You are on page 1of 19

Bab ERA

© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. PERALIHAN


Kemumin 2020 - 0199497087KUASA BRITISH DI
4 NEGARA KITA
`

4.1 BRITISH MILITARY ADMINISTRATION

1 Selepas Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu mula ditadbir


oleh British Military Administration ( BMA ) dari 12 September
1945 .

2 BMA merupakan pentadbiran tentera di bawah arahan Lord


Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di
Asia Tenggara.

3 Perancangan bagi hal ehwal awm di Tanah Melayu dilakukan


oleh Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Brigedier
Jeneral H.C. Willan.

4 Tugas BMA ialah untuk

• Mengembalikan kestabilan
• Memulihkan kepercayaan rakyat terhadap British. Rajah : Peningkatan harga barang

British Military Administration ( BMA )

(a) Mengembalikan Kestabilan (b) Memulihkan


dan Keamanan Kepercayaan Rakyat

• BMA membubarkan pasukan BMA berusaha memulihkan


MPAJA pada 1 Disember 1945 kepercayaan penduduk melalui
• BMA mengarahkan semua usaha berikut :
senjata yang diberikan
kepada anggota MPAJA • Membaiki kerosakan
semasa pendudukan Jepun infrastruktur akibat bencana
dikembalikan. peperangan.
• BMA gagal mengumpulkan • Memulihkan sosioekonomi
semula senjata tersebut. • Memulihkan ladang getah
• BMA juga gagal membanteras dan lombong bijih timah. Gambar : Rakyat menyambut
kegiatan jenayah, keganasan, kedatangan tentera Brtish di kuala
kongsi gelap dan masalah
lumpur pada tahun 1945
ketegangan kaum.

5 BMA berusaha memulihkan sokongan penduduk terhadap


kepulangan British kerana penduduk mengalami pelbagai
kesukaran semasa pendudukan Jepun.

6 Namun BMA menghadapi kesukaran membawa masuk


jentera, alat ganti, mesin dan teknologi menyebabkan
sosioekonomi sukar dipulihkan.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

4.2 GAGASAN MALAYAN UNION

1. Ia diperkenallkan bagi menggantikan BMA


2. Malayan union diharapkan akan melicinkan sistem
pentadbiran, meningkatkan pelaburan ekonomi, mengukuhkan
pertahanan dan mengekalkan orang asing sebagai sumber
tenaga kerja untuk meningkatkan ekonomi

LATAR BELAKANG
Kertas Putih 6274
1 Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu
bagi menggantikan BMA.
Ia membentangkan 13 pekara
2 Unit Perancangan Tanah Melayu yang diketuai oleh Mejar kandungan Malayan union yang
Jeneral Ralph Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk dululuskan oleh Parlimen British di
pentadbiran baharu di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Landon pada 22 januari 1946
Malayan Union.
Pekara yang termasuk ialah
3 Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Tanah Jajahan British,
George Henry Hall membentangkan rancangan ini di i. Konsep kesatuan
Parlimen Britain. ii. Bentuk pentadbiran
4 Rancangan Malayan Union diisytiharkan dalam Warta iii. Sistem perundaangan
Kerajaan yang dikenali sebagai Kertas Putih 6274 . iv. Kedudukan raja-raja Melayu
v. Syaraat kewarganegaraan
5 Menurut Kertas Putih tersebut, British akan mengambil alih vi. Agama islam
pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan sebuah
pentadbiran berpusat ( kesatuan ) di bawah jajahan British. Prinsip Kerakyatan Jus soli

Kronologi Pelaksanaan Gagasan Malayan Union di Tanah Melayu Merupakan syarat


kewarganegaraan berdasarkan
tempat lahir
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

Ciri-Ciri Malayan Union

1. Ciri-ciri Malayan Union meliputi sistem pentadbiran dan


kewarganegaraan

Kesatuan

Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu
dan Negeri-Negeri Selat
kecuali Singapura
disatukan menjadi satu
unit pentadbiran
Raja-Raja Melayu

Sultan menjadi Ahli


Majlis Raja-Raja
yang hanya
membincangkan soal
agama Islam dan
adat istiadat Melayu.

Gambar : Dokumen Malaya


Kewarganegaraan Union

Malayan Union merupakan


satu usaha penjajah untuk
menakluki tanah air kita.
Kewarganegaraan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli .
Ia telah mengubah status
• Prinsip jus soli ialah syarat kewarganegaraan berdasarkan Tanah Melayu daripada
tempat lahir. negeri naungan kepada
• Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan negeri Tanah jajahan
Singapura diiktiraf sebagai warganegara Malayan Union.
• Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta Kita perlu menolak
bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberi
sebarang bentuk
kewarganegaraan.
• Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang penjajahan demi
ibubapanya merupakan warganegara turut diberi kedaulatan negara kita.
kewarganegaraan.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

