You are on page 1of 10

Sunday, 14 August 2016

SISTEM AHLI
Takrifan:Sistem yang melatih penduduk
tempatan mentadbir Tanah Melayu Idea
Dato Onn b Jaafar sewaktu berbincang
dengan Si Henry Gurney. Sir Henry Gurney
mencadangkan model Kenya dan Rohdesia
Utara. Selaras hasrat British menjalankan
dasar dekolonisasi .Dekolonisasi ialah dasar
pemberian bantuan ke arah berkerajaan
sendiri secara beransur-ansur kepada tanah
jajahan .Sistem Ahli diharap dapat
mengurangkan tekanan daripada Parti
Komunis Malaya . Pada Februari 1950,
Sistem Ahli dibincangkan antara British dan
wakil penduduk Tanah Melayu. Sir Henry
Gurney menjemput beberapa wakil dan
mereka semua bersetuju dengan Sistem
Ahli .

KEPENTINGAN SISTEM AHLI


1. Sistem merupakan tapak asas yang
penting untuk melatih orang tempatan
ke arah berkerajaan sendiri.
2. Sistem Ahli juga memulakan proses
perpaduan kaum di Persekutuan Tanah
Melayu.

3. Sistem ini menggabungkan pemimpin


daripada pelbagai kaum yang terdapat di
negara ini.
4. Perkara ini merupakan asas penting
untuk mene.ntukan kemerdekaan yang
bakal dicapai mendapat sokongan seluruh
penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
5. Sistem Ahli telah memberikan
pendedahan yang baik kepada penduduk
tempatan untuk mentadbir dan menerajui
kerajaan walaupun masih dikuasai oleh
British

PAKATAN MURNI
Pakatan Murni merujuk kepada hasil usaha
semua kaum di Persekutuan Tanah
Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama
dan tolak ansur politik melalui rundingan.
Pakatan Murni merupakan jalan
penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai
kaum yang sebelum ini berpisah akibat
dasar ‘pecah dan perintah’ British.
Usaha-usaha ke arah pakatan murni ialah
yang pertama, penubuhan Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (CLC) pada Januari
1949. Pada awalnya, CLC dianggotai oleh
dua kaum terbesar di Tanah Melayu
iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu di
bawah pimpinan Dato' Onn Ja'afar,
manakala orang Cina di bawah pimpinan
Tan Chen Lok. Pada bulan Ogos, CLC
disertai oleh 6 wakil Melayu, 6 wakil orang
Cina, 1 wakil dari kaum India, Serani dan
Eropah.
Langkah kedua ialah perundingan UMNO-
CLC. Pada 1951 Presiden UMNO Dato' Onn
Ja'afar mencadangkan pembukaan keahlian
UMNO kepada orang bukan Melayu. Apabila
gagal, beliau meninggalkan UMNO dan
menubuhkan Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP) yang terbuka kepada semua
kaum yang mahu bekerja mencapai
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Langkah seterusnya ialah persidangan di
antara Gabenor Jeneral Asia Tenggara Sir
Malcolm Macdonald dengan Presiden UMNO
Tunku Abdul Rahman pada 1953. Tunku
Abdul Rahman kemudian mengadakan
konvesyen kebangsaan dan banyak parti
politik di Tanah Melayu terlibat dengan
konvesyen tersebut. Ia menjadi asas
pembentukan Parti Perikatan.
KEPENTINGAN PAKATAN MURNI
 Pembentukan sebuah kerajaan
persekutuan.
 Pembahagian kuasa kerajaan
Persekutuan dan kerajaan Negeri.
 3 jenis kerakyatan, iaitu kuatkuasa
undang-undang, secara permohonan dan
secara naturalisasi.
 Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.
 Agama Islam sebagai agama rasmi
Perseketuan Tanah Melayu.
 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
 Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua
Negara.
 Perdana Menteri sebagai pengurus
pentadbiran negara.
 Pentadbiran bersifat demokrasi
berparlimen
Di peringkat negeri, pentadbiran
dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan
bantuan Dewan Undangan Negeri dan
EXCO.

