalam menggalaskan tanggungjawabnya menerusi anti-penyerahan mahkota

8
Ho Ah Chon, “Sarawak Historical Events” 1946-1960, Sarawak State Library, 1966, hlm. 33.

9
Anthony Brooke, The Facts About Sarawak: A Documented Account of the Cessions to Britain in 1946, Summer Times, 1983,
hlm. 29.

5
Sarawak kepada negara Great Britain. Tugas utama beliau dalam gerakan tersebut ialah
menggalakkan penyertaan golongan wanita serta menyatupadukan mereka, dalam
memperbesarkan lagi suara orang tempatan yang terlibat. 10 Semasa penjajahan Jepun, kaum
hawa di Sarawak diberikan peluang berpolitik terutamanya persatuan Kaum Ibu. Pendedahan ini
memberikan keyakinan diri serta menguatkan lagi semangat penentangan mereka terhadap
kempen anti-penyerahan mahkota Sarawak.11 Persatuan ini menyatakan, “We want our
independence under Brooke’s rule to be restored and we will receive Rajah Muda Anthony
Brooke joyfully and peacefully”.12 Walau bagaimanapun, ahli sarjana seperti Sanib Said
mengatakan bahawa ini hanyalah strategi mereka untuk mencapai matlamat ke arah berkerajaan
sendiri serta menginginkan hak keistimewaan orang Melayu kerana baginya, tuntutan terhadap
Rajah Putih Sarawak adalah lebih mudah berbanding mendapatkannya daripada British itu
sendiri.13

Gambar 2: Gerakan anti-penyerahan Persatuan Melayu Wanita di Sibu, Sarawak.


10
Welyne J. Jehom, Lily Eberwein: Her Life and Involvement in the Anti-cession Movement in Sarawak, In Susan Blackburn &
Helen Ting, Women in Southeast Asian Nationalist Movements, NUS Press, 2013, hlm. 175-177.

11
Mohd. Hasbie Sulaiman, Perjuangan Anti-cession Sarawak: Peranan Utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak,
Kuching: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, 1989, hlm. 40.

12
Ngu Ik-Tien, Ethnicity and Nationalism: Ideological Struggles in Sarawak after the Second World War , Inter-Asia Cultural
Studies, 2017, hlm. 434.

13
Sanib Said, Malay Politics in Sarawak 1946-1966, Kuala Lumpur & Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 40.

6
Sumber: Ho Ah Chon (1966).
Penglibatan secara terang-terangan oleh orang Dayak juga membarakan lagi semangat
nasionalisme mereka untuk terus mempertahankan kedaulatan Sarawak. Menurutnya, “Therefore
on behalf of my colleagues and with honesty to myself I oppose the Cession. Further I cannot
compel myself to agree even in principle, since in the first instance, this proposal of Cession
does not appear to have mutually agree upon; unless and until reconciliation has been effected
and mutual consent has been given, than I consider it inappropriate to bring this subject for
discussion.”14

Dalam penulisan Boyd, beliau menerangkan fungsi Council ialah, “The purpose of the
Council is to deliberate on any matter of great importance to the population in general in the
countries under Sarawak rule, or should any difficulty arise among the different peoples about
laws and customs, giving rise to hindrances and disputes: the meeting of the members and
majority of their voices may determine on one course in preference.”15

Peranan pemimpin Sarawak sebagai ahli Majlis Negeri (Council) pada tahun 1946 juga
menunjukkan reaksi yang signifikan terhadap bantahan mereka berkenaan penyerahan tersebut.
Perbahasan yang dilaksanakan terhadap penggubalan Rang Undang-Undang Penyerahan
Sarawak (Cession Bill), telah diluluskan oleh Raja Vyner Brooke. Namun, dari segi perincian,
jumlah undian ialah 19 yang menyokong berbalas dengan 16 undian yang membantah. Penelitian
terhadap ahli yang membantah mempamerkan 12 daripada jumlah 16 undian terdiri daripada
orang bumiputera, manakala yang menyokong majoritinya daripada orang bukan berbangsa
bumiputera serta pegawai kerajaan.16 Perkara ini menunjukkan orang tempatan itu sendiri tidak
berminat untuk menjadi sebahagian dalam pemerintahan British.

14
Ho Hui Ling, “Kesedaran Politik di Negeri Sarawak, 1930-1963”, Jurnal Antarabangsa Kajian Masyarakat, Budaya dan
Sejarah Borneo-Kalimantan, Jilid 1, Bil. 1, 2013, hlm. 72-73.

15
T. Striling Boyd, The Law and Constitution of Sarawak, Journal of Comparative Legislation and International Law, 8(1),
1936, hlm. 63.

16
Abdullah Zakaria Ghazali, “Dari Brooke ke Mahkota British: Abang dan Politik Sarawak, 1941-1946 ”, Jurnal Antarabangsa
Kajian Masyarakat, Budaya dan Sejarah Borneo Kalimantan, 1(1), 2013, hlm. 43.

7
Gambar 3: Gerakan anti-penyerahan orang awam yang berlangsung di Sibu, Sarawak.
Sumber: Ho Ah Chon (1966).

Bertarikh 10 Disember 1946, Surat Pekeliling Bil. 9 atau Circular No. 9, telah
dikuatkuasakan oleh British yang bersifat mengekang semangat penentangan tersebut. Arahan ini
berbunyi, “any government servant who associated himself with any activity designed to keep
open the question of cession or commits any act of disloyalty to government will render himself
liable to instant dismissal.17 Namun, senario ini hanya bagaikan “menambah minyak dalam api”.
Dianggarkan sejumlah 400 pegawai berstatus kerajaan telah memilih untuk tidak bekerja lagi
dengan kerajaan. Tindakan tersebut dibuat sebagai tanda ketidaksetujuan pentadbiran British
terhadap mereka.18

Penelitian terhadap etnik Melayu ini mempamerkan mereka semakin dominan dalam
arena politik walaupun bangsa ini bukan penduduk majoriti. Semasa peristiwa anti-penyerahan
Sarawak, berlaku perpecahan di antara mereka. Mereka berpegang kepada fahaman baharu iaitu
17
Sabihah Osman, “The Malay_Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown 1946-1951”, Jebat, Bil. 18, 1990,
hlm. 158.

