You are on page 1of 16

PENGENALAN

Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara berkenaan bebas


daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan, khususnya
dikenali sebagai penjajah. Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak
mengatur dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem
pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang
menjajah. Setiap negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai
pengalaman dan sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza di antara
sebuah negara dengan negara yang lain.

Perjuangan masyarakat tempatan menentang kemasukan kuasa asing telah


bermula sejak pertengahan abad yang ke-16 lagi. Penjajahan kuasa asing bermula
di Tanah Melayu dengan kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511),
kemudian Belanda (1641), dan seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya
menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri
Melayu yang lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negerinegeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke
di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya
meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli
wilayah-wilayah

berkenaan

daripada

pemerintah

tempatan.

Sesungguhnya

kehadiran penjajah telah mencetuskan tentangan yang hebat di kalangan


masyarakat tempatan. Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir,
agama, dan rakyat biasa akhirnya dapat dipatahkan oleh pihak penjajah akhirnya.
Sungguhpun perjuangan di peringkat awal menentang penjajah ini gagal, namun ia
tetap membuktikan bahawa masyarakat tempatan tidak menerima kedatangan dan
penglibatan kuasa asing dalam negeri mereka.

1|izzat aiman2015

1.

PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955


Perkembangan

politik

di

antara

tahun

1945

sehingga

tahun

1955

memperlihatkan bahawa pihak British mula menunjukkan sikap bertolak ansur.


Seperti yang diketahui, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama lebih kurang
tiga setengah tahun (1942-1945) telah meninggalkan kesan yang mendalam sama
ada

dari

segi

ekonomi,

sosial

mahupun

psikologi

kepada

masyarakat

keseluruhannya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting untuk anda fahami
ialah tempoh pemerintahan Jepun telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan
di kalangan orang Melayu dan menafikan anggapan selama ini bahawa kuasa
Inggeris tidak dapat dikalahkan.
Malayan

Union

yang

diperkenalkan

oleh

Kerajaan

British

selepas

pengunduran tentera Jepun di Tanah Melayu (1946), telah ditentang habis-habisan


oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. Orang Melayu sedar akan
kerugian dan bencana yang akan mereka terima sekiranya Malayan Union
dilaksanakan. Kerajaan British yang sedar akan kebangkitan nasionalisme Melayu,
akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948,
British telah menyatakan bahawa langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri
akan dibuat. Ini menunjukkan bahawa British semakin bersedia untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Sungguhpun demikian, pada masa tersebut juga Kerajaan British turut
memberikan tumpuan menghapuskan keganasan komunis. Peristiwa darurat yang
berlaku (1948-1960) meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia bukan sahaja
menyebabkan banyak nyawa yang terkorban, tetapi beribu juta ringgit terpaksa
dibelanjakan

untuk

menghapuskannya.

Apabila

keadaan

menjadi

semakin

bertambah baik menjelang tahun 1955, Kerajaan British telah menyakinkan rakyat

2|izzat aiman2015

ke arah pemerintahan sendiri. Antaranya ialah

mengambil beberapa langkah

membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti


memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya. Sehubungan
dengan itu, beberapa parti politik ditubuhkan seperti Malayan Chinese Association
(MCA) .
1.1

Perpaduan Kaum
Sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan Inggeris telah

menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih
dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan. Ini bermakna soal
perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan
kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta
keamanan masyarakat dan negara akan terjamin melalui sokongan padu seluruh
rakyat.
1.2

Usaha ke Arah Perpaduan


Berhubung dengan persoalan perpaduan kaum, sebenarnya usaha awal

telahpun dilaksanakan oleh Dato Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan supaya
rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua
kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di antara satu sama
lain. Perbincangan telah diadakan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam,
Malcom Mac Donald dan Roland Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah
dibentuk yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum
(Communities Liaison Committee). Jawatankuasa ini yang berasaskan tolak ansur
antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. Ia
dianggotai oleh 15 orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum
Melayu, Cina dan India. Penubuhan Jawatankuasa ini sangat besar ertinya kerana ia
dapat memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah
Melayu. Persefahaman yang dipupuk melalui perundingan dan perbincangan yang
diadakan oleh tokoh-tokoh kaum ini boleh menyelesaikan sebarang permasalahan
yang timbul ketika itu.

3|izzat aiman2015

2. PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK


Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan
parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah
Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh
reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British.
Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu
untuk bertindak menentang cadangan British tersebut.

2.1

United Malays National Organization (UMNO)


Dato Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor telah

mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh


masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres
Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.
Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei
1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan
Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin
pertamanya ialah Dato Onn Jaafar. Cadangan Dato Onn untuk membuka keahlian
parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh
ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato Onn meletakkan
jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku
Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari Hidup Melayu kepada
Merdeka. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan
4|izzat aiman2015

segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti


politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh
UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama
pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

2.2

Malayan Indian Congress (MIC)


MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang

pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat
India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan
penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil
daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal
perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India.
MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC
lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti
MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu
daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama
penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum
India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain
untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang
ditubuhkan oleh DatoOnn setelah

beliau keluar daripada UMNO. Walau

bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato Onn tidak
berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti
Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada orang
India di seluruh Tanah Melayu.
2.3

