You are on page 1of 3

Masalah dalaman yang dihadapi oleh keluarga Brooke turut mengundang konflik yang

berlaku antara Charles Vyner Brooke dengan adiknya iaitu Bertam Brooke. Hal ini demikian
kerana Charles Vyner Brooke sering melakukan atau melaksanakan sesuatu tindakan tanpa
berbincang ataupun mendapat persetujuan daripada adiknya, Bertam Brooke. Hal ini telah
menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap Bertam Brooke. Sebagai contoh, padang thunder
1941 Charles Vyner Brooke telah membuat tindakan sending dengan menggubal
perlembagaan tanpa perbincangan daripada adiknya, Bertam Brooke.Masalah tersebut telah
mendorong Charles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

Tambahan lagi, Sarawak juga telah mengalami kemusnahan yang begitu teruk
selepas berlakunya perang dunia kedua. Terdapat banyak kemusnahan yang dihadapi oleh
Sarawak antaranya ialah mengalami masalah dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Masalah
sosial yang dihadapi seperti, kemusnahan bangunan-bangunan, kehilangan nyawa akibat
perang dunia kedua dan banyak lagi. Maka dengan itu, untuk pemulihan semula sudah tentu
memerlukan kos perbelanjaan yang begitu tinggi. Namun, dalam masa yang sama keluarga
Brooke tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menampung perbelanjaan tersebut bagi
tujuan pembaikan pulih. Disebabkan sarawak mengalami kerosakan dan kerugian yang
begitu besar, Charles Vyner Brooke telah mengambil tindakan dengan membuat keputusan
untuk menyerahkan sarawak kepada kerajaan British. Hal ini dikatakan demikian kerana,
beliau yakin bahawa kerajaan British mempunyai keupayaan untuk membangun semula
Sarawak tersebut untuk menjadi sebuah kerajaan yang moden. Oleh itu, hal ini telah
mendorong Charles Vyner Brooke untuk lebih berkeyakinan untuk menyerahkan sarawak
terhadap kerajaan British kerana beliau yakin bahawa mereka mampu untuk membangun
semula sarawak serta penyerahan sarawak terhadap British juga untuk kepentingan bagi
rakyat agar memperoleh kesejahteraan hidup. 1

Dalam pada itu, penyerahan Sarawak oleh Charles Vyner Brooke kepada British juga
berkaitan dengan keinginan mahupun minat British bagi memperluaskan tanah jajahannya
yang sebelum ini telah beberapa kali cuba untuk campur tangan dalam politik Sarawak.
Jelaslah di sini dengan menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan, menyebabkan British
dapat campur tangan dalam pentadbiran dalaman Sarawak dan sekaligus dapat menguasai
kekayaan ekonomi negeri itu serta menjaga kepentingan pelaburan British. Pejabat Kolonial
berpendapat,“... that so large an area of potentially rich tropical territorry should be left
undeveloped, making a relatively negligible contribution to the world’s wealth and enjoying

1
Bilcher Bala, (2016), Cabaran Sarawak Selepas Merdeka dalam Malaysia, Persatuan sejarah Malaysia cawangan sarawak
dengan kerajaan negeri sarawak
few of the benefits of modern scientific progres, cannot be tolerated indefinitely...”. 2
Selain
itu, dalam buku Venon Porritt, British Colonial Rule in Sarawak , 1946-1963, turut dinyatakan
mengenai minat British terhadap sumber ekonomi dan hasil bumi Sarawak seperti minyak,
lada hitam dan getah.3 Dengan demikian, apabila Sarawak menjadi tanah jajahan, secara
tidak lansung British mampu berupaya menjamin pelaburannya malah turut mampu menjaga
kepentingan ekonominya di Sarawak. Oleh itu, keadaan ini mendorong British untuk terus
gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya dalam menguasai negeri Sarawak.

Kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku pada 1929-1933, telah menjejaskan


kemakmuran Sarawak. Kesan kemelesetan ekonomi dunia ini menyebabkan pendapatan
Sarawak susut daripada $6,671,291.38 pada tahun 1929 ke angka $ 3,558,580.46 pada
1933.4 Jurang pengurangan pendapatan sebanyak 53.34 peratus dicatatkan. Secara tidak
lansung hal ini mendorong hasil pendapatan kerajaan Sarawak berkurangan dengan
pendapatan terendah dicatatkan pada tahun 1933. Jelaslah bahawa kerajaan Brooke
terpaksa berhadapan dengan kemelut krisis kewangan yang begitu meruncingkan. Dalam
pada itu, isu kemelesetan ekonomi ini menjejaskan lagi Sarawak apabila kejatuhan harga
komiditi berlarutan. Majoriti masyarakat Sarawak yang terlibat dalam kegiatan ekonomi
pertanian dagangan pada mulanya melihat kejatuhan ini bersifat sementara sahaja. Namun
jika senario ini tidak diterangkan dengan lebih mendalam sudah pasti akan menjejaskan
kestabilan politik domestik Sarawak.