18
Vernon L. Porritt, British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1997, hlm. 53.

8
bangsa Melayu yang bersifat mementingkan semangat nasionalisme lebih diikuti berbanding
pemimpin tradisional. Sebahagian besar daripada mereka tidak lagi bergantung lalu membentuk
pelbagai organisasi berpolitikal iaitu Persatuan Melayu Sarawak (kemudian diubahsuai serta
diterjemahkan kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak), Persatuan Melayu Sibu (PMS),
serta Barisan Pemuda Sarawak.19

Senario menjadi berantai apabila penentangan ini diteruskan oleh Datu Bandar abang
Haji Mustapha menerusi penubuhan Persatuan Melayu Muda (Young Malay Association/YMA).
Organisasi ini memiliki fungsi yang sama dengan pimpinan Lily Eberwein, iaitu menderaskan
semangat juang para pemuda agar tidak goyah daripada ancaman moral yang dibuat oleh
golongan Melayu yang menyokong penyerahan. Dari segi pemajuan bertaraf, persatuan ini juga
berusaha dalam meningkatkan permodenan daripada bidang sosial sehinggalah ekonomi bagi
orang berbangsa Melayu. Mereka mendakwa bangsa ini banyak ketinggalan lebih-lebih lagi
dalam aspek kesedaran, serta menyatakan bahawa orang yang menyokong penyerahan Sarawak
akan mengalami kerugian yang besar.20

Kemuncak kepada penentangan ini diselaraskan apabila Rukun Tiga Belas


dipengerusikan oleh Awang Rambli bin Mohd. Deli. Pada tahun 1948, suatu perbincangan sulit
telah diadakan bagi merancang pembunuhan terhadap pegawai British, Birch. Mereka terdiri
daripada Awang Rambli, abang Han, Rosli Dhoby, Awang Ahmad, Morni Junit, Awang Osman,
Jack Yusof, Osman Dollah, Abang Mat Sirat, Che Alias Osman, Amin Jenal, Wan Zin, serta
Tambek Adun.21 Awang Rambli memiliki personaliti yang garang dan agresif apabila mendepani
penjajah. Katanya, “Tidak berguna kita menjalankan bangkangan cara lama seperti menanti
hujan emas dari langit. Kita mesti ingat bahawa kemerdekaan itu tetap ada di dalam tangan kita
jika kita bersedia mengorbankan diri kita sendiri.”22

19
Muhammad Khalilur Rahman bin Tamam, Social Change and Identity – Education and the Socio-Political Awareness of
Sarawak Malays Before 1963, Trends in Undergraduate Research, 3(2), 2020, hlm. 25.

20
Abdullah Zakaria Ghazali, “Dari Brooke… hlm. 53.

21
Abdullah Zakaria Ghazali, “Pergerakan Pemuda Melayu Sibu dan Pembunuhan Gabenor Sarawak Duncan Stewart 1949”,
Universiti Malaya, 2016, hlm. 7-8.

22
Syed Hussein Alattas, Kenapa Rosli Dhoby dan Tiga Hero Dihukum Bunuh? 1974, hlm. 91.

9
Sungguhpun gerakan yang dilancarkan berjaya dipatahkan oleh British, namun,
kehancuran persatuan tersebut telah menyemai semangat kesedaran penduduk Bumiputera.
Fenomena ini dapat dilihat menerusi poster-poster yang dibuat iaitu, “NATIVES OF FIVE
DIVISIONS DO NOT WANT COLONIAL ADMINISTRATION, DOWN WITH SARAWAK
COLONY, OUR PROTEST FOR FREEDOM IS UNDAUNTED, NO CESSIONS, SARAWAK IS
OUR BLOOD AND SOULD, WE DO NOT WANT TO BE COLONIZED”.23 Suara-suara lantang
ini mempamerkan pendirian yang teguh bahawa tuntutan terhadap sistem berkerajaan sendiri,
serta pembebasan Sarawak yang membawa kepada kemerdekaan adalah hak mutlak sebenar
mereka. Justeru, pihak penjajah British tidak boleh memandang enteng berkaitan permintaan
tersebut sebagaimana yang berlaku susulan kes pembunuhan Gabenor Sarawak, Duncan Stewart.

Gambar 4: Poster Berslogan Berkaitan Penentangan Penyerahan Sarawak kepada Britain.


Sumber: Anthony Brooke (1983)
Penentangan ini bukanlah politik terpencil selepas perang dunia, tetapi menggambarkan
kesedaran yang konstruktif berasaskan kepentingan tamadun beradunkan etnik berkhusus.
23
Ho Hui Ling, “Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British, 1946-1951, Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 29, 2001, hlm. 57.

10
Perkembangan nasionalisme di kawasan lain khususnya Asia Tenggara menurut Reece, etnik
Melayu-Sarawak adalah punca terhadap pembentukan “Malay political federation” yang
berpusat di Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta Borneo Utara.24

3.1.2 BRITISH MENDESAK VYNER BROOKE UNTUK MELINDUNGI


KEPENTINGAN POLITIK DAN EKONOMI BRITISH DI SARAWAK
Penentangan terhadap penyerahan Sarawak kepada kerajaan British dapat dilihat dalam kalangan
sesetengah masyarakat tempatan khususnya etnik Melayu. Penentangan yang berlaku tersebut
telah mendorong kepada wujudnya perjuangan golongan anti-penyerahan.25 Golongan anti-
penyerahan ini rata-ratanya dipelopori oleh penduduk Melayu di Sarawak yang berasa tidak puas
hati terhadap tindakan Vyner Brooke yang menyerahkan Sarawak ke bawah pentadbiran
kerajaan British.26 Penentangan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ini dilakukan oleh
golongan Melayu ini adalah kerana British telah mendesak Vyner Brooke untuk melindungi
kepentingan politik dan ekonomi British di Sarawak.

Selepas zaman pendudukan Jepun, berlakunya perubahan yang ketara dalam sistem
politik dan ekonomi di Sarawak di bawah pentadbiran Vyner Brooke pada ketika itu. Keadaan
ini telah membuka satu peluang yang besar bagi pihak British untuk menguasai sistem politik
dan ekonomi di Sarawak. Dengan itu, kerajaan British mendesak Vyner Brooke bagi
menyerahkan Sarawak untuk berada di bawah naungan British demi menjaga dan menguatkan
lagi kepentingan politik dan ekonomi British di Sarawak. Tambahan lagi, menurut British
dengan menguasai Sarawak mereka akan dapat campur tangan dalam pentadbiran dalaman
Sarawak yang mampu memudahkan tujuan British untuk menguasai kekayaan ekonomi di
Sarawak yang dapat mengekalkan dan menjaga aktiviti pelaburan British.27

Desakan yang dilakukan oleh British terhadap Vyner Brooke ini dapat dilihat apabila
Lord Moyne iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengarahkan Shenton Thomas untuk
24
Robert Recee, Political Pioneers in Our Sarawak, Kuching: Persatuan Kesusasteraan Sarawak, 1983, hlm. 5-35.

25
Ho Hui Ling, Gerakan Antipenyerahan… hlm 73-88.

26
Ibid., hlm. 73-88.

27
Ibid., hlm. 73-88.

11
menandatangani perjanjian tambahan dengan Sarawak menjelang tahun 1938. Perjanjian tersebut
adalah bertujuan untuk memberikan pihak British kuasa bagi mempertahankan Sarawak
sekiranya berlaku serangan Jepun ke atas Sarawak. Pada bulan November 1941, perjanjian
tambahan telah ditandatangani. British telah berjaya menguasai sistem pertahanan, hubungan
luar dan pentadbiran Sarawak hasil daripada perjanjian ini. Pejabat Tanah Jajahan juga telah
mendesak dan memberikan tekanan demi tekanan terhadap Vyner Brooke supaya bersetuju
menyerahkan Sarawak kepada British pada 19 Jun 1944. Akhirnya, Vyner Brooke bersetuju
untuk menyerahkan Sarawak kepada British bagi membolehkan pertahanan Sarawak diperbaiki
dan dikukuhkan.28 Keadaan ini sememangnya telah menjurus kepada berlakunya penentangan
dalam kalangan penduduk Melayu kerana tindakan pihak British yang agak licik mendesak
Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British.

