You are on page 1of 119

SJH 1064

TAJUK : MALAYAN UNION 1946


• Pendudukan Jepun di Asia Tenggara bukan sahaja mengakibatkan kuasa-
kuasa Barat kehilangan tanah jajahan di sebelah timur.

• Ini turut menjatuhkan martabat (pangkat) mereka di kalangan penduduk


tempatan.

• Kekalahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak; Belanda di


Indonesia dan Amerika Syarikat di Filipina mendorong penduduk tempatan
memikirkan semula, sama ada mereka perlu terus bergantung kepada
kuasa-kuasa Barat untuk berlindung daripada sebarang ancaman luar
ataupun tidak.
• Di Tanah Melayu, British telah menandatagani perjanjian dengan Raja-raja
Melayu untuk mengambil alih pentadbiran dan melindungi Negeri-negeri
Melayu sebagai ‘tukaran’kepada kuasa politik dan faedah ekonomi yang
diperoleh.

• Walaubagaimanapun, apabila Jepun menyerang, pihak British tidak


menyediakan sistem pertahanan yang lengkap bagi Tanah Melayu dan
akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah kepada tentera Jepun.

• Apabila British kembali semula ke Tanah Melayu selepas perang tamat,


mereka menubuhkan pemerintahan bercorak tentera yang dikenali sebagai
Pentadibiran Tentera British (BMA).
• Pentadbiran Tentera British (BMA) merupakan pentadbiran peralihan yang
ditugaskan untuk memulihkan keamanan dan mengembalikan kepercayaan
rakyat kepada kerajaan.

• Sebaliknya, BMA bukan sahaja gagal memperbaiki imej British yang terjejas
kerana tidak melindungi Tanah Melayu, tetapi juga tidak berjaya
memulihkan keamanan.

• Ketegangan dan pergaduhan kaum terus berlaku akibat kekejaman Bintang


Tiga. Walaupun BMA mengarahkan MPAJA (Malayan People’s Anti-
Japanease Army) menyerahkan semula senjata kepada tentera British,
tetapi tidak semua senjata yang dikembalikan.
• Oleh sebab BMA menghadapi pelbagai halangan dan masalah, kerajaan
British mula memikirkan untuk menggantikan BMA dengan pentadbiran
bercorak awam yang dikenali sebagai Malayan Union.
Rancangan Malayan Union
• Rancangan Malayan Union telah mula difikirkan oleh
kerajaan British sejak Jepun menguasai Singapura
pada Februari 1942.

• Pejabat Tanah Jajahan di London telah membuat satu


kajian tentang masalah yang perlu diberi perhatian
dalam merancang masa depan Tanah Melayu.

• Ini kerana menurut laporan yang diterima di London,


salah satu punca Tanah Melayu dapat ditawan dengan
mudah oleh Jepun dalam Perang Dunia Kedua ialah
masalah penyelarasan, akibat wujudnya sistem
pentadbiran yang berbeza.
• Tanah Melayu ketika itu berada di bawah tiga sistem pentadbiran, iaitu
Negeri-negeri selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu.

• Berikutan laporan itu, satu rancangan telah diatur untuk menggubal satu
sistem politik yang dianggap sesuai bagi Tanah Melayu.

• Pada akhir tahun 1943, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan menyerahkan
satu memorandum (catatan) kepada Kabinet Perang British yang
mencadangkan beberapa syarat umum tentang perlunya perubahan
dilakukan terhadap perlembangan Tanah Melayu.
• Kerajaan British menganggap Tanah Melayu sebagai satu kawasan penting
dari segi keselamatan yang perlu dipertahankan.

• Pada bulan julai 1943, Pejabat Tanah Jajahan menubuhkan Unit


Perancangan Tanah Melayu (Malayan Planning Unit – MPU) untuk
menggubal perlembangaan Tanah Melayu.

• MPU dianggotai oleh bekas pegawai British pernah berkhidmat di Tanah


Melayu sebelum Perang Dunia kedua.

• Pada mulanya, MPU hanya mempunyai enam orang pegawai , tetapi jumlah
itu kemudiannya ditambah menjadi 40 orang pada awal tahun 1944.
• Sementara itu, Kabinet Perang British telah mengeluarkan arahan-arahan
tertentu berkaitan dengan pentadbiran di Tanah Melayu.

• Sebuah Jawatankuasa Kabinet mengenai Malaya dan Borneo dibentuk pada


6 Januari 1944 dengan dipengerusikan oleh Clement Attlee.

• Jawatankuasa ini juga dianggotai oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan,
Oliver Stanley dan dibantu oleh Edward Gent.

• Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji pelbagai perkara termasuk


cadangan menyatukan Negeri-negeri di Tanah Melayu.
• Dalam mesyuaratnya yang pertama pada 22 Mac 1944, Jawatankuasa ini
bersetuju dengan Dasar Negara itu.

• Pada 31 Mei 1944, mesyuarat Kabinet Perang British bersetuju pada


dasarnya cadangan tentang masa depan Tanah Melayu dan Borneo.

• Mesyuarat itu berpendapat, Negeri-negeri di Tanah Melayu perlu disatukan


di bawah satu perlembangan dengan kuasa diserahkan pada ‘Baginda king’
bagi mencapai hasrat ‘memperoleh kecekapan dan kemajuan demokrasi’ di
Negara berkenaan.
• Pihak berkuasa di Britain, terutamanya Pejabat Tanah jajahan sebelum itu
telah beberapa kali berusaha sejak tahun 1930-an untuk menyatukan ketiga-
tiga bentuk sistem pentadbiran di Tanah Melayu.

• Sistem ini didapati tidak kemas dan sukar dikawal, sering dikatakan tidak
cekap serta merumitkan pemerintah.

• Malah kekalahan British kepada tentera jepun dalam Perang Dunia kedua
dikaitkan dengan ketiadaan sistem pertahanan pusat yang kukuh dan akibat
bentuk pentadbiran yang berbeza.

• Oleh itu, kerajaan British membuat keputusan untuk tidak meneruskan


sistem pentadbiran yang boleh melemahkan pertahanannya, jika berlaku lagi
peperangan di Asia Tenggara.
• Semasa para pegawai MPU sedang menggubal perlembangan Tanah
Melayu, tiga memorandum telah dikemukakan kepada Pejabat tanah
jajahan.

• Memorandum pertama dihantar oleh Persatuan British Malaya dan diikuti


dengan memorandum persendirian oleh Tan Cheng Lock yang semasa itu
berlindung di India.

• Beliau pergi ke India setelah Jepun menduduki Tanah Melayu.

• Memorandum ketiga dihantar oleh Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Great


Britain.
• Memorandum Persatuan British Malaya mencadangkan supaya negeri-
negeri Melayu, termasuk Seberang Perai dan Melaka digabungkan di bawah
satu pemerintahan.

• Pulau Pinang dan Singapura terus kekal sebagai tanah jajahan British.

• Kemudiannya, ada dalam kalangan ahli Persatuan British Malaya mahukan


Pulau Pinang digabungkan dengan negeri-negeri Melayu.

• Selain itu, penduduk Tanah Melayu hendak diberi peluang yang lebih dalam
pemerintahan dan pentadbiran Negara.
• Persatuan ini juga mencadangkan supaya sebuah Majlis Mesyuarat
dibentuk dengan ahli-ahlinya dilantik oleh kerajaan British.

• Memorandum Tan Cheng Lock pula mencadangkan supaya semua Negeri-


negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan
ke dalam satu kesatuan atau persekutuan.

• Gabungan ini hendaklah ditadbirkan sebagai satu unit pemerintahan dan


tidak dibahagi-bahagikan.

• Penduduk di Tanah Melayu hendaklah diberi hak untuk bergiat cergas


dalam bidang politik.
• Seterusnya satu Majlis Mesyuarat hendaklah dibentuk dengan majoriti
ahlinya terdiri daripada ahli tidak rasmi.

