You are on page 1of 10

Latarbelakang Kemerdekaan

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan
negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api
yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi
turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut.
Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera
Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti
umum di Malaysia.
Penubuhan Malaysia,terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Kalimantan
Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan
ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia
dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga
dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan
Sarawak.[1] Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British
pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963. Pembentukan
Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia.

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada zaman
kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera.
Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem pentadbiran
dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia
Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama
khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar
dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam
era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British telah campur tangan dalam semua
urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan
pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti
Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang
lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk
Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya,
muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan
media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam
kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu
Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan
bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah
Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.
PKM telah melancarkan serangan untuk menguasai Tanah Melayu. Pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah
mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British
kembali berkuasa.

Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan
daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu
apabila membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk
Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.

Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian
London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu
akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah
membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20
Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima
buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah
negara yang baharu. 

Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
SEJARAH KEMERDEKAAN
Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos
1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat
menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun
kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah
memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada
semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan
Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai
penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris
memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja.
Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu
pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh
tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah
Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays
National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan
dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu
Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk
memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan
orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta
kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani
oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu;
kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya
membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah,
Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan
Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta
dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA


Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang
jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang
hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa
dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui
perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan
kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan
yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa
Kemerdekaan.

2. TUN SIR HENRY H.S LEE


Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang
selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA,
perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman
darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya.
Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara
tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi
salah satu kebanggaan negara.

3. TUN V.T. SAMBANTHAN


Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang
dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak.
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India
Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi
menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri
kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan
terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi
kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.
4. RENTAP
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah
Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang
kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau
menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang
bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan
kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

5. MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang
terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.
Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan
Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam
tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh
dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah
pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

6.TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok
Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan
Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang
penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak
British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

7. MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan
dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala
cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak
menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM


Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang
berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’
Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan
membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.
Birch), Residen British Perak.

9.ANTANOM
Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros
dilahirkan di kawasan “Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun
ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan
bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh
persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali
dengan istilah ” Pengayau “.Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan
suku-suku Murut yang bermusuhan itu.

Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya
seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan
memburu kepala. Dalam pertempuran di kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan
senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.

10. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID


Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok
Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam
sejarah Melayu Terengganu.
Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai “Pemberontakan Tani Terengganu”, Tok Limbong juga
terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya
dan seorang petani yang gigih.
Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-
an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan
perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau
di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.
Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah
bekas tapak surau itu dengan nama “Telaga Limbong” kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk
bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

11. TOK GAJAH


Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga
tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan
tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang
penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang
hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang
gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.
Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk
menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara
Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat
peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam
menentang penjajah Inggeris.
Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok
Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau
merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang
berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

BIODATA
NAMA : NURIN IRDINA BINTI MOHD SHAHRIL

NO.MyKid : 0101021-02-0418

TARIKH LAHIR : 21 OKTOBER 2010

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH

NAMA AYAH : MOHD SHAHRIL BIN MANSOR

NAMA IBU : SITI ROHAIDA BINTI ABDUL RAHIM

ALAMAT : NO.331 TAMAN BERSATU, 06000 JITRA, KEDAH


NAMA GURU : AZAITI BINTI HUSIN
NAMA PELAJAR : NURIN IRDINA
BINTI MOHD SHAHRIL
TAHUN : 4 MUTIARA

You might also like