You are on page 1of 16

SEMINAR SEJARAH POLITIK MALAYSIA

TAJUK:

“PENGISYTIHARAN DARURAT MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA MUSLIHAT BRITISH


UNTUK TERUS KEKAL BERKUASA DI TANAH MELAYU”. BINCANGKAN PENYATAAN INI
DENGAN MERUJUK KEPADA USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKUKAN BRITISH MENJELANG
PENGISYTIHARAN DARURAT PADA TAHUN 1948.

PENGENALAN

Campur tangan British di Tanah Melayu telah membawa banyak perubahan dalam aspek

sosial, ekonomi dan juga politik. Bermula dengan dasar berkecuali, British telah mengubah

dasarnya dengan melakukan campur tangan secara langsung di Negeri-negeri Melayu pada tahun

1874.1 Kepentingan Tanah Melayu terhadap British dalam faktor ekonomi dan politik telah

menjadi antara pengaruh penting yang mengubah pendirian dan dasar British di Tanah Melayu.

Tindakan British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah

seperti di Perak, Selangor dan Sungai Ujong membuktikan kepentingan faktor ekonomi

merupakan satu pengaruh kuat yang mengubah dasar-dasar British di Tanah Melayu. Persaingan

bagi mendapatkan kawasan tanah jajahan juga telah mempengaruhi British untuk melakukan

campur tangan secara langsung di Negeri-negeri Melayu. Pelaksanaan sistem pemerintahan baru

yang dibentuk oleh British dalam hal ehwal dalaman Negeri-negeri Melayu menunjukkan British

sememangnya berusaha mencorakkan sistem politik di Tanah Melayu supaya kepentingannya

terjaga walaupun tindakan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat.

Penglibatan British dalam hal ehwal dalaman Negeri-negeri Melayu yang mengubah

susunan pentadbiran yang sedia ada telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan

rakyat sehingga wujudnya kebangkitan dan kesedaran yang menyebabkan penentangan secara
1
Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Universiti
Malaya, 1984, hlm. 3.

1
keras rakyat terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan British.2 Kebangkitan penduduk dalam

menentang dasar-dasar British telah menyebabkan berlakunya perkembangan gerakan kesedaran

kebangsaan yang menggugat kedudukan British di Tanah Melayu pada akhir tahun-tahun 1930-

an.3 Kebimbangan British terhadap penentangan penduduk di Tanah Melayu telah mendorong

British untuk melaksanakan dasarnya-dasarnya bagi mengekalkan penguasaannya terhadap

Tanah Melayu.

PENGISYTIHARAN DARURAT 1948

Insiden pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, pada

16 Jun 1948 telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent.4 British telah

mengisytiharkan darurat pada 17 Jun 1948 dengan menggunakan isu pembunuhan oleh komunis

sebagai alasan pengisytiharannya. Langkah British mengisytiharkan darurat disebabkan oleh

ancaman komunis pada 1948 telah menimbulkan persoalan tentang tujuan sebenar darurat

diisytiharkan. Hal ini kerana British pernah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM)

semasa zaman penjajahan Jepun pada tahun 1942 sehingga membolehkan PKM membentuk

barisan tulang belakangnya yang dikenali sebagai Malayan People's Anti-Japanese Army

(MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga. Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos

1945 dan selama lebih kurang 14 hari sebelum tegaknya Pentadbiran Tentera Inggeris, PKM

telah keluar dari hutan dan melakukan penganiayaan di sana sini, kononnya terhadap orang yang

melakukan kesalahan jenayah kepada penduduk dan yang bersubahat dengan Jepun. Mereka

mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan

2
Ibid., hlm. 1.
3
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, hlm. 38.
4
Ho Hui Ling, Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat, 1948-1960: Satu Tinjauan, Sejarah Pembinaan
Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006,   hlm. 198.

