You are on page 1of 10

Latar Belakang Semangat Nasionalisme Asia Tenggara

Di Tanah Melayu, gerakan menuntut pemerintahan sendiri bermula seawal tahun


1900an dengan digerakkan oleh golongan ulama seperti Syed Syeikh al-Hadi, 
Sheikh Tahir Jalaludin. Pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung
Semanggol dan sebagainya.

Namun gerakan menuntut kemerdekaan lebih nyata selepas tamatnya Perang


Dunia Ke 2 dengan penyerahan balik Tanah Melayu kepada tentera British oleh 
tentera Jepun. Pengajaran dan kesedaran berada di bawah pemerintahan
Tentera Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang
Melayu khasnya dan kaum Cina.

Ini ditunjukkan dengan tumbuhnya banyak parti-parti dan persatuan-persatuan


yang bergerak aktif ketika itu seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita
Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Kembalinya British ke Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union


yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada
semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap
negara telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Ketuanan raja-
raja Melayu dan kekuasaannya terhadap ugama Islam juga tercabar, maka
Melayu memberontak !

1
Rentetan daripada itu telah diadakan satu Kongres Melayu Se-Malaya yang
dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Seramai 41 persatuan-persatuan telah
menghantar wakil masing-masing yang telah mengangkat Dato’ Onn dari
Persatuan Melayu Johor sebagai Presiden Kongres.

Dalam kongres ini, semua pertubuhan digabungkan di bawah Pertubuhan


Kebangsaan Melayu Bersatu  - PEKEMBAR ataupun UMNO.  Selain itu satu
ketetapan telah dibuat bagi membantah gagasan Malayan Union oleh British.
Mereka juga bersetuju menetapkan satu tarikh bagi pelancaran pertubuhan ini.

Maka pada 11 Mei 1946,   satu persidangan


telah diadakan di Istana Besar, Johor Bahru
dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah
dirasmikan.  Penubuhan UMNO adalah platform
kepada orang-orang Melayu untuk menuntut
kemerdekaan daripada British.

Dalam menetapkan halatuju UMNO dan polisi


kependudukan di Tanah Melayu, akhirnya
Dato’ Onn telah bertindak keluar dari UMNO
lalu menubuhkan Parti Negara. UMNO
kemudiannya telah diterajui oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.

Dalam masa yang sama juga, orang-orang


Cina telah menubuhkan MCA, manakala orang-
orang India pula menubuhkan MIC.

Gerakan menuntut kemerdekaan juga berlaku


di negara-negara Asia Tenggara yang lain
dalam tahun 1940-1950. Filipina mencapai
kemerdekaan pada 4hb Julai 1946 daripada

2
Amerika Syarikat. Manakala Indonesia telah
diistiharkan merdeka sebagai sebuah negara
repablik pada 17hb Julai 1945 setelah Jepun
menyerah kalah di Asia Pasifik dalam Perang
Dunia ke 2. Burma (kini Myanmar) merdeka
pada 1hb Ogos 1943 dibawah perjanjian
dengan Jepun. Di Vietnam pula, Ho Chi Minh
mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada
2hb September 1945 daripada Perancis.
Manakala Laos pula, mendapat kemerdekaan
dari Perancis pada 8hb April 1945.

Maka keseluruhan semangat kemerdekaan


dari negara-negara jiran Asia Tenggara itu
telah menyemarakkan lagi kebangkitan
penduduk-penduduk Tanah Melayu agar
dipercepatkan pemerintahan sendiri.

Pilihanraya Persekutuan Pertama tahun 1955

Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan pada 27hb Julai 1955 di mana
parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh
telah mengambil bahagian bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan.

Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan, UMNO telah mengadakan


kerjasama dengan MCA dan MIC bagi membentuk Parti Perikatan bagi
menghadapi pilihanraya ini. Hasilnya mereka berjaya mengusai 51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk
memenuhi tuntutan British bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya
kerjasama dan saling bertolak-ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu.

Dengan itu Tunku telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh ketiga-tiga
parti tersebut.  Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal

3
Dalam Negeri.
 

Darurat dan Rundingan Baling

Penentangan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap kerajaan berlarutan dari


tahun 1948-1960 yang dikenali sebagai era darurat. Maka dengan itu jugalah
lahirnya Akta Darurat 1948 yang baru-baru ini dihapuskan.

Antara tragedi yang mencetuskan kebimbangan British ialah pembunuhan


Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney dalam tahun 1951 oleh PKM.
Selepas itu British melancarkan gerakan pengumpulan orang-orang Cina dalam
penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Ia bertujuan bagi
menghalang PKM mendapat bekalan dan sokongan dari orang-orang Cina.

Selain memenuhi syarat persefahaman kaum dengan terbentuknya Parti


Perikatan, Tunku dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan PKM
sebelum mendapat kemerdekaan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku
memilih jalan diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29hb
Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung PKM.