BRITISH MENDAPATKAN TANDATANGAN SULTAN


Fokus SPM Objektif

Harold MacMichael telah


1 British melantik Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan ditugaskan untuk mendapat
tandatangan sultan. tandatangan persetujuan Raja-
raja Melayu terhadap
2 Sebelum itu British telah menghantar H.C. Willan , Timbalan cadangan Malayan Union
Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Malaya merintis jalan untuk Bagamanakah mac Michael
mengadap raja-raja Melayu bagi meninjau sokongan mereka. memdapaatkan persetujuan
raja-raja Melayu ?
3 Dari 8 September 1945 hingga 29 September 1945 Willan
berkunjung menghadap sultan-sultan . I. Pujukan
II. Desakan
4 Willan bermula dengan menghadap sultan Johor dan berakhir III. Ugutan
dengan mengadap sultan Kelantan. IV. Tipu muslihat
A. I dan II
5 Dalam laporannya, Willan menyatakan keyakinan yang tinggi B. I dan IV
bahawa Raja-raja Melayu akan menyokong British dengan
C. II dan III
menandatangani perjanjian Malayan Union.
D. III da IV
6 Pada 11 Oktober 1945, Harold Mac Michael tiba untuk menerima
tandatangan raja-raja Melayu Jawapan C – II dan III

7 MacMichael menggunakan pelbagai tektik untuk mendapatkan Fakta : MacMichael


persetujuan raja-raja Melayu, termasuk desakan dan ugutan. menggunakan pelbagai tektik
untuk mendapatkan
8 Dalam tempoh dua bulan MacMichael Berjaya mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu,
tandatangan Sultan termasuk desakan dan ugutan

Lihat Buku teks Hal :

Misi Sir Herold MacMichael Mendapatkan Tanda


Tangan Sultan

18 Oktober 1945 Mac Michael membuat MacMichael menghadap Sultan Selangor


kunjungan ke negeri melayu untuk iaitu Sultan Hisamudin Alam Shah ibni 2
1 mendapatkan tandatangan sultan dengan Almarhum Sultan Alaudin Sulaiman Shah
berkunjung mengadap Sultan Johor iaitu Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Pada Pada 24 Oktober sultan telah menurunkan
20 oktober 1945 Sultan menandatangani surat tandatangan
persetujuan Malayan Union

MacMichael Menghadap Sultan Abu Bakar 14 November 1945 Yang DiPertuan Besar
Ri’ ayatuddin al-Mu’adzam shah Ibni Almarhum Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman
Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah iaitu Sultan ibni Almarhum Tuanku Muhammad 4
3 Pahang pada 31 Oktober 1945 terpaksa menurunkan tandatangan setelah
didesak oleh MacMichael walaupaun pada
Pada 2 November Sultan terpaksa
asalnya enggan berbuat demekian.
menandatangani surat Perjanjian Malayan
Union
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

Sultan abdul Aziz almustasim billah shah Ibni 29 November 1945 pertemuan antara
Almarhum Raja Muda Musa, Sultan perak cuba MacMichael dengan Sultan Kedah iaitu
melengaahkan masa untuk menandatangani Sultan Badli Shah ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah telah menimbulkan
5 perjanjian tersebut.
perdebatan. Baginda Sultan enggang
6
Pada 22 November trpaksa juga menurunkan menurunkan tandatangan tetapi akhirnya 2
tandatangan Disember 1945, Maac Michaael berjaya
mendapatan tandatangan
4 Disember 1945 Raja Perlis Tunku Syed Putra 15 Desimber 1945 Mac Michael telah
jamalullail Ibni Almarhum syed Hassan mengugut Sulltan Kelantan untuk tidak
Jamalulail telah menurunkan tandatangan mengiktiraf Raja-Raja Melayu yang Enggan
setelah didesak oleh MacMichael
7 menurunkan taandatangan 8
Sultan akhirnya terpaksa menandatangani
perjanjian pada 17 Disember 1945

Sultan Terengganu, Sutan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum


Sultan Zainal Abidin terpaksa menandatangani dokumen
9 walaaupun I bercanggaah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Neggeri Terengganu pada 21 Disember 1945
Fokus SPM KBAT

Berdasakan pengetahuan
sejarah anda apakah yang
Cara Mac Michael akan berlaku kepada negara
mendapatkan persetujuan kita andainya Malayan
sultan melalui cara desakan dan union dilaksanakan
paksaan tidak dipersetujui dan sepenuhnya?
telah menimbulkan reaksi
pemeemtangan daripada Isi Jawapan
peelbagai pihak.
• Raja kehilangan kuasa
Raja-raja melayu telah • Prinsip kerakyatan
mmbantah Perjanjian Malayan yang longgar
Union melemahkan orang
melayu
• Kehilangan warisan
tamadun
• Tanah Melayuakan
dijajah oleh British
• Orang Melayu akan
kehilangan status qua
• Kebajikan orang
Gambar : Sir Harold melayu akan terabai
MacMichael
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

4.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP


MALAYAN UNION

1 Sungguhpun Kertas Putih Malayan Union menimbulkan reaksi


yang menyokong serta tidak menyokong, British mengisytiharkan
Malayan Union pada 1 April 1946.

2 Perisytiharan Malayan Union ditentang oleh Raja-raja Melayu,


orang Melayu dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat
di Tanah Melayu.

3 Raja-raja Melayu menentang Malayan Union dengan memberi reaksi


berikut :

• Malayan Union merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh


kerajaan British.
• Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik yang
selama ini menjadi hak Raja-raja Melayu.
• Raja-raja Melayu menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap
Malayan Union melalui pelbagai cara .