2
Cina dan mengancam seluruh penduduk. Dianggarkan MPAJA telah membunuh lebih kurang

2,542 orang Cina, Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai tali barut Jepun. 5 Pada

masa ini pihak Komunis telah membuat kekacauan, keganasan dan perkelahian dengan hampir

keseluruhan orang Melayu terutama di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan dan

Batu Pahat.6

Sekembalinya British di Tanah Melayu, kekejaman pihak Komunis masih lagi berlaku

tetapi British tidak mengisytiharkan darurat pada waktu itu malahan telah memberi penghargaan

kepada Komunis kerana telah berjaya mengusir Jepun dan mereka dapat kembali semula ke

Tanah Melayu.7 Selepas mendapat pengiktirafan pihak komunis masih lagi membuat kekacauan

seperti mogok dan rusuhan dengan menggunakan rakyat bawahan yang berbilang bangsa. Jika

diperhatikan, kekejaman pihak Komunis membunuh ramai penduduk sekitar tahun 1945 masih

belum cukup untuk mempengaruhi British mengisytiharkan darurat pada waktu tersebut.

Pengisytiharan hanya dibuat selepas hanya 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris didakwa di

bunuh oleh pihak Komunis pada tahun 1948. Hal ini menimbulkan persoalan mengapa

kekejaman komunis pada tahun 1945 tidak dapat dilihat oleh British sebagai satu ancaman

kepada keselamatan dan kestabilan penduduk di seluruh Tanah Melayu.

Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948 bagi

menghapuskan ancaman Komunis.8 Undang-undang tersebut memberi kuasa yang lebih kepada

British untuk menangkap dan menahan orang untuk beberapa bulan tanpa bicara di mahkamah

termasuklah sesiapa yang didapati berkumpul lebih daripada lima orang di luar bangunan tanpa

kebenaran polis atau sesiapa yang membawa senjata api.9 Undang-undang ini secara tidak
5
Ibid., hlm. 197.
6
Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1993, hlm. 13.
7
Abdullah C.D., Darurat dan Kemerdekaan, Hong Kong : Nan Dao Publisher, 1998, hlm. 99.
8
Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden , hlm. 198
9
Amaluddin Darus, Serbasalah Melayu di Malaysia, Subang Jaya : Syarikat ABAD,1998.

3
langsung bukan sahaja menyebabkan penangkapan anggota-anggota komunis, malahan telah

melibatkan penangkapan ramai anggota parti politik yang berhaluan kiri. Hal ini terbukti apabila

British telah menahan lebih daripada seribu orang yang dianggap sebagai ahli PKM tanpa bicara

dan kesalahan yang jelas.10 Penduduk-penduduk yang didapati dan dianggap bersalah telah di

buang negeri manakala bagi yang memiliki senjata api telah di hukum mati.

Persoalannya, seandainya komunis yang menjadi sebab utama pengisytiharan darurat,

mengapakah penangkapan telah melibatkan ahli-ahli politik yang secara jelas tiada hubungan

dengan komunis seperti pemimpin dan ahli Parti Hizbul Muslimin yang berideologi Islam?

Hizbul Muslimin, parti Islam yang baru sahaja ditubuhkan pada 14 Mac 1948 diharamkan terus

pada bulan Ogos 1948. Tujuh orang pemimpinnya yang ditahan termasuklah presiden

pertamanya Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Perkara yang jelas dapat dilihat daripada

pengisytiharan darurat ini ialah British telah berjaya melemahkan dan melenyapkan semangat

untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh golongan kiri. Pemimpin-pemimpin

dari golongan kiri ini telah ditangkap dan keadaan ini secara tidak langsung telah

melemahkan parti-parti tersebut dan seterusnya berkubur begitu sahaja.11 Pihak British telah

menjadikan darurat sebagai taktik dan perancangan rapi untuk memelihara dan meneruskan

penguasaan mereka dalam politik di Tanah Melayu demi menjaga kepentingan mereka di sini.12