• Beberapa orang pelajar Melayu yang menuntut di Britain semasa meletus


Perang Dunia Kedua merasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan British
hendak menggubal satu perlembagaan baru lagi Tanah Melayu selepas
perang.

• Mereka menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Kesatuan


Pelajar-pelajar Melayu Great Britain. Kesatuan ini menghantar satu
memorandum tersebut, mereka melahirkan bantahan di atas percubaan
kerajaan Brirish untuk menukar taraf Negeri-negeri Melayu daripada Negeri
naungan kepada tanah jajahan..
• Walau bagaimanapun, memorandum itu menyatakan
kesediaan mereka untuk menerima seorang Penasihat
British di setiap negeri Melayu dan menganggap
Negeri-negeri selat sebagai tanah jajahan British.

• Memorandum itu juga mencadangkan supaya Negeri-


negeri Melayu digabungkan, tetapi kedaulatan Raja-
raja Melayu terus diiktiraf dan dikekalkan.

• Memorandum itu meminta supaya hak kerakyatan


tidak diberi berasaskan prinsip jus soli.
• Menerusi memorandum yang dihantar, pihak kesatuan bimbang sekiranya
Malayan Union ditubuhkan, kedaulatan Raja-raja Melayu dan masa depan
politik Melayu akan terjejas.

• Satu perkara penting yang ditekankan dalam memorandum Kesatuan


Pelajar-pelajar Melayu Great Britain ialah masa depan hubungan antara
Tanah Melayu dengan Indonesia.

• Pihak kesatuan berpendapat bahawa matlamat terakhir orang Melayu di


Tanah Melayu dan Indonesia ialah penggabungan Gugusan Kepulauan
Melayu di bawah konsep Melayu Raya yang melibatkan penyatuan antara
Tanah Melayu dengan Indonesia.
• Konsep Melayu Raya pernah ditimbulkan oleh
Kesatuan Melayu Muda sebelum Perang Dunia Kedua.

• Kemudian mereka mencadangkan supaya sebuah


universiti ditubuhkan di Tanah Melayu. Kelulusan
dalam bahasa Melayu juga diperlukan sebagai syarat
untuk memasuki universiti tersebut.

• Wilan membuat tinjauan tentang kesetiaan Raja-raja


Melayu terhadap kerajaan British.
• Di bawah pemerintahan BMA, British telah bertindak menurunkan tahkta
beberapa orang raja yang dilantik semasa pendudukan Jepun atas tuduhan
bersubahat dengan Jepun.

• Wilan diminta mengunjungi setiap orang raja bagi memastikan sama ada
baginda bersimpati atau bersubahat dengan pihak Jepun semasa Perang
Dunia Kedua.

• Dalam laporannya, Wilan menyatakan bahawa tuduhan terhadap Raja-raja


Melayu adalah tidak benar.

• Raja-raja Melayu tidak bersalah dan mereka taat kepada British.


• Walaupun kerajaan British sedar masih wujud beberapa kelemahan dalam
rancangan Malayan Union, tetapi mereka masih mahu meneruskan cadangan
itu dengan tujuan untuk ‘menyatukan’ negeri-negeri Melayu.

• Matlamat utama kerajaan British adalah untuk menjadikan penduduk


tempatan dan orang asing sama rata sebagai rakyat Tanah Melayu yang
dikenali dengan nama ‘Malayan’.

• Kerajaan British yakin bahawa mereka boleh mentadbir dengan baik di bawah
sistem pemerintahan baru kerana kuasa tertinggi berada di pihak mereka.
• Manakala Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja kehormat sahaja.

• Pada 3 September 1945, Kabinet British bersetuju menerima dasar


‘penyatuan’ Tanah Melayu di bawah rancangan Malayan Union.

• Bagi memastikan usaha tersebut berjalan lancar, Kabinet British


memutuskan untuk menghantar Sir Harold MacMichael ke Tanah Melayu
bagi mendapatkan persetujuan daripada Raja-raja Melayu.

• Pada 13 September 1945, pejabat tanah jajahan di London menerima kawat


(telegram) daripada Panglima Agung Pemerintah Tertinggi Tentera Berikat di
Asia Tenggara, Lord Louis Mountbatten supaya mempercepatkan
kedatangan MacMichael ke Tanah Melayu.
• Seterusnya pada 21 September 1945, rangka terakhir Perjanjian
Malayan Union yang perlu mendapat persetujuan daripada Raja-raja
melayu diluluskan oleh setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan british
di London.
Rombongan Sir Harold MacMichael
• Pada 11 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael tiba di Tanah Melayu sebagai
wakil khas kerajaan British.

• Beliau ditugaskan untuk menemui Raja-raja Melayu bagi mendapatkan


persetujuan baginda tentang rancangan Malayan Union dan menyerahkan
kuasa politik mereka kepada kerajaan British.

• MacMichael dan rombongannya bergerak begitu pantas dalam menjalankan


tugas tersebut sehingga para pegawai British di Tanah Melayu tidak
diberitahu atau menerima sebarang arahan tentang rancangan tersebut.
• Pihak yang diberi tanggungjawab melaksanakan rancangan Malayan Union
tidak memberi banyak maklumat dan tidak banyak perkara tentang
rancangan itu diketahui umum.

• Kertas Putih Malayan Union hanya dibentangkan di Parlimen British pada 10


oktober 1945, iaitu sehari sebelum rombongan MacMichael tiba di Tanah
Melayu.

• Kerajaan British telah merahsiakan rancangan Malayan Union sehingga tidak


ramai yang mengetahuinya, lebih-lebih bagi Raja-raja Melayu.
Senarai Raja-raja Melayu yang
menandatangani Perjanjian Malayan Union,
1946.
Negeri Nama Raja-raja Melayu

Johor Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azam Shah ibni Al-Marhum Sultan Abdullah al-Mu’tasim Billah

Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad


Negeri Sembilan
Sultan Abdul Aziz Al-Mu’tasim Billah Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa
Perak Sultan Badlishah ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Kedah Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad ke-IV
Kelantan Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Terengganu Sultan Hishammuddin Alam Shah ibni Al-Marham Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Selangor Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Perlis
Tarikh MacMichael mendapatkan persetujuan Raja-
raja Melayu terhadap perjanjian Malayan Union
Negeri Tarikh ditandatangani
Johor 20 oktober 1945
Selangor 24 oktober 1945
Pahang 2 November 1945
Negeri Sembilan 14 November 1945
Perak 22 November 1945
Kedah 2 Disember 1945
Perlis 3 Disember 1945
Kelantan 17 Disember 1945
Terengganu
• Harold MacMichael dalam laporannya menyatakan tujuan
kedatangan beliau dan rombongannya adalah untuk
mendapatkan persetujuan rasmi Raja-raja Melayu ke atas
satu perjanjian yang memberi Tanah Melayu ‘taraf
kemerdekaan dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan
Komanwel’.

• Beliau perlu mendapatkan persetujuan Raja-raja melayu


bagi membentuk ‘satu sistem perlembagaan baru’ yang
akan menyerahkan kuasa memerintah kepada kerajaan
British.
• Rombongan MacMichael turut disertai oleh Sir Alexander T. Newboult,
seorang pegawai kanan hal ehwal awam BMA di Tanah Melayu yang
ditugaskan sebagai jurubahasanya.

• MacMichael dapat menyelesaikan tugas untuk mendapat persetujuan


daripada kesemua Sembilan orang Raja-raja melayu dalam tempoh yang
singkat, iaitu selama 2 bulan bemula dari 20 Oktober hingga 21 Disember
1945.

