Professional Documents
Culture Documents
TUGASAN INDIVIDU
Soalan 4. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak
SESI :2014/2015
Tajuk soalan:
1.0 PENGENALAN
Sebelum datangnya kuasa Jepun ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini
adalah di bawah kekuasaan dan pemerintahan British. Kemudian berlaku kebangkitan Jepun
sebagai kuasa imperialis dengan cepat apabila pihak Jepun berjaya memusnahkan pangkalan
utama tentera Amerika Syarikat di Pearl Habour, Hawaii semasa serangan mengejut pada 8
Disember 1941. Hal ini menyebabkan Jepun berjaya mengambil alih kuasa British apabila
British terpaksa mengundurkan diri daripada serangan yang dilakukan oleh Jepun iaitu dengan
menggunakan kereta kebal perang semasa serangan tersebut. Dari situlah bermulanya
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak apabila Jepun berjaya memasuki
Tanah Melayu dengan adanya bantuan dari Thailand.
Kemudian, Meiji telah melakukan pembaharuan pada tahun 1868 dan hal ini
menunjukkan kebangkitan kuasa Jepun muncul sebagai satu kuasa imperialis baru du rantau
Asia.1 Negara kita telah diperintah oleh Jepun selama kira-kira tiga setengah tahun, iaitu dari 15
Februari 1942 sehinggalah 15 Ogos 1945. Antara pendorong pihak Jepun menguasai Tanah
Melayu ialah mereka memerlukan bahan mentah untuk industri dan faktor sekatan ekonomi oleh
Amerika Syarikat kerana Jepun telah menguasai China dan China telah dikuasai oleh Jepun
melalui perang China-Jepun kedua 1937.
Serangan jepun ke atas Asia Tenggara adalah sebahagian daripada rancangan besar negara
tersebut untuk membentuk ‘Pemerintahan Baru Asia Timur Raya’ yang menganggap rantau ini
sebagai satu ‘lingkungan kesemakmuran’.2 Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik
sokongan penduduk Asia Tenggara3 supaya meyakini mereka bukan penjajah malah sebagai
penyelamat orang Asia dan meyakini penduduk tempatan supaya anti-British.
Walaupun jangka masa pemerintahan Jepun ini pendek, namun pemerintahannya masih
menjadi trauma dan dianggap sebagai zaman gelap oleh penduduk Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Hal ini terjadi akibat banyak kesan negatif dalam pentadibran Jepun. Terdapat
persamaan juga perbezaan dalam corak pemerintahan Jepun dari aspek politik, ekonomi dan
sosial.
1 Abdul Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. (1996). Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan
Kesemakmuran Asia Timur Raya dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 3
2
Ma’rof Redzuan (1997). Kenegaraan Malaysia : Ringkasan Sejarah Awal Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti
Putra Malaysia.Kuala Lumpur. Hlm 35
3
Ibid,.
2.0 Corak Pemerintahan Jepun
Namun begitu, dasar pemerintahan Tentera Melayu bertukar pada bulan Disember
1942. Pihak Jepun telah bersedia mengiktiraf taraf Sultan-Sultan di Tanah Melayu.5
Sehubungan dengan itu, satu persidangan telah diadakan pada 20 Januari 1943 yang
dihadiri oleh Sultan-sultan dari Negeri-negeri Melayu dan Sumatera di Singapura. Dalam
persidangan tersebut Jepun telah mengumumkan dasar barunya kepada Sultan-sultan.6
Gelaran Sultan yang digunakan telah diiktiraf dan Sultan-sultan dibayar elaun sama-rata
seperti sebelum perang.
Corak pemerintahan Jepun atas Tanah Melayu adalah bersifat ketenteraan, dan
Tanah Melayu dikenali dengan nama Malai Baru (Melayu Baru) oleh pihak Jepun pada
ketika itu.7 Pihak Jepun melakukan dua pembahagian pentadbiran di Tanah Melayu, iaitu
pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.8 Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan
dan mengukuhkan penguasaan mereka ke atas Tanah Melayu. Dalam pentadbiran pusat
4
Mohd .Isa Othman (2002). Hlm 281.