Cara Bantahan Orang Melayu

Menghantar surat bantahan ke London


Membawa kes Malayan Union ke
• Sultan Kedah, Perak dan Johor mengutus surat
Mahkamah Tinggi England
bantahan kepada Setiausaha Tanah Jajahan
• Persidangan Raja-raja Melayu di British , George Henry Hall, mendakwa baginda
Istana Iskandariah Kuala Kangsar pada diperdaya oleh MacMichael.
bulan April 1946 memutuskan untuk • Beberapa orang raja mendakwa diugut supaya
mengemukakan bantahan melalui menurunkan tandatangan tanpa menyedari
Mahkamah Tinggi di England. akibatnya.
• Sultan Perak, Sultan Kedah dan • Raja-raja Melayu memohon agar British
Sultan Johor akan berangkat ke England memansuhkan persetujuan yang ditandatangani.
sekiranyaa kehadiran mereka diperlukan • Tuanku Syed Putra Jamalullail juga mengirim
di mahkamah tersebut. telegram kepada kerajaan British di London untuk
• Menurut sistem perundangan menyuarakan rasa tidak puas hati baginda
British, MacMichael mendapatkan terhadap tindakan MacMichael kerana tidak diberi
tandatangan Raja-raja Melayu dengan peluang untuk mendapatkan nasihat daripada
cara yang tidak sah. pembesar negeri sebelum memberikan
persetujuan.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

Menyokong Kongres Melayu


Permaisuri Perak memimpin Gerakan
• Kongres Melayu diadakan untuk menentang Malayan Union
menunjukkan kesungguhan orang Melayu
menolak gagasan Malayan Union. • Pada 28 Mei 1946, Ahli Parlimen British tiba
• Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni di Kuala Kangsar .
Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman • Perhimpunan besar-besaran diadakan di
Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk
Shah menderma sebanyak $15 ribu
menunjukkan gabungan raja dan rakyat
kepada Persatuan Melayu Selangor yang menentang Malayan Union.
menjadi tuan rumah Kongres Melayu • Tuanku Permaisuri Perak, Raja Perempuan
pertama. Kelsom mengetuai barisan hadapan
• Baginda turut merasmikan pembukaan perarakan Bersama-sama dengan wanita
kongres tersebut. negeri Perak.

Iktibar
Memulau upacara pelantikan
Gabenor Malayan Union. Pemimpin kita mmemmpunyai semngat
sanggup berkorban untuk bangsa dan
• Setelah perjumpaan dengan Dato’ Onn tanahair.
Jaafar di Hotel Station, Raja-raja Melayu
memulau upacara pelantikan Gabenor Kesanggupan mempertahankan nnegara
Malayan Union. walau pelbagai halangan daripada penjajah
• Dato’ Onn mempersembahkan resolusi harus dicontohi oleh geneerasi pada hari ini
Kongres Melayu yang memohon Raja-raja
Melayu supaya bersama-sama dengan
rakyat memboikot upacara pelantikan
tersebut.
• Ribuan orang Melayu yang berhimpun di
Hotel Station melaungkan “ Daulat
Tuanku ! ” dan “ Hidup Melayu ” .
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

Penentangan Rakyat Terhadap Malayan Union

Bantahan persatuan Melayu


Bantahan akhbar Melayu

• Akhbar seperti Utusan Melayu ( Singapura ) , Majlis ( Kuala Lumpur ) • Persatuan Melayu seperti
dan Warta Malaya ( Pulau Pinang ) menyuarakan bantahan dengan Syarikat Bekerjasama Am
keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan Saiburi ( SABERKAS ) ,
orang Melayu. Persatuan Melayu Kedah,
• Akhbar ini menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar- Perikatan Melayu Perak ,
besaran untuk menolak gagasan Malayan Union. Persatuan Melayu
• Akhbar ini juga melaporkan perkembangan berita penentangan orang Selangor dan Persatuan
Melayu Johor berjaya
Melayu terhadap Malayan Union.
menghimpunkan orang
Melayu dari setiap lapisan
Bantahan Cendekiawan masyarakat seluruh
negara untuk membantah
• Tokoh pentadbir Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Nik Ahmad gagasan Malayan Union.
Kamil, Za’ba, Tengku Mohamed, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz ( • Pertubuhan Melayu
Panglima Bukit Gantang ) , Wan Md Yussof ( Panglima Kinta, Perak ) ditubuhkan atau diaktifkan
dan Dato’ Hamzah Abdullah telah menggerakkan orang Melayu untuk semula sebagai tindak
menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi. balas terhadap Malayan
Union.
• Pemimpin Melayu Johor, Dato’ Abdul Rahman Mohammad Yassin
• Pertubuhan ini menjadi
membantah usaha British untuk terus menjajah Tanah Melayu.
penggerak menganjurkan
• Tokoh wanita seperti Cikgu Zaharah Abdullah ( Batu Pahat ) , rapat umum bagi
Halimahton Abdul Majid ( Rembau ), Saleha Mohd Ali, Zaharah Tamin membantah Malayan
( Selangor ) , Datin Puteh MariahIbrahim Rashid ( Perak ) dan Hasnah Union serta tindakan
Ishak ( Pulau Pinang ) merupakan benteng barisan hadapan MacMichael mendapatkan
penentangan Malayan Union oleh kaum wanita. tandatangan Raja-raja
• Di Batu Pahat, cikgu Zaharah Abdullah , ahli Pertubuhan Pergerakan Melayu.
Melayu Semenanjung Johor berucap membantah pelaksanaan
Malayan Union .
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