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh


Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara
Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya
Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang
dikenali sebagai Blue Book setebal 100
muka surat.[1]
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah
ditandatangani pada 21 Januari 1948
di King House dan diumumkan oleh
kerajaan British . Perjanjian ini
ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan
Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan
British . Perjanjian ini adalah sebagai
persediaan ke arah penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Perjanjian ini penting kerana ia
memansuhkanMalayan Union dan
menyatukan negeri-negeri Melayu dalam
sebuah Persekutuan untuk pertama kali.
Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah
dikembalikan.
Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini
membentuk tanah jajahan British yang
dipanggil Malayan Union. Disebabkan
bantahan orang Melayuyang dipimpin oleh
Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan
dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu, yang mengembalikan kedudukan
simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union
dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari
1948.[2]
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun
negeri-negeri Melayu menjadi negeri
naungan British, Pulau Pinang dan Melaka
kekal menjadi tanah jajahan. Seperti
Malayan Union, persekutuan ini tidak
dianggotai Singapura, yang sebelum ini
dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat
kemerdekaan daripada Negara-negara
Komanwel British pada 31 Ogos 1957.
[3]
Merujuk kepada Akta
Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Bor
neo Utara (yang dinamakan semula
sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-
negeri lain yang sedia ada dalam
Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia
dinamakan Malaysia. Singapura
kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan
membentuk sebuah republik sendiri pada 9
Ogos 1965.

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
PERANAN TOKOH-TOKOH
KEMERDEKAAN
Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj
Tun Abdul Razak

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO


dan juga telah dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri sebaik sahaja negara
mencapai kemerdekaan.
Turut serta dalam perundingan,iaitu
menjadi perunding menuntut kemerdekaan
pada tahun 1956 di London.
Menjadi perunding dalam menyiapkan
Perlembagaan Merdeka 1957.
Beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal
sistem pendidikan kebangsaan negara.
Laporan itu dikenali sebagai Penyata Razak
pada tahun 1957.
Dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua
pada tahun 1970.
Juga digelar sebagai Bapa Pembangunan
Malaysia kerana usaha - usaha yang
dilakukan untuk membangunkan negara.
Tun H.S. Lee dan Tan Cheng Lock
Tun H.S. Lee ialah seorang tokoh MCA yang
telah memulakan kerjasama kaum sehingga
mencetuskan idea penubuhan Parti
Perikatan. Parti ini telah bekerjasama
dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan
kemerdekaan negara pada tahun 1954.
Parti Perikatan telah bertanggungjawab
sehingga negara kita mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
Beliau merupakan Menteri Kewangan
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Selain itu, Tan Cheng Lock yang merupakan
Presiden MCA juga memainkan peranan
penting iaitu sebagai penyokong Tunku
Abdul Rahman dalam usaha untuk
mendapatkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.
Tun H.S. Lee
1. Perjuangan mencapai kemerdekaan
negara pada 31 Ogos 1957 adalah hasil
usaha yang dilakukan oleh
pemimpin masyarakat yang berwibawa dan
berdedikasi.

2. Hasil perundingan dan kebijaksanaan


mereka,negara kita telah mencapai
kemerdekaan tanpa melibatkan
pertumpahan darah.

3. Kerjasama dan perpaduan juga adalah


penting bagi membuktikan bahawa
walaupun negara kita terdiri
daripada masyarakat pelbagai kaum,kita
masih boleh hidup dalam suasana harmoni.

4. Antara tokoh penting yang memainkan


peranan untuk mencapai kemerdekaan
negara ialah Tunku Abdul
Rahman Putra al- Haj, Tun Abdul Razak,
Tun H.S. Lee, dan Tun V.T. Sambanthan.
Beliau menggantikan Dato' Onn bin Ja'afar
sebagai Presiden UMNO.
Beliau telah berjaya membawa rombongan
ke meja perundingan bersama - sama
pegawai British dalam usaha untuk
mencapai kemerdekaan negara.
Beliau juga merupakan Ketua Parti
Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia
yang pertama.
Kebijaksanaannya mengendalikan pakatan
murni antara kaum telah membolehkan
negara mencapai kemerdekaan tanpa
menumpahkan darah.
Beliau digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia

You might also like