Isu penyerahan Sarawak kepada British ini juga menimbulkan isu politik yang telah
mendapat perhatian dalam kalangan pelbagai pihak dan penduduk khususnya penduduk Melayu
sehingga wujudnya golongan anti-penyerahan. Bagi penduduk Melayu, penyerahan Sarawak
kepada pihak British akan menyebabkan berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem dan
taraf politik di Sarawak di mana kuasa pentadbiran hanya akan tertumpu di tangan pihak British
sahaja. Oleh sebab itu, golongan etnik Melayu membantah sekiranya berlaku perubahan taraf
politik Sarawak yang akan menjejaskan penglibatan mereka dalam pentadbiran Sarawak. Sejak
awal lagi, golongan etnik Melayu sememangnya telah mengambil bahagian dalam pentadbiran
Sarawak.29 Dengan penglibatan penduduk Melayu dalam pentadbiran sebelum ini telah
memberikan mereka banyak pengetahuan dan pengalaman sehingga mewujudkan kesedaran
politik dalam kalangan mereka agar mempertahankan dan membebaskan tanah air daripada
cengkaman penjajahan British yang mampu memberikan kesan buruk terhadap kehidupan
penduduk tempatan.

Selain itu, desakan yang dilakukan oleh British terhadap Vyner Brooke agar
menyerahkan Sarawak demi menjaga kepentingan politik dan ekonomi British di Sarawak telah
menimbulkan persepsi golongan anti-penyerahan bahawa penyerahan Sarawak adalah sebagai
28
R. H. W. Reece, The Name of Brooke: The End of White Rajah Rule in Sarawak, Sarawak: Sarawak Literary Society, 1993,
hlm. 25-28.

29
Ho Hui Ling, Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak… hlm. 73-88.

12
sebuah penyerahan yang haram. Hal ini demikian kerana golongan anti-penyerahan berpendapat
bahawa proses penyerahan Sarawak kepada pihak British adalah tidak tulus. Penyerahan
Sarawak kepada pihak British ini juga adalah demi kepentingan British sahaja dan penyerahan
Sarawak akan memberi kesan dalam usaha kemerdekaan tanah air.30

Di samping itu, golongan anti-penyerahan yang terdiri daripada rata-ratanya penduduk


Melayu ini juga melihat bahawa penyerahan Sarawak kepada British yang mengubah taraf
politik di Sarawak ini terlihat jelas dengan perbezaan sistem pentadbiran Brooke sebelum ini dan
sistem pentadbiran Sarawak dibawah kendalian British. Antara perbezaan sistem politik yang
dapat dilihat adalah semasa pemerintahan Brooke, kuasa pemerintahan yang tertinggi terletak
pada Raja dan Sarawak dikendali sendiri oleh Kerajaan Sarawak. Namun begitu, apabila berlaku
penyerahan Sarawak ini, kuasa pentadbiran hanya tertumpu kepada Gabenor dan Sarawak juga
dikawal oleh Colonial Office di London. Perubahan sedemikian amatlah tidak diingini oleh
kalangan penduduk Melayu di Sarawak yang telah menyebabkan mereka berasa tidak puas hati
dan membantah sekerasnya penyerahan Sarawak ini kepada British.31

British sememangnya telah menunjukkan minat dan keinginan bagi menguasai ekonomi
di Sarawak. Tambahan lagi, Kerajaan Brooke di Sarawak mendapat kesan buruk dalam sistem
ekonomi akibat serangan daripada Jepun. British pula tidak mampu melindungi Sarawak pada
ketika itu dari serangan Jepun. Keadaan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa British
memungkiri terma perjanjian antara British dan Kerajaan Brooke pada 1888. 32 Oleh sebab itu,
British menggunakan kesulitan yang dialami oleh Kerajaan Brooke dengan mendesak Vyner
Brooke untuk mengekalkan kuasa British di Sarawak telah dilakukan sejak awal lagi.
Kemerosotan ekonomi yang berlaku ke atas Kerajaan Brooke di Sarawak telah memaksa Vyner
Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British bagi membangunkan dan memajukan
kembali Sarawak.33 Apabila penyerahan Sarawak kepada British telah dilakukan, British tidak
30
Nordi Achie, Pemikiran Pejuang Anti Penyerahan: Satu Tinjauan Khusus Terhadap Utusan Sarawak 1949-1950, Jurnal
Sejarah 8(8), 2000, hlm 196-228.

31
Nordi Achie, Pemikiran Pejuang Anti Penyerahan… hlm 196-228.

32
Radia'n bin Jil, Brooke Dan Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1941. Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia
2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembangunan Negara. Universiti Sains Malaysia, 2017, hlm 389-402.
33
Ho Hui Ling, Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak… hlm 73-88.

13
melepaskan peluang untuk menggunakan dan menguasai hasil kekayaan ekonomi Sarawak bagi
mengekalkan kepentingan pelaburan mereka. Perkara ini juga yang telah mendorong kepada
berlakunya gerakan penentangan khasnya dalam kalangan penduduk Melayu untuk membantah
penyerahan Sarawak dan pentadbiran British di Sarawak.

3.1.3 PENYERAHAN SARAWAK DILAKUKAN TANPA BERUNDING


TERLEBIH DAHULU DENGAN TUAN MUDA DAN RAJA MUDA
Penyerahan Sarawak kepada British telah menimbulkan pelbagai reaksi yang menimbulkan
ketidakpuashatian dari pelbagai pihak khususnya masyarakat Melayu di Sarawak. Antara faktor
wujudnya gerakan anti-penyerahan Sarawak kepada British adalah disebabkan penyerahan
Sarawak dilakukan tanpa berunding terlebih dahulu dengan Tuan Muda dan Raja Muda. Tuan
Muda ketika itu dikenali sebagai Betram Brooke dan Raja Muda pula Anthony Brooke.
Kebangkitan ini bermula daripada konflik antara Charles Vyner Brooke dengan adiknya, iaitu
Bertram Brooke. Pada tahun 1941, Vyner Brooke telah pun menggubal satu Perlembagaan tanpa
berbincang dengan Betram Brooke. Ekoran daripada itu, perkembangan ini telah mencetuskan
konflik antara Charles Vyner Brooke dan Bertram Brooke yang merupakan adiknya.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 1946, Vyner Brooke telah membuat keputusan untuk
menyerahkan Sarawak kepada British tanpa memaklumkan adiknya itu. Bukan sahaja tidak
berunding dengan adiknya atau keluarga, malah ketua masyarakat juga merasakan satu
pengkhianatan disebabkan tidak berbincang bersama terlebih dahulu. Vyner Brooke mendapati
Sarawak tidak mampu untuk membangunkan negerinya selepas peperangan Jepun telah tamat.
Beliau berpendapat hanya kerajaan British yang sanggup membangunkan Sarawak kembali.
Namun, bantuan daripada British tidak akan berlaku seandainya Sarawak masih di bawah
pemerintahan Dinasti Brooke.34 Konflik dalaman yang berlaku antara keluarga dan ketua
masyarakat merumitkan lagi pentadbiran di British, lalu akhirnya ia mendorong pihak British
untuk mengambil alih pemerintahan Sarawak.