Turut serta ialah Rashid Maidin dan Chen Tien di pihak PKM. Bersama Tunku di
pihak kerajaan ialah David Marshall, Ketua Menteri Singapura dan Presiden MCA,
Tan Cheng Lock.

4
Tindakan Tunku itu telah mencemaskan British yang selama ini berhadapan
dengan PKM secara kekerasan. Kebimbangan British memberi kesan
mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia juga memperlihatkan
kebijaksanaan  permainan politik Tunku. Sementara di pihak PKM, mereka
akhirnya menolak untuk membubarkan PKM serta meletakkan senjata. Maka
peperangan antara PKM dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berterusan.  

Persiapan Degelasi Merdeka Ke London

Untuk merundingakan kemerdekaan dengan British di London bukanlah


semudah sekarang, kerana perbelanjaan untuk menaiki kapal laut dan kapal
terbang ketika itu memerlukan kos yang tinggi.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dalam Persidangan Umno di Dewan


Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka sekitar tahun 1955. Ketika itu Tunku berucap
yang beliau akan berangkat ke London bersama Raja-raja Melayu.

Dengan loghat Kedah, Tunku berkata,”Saya ni nak pi London. UMNO tak dak
duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda
suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya
merdeka”.

5
Orang menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran
membasahi pipinya. Lantas para serikandi UMNO dengan segera menyahut
seruan Tunku dengan menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan
seperti gelang, loket, subang, pin baju dan sebagainya untuk didermakan bagi
membiayaai pemergian Tunku dan rombongan. Manakala yang lelakinya pula
menyerahkan tongkat berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang
berharga. 

Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi semangat orang-orang Melayu begitu


tinggi untuk bersama berkorban apa saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan
Tanah Melayu.
Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi,
Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura.  Dari Karachi, mereka
meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.
 

Tercacat Sejarah Penetapan Kemerdekaan pada 31.08.1957

Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka


kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara

6
bagi Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan
lain-lain. Rundingan berjalan dari 16hb Januari hingga 6hb Februari 1956.

Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan
satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada
8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957 bagi
Persekutuan Tamah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak.

Inilah tarikh keramat yang kita sambut setiap tahun sebagai tarikh pembebasan
Tanah Melayu dari belenggu penjajah.
  
Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka di Bandar Hilir Melaka

Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke


Melaka. Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000
orang orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai
Dataran Pahlawan.

Sesungguhnya laungan MERDEKA !MERDEKA !MERDEKA !telah berkumandang di


sini buat pertama kalinya  pada 20hb Februari 1956.

Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah


dilakukan termasukalah pembinaan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan


banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan
kaum-kaum Cina dan India. Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal
diperolehi adalah juga kerana persefahaman antara kaum-kaum ini dalam
Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan
perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang
dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan
dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan.

Antara perkara penting yang dimasukkan dalam perlembagaan ialah mengenai


tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153  adalah menepati

7
kehendak Memorandum Perikatan. Disamping ugama Islam dijadikan ugama
rasmi negara.

Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan


kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10hb Mei 1957.   Dalam mesyuarat
dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapai. Kertas Putih
Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah
dikeluarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa  kebangsaan.

Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk


menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi
kaum-kaum yang lain.

Rang undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan


Persekutuan pada 10hb Jun 1957 dan diluluskan.

Menjelang Detik 12 Malam 31.08.1957


Menjelang 30 Ogos, sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan
pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang
Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di
jalan-jalan dan bangunan sekeliling.

Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan


bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera
Perikatan di sebelah kiri. 

Detik 10 malam, wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari
negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga
bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan
mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap menara jam.

8
Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-
ahli Perikatan bermotorsikal dengan pengiring polis. Tunku disambut oleh Dato’
Abdul Razak Hussein, Encik Saadon Jubir, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan.
Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas mengadap ke tiga-tiga tiang
bendera.

Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga


seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Detik 12 tengah malam lampu
dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah
Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan  ”Merdeka” oleh orang
ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan.

Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen
yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran
Britih di Tanah Melayu.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan


Negaraku  yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum. Setelah
bendera berada di puncak tiang, sorakan ”Merdeka” telah dilaungkan oleh Tunku
sebanyak tujuh kali. Merdekalah sudah tanahairku.

Perisytiharan Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur

9
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat
jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini
berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang
termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota
kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester
menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul
Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.

Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku dan


selepas itu laungan ”MERDEKA” sebanyak tujuh kali.  Upacara ini kemudiannya
disusuli dengan seruan azan yang melambangkan sebuah negara Islam dengan
agama rasminya telah dilahirkan. Diikuti dengan acara menaikkan bendera
Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan ”Negaraku”.
Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan
Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.

Begitulah detik-detik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang penuh dengan


liku-liku dan ranjau yang telah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu. Sebagai
negerasi penyambung kemerdekaan, kita hari ini sesungguhnya telah mewarisi
kemakmuran yang telah dicipta oleh mereka.

Esok, 31hb Ogos 2016, kita akan mengulangai detik-detik bersejarah ini.
MERDEKA !MERDEKA !MERDEKA !

10

You might also like