• Selepas persetujuan dicapai, rancangan itu dibentangkan di Parlimen British


oleh Setiausaha Tanah Jajahan dan diluluskan sebagai perlembagaan baru
Tanah melayu.
• Rancangan ini kemudian disiarkan dalam warta Kerajaan pada 21
Januari 1946 yang dikenali sebagai ‘Kertas Putih 6724’

• MacMichael memulakan tugas untuk mendapatkan persetujuan


Raja-raja Melayu dengan memperoleh tandatangan Sultan Johor
(Sultan Ibrahim) terlebih dahulu.
• Beliau mengetahui bahawa Sultan Johor merupakan sultan yang paling
kanan (tinggi kedudukan).

• Jika baginda bersetuju, raja-raja lain tentu mengikutinya.

• MacMichael menemui setiap orang sultan dan berjaya mendapat


tandatangan baginda, walaupun ada antara mereka yang membatah.
• Sebaik sahaja selesai menjalankan tugas tersebut, MacMichael kembali
menjalankan tugas lain di Malta.

• Tidak lama kemudian, Raja-raja Melayu menghantar satu memorandum


kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan di London membantah cara
MacMichael mendapatkan tandatangan mereka secara paksa.

• Memorandum itu meminta supaya kerajaan British mempertahankan ‘hak


dan ketuanan melayu’ terutama sekali dalam menghadapi ‘kemasukan
bangsa-bangsa asing dari luar negeri’.
• Langkah ini diambil kerana Raja-raja Melayu mula merasa bimbang dengan
perubahan yang akan berlaku di Tanah Melayu setelah rancangan Malayan
Union dilaksanakan.

• Cara MacMichael mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu terhadap


rancangan Malayan Union menimbulkan bantahan daripda orang Melayu.

• Raja-raja dipaksa menurunkan tandatangan baginda ke atas perjanjian itu,


tanpa diberi masa yang cukup untuk menelitinya terlebih dahulu atau
berunding dengan pembesar negeri yang lain.
• Walaupun semasa perbincangan dengan MacMichael, raja-raja (kecuali sultan
Johor) diiringi oleh ahli-ahli majlis mesyuarat dan penasihat masing-masing,
tetapi baginda diancam supaya mematuhi kehendak British.

• Raja-raja melayu juga tidak dibenarkan berunding semasa sendiri untuk


membincangkan perkara sebegitu besar yang melibatkan masa depan negeri-
negeri Melayu.

• MacMichael dikatakan diberi kuasa untuk memaksa raja-raja Melayu


bersetuju dengan perjanjian itu, walaupun tanpa disedarinya ada perjanjian
yang telah ditandatangani oleh sultan-sultan itu sebenarnya tidak sah dari
segi perlembagaan negeri.
• Jika ada di kalangan raja-raja yang enggan memberi
persetujuan, baginda boleh disingkirkan daripada takhta dan
seorang raja baru akan dilantik.

• Akibat kekecohan ini, ramai berpendapat bahawa MacMichael


menggunakan budi bicaranya sendiri, tanpa merujuk kepada
kerajaan British terlebih dahulu.
Sebab-sebab Diperkenalkan Malayan Union

1. Menyatukan Negeri-negeri Melayu


 Hingga kepada meletusnya Perang Dunia II pada Disember 1941 terdapat
3 bentuk pemerintahan di Tanah Melayu iaitu, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri
Selat.

 Walaupun ketiga-tiganya terletak di bawah pengaruh Inggeris namun


corak pentadbirannya tidak sama.

 Oleh itu, ketiga-tiganya perlu disatukan untuk menyelaraskan dan


mengadakan satu bentuk pemerintahan pusat yang berkesan.
2. Menanam Semangat Cintakan Tanah Melayu
 Setelah Negeri-negeri Melayu disatukan, semangat taat setia dan cintakan
Tanah Melayu perlu ada, ini termasuklah orang asing, iaitu Cina dan India.
Matlamat Malayan Union untuk mengeintergrasikan masyarakat Cina dan
India kepada satu masyarakat Tanah Melayu.

 Selama ini, orang-orang asing telah menunjukkan sikap mereka yang lebih
cintakan negara asal mereka. Orang-orang Cina masih menganggap Negeri
China adalah tanah air dan begitu juga orang-orang India yang masih
berkiblat ke India.

 Kerajaan Inggeris melalui Malayan Union telah mengadakan peraturan-


peraturan longgar yang memudahkan orang-orang asing mendapatkan
kerakyatan untuk menarik minat masyarakat asing supaya menanam
semangat cinta dan mensifatkan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka.
3. Persiapan untuk Berkerajaan Sendiri
 Tujuan utama rancangan Malayan Union adalah untuk mempersiapkan
diri bagi Tanah Melayu mencapai taraf berkerajaan sendiri dan akhirnya
kemerdekaan.

 Dengan adanya pentadbiran pusat yang efektif dan kuat menyebabkan


perjalanan pentadbiran akan berjalan lancar.
4. Tujuan Pertahanan
 Pembentukan Malayan Union juga mempunyai tujuan pertahanan, iaitu
untuk membentuk satu pasukan tentera kebangsaan Tanah Melayu.

 Sebelum Perang Dunia II meletus, pasukan tentera Tanah Melayu terdiri


daripada beberapa unit yang berasingan seperti Tentera Johor, Unit-unit
Sukarela dan lain-lain.

 Beberapa bulan sebelum tentera Jepun menyerang Tanah Melayu,


kerajaan Inggeris telah menubuhkan satu pasukan tentera percubaan,
iaitu Askar Melayu dan unit-unit tentera yang lain telah menunjukkan
kecekapan dan keberanian mereka.
5. Kemajuan dan Keteguhan Ekonomi Tanah Melayu
 Tanah Melayu menjadi pengeluar getah dan bijih timah yang utama.

 Pada tahun 1905, Tanah Melayu mempunyai kira-kira 40000 ekar lading
getah dengan menghasilkan sebanyak 200 ton getah.

 Angka ini telah bertambah dalam tahun 1920 menjadi kira-kira 2475000
ekar dengan menghasilkan 196000 ton getah.

 Pada tahun 1913, pengeluaran getah dari Tanah Melayu telah


menyamai pengeluaran getah dari Brazil tetapi menjelang tahun-tahun
mencetusnya Perang Dunia II, Tanah Melayu telah berjaya mengatasi
pengeluaran getah negara itu.
6. Menghalang Wujudnya Indonesia-Raya

 Perkara yang turut membimbangkan pihak Inggeris adalah dengan


adanya idea dalam kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin
mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam satu lingkungan
Indonesia Raya.

 Sebenarnya, idea ini telah disuarakan oleh Persatuan Penuntut Melayu di


Britain apabila mereka menghantar satu memorandum kepada Pejabat
Tanah Jajahan pada 25 April 1945. Dalam memorandum itu, mereka
menyuarakan kebimbangan mereka ‘akan hilang di negeri sendiri dalam
kalangan bangsa-bangsa lain’.

 Mereka juga mengambil ketetapan, iaitu hubangan rapat akan diadakan


antara Tanah Melayu dengan Indonesia selepas perang.
 Rancangan penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia menjadi semakin
jelas apabila pada 12 Ogos 1945, pemimpin-pemimpin Melayu seperti
Ibrahim Yaakob dan Burhanuddin telah mengadakan perundingan dengan
Sukarno dan Hatta di Taiping, Perak. Manakala, rombongan Indonesia itu
dari Siagon, iaitu ibu negeri Vietnam Selatan.

 Tanah Melayu akan menghantar 8 wakil ke Jakarta untuk


menandatangani ‘Pengisytiharan Kemerdekaan Sukarno’. Wakil-wakil dari
Tanah Melayu itu terdiri daripada 4 ahli politik, 4 Raja-raja/ wakil-
wakilnya.
CADANGAN-CADANGAN MALAYAN UNION
1. MU akan menggabungkan kesemua sembilan buah Negeri-negeri Melayu
(NNMB dan NNMTB) dan Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau
Pinang.