MALAYAN UNION

Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan cara mengubah status

Tanah Melayu daripada negeri naungan (dilindungi dan raja-raja Melayu masih menjadi ketua

10
Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng : Satu Kajian Mengenai Barisan Komunis Di Tanah Melayu 1948-1948,
(terj.), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 89.
11
Abdullah C.D. Darurat dan Kemerdekaan, hlm. 15.
12
Roslaini Aziz Hj Awang, Dasar Luar British dan Pemberontakan Parti Komunis Malaya 1945-1950. Pulau
Pinang : Universiti Sains Malaysia. 1995, hlm. 46.

4
negeri) kepada Tanah Jajahan Mahkota yang diperintah secara langsung oleh British di bawah

Parlimennya. Dengan ini rancangan penubuhan Malayan Union ini boleh dianggap sebagai

penjajahan secara mutlak British ke atas Tanah Melayu. Perancangan awal telah dibuat 1942

oleh British dengan menubuhkan “Unit Perancangan Tanah Melayu” di United Kingdom yang

dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar General Ralph Hone.

Rancangan yang juga dikenali sebagai “Reconstruction of Malaya” telah mendapat sokongan

dari “Assocation of British Malaya” yang berada di bawah pimpinan Tan Cheng Lock. 13

Melalui rancangan ini maka lahirlah Malayan Union. Antara lain cadangan ialah penggabungan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan

Melaka, manakala Singapura pula dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.

Perubahan dasar British yang cuba menjajah Tanah Melayu secara mutlak melalui

Malayan Union sebenarnya disebabkan oleh kesan langsung penjajahan Jepun di Tanah Melayu

dari tahun 1942 hingga 1945 yang ternyata telah menjatuhkan maruah British dan telah

mengubah sikap masyarakat Melayu terhadap British.14 Rancangan penubuhan Malayan Union

ini secara jelasnya merupakan satu rancangan yang diwujudkan oleh pihak British untuk menjaga

kepentingan British sekembalinya ke Tanah Melayu. Rancangan penggabungan Negeri-negeri

Melayu dengan Negeri-negeri Selat terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat

Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British menunjukkan British semata-mata cuba

untuk menyenangkan dan menyatukan pentadbiran British di Tanah Melayu. Segala kuasa

terletak di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan

manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan adat Istiadat

13
Ramlah Adam, UMNO : Organisasi dan Kegiatan 1945-1951. Kota Bharu. Mohd Nawi Book Store.1978, hlm. 2.
14
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sa-Pintas Lalu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1972. hlm. 118.

5
orang-orang Melayu. Aspek agama juga disentuh iaitu Majlis Mesyuarat Agama terdiri daripada

Raja-raja Melayu sebagai ahlinya dan Gabenor British sebagai pengerusi.15

Perlembagaan yang dirangka dalam Malayan Union adalah jelas menunjukkan bahawa

British ingin “menguasai” Tanah Melayu dan bukannya “memberi perlindungan”. Kuasa sultan

dihapuskan dalam Malayan Union malahan dalam hal ehwal Agama Islam, seorang Gabenor

British yang beragama Kristian telah dilantik sebagai penasihat sultan. Prinsip jus soli telah

digunakan dalam pemberian hak kerakyatan yang mudah kepada bukan Melayu, sehingga

perkara ini menjadi antara punca utama penentangan secara bersungguh-sungguh orang Melayu

terhadap penubuhan Malayan Union.16 Tindakan British yang cuba melaksanakan prinsip Jus

Soli menimbulkan persoalan mengapa British menetapkan pelaksanaan prinsip Jus Soli dalam

rancangan Malayan Union sedangkan prinsip ini sememangnya merupakan isu sensitif yang

menggugat kepentingan penduduk peribumi khususnya masyarakat Melayu. Tindakkan British

ini telah memberi gambaran bahawa British telah cuba untuk mendapatkan sokongan golongan

bukan Melayu demi kepentingannya untuk menubuhkan Malayan Union.