5 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op cit., hlm 256
6 Ibid, hlm 256
7
Ibid.,
8
Ibid,.
ini, pihak Jepun telah menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera, dan diketuai
oleh Pengarah Agung yang berpusat di Singapura dengan bantuan oleh pusat Mahkamah,
Biro pentadbiran dan Majlis Pusat. 9 Seterusnya dalam pentadbiran wilayah pula adalah di
bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri dan gabenor wilayah pula
10
merupakan ketua bagi setiap wilayah tersebut. Mejar General Manaki Keishi selaku
Ketua Pentadbiran Tentera mengetuai pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua
tempat ini dan urusan pentadbiran am dilakukan oleh Kolonel Watanable Wataru.
Seterusnya bagi dalam aspek keselamatan pula, pihak Jepun telah mengadakan
Perkhidmatan Sulit Jepun (Tekkikan) Polis Tentera (Kempeitai), Angggota Jabatan
Penyiasat (Toko) dan polis biasa bagi tujuan jaminan keselamatan dan keamanan negeri
pada ketika itu.11 Peranan pasukan keselamatan ini jelas apabila pasukan polis yang
ditubuhkan di Tanah Melayu telah ditempatkan di pekan-pekan dan bandar-bandar kecil
di Tanah Melayu untuk memastikan keselamatan dan tidak terdapat mana-mana
pemberontakan berlaku. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga beberapa pasukan
polis yang ditempatkan di beberapa bahagian di Tanah Melayu untuk memantau dan
memastikan tiada kekacauan berlaku. Bagi kemudahan pengenalan diri, satu sistem
Pendaftaran Keluarga telah diadakan dengan memberikan satu keping Sijil Hidup dengan
aman.
9
Ibid,.
10
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 258
11
Ibid,.
kejam itu penduduk di Tanah Melayu tidak berani menyuarakan apa-apa pendapat.
Namun begitu, Terdapat juga mahkamah yang mengalami perubahan di Tanah Melayu
pada ketika itu.12 Sebagai contoh ialah apabila mahkamah Terengganu telah dibahagikan
kepada 3 jenis mahkamah iaitu mahkamah Koto Hoin atau Mahkamah Besar, Mahkamah
Ciho Hoin atau Mahkamah Jajahan dan Mahkamah Kaikyo Hoin atau Mahkamah Kadi.
Atas rasa terhutang budi Jepun terhadap Thailand, iaitu semasa bantuan kerjasama
Thailand yang diberikan kepada Jepun semasa dalam usaha merampas Tanah Melayu,
satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand pada 20 Ogos 1943. Perjanjian
tersebut ditandatangani di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dan Perdana
Menteri Thailand, Field Marshall Phibul Songram, iaitu mengenai mengenai penyerahan
negeri-negeri utara Tanah Melayu (Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua
Wilayah Shan, dari pihak pentadbiran Tentera Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera
Thailand.13 Bukan itu sahaja, malah Jepun juga pernah berjanji untuk menyerah kembali
negeri-negeri Melayu dan dua wilayah Shan itu yang dahulunya kepunyaan Thailand
kepada Kerajaan Thailand sekiranya Jepun diberi bantuan dan kerjasama dalam
usahausaha penaklukan Tanah Melayu.14
2.1.3 Ekonomi
Dari segi ekonomi pula, dasar pentadbiran Jepun telah mengeksploitasi ekonomi
Tanah Melayu untuk kegiatan perindustrian dan hanya untuk membiayai tentera dan
peperangan. Untuk menjayakan agenda Jepun menguasai ekonomi Tanah Melayu, Jepun
telah menukar dasar ekonomi Tanah Melayu daripada ekonomi usaha bebas kepada
ekonomi kawalan untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang menjalankan dasar tutup
pintu. Hal ini akan memudahkan lagi Jepun untuk menguasai dan mengaut keuntungan
ekonomi di Tanah Melayu apabila tiada ancaman dari negara-negara luar dan semua
12 Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942-1945: Pentadbiran Jepun dan
Thai dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 63
13
Kobkua Suwannathat Pian. (1996). Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesannya-kesannya
Terhadap Negeri-negeri Melayu Utara dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 45
14
Ibid, hlm 41
kegiatan ekonomi seperti industri bank, pengangkutan, perlombongan dan estet-estet
yang dahulunya dikuasai oleh pemodal Eropah dan China kini telah dimonopoli oleh
Jepun.