2. Singapura tidak dimasukkan dalam MU. Singapura akan dijadikan sebagai


Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony). Ia akan diperintah oleh seorang
gabenor dan mempunyai Majlis Negeri Sendiri.

3. MU akan diperintah oleh seorang gabenor dengan kuasa penuh ke atas


Perkhidmatan Awam (Civil Service). Gabenor tidak akan bertanggungjawab
kepada Majlis Undangan dan mempunyai kuasa veto (pembatal) ke atas
sebarang undang-undang.
4. Raja-raja Melayu yang menjadi ketua di tiap-tiap negeri akan bertugas
sebagai penasihat sahaja. Raja-raja akan duduk dalam Majlis Raja-raja
(Council of Ruler) yang akan memberi nasihat kepada gabenor jika diminta.
Raja-raja akan mengekalkan kuasa tertinggi hanya dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

5. Kerajaan Negeri akan ditadbir melalui Majlis Negeri.

6. Majlis Undangan akan mengandungi jumlah ahli-ahli yang sama antara


Ahli-ahli Rasmi dan Ahli-ahli Tidak Rasmi. Ahli-ahli Tidak Rasmi akan
mewakili seberapa banyak bilangan yang boleh.

7. Majlis Penasihat akan dibentuk di tiap-tiap negeri yang akan bertugas


dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan agama sahaja.
8. Kewarganegaraan akan diberikan kepada golongan-golongan yang
berikut dengan tidak memasukkan bangsa Jepun.
a. Sesiapa saja yang dilahirkan di Negeri-negeri MU dan Singapura
serta telah bermastautin sebelum perintah tersebut
dikuatkuasakan.

b. Sesiapa saja yang berumur sekurang-kurangnnya 18 tahun yang


telah bermastautin dalam MU/ Singapura selama 10 tahun dari 15
tahun sebelum 15 Februari 1942 mereka terpaksalah mengangkat
sumpah taat setia kepada MU.

c. Sesiapa saja yang dilahirkan dalam MU/ Singapura pada/ selepas


perintah tersebut dikuatkuasakan.
d. Sesiapa saja yang dilahirkan di luar MU/ Singapura pada/
selepas perintah tersebut dikuatkuasakan yang mana
bapanya adalah warganegara MU.

e. Kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun) kepada


warganegara yang tergolong di dalam (a) dan (b).

Melalui permohonan dan kemasukan:


f. Mereka yang telah bermastautin dalam MU/ Singapura
selama 5 daripada 8 tahun terdahulu daripada permohonan
itu dibuat. Mereka mestilah mempunyai tingkah laku yang
baik, mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris/ bahasa
Melayu yang mencukupi dan mengangkat sumpah taat setia
kepada MU dan berjanji untuk kekal bermastautin di MU/
Singapura.
g. Kewarganegaraan MU memberi hak-hak yang sama rata
kepada semua kaum tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Ia juga membenarkan pengekalan dua kerakyatan.
INFO TAMBAHAN
Alasan Inggeris memisahkan Singapura dari Malayan Union ialah:
a. Singapura mempunyai penduduk bangsa Cina yang besar. Oleh itu, jika
Singapura digabungkan dengan MU bermakna bilangan bangsa Cina akan
melebihi bangsa Melayu sendiri.

b. Singapura penting dari segi strategi (Angkatan Laut).

c. Kedudukan Singapura sebagai pelabuhan bebas akan terjejas.


SYARAT-SYARAT PERJANJIAN MALAYAN UNION
1. Perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri
bernaung kepada tanah jajahan British.
o Ini bermakna sebagai tanah jajahan, kerajaan British
berkuasa penuh ke atas seluruh pentadbiran Tanah Melayu.

o Kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan, mereka


kekal sebagai raja kehormat sahaja.

o Raja-raja juga hilang kewibawaan sebagai lambang


kedaulatan bangsa Melayu.

o Raja-raja di setiap negeri diberi peranan sebagai pengerusi


dalam sebuah Majlis Penasihat yang anggotanya dilantik
oleh Gabenor.
o Majlis ini ditugaskan memberi nasihat kepada Gabenor, jika diminta
berbuat demikian.

o Majlis ini bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan adat
istiadat Melayu yang terletak di bawah bidang kuasa sultan di setiap
negeri.
2. Semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di
bawah satu kerajaan pusat yang ditadbir oleh seorang Gabenor British yang
mempunyai kuasa penuh dalam pemerintahan.
o Kerajaan British berpendapat dengan wujudnya sebuah kerajaan pusat
yang kuat, pentadbiran dapat dijalankan dengan berkesan.

o Sistem pertahanan dapat diperkuatkan dan seterusnya pelaburan British


dalam perusahaan getah dan bijih timah dapat berkembang pesat.
3. Kerajaan British tidak memasukkan Singapura dalam rancangan Malayan
Union.
o Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan dan
ditadbir oleh seorang Gabenor.
o British memberi alasan memisahkan Singapura daripada Malayan Union
kerana Singapura mempunyai bilangan penduduk Cina yang banyak.
o Jika Singapura dimasukkan, bilangan penduduk Cina akan melebihi orang
Melayu sendiri.
o Singapura juga penting kepada kerajaan British dari segi keselamatan
kerana angkatan tentera laut British mempunyai pangkalan di Singapura.
4. Tanah Melayu mempunyai sebuah Majlis Mesyuarat Undangan di peringkat
pusat.
o Majlis ini dianggotai oleh Gabenor, ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi yang
dilantik oleh Gabenor.

o Majlis ini diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi Malayan Union.

o Gabenor berkuasa melulus dan membatalkan undang-undang.

o Semua undang-undang yang diluluskan tidak memerlukan tandatangan sultan


untuk dikuatkuasakan.

o Bagi setiap menjalankan tugas pentadbiran, sebuah Majlis Kerja ditubuhkan.


o Bagi setiap negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat, kuasa tertinggi
terletak pada Pesuruhjaya Residen yang menjadi ketua pentadbir di
peringkat negeri.

o Beliau menjadi pengerusi dalam Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di


bawah kawalan kerajaan pusat.

o Majlis Mesyuarat Negeri ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal


tempatan dan dianggotai oleh para pegawai British.
5. Dari segi kerakyatan, satu undang-undang yang longgar berasaskan prinsip
jus soli diperkenalkan dengan memberi hak kewarganegaraan yang sama
bagi semua orang tanpa mengira kau dan asal keturunan.

o Hak-hak ini termasuklah peluang memasuki perkhidmatan awam Tanah


Melayu dan satu undi seorang dalam pilihan raya.

o Terdapat dua ciri utama dalam kerakyatan yang berasaskan prinsip jus
soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan/
kemasukan.
Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

1. Pentadbiran terletak di bawah tanggungjawab Gabenor British.


2. Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja ditubuhkan.
3. Majlis Penasihat Agama dibentuk dengan diketuai oleh Gabenor British
sebagai Pengerusi.
4. Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal
tempatan.
5. Kerakyatan boleh didapati melalui cara-cara berikut:
• Lahir di Negeri-negeri Malayan Union dan Singapura.
• Menetap antara 10-15 tahun di Malayan Union.
• Menetap selama lima tahun di Singapura.
• Rakyat British, tetapi tidak hilang kerakyatan British.
• Orang yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
o Mengikut cara kuatkuasa undang-undang, Malayan Union memberi
kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di Malayan
Union/ Singapura serta bermastautin sebelum perintah itu
dikuatkuasakan.

o Selain itu, sesiapa sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke


atas dan bermastautin di Malayan Union/ Singapura selama 10 tahun
daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diwajibkan
mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union sebelum diberi
kerakyatan.

o Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang ibu bapa mereka termasuk


dalam golongan di atas juga diberi kerakyatan.
o Di samping itu, sesiapa sahaja yang dilahirkan di Malayan Union/
Singapura pada/ selepas perintah itu dikuatuasakan dan sesiapa sahaja
yang dilahirkan di luar Malayan Union/ Singapura/ selepas perintah
tersebut dikuatkuasakan, tetapi ibu bapa mereka merupakan
warganegara Malayan Union akan diberi kerakyatan secara kuatkuasa
undang-undang.