Semasa pendudukan Jepun dan selepas Perang Dunia ke-2 berlaku, kesedaran politik di

kalangan penduduk di Tanah Melayu telah meningkat. Lantaran itu pengisytiharan penubuhan

Malayan Union telah wujud penentangan yang hebat daripada orang-orang Melayu dengan

keadaan yang tidak diduga oleh British. Kesedaran inilah yang telah mencetuskan penentangan

yang hebat daripada orang Melayu apabila Malayan Union diisytiharkan. Pada 1 Mac 1946, satu

perjumpaan yang dihadiri oleh 41 pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur,

perjumpaan ini diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar.17 Resolusi utama kongres ini adalah

15
Ibid., hlm.120.
16
Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, hlm. 193.
17
Institute Pentadbiran Awam Negara, Negara Kita : Sejarah Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan, Kuala
Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara, 1982, hlm. 46-47.

6
mendesak agar Malayan Union dibatalkan perlaksanaannya dan kekalkan Tanah Melayu seperti

sebelum tahun 1941. Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan

British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 Malayan Union telah

ditubuhkan.

KERJASAMA DENGAN UMNO

Sejarah penubuhan UMNO bermula daripada satu perhimpunan besar-besaran yang

diberi nama Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan yang dirancang oleh Persatuan Melayu

Selangor dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4

Mac 1946 menghimpunkan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu. Perhimpunan itu telah

dipengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar yang bertujuan untuk menentang rancangan gagasan

Malayan Union. Kongres ini juga seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization

(UMNO) pada 11 Mei 1946. Namun penentangan UMNO terhadap Malayan Union tidak

bermatlamatkan perjuangan ke arah kemerdekaan tetapi memperjuangkan Tanah Melayu supaya

kembali kepada sistem lama sebelum kedatangan Jepun. Hal ini berbeza dengan matlamat

penentangan Malayan Union oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) mahukan

kemerdekaan sepenuhnya daripada penguasaan British. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

perjuangan UMNO dan PKMM berbeza dan UMNO bertindak untuk bersikap lembut terhadap

British.18 Percanggahan matlamat telah menyebabkan PKMM telah keluar daripada UMNO dan

menyelar UMNO kerana tidak mempunyai rancangan tetap dan jelas untuk memperjuangkan

kemerdekaan Tanah Melayu. Selain PKMM terdapat banyak lagi parti dan pertubuhan

berhaluan kiri seperti AWAS, API, PKM, BATAS, Hizbul Muslimin, PUTERA, AMCJA dan
18
Abdul Latif Abu Bakar, Ishak Hj Muhammad : Penulis dan Ahli Politik Sehingga 1948, Kuala Lumpur :
Universiti Malaya, 1977, hlm. 101-102.

7
sebagainya yang berjuang dengan cara masing-masing atas satu matlamat iaitu mendapatkan

kemerdekaan daripada penjajahan British. Ketika zaman darurat diisytiharkan (1948-1960)

semua parti dan pertubuhan berhaluan kiri telah diharamkan dan penangkapan berlaku kepada

semua parti dan pertubuhan kecuali UMNO yang terus dibenarkan ‘hidup’. Hal ini

menimbulkan persoalan mengapa hanya UMNO sahaja yang hanya dibenarkan bergiat aktif di

Tanah Melayu sedangkan UMNO merupakan antara pertubuhan yang menentang kuat

pelaksanaan rancangan penubuhan Malayan Union yang diasaskan British.