Selain itu, Jepun juga telah menjalankan dasar ekonomi sara diri terhadap
penduduk Tanah Melayu. Perkara ini disebabkan oleh sekatan bekalan makanan oleh
British ke Jepun telah berlaku semasa perang, iaitu apabila perkapalan telah dihalang oleh
kapal selam tentera British. Disebabkan sekatan bekalan makanan dan pakaian, harga
menjadi semakin naik apabila barang-barang tersebut sukar untuk diperoleh. Oleh sebab
itu, Jepun menggalakkan ekonomi sara diri iaitu memperkenalkan pemerintahan ekonomi
bersifat “Self Sufficient” ataupun sara diri.15 Orang Jepun bertindak merampas barang
makanan peniaga tanpa memberikan sebarang bayaran. Maka, masyarakat bertindak
menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih
mahal dan berbaloi. Sebagai contoh, pada awal tahun 1942, para petani di Kelantan
terpaksa menyorokkan bekalan beras mereka untuk diseludup ke Terengganu dan Pahang
dengan harga yang sangat tinggi, iaitu di antara $10 hingga $13 untuk segantang. Harga
ini adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga biasa iaitu 50sen untuk beras
kelas pertama. 16
Dalam pemerintahan ekonomi yang bersifat sara diri, Jepun telah menjadikan
kegiatan pertanian sebagai kegiatan harian sebagai langkah mengatasi masalah
kekurangan makanan di Tanah Melayu. Terutamanya penanaman padi, Jepun
menggalakkan penduduk tempatan untuk mengutamakan penanaman padi agar dapat
menampung kekurangan makanan dan menyeimbangkan pengeluaran makanan supaya
mencukupi. Sebagai sokongan kepada rancangan ini, Jepun telah menjalankan
Rancangan 3 tahun sara diri dengan cara memperkenalkan penanaman padi 2 kali
setahun. Oleh itu, ekonomi di Tanah Melayu secara keseluruhannya adalah merosot dan
terbantut apabila berlaku peningkatan masalah pengangguran kerana tiada penduduk
berani untuk menjalankan perniagaan dan peniaga pula terpaksa berhenti berniaga kerana
15 Wan Noraini Wan Ahmad. (1986). Pendudukan Jepun (1942-1943) dan Thai (1943-1945) di Kelantan: Kesan ke
Atas Masyarakat Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm 44-45
16
Wan Noraini Wan Ahmad. op cit., hlm 52-53
takut apabila sering dizalimi oleh pihak Jepun degan merampas bekalan makanan yang
dijual, kemudian kebuluran juga berlaku apabila sekatan makanan berlaku,lambakan
penduduk yang melebihi sumber makanan terjadi kerana pihak Jepun membawa tentera-
tentera dan mengutamakan bekalan makanan untuk tenteranya cukup berbanding bekalan
makanan penduduk tempatan, dan inflasi turut berleluasa apabila berlaku pencetakan
wang pokok pisang yang tidak terkawal sehingga berlakunya lambakan wang lalu
menyebabkan harga barangan menjadi mahal di Tanah Melayu.