34
Mohammad Hasbie Sulaiman, Anti-Cession Sarawak: Peranan Utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Kuching:
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, 1989, hlm 55-57.

14
Penyerahan ini juga turut dipengaruhi masalah keluarga Vyner Brooke sendiri yang mana
beliau tidak mempunyai waris anak lelaki yang dapat menggantikannya sebagai Raja Sarawak.
Namun, Betram Brooke hakikatnya mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Anthony
Brooke yang layak mewarisi takhta selepas Charles Vyner Brooke 35. Pada masa yang sama,
beliau tidak rela hati untuk menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada anak saudaranya iaitu
Anthony Brooke mahupun adiknya sendiri, Bertram Brooke.36 Hal ini disebabkan beliau tidak
yakin kepada penggantinya mampu memerintah Sarawak dengan baik. Tambahan pula, menurut
wasiat Charles Brooke, anak lelaki sahaja yang dapat menggantikan tempatnya sebagai Raja
Sarawak.

Gambar 5: Anthony Brooke, The Rajah Muda


of Sarawak.
Sumber: Steven Runciman (1960).

Tambahan pula, Vyner Brooke berpendapat bahawa Anthony Brooke ini tidak sesuai
meneruskan pentadbiran Sarawak disebabkan sikap dan pendiriannya. 37 Anthony bersikap kasar
dan tidak berlaku adil, malah pada ketika itu juga dia terlalu muda untuk memerintah Sarawak.
35
Nalong & Jhonny, Iban: Pegai Rajah Brooke, Bintulu: Pegari Iban Production, 2003, hlm. 3.

36
Utusan Sarawak, Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British 1946-1951, 1950, hlm 2.

15
Pada tahun 1939, Anthony Brooke dilantik sebagai Raja Muda Sarawak, namun beliau dipecat
disebabkan oleh sikapnya yang tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki Vyner Brooke.
Akhirnya, beliau dipecat dari kedudukannya sebagai Raja Muda Sarawak. Secara tidak langsung,
hal ini menunjukkan bahawa Vyner Brooke tidak mempunyai keyakinan terhadap Anthony
untuk memimpin kerajaan Sarawak.38 Implikasinya, masalah dalaman yang beliau hadapi ini
mendorong kepada penyerahan Sarawak kepada pihak British.

3.1.4 RANCANGAN CHARLES VYNER BROOKE YANG MEMPENGARUHI


PERSETUJUAN KETUA KAUM DALAM PENYERAHAN SARAWAK.
Pada tahun 1946, apabila Raja Vyner Brooke mengumumkan rancangannya untuk menyerahkan
Sarawak kepada pihak berkuasa British. Pengumuman ini bukan sahaja memberi kejutan kepada
pemimpin tempatan malah menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat negeri
Sarawak pada ketika itu. Pada 6 Februari 1946, Vyner Brooke memberikan kenyataan kepada
penduduk Sarawak yang pada asalnya dilakukan di London dan disiarkan secara serentak di
London dan Kuching.39 Berikutan daripada pengumuman tersebut pada 8 Februari 1946, notis ini
dibuat dalam The Sarawak Tribune, Pentadbiran British telah bersetuju dengan cadangan negeri
itu supaya Sarawak diserahkan kepadanya, sesuai dengan penyataan yang diberikan menurut
Raja Brooke.40

Bagi Raja Brooke, baginda yakin bahawa di bawah pentadbiran British, Sarawak akan
menjadi sebuah negeri yang makmur dan dapat membantu dalam membangun ke satu arah yang
lebih prestij.41 Pentadbiran juga berkata dalam surat pengisytiharan bahawa rakyat Sarawak telah
dijanjikan kemerdekaan oleh British. Menurut Vyner Brooke sekiranya penyerahan ini dapat

37
Hashim Fauzy Yaacob, Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946-1963, Selangor:
Utusan Printcorp Sdn. Bhd., 2013, hlm. 154.

38
Ho Hui Ling, “Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British”, 1946-1951’, hlm 49.

39
Ho Hui Ling, Pergerakan politik di Sarawak: Isu penyerahan Sarawak kepada British. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan
dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5, 10-11 Ogos 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti
Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2017, hlm. 8.

40
Ibid.
41
Badaruddin, M. S., Pengenalan Awal kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak, Jurnal Akademik, UiTM Sarawak, 2005, hlm
109.

16
dijayakan, hak kebebasan dan kewarganegaraan penduduk Sarawak juga akan diperjuangkan dan
terjamin di bawah pentadbiran pihak British.

Vyner Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946, dan pada 24 April 1946, beliau
membuat pengisytiharan secara umum di Sarawak kepada rakyatnya. Beliau berjanji dalam
kenyataan itu bahawa adat yang sedia ada tidak akan ditinggalkan dan Perlembagaan Sarawak
1941 akan dipertahankan demi kesejahteraan rakyat Sarawak. Kerajaan British, menurut Raja
Brooke, akan menyediakan Sarawak kemakmuran pesat dan kestabilan politik yang diingini.
Raja juga mengisytiharkan bahawa dia tidak percaya kepada Anthony Brooke, yang sepatutnya
menjadi pewaris takhta namun beliau menyatakan bahawa Anthony tidak layak untuk menjadi
raja Sarawak yang seterusnya. Ini menggambarkan pendirian Vyner Brooke yang terus
memujuk rakyat Sarawak untuk mempertimbangkan dan menerima tawaran kerajaan British,
secara tidak langsung menyerahkan Sarawak sebagai pertukaran untuk faedah yang akan
diperolehi dalam aspek ekonomi, politik serta sosial bagi seluruh penduduk sekiranya Sarawak
berjaya menjadi tanah jajahan British.

Perancangan yang teliti Vyner Brooke dan pihak British membuktikan bahawa kedua-dua
pihak, sama ada Raja Vyner dan British, mempunyai motif tersendiri dalam penyerahan
Sarawak. Berdasarkan proses penyerahan ini reaksi penduduk menampilkan pendapat yang
berbeza dan berbelah bahagi dimana masing-masing terdapat sokongan dan juga penentangan
terhadap penyerahan. Penyokong penyerahan Sarawak kepada British dikenali sebagai pro-
penyerahan, manakala penentang dikenali sebagai gerakan anti-penyerahan Sarawak. Majoriti
orang Melayu Sarawak adalah puak anti-penyerahan pada masa itu, dan mereka disokong oleh
beberapa orang Dayak.42 Sejak daripada awal lagi Orang Melayu merupakan golongan yang
sentiasa bertindak pantas dan bertenaga untuk mengelakkan negara mereka daripada jatuh ke
tangan penjajah British. Walaupun terdapat protes anti-penyerahan, Sarawak secara sah kekal
sebagai wilayah mahkota British pada 1 Julai 1946. Selepas British menguasai Sarawak, gerakan
anti-penyerahan berterusan sehingga Gabenor British Sarawak dibunuh di Sibu pada tahun 1949,
impak daripada kebangkitan gerakan penentangan di Sarawak.43
42
Sabihah Osman, The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown 1946-51, Jebat: Malaysian Journal
of History, Politics and Strategic Studies, 18, 1990, hlm, 152.
43
Ling, H. H. Orang Cina dan Penglibatan dalam Politik di Negeri Sarawak, 1841-1963, Sejarah: Journal of the Department of
History, 20(20), 2012. Hlm 11.