Bantahan Di Kelantan Kedah dan Johor

Bantahan Di Kelantan

• Di Kelantan, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bharu semasa


MacMichael datang untuk mendapatkan tandatangan sultan pada 15
Disember 1945,

Bantahan di kedah

• Di Kedah, ribuan orang Melayu berarak di Alor Setar pada 19 Januari


1946 untuk menentang Malayan Union.
o Perarakan dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS,
Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan Melayu Kedah.
o Tuan Haji Hussain Che Dol, Yang Dipertua Kesatuan Melayu
Kedah dan Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung SABERKAS
telah mengkritik kandungan Kertas Putih Malayan Union yang
dianggap mencabul kedaulatan bangsa Melayu.

Bantahan Di Johor

• Di Johor, penentangan Malayan Union dilancarkan oleh pelbagai pihak.


o Lembaga Kesatuan Melayu Johor melancarkan Gerakan
menentang Malayan Union pada bulan Januari 1946.
o Pada 10 Februari 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor di
bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar berhimpun untuk menentang
Malayan Union.
o Di bandar Batu Pahat, seramai 20 ribu orang Melayu berhimpun di
mana Dato’ Onn berucap menggesa orang Melayu bangkit
menentang Malayan Union.
Mengadakan Kongres Melayu

• Perjuangan untuk menentang Malayan Union berkembang ke


peringkat kebangsaan apabila Za’ba , Yang Dipertua Persatuan
Melayu Selangor menghubungi Dato’ Onn Jaafar di Johor , Panglima
Bukit Gantang di Perak dan Tunku Abdul Rahman di Kedah untuk
menzahirkan penubuhan badan induk untuk menjadi pemangkin
menentang Malayan Union.
• Pemimpin dan cendekiawan Melayu pada peringkat negeri bersetuju
untuk menganjurkan Kongres Melayu .
• Dari 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu diadakan di
Bangunan Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baru Kuala Lumpur .
o Sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu menghantar wakil masing-
masing.
o Mereka mewakili pelbagai lapisan masyarakat Melayu yang antaranya
termasuk tokoh politik, peniaga dan ahli ekonomi.
o Kongres bersetuju untuk menubuhkan United Malay National
Organisation ( UMNO ) untuk menentang Malayan Union.
• Dalam Kongres Melayu yang diadakan di Johor Bahru pada 11 Mei
1946 , UMNO ditubuhkan di Istana Johor .
• Orang Melayu memakai lilitan kain putih di songkok sebagai tanda
berkabung .
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-


Besaran

• UMNO menganjurkan bantahan secara besar-besaran menentang Malayan Fokus SPM Esei
Union .
o Di Alor Setar, Kedah, seramai 50 ribu orang menyertai rapat umum yang Orang Melayu telah bangkit
memenuhi jalan raya dari Titi Bumbung Lima hingga bandar Alor Setar. menentang pengenalan
o Di Ipoh , Perak, orang ramai berhimpun di Pekan Ahad, Jalan Datuk Malayan Unian.
dengan membawa sepanduk yang berbunyi “ Kami Berkehendak
Naungan, Bukan Penaklukan ” dan melaungkan “ Hidup Melayu ” . Jelaskaan penentangan
o Di Seremban, Negeri Sembilan, orang ramai berbaris Panjang di jalan tersebut?
masuk istana dengan membawa sepanduk bertulis “ Kekalkan Takhta
Kerajaan Raja-Raja Melayu ” dan “ MacMichael ialah Imperialis ” . • 50 ribu rapat umum di
o Di Padang Francis Light School, Pulau Pinang, rapat umum diadakan Kedah
dengan sepanduk bertulis “ Humbankan Perjanjian MacMichael ” dan • DiPerak orang ramai
laungan “ Hidup Melauu ” . berhimpun di pekan
o Dalam rapat umum di Padang Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baru , ahad
Kuala Lumpur, ucapan pemimpin Melayu membantah Malayan Union • Di negeri Sembilan
menyambut kedatangan Ahli Parlimen British L.D.Gammans dan David orangramai berbaris di
Rees Williams yang membuat tinjauan berkaitan dengan penentangan jalan pintu masuk
orang Melayu terhadap Malayan Union. istana
o Di Klang, Selangor, orang Melayu berhimpun di padang dan • Di Pulau Pinang rapat
perkarangan Istana Alam Shah untuk membantah Malayan Union.
umum diadakan di
• Tunjuk perasaan secara besar-besaran diadakan semasa lawatan Ahli
Padang franci Light
Parlimen British Gammans dan Rees Williams.
shool
o Gammans dan Rees Williams membuat laporan kepada Pejabat Tanah
• Rapat umum di Padang
Jajahan bahawa sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union
tidak menyedari akibat daripada perjanjian tersebut. kelab sultan sulaiman
o Mereka menyokong sepenuhnya cadangan Raja-Raja Melayu untuk • Di Selangor –orang
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Melayu berhimpun di
• Bantahan penduduk tempatan telah berjaya membuka mata kerajaan British istana Alam shah
terhadap keburukan Malayan Union. • Tunjuk Peraasaan
secara besaar-besaran
semasa lawatan ahli
parlimen British

Lihat Buku teks Hal 106


Iktibar

Semangat Orang Melayu menentang Malayan Union sangat


kental telah mewujudkan penyatuan orang Melayu dikalangan
rakyat pemimpin dan raja-raja Melayu.