Namun begitu, terdapat satu langkah positif Jepun dalam usaha menstabilkan
ekonomi di Tanah Melayu. Jepun telah menggalakkan penduduk tempatan untuk
menabung dengan cara menubuhkan bank-bank perdagangan untuk menarik minat
penduduk tempatan menyimpan wang mereka. Contoh bank yang telah ditubuhkan oleh
Jepun ialah Yokohama Speci & Ltd Bank dan Perak People Park Bank. 17 Tetapi tiada
sambutan dari penduduk tempatan dan akhirnya banyak perusaah diambil alih Jepun
contohnya syarikat Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo Kabuski.18
2.1.4 sosial
Dari segi sosialnya pula, digambarkan kehidupan penduduk tempatan Tanah
Melayu adalah sangat menyedihkan dan dalam derita. Hal ini turut dibuktikan oleh
Joginder Singh Jessy di dalam bukunya yang ada menyatakan penduduk Tanah Melayu
hidup dalam keadaan terhimpit, menderita, melarat dan ketakutan. Pada masa itu, Jepun
telah mengambil pemuda-pemuda Malaya untuk di bawa ke sempadan Malaya-Siam-
Burma (sekarang Myanmar) untuk membina jalan keretapi maut. Semasa menjalankan
tugas tersebut, ramai penduduk Malaya yang disuruh bekerja dan dilayan tanpa rasa
perikemanusiaan sehingga ramai yang terkorban tanpa diberikan bekalan makanan dan
rehat.
17 Ghazali Mayudin. (1978). Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945. Selangor. Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm 57
18
Ibid, hlm 57.
Walaupun demikian, jika dibandingkan layanan Jepun terhadap penduduk
tempatan, pemerintahan Jepun memberi keistimewaan kepada penduduk Melayu,
manakala penduduk Cina pula ditindas dan dizalimi dengan tidak berperikemanusiaan.
Hal ini berlaku apabila pihak Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan
mengkehendaki mereka memburu dan menangkap orang-orang Cina untuk diseksa dan
dibunuh. Tan Deng Eng dalam bukunya History of Malaya and Singapore menyatakan:
Oleh itu, terbuktilah melalui petikan dari karya Tan Deng Eng yang menceritakan
bahawa pihak Jepun melayan orang Cina dengan kejam disebabkan oleh dendam sejak
perang China-Jepun yang pernah berlaku. Kekejaman pihak Jepun bertambah terbukti
lagi apabila wujudnya pengenalan Dasar Sook Ching atau ‘Dasar Pembersihan’ yang
diperkenalkan oleh Kawamuraoishi secara sistematik pada 21 Februari. 19 Dasar tersebut
telah menyebabkan ribuan orang Cina terbunuh. 20 Bukan itu sahaja, Jepun melakukan
kekejaman kepada orang Cina dengan cara membakar kediaman, merampas barang-
barang, merogol gadis-gadis dan yang paling menyedihkan apabila Jepun menyuruh
orang-orang Cina menggali luang kubur mereka sendiri sebelum dibunuh. Seramai 40
000 orang Cina terdiri daripada wanita dan kanak-kanak telah dibunuh sehingga Mei
194021.
19 Yoji Akashi. (1970). Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945. Journal of Southest Asian History
Vol 1, hlm 68.
20
Mohd Isa Othman. op cit., hlm 285
21
Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, hlm 474.
bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor),
Sungai Manik (Perak) Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan
Selangor22.
Bukan itu sahaja, sekolah Inggeris dan Cina juga ditutup bagi menghapuskan
pengaruh Barat dan China. Hal ini kerana bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa
musuh dan dilarang penggunaannya. Malahan kebudayaan Jepun juga cuba diserapkan ke
dalam aspek kewangan apabila Jepun bertindak melarang penggunaan mata wang yang
dikeluarkan oleh British. Lagu kebangsaan Jepun iaitu ‘kimigayo’ dinyanyikan pada
setiap pagi di sekolah, manakala bahasa Jepun iaitu Nippon Go menjadi bahasa pengantar
di sekolah Melayu.23 Namun begitu, Langkah Jepun menjadikan bahasa Jepun sebagai
bahasa rasmi di Kelantan tidak berjaya. Bahasa Melayu rumi dan jawi serta bahasa
Inggeris digunakan dalam surat perjalanan pentadbiran. Contohnya di Terengganu,
pegawai kerajaan diarahkan mendaftar nama untuk mengikuti kursus bahasa Jepun yang
diadakan di bangunan Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman.