17
Berikutan pengumuman penyerahan Sarawak kepada kuasa British, Vyner Brooke
menghantar Gerald MacBryan, setiausaha sulit dan persendiriannya ke Sarawak sebagai wakil
untuk merekodkan reaksi orang ramai terhadap jangkaan penyerahan Sarawak kepada kerajaan
British. Melalui beberapa taktik atau muslihat yang telah dirancang, Gerald MacBryan bertemu
dengan pemimpin Cina dan Datu-Datu Melayu di Kuching untuk berunding serta menerima
sokongan daripada mereka berkenaan dengan penyerahan Sarawak kepada British.44 Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah, Datu Hakim Abang Haji Mohidin, Datu Menteri Encik Zain, Datu
Pahlawan Abang Haji Mustapha, dan Datu Amar Abang Sulaiman adalah antara Datu-Datu
Melayu yang dilawatinya. Selain itu, beliau turut memujuk Ong Tiang Swee dan pemimpin
utama Cina yang lain, serta orang Melayu, untuk menandatangani kenyataan menyatakan
sokongan terhadap keputusan Raja dengan pentadbiran British melalui sogokan atau rasuah. 45
Sebagaimana, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menerima ganjaran wang tunai berjumlah
$12,000, manakala Datu Hakim, Datu Menteri, Datu Pahlawan, dan Datu Amar masing-masing
menerima $10,000.46 Dengan kepulangan wakilnya, Raja Vyner Brooke memaklumkan pihak
berkuasa British bahawa beliau percaya Hasrat penyerahan Sarawak akan dapat dicapai
berdasarkan surat yang ditulis oleh ketua-ketua kau masyarakat di Sarawak.

44
Ho Hui Ling, Gerakan Anti penyerahan… hlm. 78.

45
Abdullah Zakaria Ghazali, “Pergerakan Pemuda… hlm. 3-4.

46
Ibid, hlm. 4.

18
Tambahan daripada itu, British juga menghantar perwakilan ke Sarawak untuk mengukur
tentangan tempatan terhadap cadangan penyerahan Sarawak. Pada Mei 1946, Pejabat Tanah
Jajahan menghantar dua anggota untuk menjalankan siasatan lanjut. Parlimen British ialah David
Rees William (Parti Buruh) dan Kapten L. David Gammans (Konservatif Parti) untuk mendengar
laporan dan menilai reaksi rakyat Sarawak terhadap cadangan British menyerahkan Sarawak. 47
Delegasi itu telah melawat pemimpin Melayu terkenal di Kuching, termasuk Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah, yang menjadi tuan rumah rombongan di rumahnya. Sehubungan dengan
itu, ketibaan dua wakil rakyat parlimen menerima sambutan yang tidak dialu-alukan apabila
melihat ratusan pemuda Melayu dengan sepanduk bertulis

Gambar 6: Bantahan oleh orang Sarawak.


Sumber: Anthony Brooke (1983).

"No Cession" dan "Anthony Brooke is not Criminal, why ban his arrival to Sarawak “,“We do
not want to be colonised” dan surat bantahan turut dibacakan di hadapan wakil British yang
dihantar itu oleh setiausaha Datu Patinggi.48

47
Achie, N. Pemikiran Pejuang Anti-Penyerahan: Satu Tinjauan Khusus terhadap Utusan Sarawak, 1949-1950, Sejarah: Journal
of the Department of History, 8(8), 2000, hlm. 197.

48
Dayak Daily. 09. September. 2020.

19
Selanjutnya, apabila Rang Undang-undang Penyerahan Sarawak telah dibahaskan dalam
sidang khas Majlis Negeri pada Mei 1946, berdasarkan pandangan yang diperolehi oleh Raja
Brooke dan British daripada rakyat Sarawak. Majlis Negeri telah dirasmikan oleh Raja Vyner
Brooke pada 15 Mei 1946. Rang Undang-undang Penyerahan telah diluluskan dengan majoriti
kecil 19 undi menyokong dan 16 undi menentang pada 17 Mei 1946, seperti ditunjukkan dalam
Jadual 1. 12 daripada 16 orang yang mengundi menentang penyerahan itu ialah Bumiputera yang
terbahagi kepada sepuluh Melayu dan dua Dayak. Mereka yang menyokong penyerahan itu
kebanyakannya bukan Bumiputera dan pegawai kerajaan. Manakala, Jadual 2 menunjukkan
pecahan undi mengikut kaum.

Jadual 1: Keputusan Pengundian Majlis Negeri terhadap Rang Undang- undang


Penyerahan Sarawak
MENYOKONG MENENTANG

1. J.B. Archer (Pemangku Ketua Setiausaha) 1. J.O. Gillbert (Residen Bahagian


Keempat dan Kelima)
2. G.E. Cascoigne (Bendahari) 2. W.P.N.L. Ditmas (Residen
Bahagian Pertama)
3. L.D. Kennedy (Pengarah 3. Abang Openg Abang Safiee
Perdagangan dan Kastam) (Pegawai Bumiputera
Bahagian Pertama)
4. B.J.C. Spurway (Pengarah Kehutanan) 4. Abang Kiprawi (Pegawai
Bumiputera Bahagian
Pertama)
5. Father A. Mulder 5. Abang Samsuddin
6. R.E. Edwards 6. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
7. Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha 7. Abang Abu Latip (Pegawai
bin Datuk Hakim Abang Moasili Bumiputera Bahagian Kedua)
8. Datu Amar Abang Sulaiman bin Abang 8. Datu Zin (Pegawai Bumiputera
Haji Taha Bahagian Kedua)
9. Datu Menteri Encik Zain Mohamad 9. Abang Haji Draup (Pegawai

20
Bumiputera Bahagian Kedua)
10. Haji Nawawi (Mufti) 10. Abang Ali (Miri)
11. Datuk Hakim Abang Haji Mohidin 11. Datu Tuanku Mohamad
(Pegawai
Bumiputera Bahagian Keempat)
12. Tan Bak Lim 12. Abang Mustapha (Pegawai
Bumiputera Bahagian
Kelima)
13. Temenggung Koh 13. Rev. P.H.H. Howes
14. Bennet Jarraw (Pegawai Bumiputera, 14. Philip Jitam
Bahagian Ketiga)
15. J. Owen (wakil Eurasian/Serani) 15. D.M. Deen (wakil kaum India
Muslim)
16. Khoo Peng Loong (wakil Cina Sibu) 16. Edward Jerah (Pegawai Bumiputera
Bahagian Kedua)
17. Abang Ahmad (Sibu)
18. Abang Haji Abdul Rahim (Pegawai
Bumiputera Bahagian Kelima)
19. J.C.H. Barcroft, (Residen Bahagian
Kedua)

Sumber: R.H.W. Reece (1982), The Name of Brooke, hlm. 237; Haji Mohammad Hasbie
Sulaiman (1989), Perjuangan Anti-Cession Sarawak, hlm 80-81

Jadual 2. Keputusan Undian Ahli Majlis Negeri Berdasarkan Kaum


Menyokong Menentang
Bumiputera 9 12
India - 1
Cina 2 -
Eurasian 1 -
Eropah 7 3

21
Sumber: Sabihah Osman (1990), “The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the
British Crown 1946-1951”, hlm. 148.