Ucapan Rajah Charles Vyner Brooke pada Januari 1930, di State Council yang dihadiri
oleh ketua-ketua masyarakat di seluruh negeri telah mengingatkan, “... I feel that my
government has been moving rather to rapidly in the direction of expenditure during recent
years, and I would urge you all to remember that although the area of Sarawak is large, its
resources are very limited. It is primary an agriculture country, with poor soil and only slow
and measured progress can really benefits it. I think, however, that if you all co-operate with
my financial committee with the object of reducing expenditure and economizing in every
direction, it will be possible for us to tide over this difficult period of trade depression
without encountering financial embrassment...” . 5

2
Sabihah Osman, (1990), The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown 1946-1951,
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies,1990, hlm. 147-148.
3
Vernon L. Porritt,British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963, Kuala Lumpur: Oxford University Press,1992 hlm.
2.
4
Radia’n. J, (2017), Brooke dan Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1941, Universiti Sains Malaysia: Persidangan
Nasional Sejarah dan Sejarawan Malaysia, hlm. 392.
5
The Sarawak Gazette, 1st July 1931, No. 934; hlm. 1.
Di sebalik hal ini, Charles Vyner Brooke turut juga berhadapan dengan pihak Kolonial
British yang tidak pernah berhenti memujuk beliau bagi mendapatkan Sarawak. 6
Kemelesetan ekonomi dunia mengundang peluang kepada pejabat Kolonial British untuk
mengutip informasi dalaman tentang pentadbiran Sarawak. Peluang ini digunakan dengan
sepenuhnya. Implikasi daripada kehadiran M.J Breen dan Thomas Stirling Boyd dalam
pentadbiran Brooke dilihat mampu merintis jalan ke arah perlantikan Penasihat British W.E.
Pepys ke Sarawak mulai Januari 1940. 7 Tambahan pula, pegawai-pegawai Kolonial seperti Sir
Shenton Thomas, Edward Gent mula melihat cengkaman keluarga Brooke ke atas Sarawak
mulai longgar. Prospek bagi British untuk bertapak di Sarawak lebih mudah kerana Vyner
Brooke dibayangi oleh isterinya Ranee Sylvia dan anak-anak perempuan beliau iaitu
Elizabeth, Leonora dan Valerie yang menyebabkan beliau banyak menghabiskan masanya di
London.8 Hal ni menjadikan intipati pemerintahan Brooke mulai menjadi longgar.
Kemelesetan ekonomi ini bukan sahaja menimbulkan cabaran dalam pengurusan kewangan
bahkan ia mula menghakis keyakinan Vyner Brooke untuk bertahan. Pihak British melihat ini
sebagai kesempatan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pentadbiran
Sarawak.

Bahkan Rajah Charles Vyner Brooke menyedari bahawa pengaruh Kolonial semakin
kuat menghampiri Sarawak. Tambahan pula, pemerintahan keluarga Brooke semakin hilang
auranya akibat hentakan kemelesetan ekonomi yang membuka ruang untuk dieksploitasi
sepenuhnya oleh British bagi mengukuhkan kedudukannya dalam politik di Sarawak.
Walaupun Sarawak telah melepasi tempoh getir akibat kemelesetan ekonomi dunia 1929-
1933, Vyner Brooke mendapati masa depan keluarga Brooke menghampiri penamatnya.
Oleh itu, dengan bantuan setiausaha pribadinya, Gerrard T. McBryan, Rajah telah membuat
satu perjanjian sulit sebagai tukaran kepada kehilangan kuasa pemerintahan seperti mana
yang terkandung dalam perlembagaan 1941.9

6
Runciman,Steven, The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841-1946 , Kuala Lumpur: Synergy Media,
2007,hlm 165.
7
Naimah S. Taib, The Administrators and Their Service: The Sarawak Administration Service under The Brooke
Rajahs and British Colonial Rule, Journal of the Royal Asiatic Society, bil.10,no.3, 2000,hlm. 84.
8
Reece, R.H.W, The Name of Brooke, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1982,hlm. 98-99.
9
Radia’n. J, op.cit, hlm. 399.

You might also like