You are on page 1of 2

Sejarah termeterainya kontrak sosiaI di Tanah MeIayu.

Perlembagaan Malaysia hari ini terjadi selepas susulan beberapa peristiwa


penting di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun oleh kuasa
Barat seperti Portugis, Belanda dan British serta kuasa Timur seperti Siam dan
Jepun.British telah mula menjajah Tanah Melayu selepas Perjanjian Pangkor telah
ditandatangani. British telah berundur setelah Jepun mula menakluki Tanah Melayu .
Pada masa penjajahan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan, Jepun telah
memperdayakan masyarakat dengan slogannya 'Asia Untuk Orang Asia'. Walau
bagaimanapun, kesan daripada pengaruh politik tersebut, masyarakat Melayu telah
menyemarakkan lagi semangat nasionalisme mereka. Selain itu, Jepun juga telah
mendiskriminasi kaum Cina di Tanah Melayu ekoran permusuhan mereka dengan
negara China.Masyarakat Melayu pula dilayan dengan baik dan diberi peluang
dalam bidang pentadbiran dalam kerajaan pada masa tersebut. Setelah Perang
Dunia Kedua berakhir dengan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, Tanah
Melayu dibebaskan dari penjajahan Jepun dan telah kembali ke bawah penguasaan
British.(Zulhilmi Paidi,2003).
Kekosongan ruang untuk menantikan kehadiran British telah diambil peluang
oleh Parti Komunis Malaya yang terdiri daripada kaum Cina yang mahu balas
dendam akibat penganiyaan yang mereka terima sewaktu penjajahan Jepun.
Kejadian ini telah secara memperlihatkan ketegangan antara kaum Cina dan
Melayu.
British telah kembali ke Tanah Melayu dengan perancangan Malayan Union
atau Kesatuan Malaya .Walau bagaimanpun, Malayan Union tidak dapat berlansung
kerana mendapat tentang kuat daripada masyarakat Melayu dan ia telah digantikan
dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang diistiharkan pada 1
Februari 1948. Berikutan dengan itu, Pilhan Raya Majlis Tempatan dan Umum telah
diadakan.Parti Perikatan yang terdiri daripada parti politik UMNO,MCA dan MC
telah ditubuhkan dan telah menang dalam pilihan raya umum.
Susulan daripada itu,satu rombongan ke London telah diadakan untuk
merunding dengan penjajah British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Salah
satu hasil daripada Rundingan Kemerdekaan di London ialah penubuhan
Suruhanjaya Reid.
Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum dan memo Parti Perikatan
menjadi komponen utama kepada rangka perlembagaan. Memo Parti Perikatan
telah dianggap sebagai Pakatan Murni oleh kerana konsep dalam pakatan tersebut
berlandaskan soal tolak ansur dalam kalangan parti UMNO, MCA dan MC yang
mewakili suara kaum masing-masing. .(Zulhilmi Paidi,2003).

You might also like