Ia seharusnya menjadi pegangan untuk kita mempertahankan


maruuah bangsa dan negara
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
4.4 PENYERAHAN SARAWAK KEPADA
KERAJAAN BRITISH

PENTADBIRAN TENTERA DI SARAWAK

1 Selepas Perang Dunia Kedua, tentera Australia mendarat di Kuching


dan memperkenalkan pentadbiran tentera , iaitu British Borneo
Civil Affairs Unit ( BBCAU ) pada 11 September 1945.
2 British kemudian memperkenalkan pentadbiran BMA di Sarawak pada
tahun 1946.
3 Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke mengambil keputusan untuk
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British .
4 Penyerahan Sarawak kepada British mendapat tentangan daripada
masyarakat tempatan di Sarawak.

Faktor Penyerahan Sarawak Kepada British Fokus SPM Esei

Masalah • Vyner Brooke semakin tua dan uzur. Sarawak telah diserahkan kepada
pewarisan • Beliau tidak mempunyai anak lelaki untuk mengambil alih British oleh Vyner Brooke.
takhta takhtanya.
• Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya Anthony Jelaskan apakah faktor yang
Brooke ( anak Bertram Brooke ) sebagai penggantinya. menyebabkan penyerahan
teersebut?
Desakan • Pada 19 Jun 1944, Pejabat Tanah Jajahan mendesak
Isi -Isi
kerajaan Vyner Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada
British British untuk meluaskan penguasaannya di Sarawak
• Masalah pewarisan harta
dengan berunding dengan kerajaan sementara yang
diwujudkan oleh tentera Jepun. • Vyener Brooke tua dan uzzur
• British hendak menguasai kekayaan ekonomi Sarawak • Tiada pewaris
dan menjaga kepentinganb pelaburannya dengan • Desakan kerajaan British
menjadikan Sarawak tanah jajahan British.
• Ingin menguaasai kekayaaan
• Tawaran British ditolah oleh Bertram Brooke dan Anthony
Brooke . Saarawak
• Pada 28 Februari 1945 Pejabat Tanah Jajahan mengutus • Masalah kewangan
surat kepada Vyner Brooke tentang pendirian untuk • Ekonomi Sarawak terjejas
menyerahkan Sarawak kepada British. • Masa depan Sarawak lebih
• Vyner Brooke akhirnya bersetuju menyerahkan Sarawak
kepada British. terjamin di bawah British

Fakta : Lihat buku Teks hal 107


Masalah • Selepas Perang Dunia Kedua, Vyner Brooke menghadapi
kewangan masalah kewangan untuk memulihkan semula Sarawak.
• Ekonomi Sarawak terjejas akibat lombong minyak
musnah dan ladang getah terbiar.
• Kemudahan pendidikan , kesihatan , jalan raya dan
lapangan terbang perlu diperbaiki.
• Vyner Brook berpendapat masa depan Sarawak lebih
cerah di bawah pemerintahan British.

Zaman pemerintahan Jepun ddi Sarawak

Kerajaan sementara telah diwujudkan yang dipengerusikan oleh Bertram Brooke dan Anthony Brooke. Oliver Stanley
setiaausaha Tanah jajaahan berunding dengan kerajaan sementara pada tahun 1944 untuk membolehkan British
mengambil alih Sarawak tetapi ia ditolak oleh Anthony Brooke dn Bertram Brooke.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

PROSES PENYERAHAN SARAWAK KEPADA


BRITISH

28 Februari 1945 . 24 Oktober 1945

Pejabat Tanah Jajahan Vyner Brooke bersetuju


mengantar surat kepada Vyner menyerahkan Sarawak kepada
Brooke meminta beliau British.
menandatangani surat
perjanjian dengan George
Henry Hall , Setiasuaha Tanah . Vyner Brooke menghantar
Jajahan. setiausaha peribadinya, Gerald
T. MacBryan untuk
mendapatkan persetujuan
MacBryan pulang ke England daripada ketua-ketua tempatan.
dengan dokumen yang
ditandatangani oleh ketua
tempatan Sarawak. . Kerajaan British mengarahkan
Penyerahan Sarawak dibuat Vyner Brooke supaya
tanpa pengetahuan rakyat mendapatkan kelulusan Majlis
Sarawak. Negeri dan persetujuan rakyat
Sarawak terlebih dahulu