Bagaimanapun, protes anti-penyerahan tidak berkesan dalam kesempatan ini, kerana


keputusan pengundian telah diambil kira dan Sarawak telah diserahkan. Hari Penyerahan atau
Cession Day adalah nama yang diberikan kepada acara tersebut. Akibatnya, kedudukan politik
Sarawak berubah pada 1 Julai 1946, apabila ia ditetapkan sebagai tanah jajahan mahkota
British.49 Gabenor Jeneral Persekutuan Tanah Melayu, Sir Malclom MacDonald, kemudian
melantik C.W. Dawson sebagai Pemangku Gabenor Sarawak.50

Di samping itu, Bertram Brooke berpendapat bahawa penyerahan Sarawak kepada British
ini adalah tidak sah. Hal ini kerana, ia melanggar wasiat ayahnya iaitu Charles Brooke. Beliau
juga menjelaskan bahawa Vyner Brooke tidak membawanya untuk berunding penyerahan
Sarawak. Malah, Bertram juga mempertikaikan tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak
kepada British sedangkan beliau mempunyai anak lelaki iaitu Anthony Brooke sebagai pewaris
takhta yang sah. Hal ini juga disokong oleh Edwardes selaku peguam dan Arthur Bryant
merupakan sejarawan turut membantah penyerahan Sarawak pada ketika itu. 51 Tambahan pula,
G.H. Hall menafikan ketidaksahan penyerahan tersebut kerana menurutnya, “penyerahan itu
adalah berdasarkan kepada permintaan Majlis Negeri melalui Rajah”.52 Hakikatnya ia
bertentangan dengan apa yang berlaku kerana penyerahan Sarawak dicadangkan oleh Rajah,
diterma oleh Pejabat Tanag Jajahan dan kemudian barulah diminta persetujuan Majlis Negeri.

Ekoran daripada itu, majoriti perwakilan bumiputera dalam Majlis Negeri tidak
menyokong penyerahan Sarawak. Bagi golongan anti-penyerahan, hanya undian wakil
bumiputera sahaja yang berhak menentukan keputusan dalam Majlis Negeri. Mereka adalah
49
Seitelman, M. The Cession of Sarawak. Far Eastern Survey, 17(3), 1947, 35–37, hlm. 36.

50
A.C. Ho, Sarawak Historical Events, 1946-1960, The University of Michigan, Vol. 3, 1992, hlm. 10.

51
R.H.W. Reece, The Name… hlm. 229-240.

52
Liang Kim Bang, Sarawak 1941-1957, Department of History, University of Singapore, 1964, hlm. 10.

22
pemilik dan pewaris tunggal Sarawak serta mereka juga tidak mengiktiraf undi wakil British dan
Cina disebabkan bukan bumiputera Sarawak. Secara keseluruhannya, konflik dalaman ini
menjadi tunjang kepada masalah yang lebih besar dan melibatkan orang ramai. Tindakan yang
dilakukan Charles Vyner Brooke ini menunjukkan sikap yang mementingkan dirinya sendiri dan
tidak melihat pelbagai aspek. Rundingan di atas meja bulat warjalah dilaksanakan demi keadilan
bersama dalam menentukan keputusan yang saksama. Gerakan anti-penyerahan ini menampilkan
kerjasama masyarakat bumiputera Sarawak untuk menentang penyerahan terhadap kerajaan
British.

4.1 GERAKAN ANTI-PENYERAHAN SARAWAK SEMAKIN BERSIFAT RADIKAL


Gerakan Anti-penyerahan Sarawak semakin bersifat radikal apabila Pakatan Pemuda Melayu
(PPM) menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas ang dipimpin oleh Awang Rambli bin Mohd.
Deli. Di pertengahan tahu 1948, dengan Seramai 13 orang anggota PPM telah mengadakan satu
persidangan sulit yang diketuai oleh Awang Rambli dan Abang Han di Jalan Cross, Sibu. 53 Hasil
mesyuarat itulah tertubuhnya Rukun Tiga Belas yang dianggotai oleh Awang Rambli, Abang
Han, Rosli Dhoby, Abang Ahmad, Morni Junit, Awang Osman, Jack Yusof, Osman Dollah,
Abang Mat Sirat, Che Alias Osman, Amin Jenal, Wan Zin dan Tambek Adun. Di mana,
pertumbuhan kumpulan ni adalah untuk merancangkan satu pembunuhan Pegawai British dan
Datu-datu Melayu yang menyokong serta berkerjasama dengan Koloni British.54

Tambahan lagi, perwatakan Awang Rambli yang lebih dikenali dengan sikap agresifnya
terhadap penjajah pernah menyatakan bahawa “Tidak berguna kita menjalankan bangkangan
cara lama seperti menanti hujan emas dari langit. Kita mesti ingat bahawa kemerdekaan itu tetap
ada di dalam tangan kita jika kita bersedia mengorbankan diri kita sendiri.” 55 Petikan tersebut
semamangya menggambarkan bahawa perwatakan Awang Rambli adalah seorang yang agresif
dalam mengambil sesebuah tindakan. Malah, beliau juga menegaskan lagi dengan mengatakan
bahawa “Tidak ada orang yang lebih baik dikorbankan melainkan gabenor.” 56 Kelantangan dan

53
Ho Hui Lin, Gerakan Anti penyerahan di Sarawak… hlm. 84.

54
Vernon L. Porritt, British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963… hlm. 55.

55
Syed Hussein Alattas, Kenapa Rosli Dhobi dan Tiga Hero… hlm. 91.
56
Ibid., hlm. 91.

23
tegasnya beliau dalam membantah penyerahan Sarawak terhadap kolonial British semamangnya
memainkan peranannya dalam gerakan nasionalisme di Sarawak. Dengan keadaan sedemikian,
bermulalah rancangan mereka untuk membunuh Gabenor British yang ketika itu lakukan sesi
lawatan Rasmi ke Sarawak.Gambar 6 menujukkan wajah Awang Rambli dan Gambar 7 adalah
kumpulan dari Rukun Tiga Belas.

Gambar 7: Awang Rambli dalam memimpin Rukun Tiga Belas dalam pembunuhan Gabenor Duncan
Stewart.
Sumber: M. G. Dickson (1964).

24
Gambar 8: Kumpulan Rukun Tiga Belas.
Sumber: https://sarawakvoice.com/2016/03/02/rakan-dedah-senjata-rosli-dhobi-bunuh-duncan-stewart/.

