You are on page 1of 2

ANCAMAN PKM SEBELUM MERDEKA http://ms.wikipedia.

org/wiki/Parti_Komunis_Malaya
MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada
awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan
perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap
sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi
dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota
dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa
berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk
berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan
peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan
Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis
di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian
menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu.
Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat
sokongan daripada orang Cina[3].
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa
menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan
sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku
di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu
mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang
diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya
(BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya
mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah
Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran
tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila
terbabit.
Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17
Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin
Lasso (Presiden),Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan
Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat
kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti
Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah
menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British
bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja,
dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan
serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang
pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan
darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat
diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh
angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin
Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan
pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan
menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula
meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak
kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan
menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul
membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti
politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak
menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa.
Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan
pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di
sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2
Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis
Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah
menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat
setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang
negara.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya (RUJUKAN INTERNET)

You might also like