You are on page 1of 10

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR

TERCETUS GERAKAN ANTI-


PENYERAHAN DI SARAWAK PADA
TAHUN 1946 SERTA PUNCA KEGAGALAN
GERAKAN INI.
Faktor tercetus Punca kegagalan
gerakan Anti- gerakan Anti-
Penyerahan Penyerahan

• Penyerahan Sarawak kepada • Tiada sokongan


British menyeluruh
• Tipu Muslihat Kekerasan British
• Memulihkan pemerintahan Tindakan melemahkan
Brooke Gerakan Anti-Penyerahan
Pendahuluan
■ Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke membuat keputusan untuk
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
■ Charles Vyner Brooke mengambil keputusan ini ekoran desakan daripada kerajaan
British.
■ Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai waris manakala penggantinya Anthony
Brooke tidak mempunyai kewibawaan untuk memerintah.
■ Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke mengumumkan penyerahan sarawak
kepada British.
■ Tindakan Charles Vyner Brooke telah menimbulkan penentangan dalam kalangan
rakyat Sarawak.
■ Rakyat Sarawak melancarkan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak untuk menentang
British.
■ Terdapat beberapa faktor menyebabkan tercetus Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
Penyerahan Sarawak kepada British
■ Charles Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berunding dengan
pemimpin tempatan terlebih dahulu.
■ Perkara ini bercanggah dengan Perlembagaan 1941 yang diperkenalkan
oleh Charles Vyner Brooke.
■ Menurut perlembagaan 1941, Charles Vyner Brooke berjanji untuk
memberikan kemerdekaan kepada Sarawak.
■ Ekoran penyerahan Sarawak kepada British maka Sarawak menjadi
Tanah Jajahan Mahkota British.
■ Dengan demikian, penduduk tempatan terpaksa berjuang untuk
mendapatkan kemerdekaan daripada British.
Tipu Muslihat
■ Vyner Brooke membuat keputusan keputusan menyerahkan Sarawak
tanpa mengadakan rundingan dengan ketua-ketua bumiputera tempatan.
■ Gerald MacBryan menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan
persetujuan daripada ketua-ketua bumiputera.
■ Tindakan Gerald MacBryan membangkitkan kemarahan pemimpin-
pemimpin tempatan.
■ Perkembangan ini menyebabkan berlaku penentangan terhadap
penyerahan Sarawak.
■ Antara tokoh tempatan yang memimpin penentangan adalah Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah.
Memulihkan pemerintahan keluarga Brooke
■ Matlamat utama Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak adalah
memulihkan pemerintahan kelurga Brooke.
■ Umumnya, penduduk Sarawak inginkan pemerintahan keluarga Brooke
di Sarawak.
■ Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke ditabalkan sebagai
Raja Sarawak.
■ Mereka berpendapat proses mendapatkan kemerdekaan lebih mudah jika
Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke.
■ Selain itu, mereka bimbang hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh
mereka di bawah pemerintahan Brooke akan dihapuskan oleh British.
Tiada sokongan menyeluruh
■ Gerakan Anti-Penyerahan gagal kerana tiada sokongan
menyeluruh daripada rakyat Sarawak.
■ Dalam hal ini, hanya sebilangan kecil rakyat Sarawak
menyokong Gerakan Anti-Penyerahan.
■ Tambahan pula, hanya pertubuhan yang tidak berpengaruh
menyokong gerakan ini.
■ Dengan demikian, Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak tidak
dapat mencapai matlamatnya.
Kekerasan British
■ Gerakan Anti-Penyerahan tidak mendapat sokongan ekoran penggunaan
kekerasan oleh British.
■ Tujuan British menggunakan kekerasan adalah bagi menakutkan penyokong
gerakan ini.
■ British mula menggunakan kekerasan selepas peristiwa pembunuhan
Gabenor Duncan Steward.
■ Contohnya, pemimpin Rukun Tiga Belas seperti Rosli Dhobi dan rakan-
rakan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Tindakan melemahkan Gerakan Anti-Penyerahan

■ Salah satu tindakan yang diambil adalah menyekat penyertaan kakitangan


kerajaan dalam gerakan ini.
■ British mengeluarkan surat pekeliling No.9 yang memberi amaran kepada
kakitangan kerajaan yang terlibat dalam tunjuk perasaan.
■ Berikutan ini seramai 388 orang kakitangan kerajaan bertindak
meletakkan jawatan.
■ Dalam pada itu, 22 buah sekolah kerajaan ditutup dan 56 orang pelajar
Maktab Perguruan Melayu Sarawak memulaukan pengajian mereka.
Kesimpulan
■ Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak memperlihatkan kesungguhan rakyat
Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British.
■ Namun demikian gerakan ini menemui kegagalan ekoran penindasan
yang digunakan oleh British terhadap penyokong gerakan ini.
■ Walaupun gagal, namun gerakan ini membangkitkan semangat
kebangsaan rakyat Sarawak dalam perjuangan kemerdekaan mereka.

You might also like