Fokus SPM Esei


Kerajaan British menghantar Gammans dan Rees Williams untuk Jelaskan proses
membuat tinjauan . penyerahan Sarawak
kepada British?
Hasil tinjauan mendapati :
o Sebahagian besar peribumi menentang penyerahan.
Isi Jawapan
o Orang Cina menyokong penyerahan.
o Terdapat penduduk yang tidak memahami maksud penyerahan. • Pejabat tanah jajahan
menghantar surat
Laporan Gammans dan Rees Williams dibawa ke Majlis Negeri untuk diundi • Persetujuan Vyner
Brooke
• Menghantaar
setiausaha
. . Taraf Sarawak sebagai negeri • MacBryan pulang ke
Majlis Negeri mengeluarkan naungan British dimansuhkan. England
Rang Undang-undang • Vyner Brooke supaya
Penyerahan ( Cession Bill ) . Sarawak disahkan sebagai mendapatkan
tanah jajahan British. kelulusan Majlis
Keputusan menunjukkan Negeri
golongan propenyerahan Pada 1 Julai 1946, Hari • Tinjauan dari
menang dengan 19 undi Penyerahan Sarawak gammans
berbanding 16 yang diisytiharkan di Kuching.
menentang. • Rang Undang-Undang
• Menghapuskan taraf
Sarawak sebagai
negeri naungan
• Pengisytiharaan
Sarawak sebagaai
tanah jajahan Brittish
Rujuk Buku teks hal ;; 108
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

4.5 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN


TERHADAP PENYERAHAN
SARAWAK Fokus SPM Esei

Penyerahan Sarawak kepada British


1 Penyerahan Sarawak mencetuskan dua reaksi, iaitu yang telah menimbulkan penentangan
menyokong dan yang menentang. mayaarakat tempatan.

2 Golongan yang menentang penyerahan Sarawak kepada Jelaskan faktor penentangan


British antaranya dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji tersebut/
Abdillah .
Isi jawapan
3 Mereka melancarkan pelbagai bentuk penentangan dan
bantahan terhadap penyerahan Sarawak kepada British. • Bercanggah dengan
perlembagaan 1941
• Menafikan hak rakyat Saarawak
FAKTOR PENENTANGAN PENYERAHAN SARAWAK • Mengnepikan surat wasiat
Charles Brooke
Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan • Tidaak berbincaang dengaan
1941. Raja muda Anthony
• Cara tipu muslihat Gerald T.
• Menurut Prinsip Ke-8 dalam Perlembagaan 1941 , pemerintahan
sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak. MacBran
• Menurut perlembagaan tersebut, penduduk Sarawak akan • Tekanan dan pujukan daan
dibimbing untuk mentadbir negeri mereka sendiri. sogokkan
• Tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British
melanggar prinsip tersebut dengan menafikan hak rakyat Lihat buku Teks hal ; 109
Sarawak untuk mendapatkan pemerintahan sendiri seperti yang
termaktub dalam perlembagaan.

Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

• Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berbincang dengan


Raja Muda Anthony Brooke dan Tuan Muda Bertram Brooke.
• Golongan menentang penyerahan mahu memulihkan
pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut
kemerdekaan dengan mudah.

Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat untuk


mendapatkan tandatangan ketua tempatan

• Bryan telah menggunakan pelbagai muslihat seperti tekanan,


desakan , pujukan dan sogokan untuk mendapatkan
persetujuan daripada ketua-ketua tempatan.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

BENTUK PENENTANGAN PENDUDUK


TEMPATAN

Mengadakan persidangan Mengadakan demonstrasi

• Johari Anang dan Sharkawi Osman • Demonstrasi pertama diadakan semasa


menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh kedatangan Gabenor pertama Sarawak ,
perwakilan dari seluruh Sarawak. Charles Arden Clarke di Astana pada 30
• Persidangan disertai oleh Pergerakan Oktober 1946.
Pemuda Melayu ( PPM ), Barisan Pemuda • Demonstrasi yang diketuai oleh Datu Patinggi
Sarawak ( BPS ), Persatuan Kebangsaan Abang Haji Abdillah disertai oleh 16 persatuan
Melayu Sarawak ( PKMS ) , Persatuan Melayu Melayu.
Miri, Kesetiaan Muda Matu dan Persekutuan • PKMS mendesak British berundur dari
Bumiputera. Sarawak.
• Objektif persidangan adalah untuk • Mereka membawa sepanduk dan poster
mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai dengan kata-kata “ Kami membantah dengan
kerana menentang penyerahan Sarawak sekeras-kerasnya atas tindakan Brooke
kepada British. menyerahkan Sarawak kepada colonial
Inggeris ” , “ Sarawak adalah hak kami ” , “
Leburkan colonial ” dan “ No Cession ” .
• Demonstrasi juga diadakan di Sibu oleh PPM.

Meletak jawatan beramai-ramai

• Pada bulan Disember 1946, kerajaan British


mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 ( Circular Bantahan golongan wanita
No. 9 ) untuk melarang pegawai awam
menyertai Gerakan antipenyerahan. • Antara golongan wanita yang menentang
• Berikutan pekeliling tersebut, seramai 409 penyerahan Sarawak ialah Cikgu Lily
orang kakitangan kerajaan meletak jawatan Eberwein ( PKMS ), Hajah Sipah Tuanku
pada 2 April 1947. Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah
• Kakitangan kerajaan yang meletak jawatan Abol.
terdiri daripada guru, petugas di Pos dan • Kaum ibu yang diketuai oleh Cikgu Lily
Telegraf , Jabatan Marin, Kastam, Perubatan
Eberwein pergi ke rumah Panjang untuk
dan Kesihatan, Percetakan, Jabatan Tanah
dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, Bomba dan mengadakan kempen kesedaran.
Perbendaharaan. • Cikgu Ajibah Abol mengetuai kaum wanita
• Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan untuk bergabung tenaga dengan gerakan
Melayu Sarawak menamatkan pengajian antipenyerahan dalam usaha
sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9. memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
Menggunakan Akhbar Menulis surat bantahan

