You are on page 1of 17

SEJARAH PENGGUBALAN

PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malayan Union (1946)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948)

Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Perlembagaan Malaysia 1963


Perlembagaan Malayan Union
(1946)
•British kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan september 1945 dan
menubuhkan British Militery Administration (BMA), iaitu selepas kekalahan
Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
•Usaha untuk mewujudkan perlembagaan bagi Tanah Melayu bermula apabila
British merancang untuk menggabung semua negeri di Tanah Melayu di bawah
satu pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union.
•Penubuhan Malayan Union pada dasarnya adalah untuk menjaga kepentingan
ekonomi British di Tanah Melayu.
•Walau pun ianya ditentang hebat oleh orang Melayu, namun gagasan tersebut
tetap diteruskan di mana Malayan Union diluluskan oleh British pada 10 Okt
1945.
•Bagi menjayakan gagasan tersebut, Sir Harold Mac Micheal ditugaskan untuk
mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Malayan Union diistiharkan pada
1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur dengan Sir
Edward Gent sebagai gabenor pertama.
Menyatukan negeri-
negeri & meningkatkan
kecekapan pengurusan
pentadbiran.

Sebab-sebab
Malayan
Union
diperkenalkan

Menyediakan
penduduk Tanah British menyimpan
Melayu ke arah perasaan
pemerintahan anti-Melayu
sendiri.
Semua Negeri
Melayu serta Pulau
Pinang & Melaka
disatukan di bawah
satu kerajaan
pusat.

Singapura dijadikan
Ciri-ciri tanah jajahan
Hak kerakyatan
berasingan di
yang sama bagi Malayan bawah kuasa
semua orang Union seorang Gabenor
British.

Kedaulatan Raja-
raja Melayu
dihapuskan.
Kuasa Raja-
raja Melayu dileny
apkan

Cara Harold Mac Mishael m Sebab-sebab prinsip


endapatkan tandatangan Raja-
raja Melayu yang menggunakan penentangan jus soli.
cara paksaan dan ugutan Malayan Union

Hak sama rata kepad


a semua warganegara
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1948
Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu:
i. 9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau
Pinang dan Melaka. Singapura kekal sebagai menjadi tanah
jajahan yang berasingan.
ii. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis perundangan
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.
iii. Majlis Mesuarat Kerja Persekutuan akan terdiri daripada 3 orang
anggota ex-officio, 4 orang anggota rasmi (dilantik oleh
PesuruhjayaTinggi) dan sekurang-kurangnya 5 dan selebih-
lebihnya 7 orang anggota tidak rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya
Tinggi).
iv. Majlis Perundangan Persekutuan terdiri drpd Pesuruhjaya Tinggi,
3 orang anggota ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-majlis
Mesuarat Negeri serta 2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan
Pulau Pinang dan 10 orang anggota rasmi dan 50 ahli tidak
rasmi(kesemuanya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)
v. Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan
Negeri.
vi. Syarat-syarat kewaganegaraan diperketat. Misalnya, seorang yang
layak mendapatkan kewarganegaraan secara permohonan mestilah
telah lahir di Tanah Melayau dan bermastautin di sana selama 8
daripada 12 belas tahun permohonannya atau telah bermastautin
di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun daripada 20 tahun sebelum
permohonannya. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
ialah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu atau
Inggerisyang baik.
vii. Orang Melayu diberi hak istimewa sbagai kaum Bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan
Negeri.
•Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan
pada 1 Februari 1948

•Dengan pengenalan Persekutuan Tanah


Melayu, kerjasama antara orang Melayu
dan orang bukan Melayu semakin kuat
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
(Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957)
Digubal oleh Suruhanjaya Reid:
•Lord Reid (Britain)
•Sir Ivor Jennings (Britain)
•Sir William McKell (Australia)
•B. Malik (India)
•Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
•Suruhanjaya Reid membuat tinjauan cadangan daripada parti-parti
politik, orang ramai, kesatuan sekerja, individu-individu dan Raja-
Raja Melayu.

•Menerima 131 memorandum bertulis

•Memorandum Parti Perikatan - "Pakatan Murni" hasil rundingan


dan tolak ansur UMNO, MCA dan MIC. Meliputi 2 perkara penting
iaitu:
1. Mengekalkan 4 unsur tradisi dalam perlembagaan (Bahasa
Melayu, Agama Islam, Institusi Beraja dan kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera)
2. Hak untuk menjadi warganegara bagi kaum bukan Melayu
berasaskan prinsip jus soli

•Pakatan Murni juga dikenali "Kontrak Sosial": Kaum Melayu


menerima kerakyatan bukan Melayu dan bukan Melayu bersetuju
dengan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

•Mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial


CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
•Ketua negara bagi Persekutuan Tanah melayu adalah Yang
Dipertuan Agong.
• Ketua kerajaan bagi PTM ialah Perdana Menteri.
• Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditubuhkan di peringkat
persekutan.
• Ketua Perlembagaan di peringkat negeri ialah Sultan,Raja
atau YangDipertuan Negeri.
•Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan.
•Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam dalam persidangan
majlis mesyuarat undangan dan mahkamah dalam tempoh
10 tahun selepas merdeka.
• Agama Islam dijadikan Agama rasmi.
• Kedudukan istimewa orang melayu
Perlembagaan Malaysia 1963
•Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura telah menyebabkan
Perlembagaan Merdeka digubal dan diubahsuai yang dinamakan
Perlembagaan Malaysia mulai 16 September 1963
• Perkara-perkara utama dalam Perlembagaan 1957 tidak diubah kecuali
memasukkan peruntukan-peruntukan berkaitan dgn kepentingan Sabah
danSarawak
Bahasa Keba
ngsaan

UNSUR-UNSUR TRADISI
Pemerintahan beraja
DALAM Agama
PERLEMBAGAAN Persekutuan

MALAYSIA

Kedudukan istim
ewa orang Melayu
& Bumiputera
Sabah dan Sarawak
•Unsur-unsur ini telah wujud ratusan tahun
sebelum Perlembagaan diwujudkan pada 1975.
• Fungsi : Menstabilkan sistem politik negara.
• Suruhanjaya Reid menekankan betapa
pentingnya Perlembagaan mengambilkira faktor sejarah,
tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975.
• Unsur-unsur tradisi menjadi prasyarat dan permuafakatan
yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
• Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama
persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
• Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu
telah menerima satuf ormula bagi menyelesaikan masalah
yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik.
• Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi status yang
sama seperti orangMelayu
Rujukan:
http://www.academia.edu/5166825/PERLEMBAGAAN_DALAM_KONTEKS_HUBU
NGAN_ETNIK_DI_MALAYSIA
http://azctu553kandungan.blogspot.my/2012/09/kandungan-kursus-bab-satu-
konsep-konsep.html
http://herneyahmad.blogspot.my/2010/08/nota-bab-6.html
http://gigitanilmu.blogspot.my/2013/02/asigment-hubungan-etnik-
perlembagaan.html#.Vhkfyfmqqko

You might also like