You are on page 1of 16

1.

2 KEMERDEKAAN
HASIL PEMBELAJARAN
• Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

• Menerangkan tentang pembentukan Malayan Union.


• Menjelaskan tentang darurat.
• Menerangkan tentang rundingan kemerdekaan Tanah Melayu.
• Menghuraikan isi perlembagaan Tanah Melayu 1957.
Malayan Union (April Persekutuan Tanah
1946) Melayu 1948

1.1 KEMERDEKAAN
Darurat (1948-1960) RundinganKemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957.


1.2.1 MALAYAN UNION 1946

Ciri-Ciri
Faktor Penubuhan Perlembagaan Faktor Penentangan
1. Mewujudkan keseragaman 1. Menukarkan taraf negeri-negeri 1. Malayan Union menghapuskan
dan kecekapan dalam Melayu daripada negeri-negeri hak orang Melayu.
pentadbiran. bernaung kepada status tanah
Jajahan British. 2. Tidak bersetuju dengan sir Harold
2. Melahirkan semangat Mac Micheal yang mendesak
cintakan Tanah Melayu-Cina
dan India. 2. Kedaulatan SultanMelayu Raja-Raja Melayu.
dihapuskan.
3. Mengimbangi perkembangan 3. Kewarganegaraan secara Jus Soli.
ekonomi di seluruh Tanah 3. Semua negeri Melayu di bawah
Melayu. satu pemerintahan kecuali 4. Orang Melayu sedar tindakan
Singapura. balas dendam British.
4. Pertahanan.
4. Majlis penasihat Pusat Malayan 5. Tidak puas hati orang Melayu
5. Membalas dendam terhadap kerana tidak diberi peluang
orang Melayu. Union diketuai oleh Gabenor.
merangka perlembagaan
6. Mengenang jasa orang Cina. 5. Hak kerakyatan secara Jussoli. Malayan Union.
6. Setiap negeri diketuai oleh 6. Akhbar-akhbar Cina dan Kesatuan
pesuruhjaya negeri sebagai ketua demokratik Malaya menentang
pentadbiran. MU.
1.2.2 Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri


di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-
Negeri Melayu dan dua penempatan British, Pulau Pinang dan Melaka.
Penubuhannya adalah bagi menggantikan Malayan Union yang ditentang
hebat oleh penduduk tempatan.
ISI-ISI PERJANJIAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1948
• Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.
• Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
• Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.
• Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
• Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
• Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir
negeri.
• Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu
bagi Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-negeri Selat.
• Ketuanan Melayu diiktiraf semula / Kedudukan istimewa orang Melayu.
• Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam
pentadbiran.
• Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagan bertulis dengan British yang
dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.
• Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi
• Agama Islam dan adat Istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu
DARURAT 1948-1960
1. ianya berkait rapat dengan RUNDINGAN
perkembangan dan kemasukan PKM MIN YUEN
Parti komunis Malaya (PKM). BALING
2. Fahaman ini telah mula masuk ke
Tanah Melayu dalam tahun-tahun
1920-an melalui cawangan Parti
Koumintang, yang mempunyai
perikatan dengan komunis di China
3. Matlamat utama PKM ialah untuk
menggulingkan kerajaan British dan
menubuhkan Republik Komunis
Malaya
LANGKAH-LANGKAH MENGHAPUSKAN
PEMBERONTAKAN KOMUNIS

Pengisytiharaan
dan undang-
undang Darurat.

Rundingan Rancangan
Baling Briggs

Langkah
Perang Saraf
ketenteraan
• Sosial
KESAN DARURAT
• Ramai anggota pasukan keselamatan,
pengganas komunis dan orang awam
terkorban.
• Membawa kesengsaraan
1.2.2.3 USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN NEGARA

Pada 27 Julai 1955, pilihan raya umum (Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan) telah
diadakan buat pertama kali di Tanah Melayu. Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-
MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah bertanding di semua 52 kerusi. Parti Perikatan
memperoleh kejayaan besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu. Beliau telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh 10 orang
menteri.
• Pada 1 Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan
kemerdekaan ke London. Rundingan ini turut disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu
iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan
Dato’ Mohd Seth.dan 4 orang wakil Perikatan iaitu Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul
Razak Hussein dan Kolonel H.S.Lee.
• Perundingan itu dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan Britsh. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8
Februari 1956. Dalam rundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas (Suruhanjaya
Reid) untuk mengkaji perlembagaan telah dibentuk. Pihak British setuju
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Delegasi rundingan kemerdekaan kembali ke tanah air pada 20 Februari 1956 dan
disambut dengan meriah di sepanjang jalan iaitu dari Lapangan Terbang Batu
Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka. Di Padang Bandar Hilir, Tunku
mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita di hadapan lebih 10,000 orang.

Pada jam 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur (Dataran Merdeka) sebagai tanda
berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dikibarkan buat pertama kalinya. Tanah Melayu telah diisytiharkan
merdeka secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tunku
Abdul Rahman telah menerima dokumen pengisytiharan kemerdekaan daripada
wakil Ratu Elizabeth 11, Duke of Gloucester. Perkataan ”Merdeka” dilaungkan
sebanyak 7 kali dan disambut dengan gembira oleh ribuan rakyat yang hadir di
stadium tersebut.
Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah digubal oleh
Suruhanjaya Reid dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Manifesto terpenting kemerdekaan ini ialah ia merupakan persefahaman
antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1957
• Sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk.
• Sistem politik berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
• Sebuah parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Yang di Pertuan Agong, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
• Ketua negara ialah Yang di Pertuan Agong yang dipilih dalam kalangan 9 orang
Raja Melayu.
• Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan ahli Dewan
Negara.
• Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang,
Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
• Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
• Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi kebebasan beragama
dibenarkan.
KESIMPULAN
• Kita perlulah menghargai kemerdekaan sesebuah negara.
• Kita perlu menguatkan jati diri dalam mempertahankan negara.
• Semangat cintakan negara amat penting dalam menjaga kemerdekaan
negara.

You might also like