o Kerakyatan secara permohonan dan kemasukan pula merujuk kepada


sesiapa yang bermastautin di Malayan Union / Singapura selama lima
tahun daripada lapan tahun terdahulu daripada permohonan dibuat,
mempunyai tingkah laku yang baik, boleh bertutur dan mempunyai
pengetahuan dalam bahasa Inggeris/ bahasa Melayu dengan baik,
mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union/ Singapura boleh
diberi kerakyatan secara permohonan/ kemasukan.
o Pemberian hak kerakyatan secara jus soli kepada semua orang tanpa
mengira kaum dan asal keturunan bermakna orang Melayu kehilangan
hak dan keistimewaan sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.

o Mereka dianggap mempunyai kedudukan yang setaraf dengankaum-kaum


lain.
o Orang Melayu berasa bimbang dengan keadaan ini kerana akhirnya
mereka akan menjadi kaum minoriti di tanah air sendiri.

o Syarat-syarat kerakyatan yang begitu longgar ini memberi peluang kepada


banyak orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu.

o Malah, ini boleh menjadikan suatu ketika nanti bilangan orang asing akan
melebihi bilangan orang Melayu sendiri di Tanah Melayu.
o Menurut bancian pada tahun 1947, orang Melayu di Tanah Melayu
berjumlah 2.42 juta orang/ 49.5 peratus daripada jumlah penduduk,
sementara orang Cina berjumlah 1.88 juta orang/ 38 peratus.

o Sekiranya diadakan perwakilan secara demokratik dalam Majlis


Perundangan, bilangan wakil asing akan melebihi bilangan wakil Melayu.

o Keadaan ini tentu akan menjejaskan kedudukan politik orang Melayu.

o Ini ditambah pula dengan kesetiaan orang asing terhadap Tanah Melayu
yang belum boleh dipastikan dengan jelas kerana mereka dibenarkan
memegang dua kerakyatan.
Reaksi dan Bantahan Orang Tempatan
Terhadap Malayan Union
• Orang Melayu telah menunjukkan reaksi yang jelas dalam menentang Malayan
Union.

• Apabila cadangan Malayan Union disiarkan pada 16 Oktober 1945, akhbar Utusan
Melayu telah memuatkan kenyataan yang menentang Malayan Union.

• Selanjutnya dalam bulan November, akhbar Warta Negara pula mendesak supaya
pertubuhan-pertubuhan Melayu bersatu untuk mempertahankan kepentingan
orang Melayu.
Pengenalan

• Jika diteliti kandungan syarat-syarat rancangan Malayan Union,ternyata


kerajaan British telah mengubah kedudukan Tanah Melayu daripada sebuah
negeri naungan kepada tanah jajahan.

• Hak kedaulatan Raja-raja Melayu dipindahkan kepada Raja England dan hak
kedudukan orang Melayu sebagai peribumi di Tanah Melayu pula
dibahagikan secara sama rata dengan kaum lain.

• Berdasarkan alasan yang paling ketara inilah , orang Melayu telah bersatu
menentang sekeras-kerasnya Malayan Union.
Reaksi
Orang Melayu
Penentangan

Secara Secara
bersendirian berkumpulan
Penetangan Secara
Persendirian

Dilakukan dalam
Pelbagai Cara

Menulis surat secara Bertindak menghantar


Menyuarakan
persendirian kepada kawat ke London
pendapat mereka
para pegawai British di untuk menyuarakan
melalui akhbar
London bantahan
1) Menyuarakan bantahan melalui akhbar
• Mereka menggunakan akhbar di Tanah Melayu seperti Majlis di Kuala
Lumpur, Warta Negara di Pulau Pinang, Utusan Melayu di Singapura.
• Semua akhbar ini menyeru orang Melayu bangkit menentang Malayan Union
dengan mengadakan perjumpaan untuk menyuarakan bantahan mereka dan
menubuhkan sebuah persatuan yang berbentuk Barisan Bersatu.
• Akhbar ini bukan sahaja melahirkan pendirian mereka untuk menentang
Malayan Union tetapi juga memberi liputan setiap hari tentang penentangan
orang Melayu di seluruh Negara.
• Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran orang Melayu supaya
menuntut semula hak mereka.
• Ramai orang Melayu marah pada raja-rajanya kerana kurang teliti
menerima Malayan Union itu.Perasaan marah itu dapat dilihat dalam
tulisan mereka di akhbar. Mereks telah menyuarakan kecamannya
dalam bentuk syair seperti berikut:

Ampun Tuanku duli Mahkota


Fikirlah kepada rakyat jelata
Teriti dibaharui elok sekata
Supaya tidak putih mata

Jika lebih memandang dunia


Rakyat kelak teraniaya
Tuanku semayam di atas bahaya
Hilang kelak taat setia
Harimau terjumlah binatang gagah
Kerana kuku ada berceranggah
Hilang kuku tiada semenggah
Belang sahaja tidaklah megah

Patik semua menunggu rahmat


Mengubah teriti biar cermat
Siasat selidik dengan jimat
Supaya rakyat jadi selamat
2) Menulis surat secara persendirian kepada pegawai British
• Ini bertujuan untuk meminta mereka menggunakan pengaruh supaya
rancangan Malayan Union tersebut dikaji semula.

3) Menghantar kawat ke London untuk menyuarakan bantahan mereka.


• Misalnya , Sultan Kedah dan Sultan Perak menghantar kawat untuk
mengadu bahawa mereka menurun tandatangan secara paksa dan perkara
ini pernah dibangkit di Parlimen British.

• Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan , George H.Hall mengaku menerima


kawat bantahan daripada Sultan Kedah dan Sultan Perak.

• MacMichael sendiri mengakui bahawa Sultan Kedah dan Sultan Perak


menunjukkan sikap tidak bersetuju tetapi menafikan baginda telah dipaksa.
Penentangan
Secara
Berkumpulan
• Orang Melayu mula bergerak menentang Malayan Union dengan lebih
teratur dan berkumpulan.
• Pada 15 Disember 1945, Persetiaan Melayu Kelantan menganjurkan satu
perarakan yang disertai lebih 10 000 orang semasa MacMichael tiba di
Kelantan untuk mendapat tandatangan Sultan.

• Pada bulan Januari 1946, orang Melayu berusaha untuk menggiatkan


semula persatuan lama dan menubuhkan persatuan baru untuk bergabung
tenaga menentang Malayan Union.
• Mereka menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan di seluruh Negara
untuk menunjukkan penentangan orang Melayu.
• Pada 19 Januari 1946,satu perarakan dianjurkan oleh Persatuan Melayu
Kedah dan disertai 50 000 orang Melayu diadakan di Alor Setar untuk
menyuarakan bantahan mereka.

• Pada 10 Febuari 1946, 15 000 orang Melayu termasuk 450 wanita


mengadakan tunjuk perasaan di Johor yang dianjurkan oleh Gerakan
Melayu Semananjung.
• Warta Negara telah menyiarkan berita perarakan raksasa yang diadakan
oleh Persatuan Melayu Kedah dengan tajuk “Lebih 50 000 orang Melayu
Kedah membantah Kesatuan Malaya”
Kandungannya :
Perarakan itu dicampuri oleh alim ulama, murid-muris sekolah dan
pondok, orang kampong serta kaum peladang dari segala wilayah Kedah… .
Perarakan itu teah berjalan kelilingi Bandar Alor Setar sambil menyanyi dan
membawa panji-panji cogan berkibar dengan bahasa Inggers dan Melayu
serta cogan yang dibawa oleh kanak-kanak sekolah berbunyi: “Wahai ibu
bapaku,peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”.
(dipetik dari Malayan Union Dari Kaca Mata Warta Negara,karya Ahmad bin
Masjidin. )
INFO TAMBAHAN (Rakyat menyoal perbuatan Sultan Perak)

• Di Perak,ada orang Melayu mendesak sultannya supaya menerangkan


kedudukan sebenar dalam soal penandatangani perjanjian itu.Dengan
tajuk ‘Melayu Perak’ , Warta Negara menyiarkan:
Satu langkah yang belum pernah berlaku dalam sejarah
Semananjung , seorang sultan disoal oleh rakyatnya atas perbuatan
baginda … memohon sultan menerangkan bagaimana dan dengan cara
apa baginda telah menandatangani perjanjian itu dengan kerajaan
British itu yang memindahkan kuasa negeri Perak ke Malayan Union.