British sanggup bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO merupakan satu-satunya

parti politik yang tidak bermatlamatkan untuk menuntut kemerdekaan dan bebas daripada

pengaruh kekuasaan British. Bekerjasama dengan UMNO bermakna British masih boleh

mengekalkan kuasa dan menjaga kepentingannya di Tanah Melayu di samping berusaha

mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap British sendiri. Hal ini terbukti apabila hanya

UMNO sahaja satu-satunya parti politik yang mendapat hak keistimewaan untuk berunding

dengan pihak British dalam membentuk corak pentadbiran baru sehingga perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu berjaya dirangka bagi menggantikan Malayan Union. 19 Tentangan

rakyat terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada orang Melayu, malahan wujud juga

nasionalis Cina yang ingin mendirikan Republik Komunis dan perkembangan gerakan nasional

Indonesia di kalangan orang Melayu.20 Tentangan rakyat semakin kuat telah memaksa British

mengatur strategi lain untuk menjaga kepentingannya di Tanah Melayu. Lantaran itu, British

telah bersetuju untuk berunding dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO bagi menubuhkan satu

jawatankuasa kerja pada bulan Julai 1946 untuk menggubal satu perlembagaan baru yang

boleh diterima oleh orang Melayu iaitu rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
19
Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng : Satu Kajian Mengenai Barisan Komunis Di Tanah Melayu 1948-1948,
hlm. 107.
20
Ibrahim Hj Yaakub, Sekitar Malaya Merdeka. Jakarta : Kesatuan Melayu Merdeka, 1957, hlm. 44.

8
(PTM). British telah menerima UMNO sebagai ‘rakannya’ dalam meneruskan hasrat

tersembunyi mereka untuk terus menguasai Tanah Melayu.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ( PTM ) telah diisytiharkan bagi

menggantikan Malayan Union. PTM mengandungi sembilan buah negeri-negeri Melayu dan

Pulau pinang serta Melaka, Singapura pula kekal sebagai koloni yang berasingan. 21 Sebenarnya

PTM tidak ada bezanya dan hampir sama dengan Malayan Union. Pesuruhjaya Tinggi British

masih lagi berkuasa penuh dalam pentadbiran Tanah Melayu. Dasar pentadbirannya pula

diserapkan hingga ke akar umbi masyarakat melalui penurunan kuasa dari kerajaan pusat ke

kerajaan negeri bagi setiap negeri. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah-daerah yang akan

diketuai oleh Pegawai Daerah, mukim diketuai oleh Penghulu dan kampung diketuai oleh Ketua

Kampung.22 Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan dan dasar Jus Soli telah digantung,

namun Tanah Melayu masih terikat dengan British yang berkuasa ke atas pertahanan dan semua

hal ehwal luar PTM. Perlembagaan PTM dianggap terlalu memihak kepada kepentingan-

kepentingan British serta tidak memberi peluang yang cukup kepada penduduk Tanah Melayu

untuk memainkan peranan dalam pemerintahan negeri.23 PTM masih belum cukup untuk

memuaskan hati keseluruhan penduduk di Tanah Melayu sehinggakan All Malaya Council of

Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah bergabung dengan

mengusulkan “Perlembagaan Rakyat” bagi menggantikan PTM.24 AMCJA telah mewakili orang

bukan Melayu yang diketuai oleh Tan Cheng Lock, manakala PUTERA pula terdiri daripada

21
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998, hlm. 255.
22
Institut Pentadbiran Awam Negara, Negara Kita : Sejarah Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan, hlm. 6.
23
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu, hlm.128.
24
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah, hlm. 97.

9
Parti Kebangsaan Melayu (MNP) Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar

yang mewakili kepentingan masyarakat Melayu.

Asas Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCJA telah menyuarakan hasrat masyarakat

majmuk sendiri untuk menjadi “bangsa” baru.25 Kerjasama PUTERA-AMCJA merupakan

kemuncak perjuangan kemerdekaan perlembagaan serta memperlihatkan perpaduan rakyat

semua kaum dalam menuntut kemerdekaan. Lantaran tidak bersetuju dengan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua pertubuhan ini bersatu untuk menentang UMNO, raja-

raja dan kerajaan British.26 Pihak British tidak senang dengan situasi ini kerana kerjasama yang

terdiri daripada berbilang bangsa ini mampu melemahkan pihaknya dan mungkin kemerdekaan

perlu diberikan dalam masa terdekat.