Penubuhan Rukun Tiga Belas disebabkan oleh tindakan kerajaan British yang
memburuk-burukkan para pejuang anti-penyerahan dengan menuduh perjuangan mereka semata-
mata bertujuan untuk mengekalkan kepentingan orang Melayu di Sarawak. Tuduhan itu
bertujuan untuk mencetuskan perselisihan faham antara orang Melayu dan Dayak dan dengan itu
dapat melemahkan pergerakan anti-penyerahan di Sarawak. Selain itu, pegawai kerajaan British
termasuklah Gabenor, Ketua Setiausaha dan Gabenor Jeneral juga mengadakan lawatan ke
kawasan penempatan orang Iban untuk memperoleh sokongan mereka. Usaha mereka berjaya
memenangi ramai penghulu Iban di Bahagian Ketiga Sarawak (Rajang). Temenggung Koh dan
Penghulu Jugah kemudian menjadi sabahat kepada Gabenor Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi
British (Malcolm MacDonald). Dengan itu orang Iban di kawasan Rejang turut menyokong
kerajaan Sarawak dan membentuk Iban Association pada Jun 1947.57
Keadaan itu akhirnya mendorong kepada pembentukan satu kumpulan yang dikenali
sebagai Rukun Tiga Belas oleh pemuda Melayu dari Sibu. 58 Munculnya Rukun Tiga Belas bukan
57
Sanib Said, Malay Politics… hlm. 53-54.

58
Haji Mohammad Hasbie Sulaiman, Perjuangan Anti-Cession Sarawak: Peranan Utama Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak, Kuching: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, 1989, hlm. 129.

25
sahaja menunjukkan perubahan dalam cara perjuangan yang lebih radikal tetapi perjuangan
peringkat ini diketuai oleh golongan pemuda terpelajar, iaitu PPM dari Sibu. Manakala,
golongan tradisional yang mempelopori perjuangan peringkat awal telah mula diketepikan
kerana perjuangan mereka tidak mencapai matlamat yang diingini. Detik yang ditunggu-tunggu
oleh Rukun Tiga Belas tiba apabila Sir Duncan Stewart selaku Gabenor British Sarawak yang
kedua mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Sibu pada 3 Disember 1949. Kemuncak
gerakan anti-penyerahan berlaku di mana Sir Duncan Stewart ditikam oleh Rosli Dhoby di
bahagian perutnya.

Gambar 9: Menunjukkan wajah


Rosli Dhoby yang telah membunuh Gabenor British
Sumber: Nordi Achie (2018).
Peristiwa itu berlaku ketika Gabenor sedang memeriksa pembarisan murid-murid
sekolah dalam upacara sambutan perbarisan kehormatan yang diadakan di Sibu sempena
lawatannya. Dengan itu, suasana yang meriah telah tiba-tiba bertukar menjadi kucar-kacir dan

26
Rosli Dhoby juga ditangkap di tempat kejadian. 59 Sir Duncan Stewart mengalami kecederaan
parah, dibawa ke Hospital Sibu dan kemudian diterbangkan ke Singapura untuk mendapatkan
rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 10 Disember 1949.60 Tindakan
pemuda Melayu dari Sibu ini jelas menunjukkan semangat perjuangan orang Melayu Sarawak
khasnya dan penduduk Sarawak umumnya dalam menentang penjajah. Jelaslah, tindakan
tersebut memperlihatkan semangat kenegaraan dan nasionalisme terhadap kaum bumiputera
terutamanya etnik Melayu di Sarawak.

Akibat daripada peristiwa pembunuhan gabenor tersebut, tindakan tegas telah diambil
oleh pihak kerajaan untuk menekan golongan antipenyerahan. Mereka yang terlibat dalam
pakatan pembunuhan itu ditangkap, dibicarakan dan dihukum. Di antaranya Rosli Dhoby,
Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang bin Suntong dihukum gantung pada 2 Mac 1950.
Manakala tujuh orang yang lain iaitu Abang Han, Che Osman bin Ahmad, Mornie bin Onei,
Othman bin Dollah, Ahmad bin Haji Abu Bakar, Awang Osman bin Moh dan Wan Zain bin
Abdullah pula dikenakan hukuman penjara. Hasil dari peristiwa tersebut juga semua kegiatan
anti-penyerahan telah dibanteras oleh pihak kolonial.

Sementara ahli-ahli PPM dan cawangannya digeledah oleh pihak kerajaan, ahli-ahlinya
disiasat dan dokumen-dokumen dirampas.61 Persatuan Pemuda Melayu (PPM) turut diharamkan
oleh pihak kerajaan Sarawak. Namun demikian, perjuangan golongan anti-penyerahan tidaklah
sia-sia sahaja kerana melalui gerakan anti-penyerahan jelas dapat dilihat kesedaran kebangsaan
telah mencapai kemuncak dalam kalangan penduduk bumiputera khasnya orang Melayu.
Pertubuhan Melayu telah diwujudkan bukan sahaja di Kuching dan Sibu tetapi juga di daerah-
daerah lain di Sarawak yang turut serta dalam menyokong gerakan anti-penyerahan. Tidak dapat
dinafikan, wujudnya bibit-bibit kesedaran kemerdekaan turut disemai dalam kalangan penduduk
Melayu di Sarawak walaupun dalam bilangan yang kecil.
6.1 KESIMPULAN

59
Jeniri Amir, Rosli Dhoby Merdeka Dengan Darah, Kuching: Jenza Enterprise, 2013, hlm. 85-86.

60
Ibid., hlm 118.

61
Sabihah Osman, The Malay-Muslim… hlm. 167.

27
Secara keseluruhannya, politik Sarawak telah menjadi kucar-kacir akibat keputusan Raja Brooke
menyerahkan Sarawak dan kesanggupan British menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya.
Perkembangan ini seterusnya membawa kepada kemunculan gerakan anti-penyerahan yang
dipelopori oleh orang Melayu bagi mengelakkan Sarawak daripada terus dijajah oleh British.
Sejak Raja Vyner Brooke mengumumkan penyerahan Sarawak, pihak berkuasa British
nampaknya tidak mahu bertolak ansur dengan tentangan yang ditunjukkan oleh kumpulan anti-
penyerahan pimpinan Melayu. Akibatnya, sikap acuh tak acuh kumpulan anti-penyerahan
terhadap perjuangannya telah menimbulkan rasa tidak puas hati, kemarahan, dan kekecewaan
dalam kalangan pejuang anti-penyerahan Melayu, yang memuncak dengan pembunuhan
Gabenor British Sarawak.

Sehubungan dengan itu, masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang malah


mengambil bahagian yang aktif dalam gerakan penentangan ini. Ia bermula daripada rancangan
penentangan sehinggalah mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu dan Iban,
mengadakan demonstrasi, dan boikot sehingga Gabenor British dibunuh pada disember 1949.
Tindakan dan semangat perjuangan Melayu didorong oleh keinginan mereka untuk
membebaskan Sarawak daripada penjajahan British.

