You are on page 1of 2

Lahirnya sebuah negara baharu.

Jadual menunjukkan proses perjuangan rakyat tempatan menuntut kemerdekaan negara.

Peristiwa Proses perjuangan


Pendudukan Jepun  Timbulnya rasa kesedaran dalam kalangan rakyat untuk
(1942 – 1945) menentang penjajahan kerana rakyat hidup dalam keadaan
sengsara.
 Pemimpin – pemimpin tempatan menggerakkan perjuangan
untuk mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia ialah:
- Ibrahim Haji Yaakob
- Burhanuddin Al-Helmy
Malayan Union  Rakyat membantah tindakan British memperkenalkan
Malayan Union yang merupakan satu bentuk penjajahan
British.
 Dato’ Onn Jaafar telah memimpin orang melayu untuk
membantah perlaksanaan Malayan Union.
 Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Ancaman Komunis  Keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya:
- Membunuh
- Memusnahkan lombong bijih timah dan ladang getah
 Ancaman Komunis telah menggangu keamanan sehingga
diistiharkan darurat di Tanah Melayu.
 Rundingan Baling telah diadakan pada tahun 1955 bagi
menamatkan keganasan Komunis. Bagaimanapun rundingan
ini gagal.
 Darurat di Tanah Melayu telah ditamatkan pada tahun 1960.
Parti-parti politik  Parti-parti politik yang ditubuhkan:
- United Malays National Organisation (UMNO)
- Malaysian Chinese Association (MCA)
- Malaysian Indian Congress (MIC)
- Independence of Malaya Party (IMP)
 Parti Perikatan telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh
UMNO, MCA, dan MIC.
 Semua parti ini telah menuntut untuk mengadakan pilihanraya
sebagai salah satu proses kearah mencapai kemerdekaan.
Pilihan Raya Majlis  Parti Perikatan menang dalam pilihan raya ini.
Perundangan Persekutuan  Tuanku Abdul Rahman yang menjadi ketua Parti Perikatan
(1955) telah dilantik sebagai Ketua Menteri.
 Tuanku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan telah
berunding dengan pihak British untuk mendapatkan
kemerdekaan.
Rundingan London  Rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh wakil-wakil
(1956) Melayu dan wakil Parti Perikatan telah ke London untuk
berunding dengan pihak British berkaitan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.
 Perjanjian Kemerdekaan Berjaya ditandatangani di London.
Kemerdekaan Persekutuan  Tuanku Abdul Rahman telah mengistiharkan kemerdekaan
Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
(1957)
Wira Merdeka.

Tokoh-tokoh Kemerdekaan dan Sumbangan Mereka.

Dato’ Onn Ja’afar  Pengasas UMNO.


 Menggerakkan orang melayu menentang penubuhan Malayan
Union.
 Menteri Besar Johor.
 Pengasas Parti IMP.
Tunku Abdul Rahman Putra  Menubuhkan Parti Perikatan.
Al-Haj  Mengetuai rombongan kemerdekaan ke London.
 Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
 Diberi gelaran Bapa Kemerdekaan.
Dato’ Haji Abdul Wahab Bin  Setiausaha Umno yang pertama dan menentang penubuhan
Hj Aziz Malayan Union.
(Panglima Bukit Gantang)  Wakil Raja-raja Melayu dalam rombongan kemerdekaan ke
London.
 Menteri Besar Perak.
Tun Tan Cheng Lock  Presiden MCA yang pertama.
 Membawa MCA bergabung dengan UMNO dalam penubuhan
Parti Perikatan.
 Mendapatkan kerakyatan bagi masyarakat Cina di Tanah
Melayu.
 Menanamkan perasaan taat setia kepada negara.
Tun Abdul Razak  Ahli dalam rombongan kemerdekaan ke London.
 Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perpaduan.
 Timbalan Perdana Menteri.
 Diberi gelaran Bapa Pembangunan.
Tun H.S. Lee  Presiden MCA Selangor.
 Penggerak kerjasama antara UMNO dan MCA
 Anggota Sistem Ahli
 Menteri Kewangan Persekutuan Melayu yang pertama.

You might also like