RANCANGAN BRIGGS 1950

British telah melakukan pelbagai tindakan dan helah untuk mencapai hasrat mereka

dengan menyusun semula masyarakat melalui Rancangan Briggs pada tahun 1950. Tujuan

utama rancangan ini menurut ‘dakwaan’ British bagi membanteras kegiatan pengganas Komunis

di seluruh PTM. Melalui rancangan ini, kampung-kampung baru telah diwujudkan untuk

meletakkan sesuatu bangsa di sesuatu kawasan tertentu yang dipagari dan diawasi setiap

pergerakan penghuninya. Rancangan itu merangkumi pemindahan penduduk Cina dari kawasan-

kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula

ataupun di Kampung Baru supaya dapat menghalang pihak Komunis daripada mendapatkan

maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Walaupun Rancangan Briggs ini telah berjaya

memberi tekanan kepada pihak Komunis, namun pelaksanaan rancangan ini secara tidak

25
Ibid., hlm. 99.
26
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu,hlm.129.

10
langsung telah memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan

berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip,

kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan

kemudahan perniagaan. Orang Melayu pula tidak banyak terlibat dengan penempatan semula.

Kampung tradisional dan mempunyai taraf Tanah Simpanan Melayu tidak dimajukan

sebagaimana kampung baru.

Layanan berbeza yang dinikmati oleh kaum Cina dan kaum Melayu akibat daripada

perlaksanaan Rancangan Briggs telah menyebabkan wujud perasaan saling curiga dan benci

membenci antara satu sama lain kerana wujudnya sempadan pemisah antara kaum. Tambahan

pula isu perkauman diguna oleh British untuk melemahkan gerakan anti-British kerana PKM

didominasi oleh kaum Cina.27 Orang Cina dilabel sebagai penyokong pergerakan komunis dan

orang asing, manakala orang Melayu pula di cop sebagai pasukan polis dan tentera yang

berhasrat menghapuskan komunis yang majoritinya terdiri daripada bangsa Cina. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa British cuba untuk menyemai semangat perkauman yang akan

menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat. Oleh itu perpecahan dan ketidakstabilan akan

dapat memberikan alasan yang kukuh kepada British untuk mengekalkan Persekutuan Tanah

Melayu untuk terus berada di bawah penguasaan British dan secara tidak langsung dapat

menafikan hasrat rakyat untuk merdeka dengan cepat.

RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Desakan ke arah kemerdekaan semakin kuat sehingga keadaan ini mencemaskan British

dan mereka merasakan perlunya mencari helah untuk meneruskan kelangsungan dasar

penjajahan mereka. Atas hasrat itu, British terpaksa membuat tawaran kemerdekaan kepada
27
Roslaini Aziz Hj Awang, Dasar Luar British dan Pemberontakan Parti Komunis Malaya 1945-1950, hlm. 67.

11
Tanah Melayu demi menjaga kepentingan modal dan kedudukan mereka di Asia Tenggara,

kemerdekaan yang menurut kehendak mereka. Bagi melaksanakan langkah ini, British

memerlukan organisasi dan pemimpin-pemimpin yang dapat bekerjasama dan bertolak ansur

dengan mereka.28 Maka UMNO telah pilihan British untuk menjalin kerjasama kerana dasar

parti ini memperjuangkan Tanah Melayu supaya kembali kepada sistem lama sebelum

kedatangan Jepun. Hal ini jelas menunjukkan UMNO merupakan satu-satu parti politik yang

mahukan kuasa British terus kekal di Tanah Melayu berdasarkan matlamat perjuangannya yang

mahu kembali kepada sistem lama. Desakan supaya Tanah Melayu dimerdekakan semakin kuat

terutamanya daripada gerakan politik berhaluan kiri sehingga British terpaksa ‘menaburkan’

janji-janji kemerdekaan bagi meredakan keadaan.