(dipetik dari Malayan Union Dari Kaca Mata Warta Negara,karya


Ahmad bin Masjidin. )
Selepas mengadakan perarakan , Persatuan Melayu Selangor
menghantar serat kepada Setiausaha Negara bagi Tanah
Jajahan di London untuk membantah Malayan Union.

Persatuan itu menyatakan semua orang Melayu membantah


Malayan Union yang memberi kerakyatan kepada rakyat asing.
Persatuan Melayu Pulau Pinang dan Seberang Pulai menghantar
beberapa pucuk kawat bantahan ke London,iaitu Perdana
Menteri, Clement Atlee,Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan,
Setiausaha Dominan dan akhbar The Times,London.

Orang Melayu Perak juga menghantar beberapa kawat


membantah ‘kertas putih’ kepada House of Lords,Setiausaha
Negara bagi Tanah Jajahan dan akhbar The Times
Penentangan terhadap Kertas Putih yang ditandatangani
Dalam suatu titah ucapan Sultan Kelantan yang tidak puas hatinya
“…kandungan Kertas Putih itu tidaklah kandungan perjanjian yang kami
tandatangani … perjanjian yang ditandatangani itu adalah satu perjanjian
menambahkan treaty tahun 1910, memberi sahaja kuasa kepada Kerajaan
Baginda King boleh membuat undang –undang supaya boleh berjalan
kuatkuasa demikian ini … apa yang dibentangkan ialah bagaimana
seharusnya pentadbiran negeri ini sebagai persediaan untuk berkerajaan
sendiri … Orang Melayu diutamakan dengan raja/sultan sebagai ketua kepada
semua bangsa.”

(dipetik dari Malayan Union Dari Kaca Mata Warta Negara,karya Ahmad bin
Masjidin. )
• Sementara itu, Persatuan Melayu Johor yang diketuai oleh Dato’ Abdul
Rahman bin Mohd Yassin mengadakan satu perjumpaan di Balai
Jamuan,Masjid Abu Bakar pada 1 Febuari 1946.
• Perjumpaan itu dihadir oleh 1000 orang membantah langkah Sultan Johor
menandatangani rancangan Malayan Union tanpa merujuk dahulu kepada
pembesar negeri.
• Perkara ini telah bertentangan dengan Fasal 15 dalam Undang-undang Tubuh
Negeri Johor yang melarang Sultan menyerahkan negeri Johor .
• Mereka mahu Sultan Johor turun takhta.Rancangan ini terhalang setelah
Dato’Onn campur tangan.
• Tindakan ini dibuat kerana Persatuan Melayu Johor sedar kesan Malayan
Union.
• Berhubung dengan perkara itu, Dato’Onn menasihatkan suaya jangan
terburu-buru.

• Katanya beliau akan berjumpa sultan dan menasihati supaya jangan


menandatangani apa-apa.Sultan berjanji tidak akan buat apa-apa sebelum
berunding dahulu.

• Dato’Onn berpendapat perkara ini mesti disiasat dahulu.


• Warta Negara telah menyiarkan satu berita yang bertajuk, ‘Penduduk Johor
Bahru tidak mengaku Rajanya lagi?”Berita ini menyatakan rakyat
membantah sikap sultan yang menandatangani perjanjian itu.

• Dalam soal ini, Haji Hassan Haji Yunus telah mengeluarkan fatwanya
(Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang
berlaku apabila diajukan soalan kepadanya) :
• Kerajaan dan negeri ini bukanlah sultan yang
ampunya,bahkan rakyat negeri dan sultan-sultan
hanya menjadi sebagai ketua … Sesuatu pekerjaan
yang hendak dijalankan mestilah dengan jalan
muafakat dengan Jemaah Menteri atau
pegawainya.Perbuatan menurunkan tandatangan
atas treaty adalah bersalahan dengan fasal 15
Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang lebih
kurang berbunyi demikian : “Raja itu tidak sekali-kali
menyerah atau berbuat sebarang perjanjian atau
ikatan hendak menyerahkan negeri atau sesuatu
bahagian kepada sebarang kerajaan atau kuasa
Eropah …” Jika dilalui itu satu dosa,memecah
amanah yang diletakkan Tuhan ke atasnya.Oleh
itu,rakyattaklah wajib lanjutkan setia padanya lagi –
Raja boleh dihukum
• Warta Negara dalam sebuah rencana pengarangnya telah mengulas
tindakan orang Melayu Johor Bahru itu :

Kalau tuntutan mereka tidak diindahkan, yang berasakan tuntutan


kerana hak dan atas jalan benar, orang Melayu tiadalah dikatakan
derhaka kepada rajanya jika mereka itu tidak bersetuju dengan
rajanya lagi kerana perbuatan yang memperdaya mereka.Orang
Melayu tiadalah boleh dikatakan melawan kerajaan jika orang
Melayu tidak mahu menerima barang yang tidak boleh
diterimanya dan dipandang merbahaya bagi bangsa mereka itu
dan segala permohonan timbang rasa mereka itu tiada
diindahkan.
• Dato’Onn kemudian menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk memberi
syarahan di rapat umum yang diadakan.Ini mendapat liputan luas dalam
akhbar.

• Atas usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato’Onn , satu kongres


persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu diadakan untuk menyatukan
Melayu.

• Kongres ini berlangsung mulai 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

• Seramai 107 orang perwakilan,56 pemerhati rasmi daripada 41 buah


pertubuhan di Tanah Melayu telah hadir.
• Wakil yang hadir bersetuju menggabungkan semua persatuan Melayu
menjadi Kongres Melayu Se-Malaya.

• Satu keputusan dicapai untuk membentuk sebuah parti politik yang


memperjuangkan kepentingan orang Melayu

• Usaha ini akhirnya membawa kepada lahirnya Pertubuhan Kebangsaan


Melayu Bersatu UMNO pada 11 Mei 1946 dengan Dato’Onn dipilih sebagai
Yang Di Pertua UMNO yang pertama.
• Kerajaan British tidak melihat kebagkitan orang Melayu sebagai satu
ancaman. Sebaliknya British kekal dengan keputusannya.

• Pada 29 Januari 1946,pelantikan Edward Gent,bekas Permanent Under


Secretary di Pejabat Tanah Jajahan di London sebagai Gabenor Malayan
Union dan Malcolm MacDonald sebagai Gabenor Jeneral Malaya.

• Kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dan Arahan Diraja


mengisytiharkan Malayan Union akan dikuatkuasa mulai 1 April 1946.

• Baginda King mengekalkan kuasa penuh untuk membuat undang-undang


bagi mewujudkan keamanan dan pemerintahan yang baik untuk Malayan
Union.
• Perlembagaan Malayan Union boleh dipinda atau dibatalkan mengikut
kemahuan Baginda King.

• Pada 30 Mac 1946,satu kongres diadakan di ibu pejabat akhbar Majlis yang
dipengerusikan oleh Dato’Onn.

• Kongres ini membincang tindakan selanjutnya menentang Malayan Union


dan akhirnya memutuskan untuk meminta raja-raja memulaukan sebarang
istiadat berhubung Malayan Union.