Walau bagaimanapun, orang Melayu Sarawak tidak berjaya memenuhi matlamat mereka
bagi mempertahankan pembentukan kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan negeri.
Sarawak diperintah oleh British sehinggalah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Oleh
hal yang demikian, dengan rasminya Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia dan
diisytiharkan merdeka. Secara umumnya, kegagalan gerakan anti-penyerahan ini disebabkan
oleh kurangnya sokongan penuh daripada rakyat Sarawak itu sendiri dan perpaduan dalam
kalangan mereka yang tidak begitu kukuh. Namun, hal ini jelas menunjukkan bahawa orang
Melayu pada ketika itu sangat aktif berjuang dalam penentangan, tetapi mereka hanyalah
kumpulan minoriti di Sarawak pada ketika itu. Tambahan pula, jurang kesepakatan ini menjadi
lebih besar apabila mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pro-penyerahan dan anti-
penyerahan.

28
RUJUKAN

Abang Saifuggin Abang Bohari. 2005. Rosli Dhoby: Rukun Berdarah. Bentong: PTS One Sdn.
Bhd.

Abdullah Zakaria Ghazali. 2013. Dari Brooke ke Mahkota BritishL Abang dan Politik Sarawak,
1941-1946. Jurnal Antarabangsa Kajian Masyarakat, Budaya dan Sejarah Borneo-
Kalimantan. 1. 31-64.

Abdullah Zakaria Ghazali. 2016. “Pergerakan Pemuda Melayu Sibu dan Pembunuhan Gabenor
Sarawak Duncan Stewart 1949”. Universiti Malaya. 1-13.

Achie, N. 2008. Pemikiran Pejuang Anti-Penyerahan: Satu Tinjauan Khusus terhadap Utusan
Sarawak 1949-1950. Sejarah: Journal of the Department of History. 8(8). 195-231.

A. C. Ho. 1972. Sarawak Historical Events, 1946-1960. The University of Michigan. Vol. 3.

Albert Micheal Cooper. 1968. Men of Sarawak. United Kingdom: Oxfordd University Press.

Anthony Brooke. 1983. The Facts About Sarawak: A Documented Account of the Cessions to
Britain in 1946. Summer Times.

Badaruddin, M. S. 2005. Pengenalan Awal kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak. Jurnal
Akademik. UiTM Sarawak. 105-120.

Haji Mohammad Hasbie Sulaiman. 1989. Perjuangan Anti-Cession Sarawak: Peranan Utama
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Kuching: Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak.

Hashim Fauzy Yaacob. 2013. Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British
1946-1963. Selangor: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

29
Ho Ah Chon. 1966. “Sarawak Historical Events” 1946-1960. Sarawak State Library.
Ho Hui Ling. 2001. Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British, 1946-1951. Malaysia Dari
Segi Sejarah. 29. 43-73.

Ho Hui Ling. 2013. “Kesedaran Politik di Negeri Sarawak, 1930-1963”. Jurnal Antarabangsa
Kajian Masyarakat, Budaya dan Sejarah Borneo-Kalimantan. 1(1). 43-73.

Ho Hui Ling. 2017. Pergerakan politik di Sarawak: Isu penyerahan Sarawak kepada British. In:
Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam
Sukatan Sejarah Tingkatan 5. 10-11 Ogos 2017. Dewan Kuliah C. Fakulti Sastera & Sains
Sosial. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Ho Hui Ling. 2019. Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak, 1946-1949: Penentangan Orang


Melayu Terhadap Penjajah British. Journal of Al-Tamaddun. 14 (1). 73-88.

Jeniri Amir. 2013. Rosli Dhoby Merdeka Dengan Darah. Kuching: Jenza Enterprise.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah, dan Politik, Skudai: Penerbit universiti
Teknologi Malaysia.

Liang Kim Bang. 1964. Sarawak 1941-1957. Department of History. University of Singapore.

Mohd. Hasbie Sulaiman. 1989. Perjuangan Anti-cession Sarawak: Peranan Utama Persatuan
Kebangsaan Melayu Sarawak. Kuching: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Muhammad Khalilur Rahman bin Tamam. 2020. Social Change and Identity – Education and the
Socio-Political Awareness of Sarawak Malays Before 1963. Trends in Undergraduate
Research. 3(2). 22-32.

Nalong & Jhonny. 2003. Iban: Pegai Rajah Brooke. Bintulu: Pegari Iban Production.

30
Ngu Ik-Tien. 2017. Ethnicity and Nationalism: Ideological Struggles in Sarawak after the Second
World War. Inter-Asia Cultural Studies. 433-444.

Nordi Achie. 2000. Pemikiran Pejuang Anti Penyerahan: Satu Tinjauan Khusus Terhadap Utusan
Sarawak 1949-1950. Jurnal Sejarah. 8(8). 196-228.

Radia'n bin Jil. 2008. Brooke Dan Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1941. Persidangan
Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam
Melestarikan Pembangunan Negara. Universiti Sains Malaysia. 389-402.

R. H. W. Reece. 1993. The Name of Brooke: The End of White Rajah Rule in Sarawak. Sarawak:
Sarawak Literary Society.

Reece, Robert. 1983. Political Pioneers: in Our Sarawak. Kuching: Persatuan Kesusasteraan
Sarawak.

Sabihah Osman. 1990. The Malay Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown
1946-1951. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. 145-174.

Sanib Said. 1985. Malay Politics in Sarawak 1946-1966: The Search for Unity and Political
Ascendancy. Singapore: Oxford University Press.

Sanib Said. 1985. Malay Politics in Sarawak 1946-1966. Kuala Lumpur & Singapore: Oxford
University Press.

Seitelman, M. 1947. The Cession of Sarawak. Far Eastern Survey. 17(3). 35–37.

Syed Hussein Alattas. 1974. Kenapa Rosli Dhoby dan Tiga Hero Dihukum Bunuh? Johore:
Alattas Enterprise.

31
T. Striling Boyd. 1936. The Law and Constitution of Sarawak, Journal of Comparative
Legislation and International Law. 8(1). 60-70.

Vernon L. Porritt. 1997. British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963. Kuala Lumpur. Oxford
University Press.

Utusan Sarawak. 1950. Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British 1946-1951.

Welyne J. Jehom. 2013. Lily Eberwein: Her Life and Involvement in the Anti-cession Movement
in Sarawak. In Susan Blackburn & Helen Ting. Women in Southeast Asian Nationalist
Movements. NUS Press.

32
LAMPIRAN

Gambar 1: Menunjukkan Figura Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, yakni Pihak yang sangat
berpengaruh dalam Anti-Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

Gambar 2: Gerakan anti-penyerahan Persatuan Melayu Wanita di Sibu, Sarawak.

33
Gambar 3: Gerakan anti-penyerahan orang awam yang berlangsung di Sibu, Sarawak.

Gambar 4: Poster berslogan berkaitan penentangan penyerahan Sarawak kepada Britain.

34
Gambar 5: Anthony Brooke, The Rajah Muda of Sarawak.

Gambar 6: Bantahan oleh orang Sarawak.

35
Gambar 7: Awang Rambli dalam memimpin Rukun Tiga Belas dalam pembunuhan Gabenor
Duncan Stewart.

Gambar 8: Kumpulan Rukun Tiga Belas.

36
Gambar 9: Menunjukkan wajah Roslu Dhoby yang telah membunuh Gabenor British

37

You might also like