Serangan terhadap Sabah oleh pihak Jepun mula dilancarkan pada 4 Jun 1942,
kemudian tawanan kawasan-kawasan di Sabah pula berlaku satu per satu. Pulau
Labuan dan Beaufort ditawan oleh Jepun pada 3 Januari 1942, Kota Kinabalu pula
ditawan pada 9 Januari 1942, Sandakan 19 Januari 1942, Tawau 24 Januari 1942,
Lahad Datu 27 Januari 1942, Kudat 1 Mei 1942 dan Pantai Barat Sabah jatuh
sepenuhnya kepada pihak Jepun pada bulan Mei 1942. Disebabkan oleh keberkesanan
strategi Jepun semasa melakukan serangan di Sabah, iaitu dengan penggunaan basikal
ke kawasan-kawasan Sabah serta bantuan ketenteraan seperti kapal perang, British
gagal mempertahankan Sabah dan terpaksa berundur diri. Tambahan pula pada ketika
2.2.1 Politik
Pada waktu yang sama, Dalam setiap Shiu terdapat seorang ketua
pengarah yang dilantik dan bertanggungjawab kepada Ketua turus Angkatan
tentera26. Setiap kawasan mempunyai Gabenor yang mengetuai operasi
pentadbiran didalam kawasannya. Gabenor ini turut dibantu oleh Ketua tempatan
yang bertugas menjaga hal ehwal Ken atau daerah dalam Shiu. Terdapat 5
bahagian khusus di bawah kuasa Ketua Turus Pertahanan sejak Mei 1942 iaitu
24Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn Bhd, hlm 66
25
Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Sabah, Pengarah Arkib Negeri Sabah dan
Dewan Bahasa & Pustaka: Hal 13
26
Ibid., hal 13
Pentadbiran, Kempeitai, Industri Kewangan, Perakaunan dan Perisikan. Ketua
turus pertahanan pertama ialah Leftenan Jeneral Marques Toshihara Maeda
sebagai de fecto chief executive27. Maeda dibantu Snoncho atau ketua staf iaitu
Major Jeneral Yoshinabu Manaki. Mereka berdua mempunyai kepakaran dalam
strategi ketenteraan. Pentadbiran yang dijalankan oleh mereka berdua menjadikan
pentadbiran yang sistematik ke atas Borneo.
27
Ibid., hal 13
28
Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Sabah, Pengarah Arkib Negeri Sabah dan
Dewan Bahasa & Pustaka: Hal 14
29
Ibid
Kenchiji juga turut dibantu oleh Guncho. Guncho ialah Pegawai Daerah yang
mentadbir setiap daerah. Jawatan ini dijawat oleh pembesar tempatan yang
bertujuan untuk menjimatkan kos pentadbiran dan memudahkan Jepun untuk
mengawal rakyat tempatan serta memberi peluang penduduk tempatan menyertai
urusan politik selaras kemampuan mereka. Guncho juga merupakan penghubung
antara kerajaan dan penduduk tempatan bagi sebarang laporan permasalahan yang
dialami penduduk tempatan. Seterusnya pula ialah Jawatan Ketua Anak Negeri
yang menghubungkan Guncho dengan penduduk kampung. Tugas utamanya ialah
sebagai pengumpul dan pencari kerja sukarela dari tanah besar dan pulau-pulau
untuk dijadikan buruh paksa. Jawatan ini pernah di sandang oleh Datu Harun,
bapa kepada Tun Datu Mustapha. Selepas beliau meninggal, jawatan disandang
oleh Tun Datu Mustapha sendiri.