• Orang Melayu diminta berkabung selama 7 hari sebagai tanda kematian hak
mereka mulai 1 April 1946 dengan melilit kain putih pada songkok.
• Pada 1 April 1946, satu perhimpunan diadakan di hadapan Station Hotel,
Kuala Lumpur iaitu tempat raja-raja bersemayam semasa menghadiri upacara
pengisytharan Malayan Union.
• Orang Melayu diminta berkumpul beramai-ramai untuk menunjukkan
kesetiaan mereka.
• Setelah berunding dengan Dato’Onn,Dato’Haji Wahab bin Toh Muda dan
Dato’Nik Ahmad Kamil, raja-raja bersetuju untuk tidak hadir ke upacara
tersebut.
• Raja-raja kemudiannya turun menemui rakyat sebagai menghargai sokongan
rakyat kepada baginda.
• Ini berlaku semasa istiadat pengisytiharan Malayan Union sedang
berlangsung.
Reaksi Orang
Bukan Melayu
:Orang Cina
• Asalnya, orang Cina dan India tidak menunjukkan sebarang reaksi,orang Cina
hanya tunggu dan lihat semasa rancangan itu digubal kerana British
menjanjikan hak kerakyatan untuk semua kaum secara jus soli.
• Hal ini menguntungkan mereka. Selepas itu,British membuat keputusan
untuk menangguhkan peruntukkan hak kerakyatan itu kerana bantahan
orang Melayu, orang Cina mula kehilangan minat.
• Terdapat 2 alasan mengapa orang Cina kehilangan minat terhadap Malayan
Union.
Semasa itu masyarakat Cina masih
tiada golongan yang kuat untuk
membangkitkan kesedaran mereka.

Walaupun terdapat beberapa orang


pemimpin cina tetapi akibat
pendudukan Jepun,ramai telah
meninggalkan Tanah Melayu atau
dibunuh.
• Tidak lama kemudian, orang Cina mula menyuarakan pendapat mereka
terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti:

Kesatuan Pertubuhan

Akhbar- Malayan Democratic


Union (sebuah parti
akhbar Cina
berhaluan kiri)

• Pada 12 Oktober 1945,akhbar Sin Min Chu (The New Democratic) yang
diterbitkan oleh Singapore Chinese Communist mengecam keras dasar British
yang memisahkan Singapura daripada Tanah Melayu.
• Akhbar ini menyifatkan langkah tersebut sebagai lanjutan kepada dasar
pecah dan perintah British.

• Akhbar ini juga menyatakan bahawa orang Cina, Melayu, India mahukan
kemerdekaan sepenuhnya.

• Pada 15 Oktober 1945,beberapa hari selepas kedatang Harold MacMichael


ke Tanah Melayu ,rencana pengarang akhbar Sin Chew Jit Poh (akhbar harian
berbahasa Cina) menyoal mengapa Raja-raja Melayu sahaja yang
menandatangani perjanjian Malayan Union.
• Akhbar ini berpendapat Raja-raja Melayu hanya mewakili sebahagian orang
Melayu dan tidak mempunyai hak untuk mewakili hak orang Cina.
• Akhbar ini meminta British menghormati hak menentukan diri sendiri kaum.
Malayan Democratic Union (sebuah parti berhaluan kiri)

• Seterusnya pada hari yang sama , akhbar ini menyatakan bahawa orang Cina
dilahirkan di China juga membayar cukai.
• Oleh itu,mereka harus mempunyai hak yang sama dalam kerajaan seperti
orang lain yang dilahirkan di Tanah Melayu.
• Akhbar ini berpendapat orang Cina yag dilahirkan di Tanah Melayu hanya
mempunyai pendidikan colonial dan tidak boleh mewakili kepentingan orang
Cina secara keseluruhan.
• Beberapa bulan kemudian, walaupun orang Melayu telah menunjukkan
kesedaran yang tinggi tetapi kebanyakkan akhbar Cina masih kurang
berminat dan hanya menyiarkan berita di Negara China.

• Pada bulan April 1946, British meminta orang perseorangan dan pertubuhan
memberi pandangan terhadap ‘kesatuan’dan ‘kerakyatan’ ,barulah akgbar
Cina menyuarakan pandangan mereka.

• Akhbar Sin Min Chu menyifatkan usaha membahaskan isu kerakyatan dan
pilihan raya sebagai perbuatan sia-sia jika perkara asas tidak diselesaikan.

• Malah akhbar ini menyeru supaya mereka yang tidak mempunyai


kerakyatan dipilih menjadi ahli Majlis Perundangan.
• Penentangan orang Cina berpusat kepada pertubuhan Pan-Malayan Council
of Joint Action (PMCJA).

• Nama ini ditukar kepada All-Malayan Council of Joint Action(AMCJA) yang


ditubuhkan pada 22 Disember 1946.

• AMCJA dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dan dianggotai oleh Malayan
Democratic Union (MDU), Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU),
MPAJA Ex-Service Comrades’ Association (MPAJAESCA), Malayan New-
Democratic League (MNDYL) dan Malayan Indian Congress(MIC)
• AMCJA dikatakan mempunyai 400 000 orang ahli memperjuangkan 6
prinsip:
1)Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
2)Sebuah Dewan Undangan Pusat yang anggotanya dipilih
oleh rakyat.
3)Hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah
Melayu sebagai tanah air dan mengaku memberi taat setia.
4)Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai Raja
Berperlembagaan yang menerima nasihat melalui badan-
badan berunsur demonkrasi.
5)Perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resan
orang Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang
Melayu.
6)Perhatian khas untuk memperbaiki soal kemunduran orang
Melayu
Reaksi Orang India

• Pada peringkat awal , mereka tidak begitu berminat dengan perkembangan


politik di Tanah Melayu.

• Sebilangan besar memberi perhatian kepada politik di India, terutama Parti


Kongres India yang memperjuangkan kemerdekaan India.

• Mereka kurang memberi perhatian kepada Malayan Union


• Apabila orang Melayu dan UMNO menentang Malayan Union dan
mendesak British meminda perlembagaan Malayan Union yang
berkaitan dengan kerakyatan, barulah sikap mereka berubah dan
menuntut hak kerakyatan yang sama.

• Orang Cina di bawah pimpinan Tan Cheng Lock menyuarakan


kebimbangan mereka terhadap desakan orang Melayu dan UMNO
yang dikatakan akan menjejaskan kepentingan mereka di Tanah
Melayu.
Reaksi
Dari Luar Negeri
• Beberapa pihak di London, termasuk pihak akhbar telah melahirkan
rasa kurang senang terhadap Malayan Union.
• Akhbar The Times keluaran 24 Januari 1946 menyatakan sebelum
Malayan Union diperkenalkan orang ramai mesti diberi peluang untuk
menyuarakan pandangan mereka terlebih dahulu.
• Pada 10 April 1946,The Times menyiarkan surat yang ditandatangani
oleh bekas pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu seperti
Sir Cecil Clementi, Sir Frank Swettenham dan Sir George Maxwell

Kandungan surat itu melahirkan kebimbangan


tentang bagaimana Raja-raja Melayu telah
dipaksa menandatangani surat perjanjian yang
mereka sebenarnya tidak faham iaitu
memindahkan kuasa pentadbiran kepada
Baginda King
• Selain itu bekas pegawai British turut menentang rancangan Malayan Union
yang dipaksa atas Tanah Melayu.

• Mereka menganggap tindakan menghantar Sir Harold MacMichael yang jahil


tentang budaya Tanah Melayu adalah salah.