Pihak British berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu jika terdapat

sebuah parti politik yang bersifat kebangsaan dengan keahliannya terdiri daripada kepelbagaian

bangsa. Hal ini telah mendorong Dato’ Onn mencadangkan bahawa keahlian UMNO dibuka

kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum. Nama UMNO pula ditukarkan

menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Slogan “Hidup Melayu”

yang menjadi cogan rasmi memulakan dan menutup bicara kini telah diketepikan oleh presiden

UMNO bagi memenuhi kehendak British.29 Perkara ini telah mendapat tentangan hebat dari

orang Melayu kerana mereka menganggap tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada

sifat kemelayuan UMNO dan UMNO tidak lagi dapat memperjuangkan hak-hak untuk orang

Melayu semata-mata.30 Tentangan keras daripada orang Melayu ini telah mengecewakan Dato’

Onn dan beliau telah bertindak meletak jawatan sebagai presiden UMNO dan menubuhkan

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dengan harapan dapat memenuhi kehendak British. Syarat
28
Ibrahim Haji Yaakub, Sekitar Malaya Merdeka, hlm. 13.
29
R. Suntharalingam & Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah, hlm. 48.
30
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu, hlm. 162.

12
British yang mahu melihat perpaduan dalam kalangan masyarakat sebelum diberikan

kemerdekaan memang berasas kerana perpaduan dan kestabilan amat penting dalam usaha

memerdekakan sebuah negara. Namun timbul persoalan mengapa British tidak dapat melihat

penggabungan PUTERA-AMCJA sebagai satu kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan

rakyat yang berbilang bangsa.

Maicolm Mc Donald selaku Commisioner General bagi dasar-dasar British di seluruh

kawasan Asia Tenggara, menjelaskan pada tahun 1950, bahawa peralihan daripada kerajaan

kolonial kepada kerajaan sendiri di Tanah Melayu akan mengambil masa lebih kurang 25 tahun

lamanya.31 Hal ini menunjukkan British mahu berkuasa lebih lama lagi di Tanah Melayu dan

persetujuan untuk memberi kemerdekaan hanyalah untuk meredakan keadaan dan tidak lebih

daripada langkah British untuk ‘ambil hati’ penduduk Tanah Melayu.

Penggabungan tiga buah parti yang mengandungi berbilang bangsa iaitu UMNO, MIC,

dan MCA32 yang dikenali dengan nama Perikatan dalam pilihanraya tahun 1955 telah memenuhi

syarat yang dikehendaki pihak British. Penyatuan ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan ia

telah mendapat kejayaan yang besar dalam pilihan raya tersebut dengan memenangi 51 daripada

52 kerusi yang dipertandingkan seterusnya boleh membentuk sebuah kerajaan melalui Majlis

Kerajaan Persekutuan.33 Seterusnya pihak Perikatan telah memohon untuk mengadakan

perundingan kemerdekaan.

Pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 rundingan kemerdekaan telah diadakan di

London. Dalam majlis itu hanya lapan orang wakil dari Tanah Melayu dibenarkan hadir, iaitu

empat wakil Perikatan dan empat wakil Raja-raja Melayu bagi mewakili seluruh penduduk

31
Roslaini Aziz Hj Awang, Dasar Luar British dan Pemberontakan Parti Komunis Malaya 1945-1950, hlm.40.
32
Amaluddin Darus, Serbasalah Melayu di Malaysia, hlm. 26-27.
33
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sa-Pintas Lalu, hlm. 173.