• Utusan Sarawak yang diterbitkan pada bulan • Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM )
Januari 1949 digunakan sebagai saluran untuk menghantar surat kepada kerajaan British di
menyebarkan tentangan terhadap penyerahan London bagi menyatakan bantahan mereka
Sarawak. terhadap penjajahan Sarawak.
• Pengarang menggunakan kritikan yang tajam • Pada tahun 1949, BPS menghantar
terhadap rancangan penyerahan Sarawak. referendum memansuhkan penyerahan
• Akhbar dimuatkan dengan ulasan berita Sarawak.
seperti tentang sekatan ke atas Anthony • Anthony Brooke kemudian menentang
Brooke daripada memasuki Sarawak oleh penyerahan melalui sistem perundangan
kerajaan British dan artikel yang bertajuk “ dengan membuat rayuan di Privy Council .
Kerajaan British Menipu Rakyat ”. • Pada 16 Julai 1948 Anthony Brooke
membawa kes penyerahan Sarawak ke
Mahkamah Tinggi Brunei tetapi rayuan beliau
ditolak.

Menubuhkan Kumpulan Rukun 13

• Pada 20 Ogos 1948, pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM ) menubuhkan Rukun 13 secara
sulit di Sibu .
• Kumpulan yang dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong bertujuan
menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu , Sarawak.
• Pada 3 Disember 1949, satu mesyuarat diadakan untuk membunuh Gabenor Sarawak kedua,
Duncan Stewart.

PERISTIWA SUNGKIT
BERDARAH

1 Rosli Dhoby , salah seorang anggota Rukun 13 telah


menikam Duncan Stewart menyebabkan Stewart
meninggal dunia di Hospital Singapura seminggu kemudian
.
2 Peristiwa tersebut dikenali dengan nama “ Sungkit Berdarah
”.
3 Pembunuhan Duncan Stewart memberi reaksi kepada
British untuk menindas dan menamatkan gerakan
antipenyerahan.

• Pada 6 dan 7 Disember 1949, British menutup pejabat PPM,


PKMS, BPS dan Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (
ASAS ).
• Pada 5 Februari 1951 , Anthony Brooke merayu semua
persatuan supaya menghentikan usaha menentang
penyerahan.
• Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang
Suntong dikenakan hukuman gantung sampai mati.
• Anggota Rukun 13 yang lain dikenakan hukuman penjara.

5 Sungguhpun gerakan antipenyerahan menemui kegagalan,


namun gerakan tersebut telah berjaya membangkitkan
semangat kebangsaan yang membawa kepada penubuhan
parti politik di Sarawak.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

REAKSI PENDUDUK YANG MENYOKONG


PENYERAHAN SARAWAK

1 Kumpulan yang menyokong penyerahan Sarawak diketuai oleh Datu


Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman. Memajukan penduduk
tempatan
2 Antara faktor-faktor yang menyokong penyerahan Sarawak adalah :
• Memajukan negeri Golongan propenyerahan
• Memajukan penduduk tempatan menubuhkan Young Malay
• Memberi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam Association ( YMA ) untuk
menggalakkan kemajuan
orang Melayu dalam bidang
Memajukan Negeri Memberi peluang pekerjaan ekonomi dan sosial.
dalam perkhidmatan awam
• Semasa perang, Sarawak • YMA juga membantu
mengalami banyak • Ramai golongan intelektual orang Melayu yang
kemusnahan. diberi peluang untuk mengisi mundur dan ketinggalan
• Penyerahan membolehkan jawatan tinggi dalam dalam pelbagai aspek
Sarawak dimajukan dalam perkhidmatan kerajaan seperti pelajaran,
pelbagai aspek seperti politik, Sarawak seperti peguam, agama dan sukan.
perhubungan, perdagangan, doctor dan jurutera. • YMA menubuhkan
pertanian, pendidikan, • Mereka yakin British akan cawangannya di Sibu,
kesihatan dan meningkatkan memberikan taraf berkerajaan Kalaka dan Miri.
taraf hidup masyarakat sendiri kepada Sarawak.
Sarawak.
Langkah menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan meupakan satu perancangan british di
Tanah Melayu, Singapura dan wilayh utara Borrneo. Penjajahan British di sarawak telah
menncetuskan reksi menentaang dan menyokong daripada penduduk

4.6 PENYERAHAN SABAH KEPADA


KERAJAAN BRITISH

1 Selepas perang, Kota Kinabalu dibebaskan


daripada kawalan tentera Jepun pada 28
September 1945 manakala Sandakan pada
19 Oktober 1945.

2 British Military Administration ( BMA )


diperkenalkan di Sabah bagi
mengembalikan keamanan dan
ketenteraman negeri.

