You are on page 1of 6

Aisyah binti Abdul Razak Khadijah binti Yusop Nurul Madaniyah binti Md Rasol Nurul Najihah binti Azlan

Nur Adilah binti Zuriman

Rundingan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu


Pada 1 Februari 1948, pihak British telah bersetuju menubuhkan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union. Pada bulan Januari hingga Mei 1945 bantahan orang Melayu secara aman telah diadakan di seluruh Tanah Melayu. Hal ini memberi gambaran bahawa orang Melayu menolak Malayan Union. Pada bulan Mei 1946, pertemuan raja-raja Melayu dengan pihak British di Kuala Lumpur telah membolehkan rajaraja Melayu menyampaikan pandangan mereka untuk menolak

Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union telah menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi. Hasilnya, raja-raja Melayu dan UMNO menyerapkan satu memorandum untuk menyatakan bantahan terhadap Malayan Union secara rasmi kepada pihak British. Pada Julai 1946, sebuah Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan dan dianggotai oleh: * Pegawai kanan British * Wakil raja-raja Melayu

Perbincangan telah diadakan beberapa kali di Kings House, Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, beberapa tuntutan telah dikemukakan: * Raja-raja dan orang Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. * Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. * Mereka menolak kerakyatan jus soli. * Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula. * Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri

Pihak British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan dan juga tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu. Pihak British juga ingin menjalankan dasar dekolonisasi (suatu proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada 21 Januari 1948, rundingan antara British dengan raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

You might also like