13
Tanah Melayu, manakala British pula diwakili seramai 35 orang yang mewakili pentadbiran

British di Tanah Melayu merangkumi Pejabat Tanah Jajahan, Kementerian Pertahanan, Pejabat

Perang, Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain. Terdapat juga penasihat-penasihat kumpulan

kecil membincangkan perkara-perkara teknikal.34 Perkara ini telah menimbulkan persoalan

tentang keikhlasan British dalam rundingan kemerdekaan tersebut kerana jumlah wakil dari

Tanah Melayu terlalu kecil bagi mempengaruhi keputusan rundingan supaya lebih adil terhadap

kepentingan seluruh rakyat yang berada di Tanah Melayu. Penubuhan Suruhanjaya

Perlembagaan iaitu sebuah badan bebas bagi merangka perlembagaan Tanah Melayu untuk

kerajaan sendiri secara penuh juga menunjukkan keadaan yang serupa. Pemilihan ahli

suruhanjaya ini langsung mempunyai ahli di kalangan penduduk Tanah Melayu. Sekiranya

British ikhlas dalam pemberian kemerdekaan ini sepatutnya perlu ada ahli yang dilantik di

kalangan mereka memahami keadaan dan situasi masyarakat Tanah Melayu supaya perangkaan

perlembagaan dapat dibuat dengan mempertimbangkan kepentingan seluruh penduduk di Tanah

Melayu secara lebih adil dan berkesan.

KESIMPULAN

Kebanyakan usaha dan dasar yang dilaksanakan British menjelang pengisytiharan

darurat 1948 telah banyak menimbulkan persoalan yang meragukan. Hal ini bertitik tolak
34
Ramlah Adam, Kemelut Politik Melayu, hlm. 277.

14
daripada usaha dan muslihat British untuk menjaga kepentingannya dan terus kekal berkuasa di

Tanah Melayu. Perkara yang jelas dapat dilihat daripada tindakan dan dasar yang telah

dilaksanakan British, telah memberi banyak halangan kepada usaha untuk memerdekakan Tanah

Melayu dan juga telah melemahkan pergerakan politik arus bawah ( haluan kiri ) yang mahukan

kemerdekaan penuh daripada kongkongan penjajah. Gerakan kemerdekaan yang semakin

berkembang tidak berupaya dibendung oleh British sehingga British terpaksa juga memberikan

kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan mengikut acuan yang telah

dibentuk oleh British sendiri.

BIBLIOGRAFI

Abdullah C.D. 1998. Darurat dan Kemerdekaan. Hong Kong : Nan Dao Publisher.

15
Abdul Latif Abu Bakar. 1977. Ishak Hj Muhammad : Penulis dan Ahli Politik Sehingga 1948.
Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Amaluddin Darus. 1998. Serbasalah Melayu di Malaysia. Subang Jaya : Syarikat ABAD.

Cheah Boon Kheng. 1982. Komrad Bertopeng : Satu Kajian Mengenai Barisan Komunis Di
Tanah Melayu 1948-1948. (terj.). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ho Hui Ling. 2006. Suasana di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat, 1948-1960: Satu Tinjauan.
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 

Ibrahim Hj Yaakub. 1957. Sekitar Malaya Merdeka. Jakarta : Kesatuan Melayu Merdeka.

Institut Pentadbiran Awam Negara. 1982. Negara Kita : Sejarah Pentadbiran dan Dasar-Dasar
Pembangunan. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara.

Khoo Kay Kim. 1984. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia. Universiti Malaya.

Mohd Reduan Haji Asli. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam. 1978. UMNO : Organisasi dan Kegiatan 1945-1951. Kota Bharu. Mohd Nawi
Book Store.

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Roslaini Aziz Hj Awang. 1995. Dasar Luar British dan Pemberontakan Parti Komunis Malaya
1945-1950. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Suntharalingam, R. & Abdul Rahman Haji Ismail. 1985. Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zainal Abidin bin Abd Wahid. 1972. Sejarah Malaysia Sa-Pintas Lalu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

16

You might also like