3 Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara


British ( SBUB ) menandatangani satu
perjanjian untuk menyerahkan Sabah
kepada kerajaan British.
4 Ini bermakna Sabah akan menjadi tanah
jajahan British yang diketuai oleh seorang
Gabenor .
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

FAKTOR PENYERAHAN SABAH


KEPADA BRITISH

Memenuhi
kepentingan • Pada masa itu, Perdana Menteri Britain, Clement
British Attlee sedang menyelesaikan soal pemberian
kemerdekaan kepada India, Sri Lanka dan Burma.
• Sabah merupakan negeri yang berpotensi
menggantikan jajahan tersebut kerana kaya
dengan bahan mentah di samping menjadi
kasawan pasaran British.

Meneruskan • Sabah menjadi naungan British semasa


dasar pemerintahan SBUB.
British • Penyerahan Sabah membolehkan British terus
dalam menguasai hubungan luar dan pertahanan Sabah.
hubungan Kebakaran Hospital awam di Jeselton
luar
Sabah
Masalah • Sebelum meninggalkan Sabah, tentera Jepun telah
kewangan memusnahkan Jesselton, Kudat dan Sandakan. Fokus SPM Esei
SBUB • SBUB tidak mampu untuk membiayai kos
membangunkan semula bandar-bandar tersebut. Jelaskan faktor penyeraahan Sabah
• SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada kepada British?
kerajaan British kerana kekurangan dana.
Isi Jawaan

• Memenuhi kepentingan british


• Sabah kaya dengan bahan
mentah
• Meneruskan dasar British
• Membolehkaan British terus
meenguasaai Sabah
• Masalaah kewangan SBUB
• Tidak mampu mampun
membayar kos kemusnahan

Faktor penyerahan Sabah kepada


kepada British :

1. Pemulihan prasana akibat


kemusnahan oleh tentera Jepun
dan kepentingan British di sabah
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

4.7 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP


PENYERAHAN SABAH

1 Pada 15 Julai 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada kerajaan


British.

2 Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak menimbulkan


penentangan daripada penduduk tempatan disebabkan dua
perkara , iaitu :
Dasar British

Kepentingan Sosioekonomi
Penindasan Terhadap kegiatan berpersatuan penduduk tempatan

• Dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan serta menghadkan 1 Penyerahan Sabah dianggap
peluang penduduk tempatan dalam pentadbiran sebagai peluang kepada
• Kesedaran penduduk tempatan tentang kepentingan meningkatkan penduduk tempatan untuk
sosioekonomi.
melibatkan diri dalam
1 Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang pentadbiran , memajukan
berbeza dari aspek Bahasa, budaya, sistem kepercayaan , perniagaan dan meluaskan
petempatan dan kegiatan ekonomi. jaringan perdagangan.

2 Keadaan ini menyukarkan pemimpin Sabah untuk menghimpunkan 2 Penyerahan Sabah juga dilihat
kesemua etnik dalam satu pertubuhan. sebagai langkah
membangunkan negeri Sabah
3 Antara persatuan yang ditubuhkan di Sabah ialah : selepas perang.

• Persaudaraan Sahabat Pena Sabah ( PASPAS ) 3 Oleh itu kebanyakan penduduk


• Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah Sabah enggan melibatkan diri
• Barisan Pemuda Sabah ( BARIP ) dalam aktiviti menentang
penyerahan Sabah kepada
4 Pada peringkat awal, pertubuhan ini dibentuk untuk memperbaiki British.
keadaan ekonomi dan politik kaum bumiputera.

5 British mula khuatir kedudukan mereka akan tergugat di Sabah apabila


pemimpin-pemimpin pertubuhan ini mula bergiat aktif membangkitkan
kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakat tempatan.

6 British bertindak melumpuhkan gerakan nasionalisme ini dengan


beberapa cara yang halus seperti :

• Menawarkan jawatan kenaikan pangkat kepada ahli pertubuhan.


• Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif dalam gerakan berpersatuan
ke bandar lain.

7 Kegiatan berpersatuan di Sabah menjadi lemah kerana mengalami


masalah kewangan dan kekurangan pemimpin yang berkaliber.

8 Selain itu dasar British mengehadkan peluang kepada penduduk


tempatan untuk melibatkan diri dalam bidang pentadbiran menyebabkan
penduduk Sabah kurang mempunyai pengalaman dalam sistem birokrasi
Barat.
© Hak Cipta Zamri Talib / SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

Rakyat Sabah tidak membantah terhadap Kesimpulan


Penyerahan Sabah ke kepada British kerana :
Terdapat gerakan penduduk tempatan meenentang
1. Mereka tidak memahami tujuan penyerahan penjajahan British di negaratelah menimmbulkanimpaak
tersebut yang berbezaa iaitu ;
2. Dasar British yang menindas kesedaran
nasionalisme dikalangan rakyat tempatan 1. Gerakan membantah Malayan Union berjayaa mencapai
3. Kebangkitan nasionalisme hanya berlaku selepas matamatnya
British mempekenalkan langkah kearah 2. Gerakan penyerahan di Sabah tidak mendapat
bekerajaan sendiri di Sabah tentangan atau bantahan dikalangan penduduk
tempatan

Dasar British selepas Perang terhadap Tanah Melayu,


Sarawak dan Sabah telah menyebabkan kebankitan
nasionalisme untuk membebaskan tanaah aair dariaada
penjajaahan Barat

You might also like