• Mereka menyalahkan British kerana memilih MacMichael yang kasar tingkah


lakunya semasa berjumpa dengan raja-raja untuk mendapat persetujuan
baginda.
• Sekali lagi, akhbar The Times melahirkan pandangan supaya beberapa
cadangan asas yang terkandung dalam Malayan Union dipinda.
• Antaranya :

1) Orang Cina dan Orang India mestilah bersedia melucutkan kerakyatan


asal Negara masing-masing sebelum diterima menjadi rakyat Tanah
Melayu.
2) Raja-raja Melayu mempunyai suara dalam Majlis Undangan yang baru.
3) Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak perlu dimansuhkan dan kuasa-kuasa
tertentu hendak diberi seperti membahagikan tanah dan menyimpan
hasil.
4) Gabenor diberi kuasa untuk memelihara hak orang Melayu,agama Islam
dan ekonomi serta perlantikan orang Melayu untuk beberapa jawatan
tertentu.
• Walaupun reaksi bantahan yang datang dari Tanah Melayu tidak
semuanya seiring dengan hasrat orang Melayu tetapi yang jelasnya
ialah Malayan Union merupakan satu dasar yang tidak sihat.

• Reaksi dari luar ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada orang
Melayu.
Mengapakah Orang Melayu
menentang MU?
1) Kerajaan Inggeris Menggunakan Paksaan
• Ini dapat dilihat dalam usaha MacMichael mendapat persetujuan dan
tandatangan daripada Raja-raja Melayu, beliau telah memaksa dan
mengugut jika Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani perjanjian MU
didapati telah bekerjasama dengan Jepun semasa pentadbiran Jepun akan
diturunkan takhta.

• Beliau menambah lagi ugutan beliau, iaitu pihak Inggeris telah pun menentu
penggantinya.
• Buktinya ialah apabila Sultan Kedah yang memerintah ketika itu telah
memberi akuan bahawa baginda telah diberi kata amaran.

• Baginda hendaklah memberi pengakuan dalam tempoh yang ditetapkan dan


jika baginda enggan menandatanganinya, seorang pengganti yang teah
bersetuju menandatangani perjanjian akan dilantik untuk menggantikan
tempat baginda.
• Contohnya dalam surat Sultan Kedah yang menyatakan:

“Saya telah diberi kata dua dengan mulut dengan masa yang dihadkan dan
jikalau saya menolak daripada menurunkan tandatangan ke atas apa yang
saya katakan alat menyerah diri pengganti saya yang akan menurunkan
tandatangannya, akan dilantik. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah
terpaksa menurunkan tandatangan dengan mengaku mereka akan
menasihatkan saya supaya menurunkan tandatangan. Saya telah diberitahu
iaitu perkara itu adalah perkara sahsiah dan sulit dan saya tidak pula
dibenarkan menceritakan apa yang telah berlaku itu.”
2) Masa yang Singkat
• Raja dan pembesar Melayu dikatakan tidak diberi masa panjang untuk
memikir dan mengkaji implikasi daripada Malayan Union secara mendalam
sedangkan hal ini amat penting dalam menentukan masa depan Negara.

• Jika rancangan Malyan Union tidak dikaji dengan teliti, ia sudah pasti akan
menjejaskan kedudukan orang Melayu.

• Tindakan Inggeris yang terburu-buru dibuktikan iaitu sejak mula Malayan


Union dibahaskan di parlimen Inggeris pada 1 Oktober 1945 hingga ia
diisytiharkan pada Januari 1946, tempoh masa yang begitu singkat sahaja.
3) Raja / Pemerintah Melayu Kehilangan Kuasa
• Dengan syarat-syarat yang terkandung dalam Malayan Union bermakna
kedudukan negeri Melayu akan turun dari taraf negeri naungan ke taraf tanah
jajahan British.

• Ini disebabkan antara syarat-syarat pecahan dinyatakan Raja/ Pemerintah


Melayu bersetuju menyerahkan kekuasaan dan kedaulatan baginda kepada
Inggeris dan baginda hanya mengambil berat terhadap perkara mengenai
agama.

• Ini disifatkan Raja/Pemerintah hanya disifatkan sebagai raja boneka.

• Oleh itu,Malayan Union ditentang demi mempertahankan kedaulatan dan


kekuasan Raja-raja yang merupakan lambang bangsa.
4) Bimbang Kedudukan Orang Melayu Terancam
• Orang-orang Melayu bimbang terhadap orang asing terutamanya orang Cina
yang telah menguasai ekonomi.

• Kekuasan orang Cina akan menjadi semakin kuat kerana Malayan Union
telah memberi kelonggaran untuk orang asing mendapat kerakyatan.

• Jika orang Cina yang telah menguasai ekonomi dan juga mendapat
kerakyatan maka mereka akan menuntut pula hak istimewa yang sama
dengan orang Melayu.
• Jika hal ini terjadi, sudah pasti kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
akan terancam.

Info Tambahan

• Selepas Perang Dunia ke-2,perhubungan antara orang Cina dan orang


Melayu dalam keadaan membimbangkan kerana permusuhan dan
membalas dendam.
• Orang Melayu sedar adanya syarat kelonggaran kerakyatan dalam Malayan
Union adalah juga atas desakan pemimpin Cina yang begitu kuat
memperjuangkannya ialah Tun Tan Cheng Lock.
Perang Dunia ke-2 :
1 September 1939 –
2 September 1945
(6 tahun, 1 hari)
• Mengikut keterangan ketika Tanah Melayu jatuh di tangan tentera Jepun,
beliau telah berpindah ke India.

• Beliau telah menulis surat kepada Pejabat India mendesak kerajaan Inggeris
mengadakan sata dasar yang lebih liberal apabila Inggeris kembali
memerintah Tanah Melayu.

• Salah satu tuntutan beliau ialah memberi kerakyatan yang sama kepada
orang asing yang menggangap Tanah Melayu Negara mereka.
5) Persetujuan Raja-raja/Pemerintah Melayu Tidak Sah
• Mengikut adat dan perlembagaan di negeri-negeri Melayu, Raja-raja
Melayu hendaklah terlebih dahulu berunding dengan ketua-ketua Melayu
yang lain sebelum menandatangani perjanjian engan orang asing.

• Raja-raja Melayu juga tidak dibenarkan menyerahkan sebarang daerah


atau sebahagian dari tanah wilayah kepada orang asing.

• Jiak seseorang Raja Melayu berbuat demikian , baginda akan kehilangan


takhta kerajaan. (teraktub dalam Perlembagaan Johor)
• Ditinjau dari sudut ini dan secara kebetulan Raja-raja Melayu
menandatanganinya tanpa berunding dengan ketua-ketua Melayu,
maka dengan sendirinya perjanjian itu tidak sah.
6) Malayan Union Adalah Polisi Sebelum Perang
• Malayan Union adalah lanjutan daripada polisi Inggeris sebelum perang.

• Inggeris sedar bahawa Perang Dunia Kedua dan kemenangan awal tentera
Jepun dalam peperangan mengalahkan Belanda di Indonesia, Amerika
Syarikat di Filipina dan Inggeris di Tanah Melayu serta Singapura telah
meninggalkan kesan terhadap orang Melayu dan juga imej pihak Inggeris.
• Kemenangan Jepun telah menanamkan semangat percaya kepada diri sendiri
dalam kalangan pemimpin Melayu.

• Kegagalan tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu pula telah


memberi satu pengajaran kepada pemimpin, iaitu mereka tidak boleh hanya
bergantung pada pihak Inggeris.

• Orang Melayu juga hendaklah memikirkan masa depan Tanah Melayu.


Rujukan

• Buku “MALAYSIA Warisan dan Perkembangan” karya Zainal Abidin Abdul


Wahid

• Buku “Sejarah Masyarakat Melayu Moden” karya Khoo Kay Kim

• Buku “Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara” karya Mohamad Idris


Saleh et al.

• Buku “Sejarah Malaysia Moden 1400-1963” karya Maswari Rosdi

• Buku “Sejarah Malaysia” karya Ruslan Zainuddin


Sekian
terima kasih

You might also like