Malayan Chinese Association (MCA)


MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British

bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi


darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM)
5|izzat aiman2015

merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden
MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk
melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah
Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan
untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada
kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah
diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain
untuk memperoleh kemerdekaan.
2.4

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan

dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan
golongan Mokhtaruddin Lasso. PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran
politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan
dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM.
PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan
dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera,
PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahliahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya.
Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.
2.5

Parti Islam Se-Malaya (PAS)


PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-

Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja
oleh Jabatan Agama UMNO. Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis
agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah
ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam
sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta
mengetatkan peraturan kerakyatan.
2.6

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

6|izzat aiman2015

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato
Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat perpaduan
kaum untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun
1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO
sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP
pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di
bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato Onn. Namun Tan
Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah
mengecewakan Dato Onn Jaafar.
Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN.
Kegagalan IMP menyebabkan Dato Onn berpatah balik memperjuangkan
kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955
oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada
orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu,
IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan
persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.
2.7

Parti Buruh
Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas

nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di
Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk
Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang
untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat
sokongan dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan
komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan
memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu
mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman politik akibat
kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk
menerima Parti Buruh.
Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak (PPP).
Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR Senivasagam. PPP
menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama
7|izzat aiman2015

Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari


Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain
ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP)
dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung
pimpinan Haji Hashim Ghani.

3. PERUBAHAN

DASAR

BRITISH

KE

ARAH

BERKERAJAAN

SENDIRI
Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada
perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat
Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa
peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli,
Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.
3.1

Sistem Ahli
Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam

Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Sistem ini


merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka
yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu
untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri.
Ahli-ahli yang dilantik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa
jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang
menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada
sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.
Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar
British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah
Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di
Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini memandangkan pilihanraya
8|izzat aiman2015

berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa


Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

3.2

Pilihanraya Tahun 1951


Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih

perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown,


Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah
bergabung dalam sebuah Parti Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi
sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan
kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk
mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan
tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Ternyata
bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam
pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.
3.3

Pilihanraya Tahun 1952


Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini


disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya
memperlihatkan

Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara

IMP berjaya memenangi dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon
bebas.
Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun
1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya
pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

9|izzat aiman2015

Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan


kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada
mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses
pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri
berlandaskan demokrasi semakin menjadi kenyataan.

3.4

Pilihanraya Umum Tahun 1955


Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada

kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti


yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan telah menuntut
supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak
40 peratus lagi dilantik oleh British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan
rakyat tempatan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh
British. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan
semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan.
Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat. Sehubungan itu, British
kemudiannya

menerima

dari

segi

prinsipnya

bahawa

keanggotaan

Majlis

Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli
yang dilantik. Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak
bersetuju dengan keputusan British. British akhirnya bertolak ansur dengan
menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang.
Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka
berhubung dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya ditetapkan
pada 27 Julai 1955. Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi
dengan penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun
yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali
yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga
buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju

10 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti,
iaitu Perikatan.

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN


Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada

tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi
mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti
Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal,
walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil
daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja
Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di
Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha
mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.
4.1

Rundingan ke Arah Kemerdekaan


Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam tempoh

yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif.
Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis
Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British
bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.
Kenyataan Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana
Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada
kemusnahan Tanah Melayu.

11 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku
Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga menimbulkan
masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan. Konflik ini
timbul kerana berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan, sama ada
di pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak
lagi mendapati pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi
wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya
bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja
Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

4.2

Misi Kemerdekaan ke London


Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil

yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman. Ia bertujuan untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai
usaha

menuntut

kemerdekaan

Tanah

Melayu.

Perundingan

kemerdekaan

berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil
daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Februari 1956. Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah
berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah tentu
memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak British diketuai oleh
Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu


Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga
mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini.
Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah
Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

12 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Sementara itu, jawatan-jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan


akan

digantikan

dengan

jawatan-jawatan

Menteri

Kewangan

dan

Menteri

Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan. Kerajaan British juga akan
membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang akan diberhentikan
berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

4.3

Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan


Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh

Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang lain terdiri
daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul
Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu
perlembagaan

Persekutuan

berdasarkan

demokrasi

berparlimen.

Dalam

persidangan pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah
meminta

pertubuhan-pertubuhan,

orang-orang

perseorangan

yang

berminat

menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan


dengan:

Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen;


Menjamin kedudukan Raja-raja;
Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja Melayu,
Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa

banyak

menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.


Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang
sama.
Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang
perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu.
Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua daripadanya dianggap
penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo
Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama
13 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Suruhanjaya atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan


bahawa memo tersebut sebagai satu pakatan murni iaitu persetujuan secara
bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.

4.4

Pengisytiharan Kemerdekaan
Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai

tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab
Selangor. Upacara dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan
digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Penurunan bendera Union
Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan


kemerdekaan

Persekutuan

Tanah

Melayu

di

Stadium

Merdeka

melalui

pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu


Elizabeth.

Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan
Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Di
samping itu, ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan Tanah Melayu yang
pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

14 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

5. KESIMPULAN
Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti
tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah
mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing.
Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak
Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling
maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau
bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang
ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957
sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian
perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu
kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai
satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam
tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan
hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat
Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

15 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

16 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

You might also like