Antara lain juga ialah Ketua kampung. Ketua Kampung diberi lencana
serta surat kuasa. Terdapat dua bentuk lencana iaitu 5 bintang tanda merah
ditengah dan gambar helang mengembangkan sayapnya ditengah bintang yang
hanya khusus untuk pemimpin tempatan berpangkat tinggi. Tugasannya ialah
menyelia dan mengarahkan penduduk menanam tanaman makanan serta
memungut sumber makanan diberikan kepada Kerajaan Jepun serta merekrut
pemuda sebagai buruh kasar. Jawatan paling kecil ialah Jikeidan yang akan
melaporkan setiap masalah, situasi kampung, keupayaan daya pengeluaran dan
populasi kampung dari masa ke semasa. Penglibatan penduduk tempatan dalam
pentadbiran Jepun merupakan langkah bagi memudahkan proses pentadbiran.
Penggunaan penduduk tempatan dalam pentadbiran juga adalah teknik Jepun bagi
mengurangkan tentangan daripada penduduk tempatan.
2.2.2 Ekonomi
30
Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua.hal 63
31
Ibid., Hal 65
32
Ibid,. Hal 65
diperkenalkan dan masalah inflasi yang berlaku selepas pertempuran di Coral Sea.
Dapat dirumuskan penguasaan Jepun dalam bidang kewangan Sabah tidak begitu
berkesan apabila sistem-sistem yang diperkenalkan telah membawa kesan yang
tidak baik seperti inflasi akibat ketidakseimbangan mata wang yang baru
diperkenalkan. Jepun juga telah memperkenalkan sistem pungutan cukai daripada
penduduk-penduduk tempatan.33
2.2.3 Sosial
Dari segi layanan Jepun kepada penduduk tempatan, Jepun tetap dengan
sikap mereka yang anti kepada orang-orang Cina. Maka layanan sosial kepada
orang Cina di Sabah adalah yang paling teruk sekali jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain. Mereka yang ingkar akan dipenjarakan tanpa bicara dan diseksa
dengan kejam seperti dijemur di tengah panas. Tindakan Jepun yang paling kejam
adalah menyeksa dan membunuh penduduk tempatan.
2.3.1 Politik
35 UMS HT17. (2012). Kajian Lapangan Sejarah ke Sarawak: Pendudukan Jepun di Sarawak. Kuching: Muzium
Negeri Sarawak.
36
Mohd. Haasbie Sulaiman. (1999). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Samasa Press Sdn.Bhd, hlm 39
37 Abdullah Zakaria Ghazali (1996). Pentadbiran Tentera Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm 21
2.3.2 Ekonomi
Setelah diamati mengenai corak pemerintahan Jepun di kedua-dua Tanah Melayu dengan
Sabah dan Sarawak ini, secara keseluruhannya tidak dapat banyak perbezaan mengenainya.
Agenda Jepun untuk mentadbir Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak adalah sama, iaitu
hanya untuk mengaut keutungan ekonomi untuk keuntungan negaranya sendiri. Sehinggakan
Jepun sanggup membiarkan penduduk tempatan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hidup
dalam penderitaan, menganggur tanpa pekerjaan akibat takut dengan sifat zalim Jepun,
kebuluran tanpa bekalan makanan akibat sekatan bekalan makanan yang dikenakan terhadap
Jepun oleh British, perebakan penyakit berjangkit seperti beri-beri akibat kekurangan zat
makanan, dan hidup dalam ketakutan.
Dari segi politiknya, secara keseluruhan tidak banyak perbezaan di dalam corak
pemerintahannya, iaitu bersifat ketenteraan dan awam. Beberapa pasukan polis seperti
kempeitai dilantik dan ditempatkan di kawasan-kawasan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
untuk menjamin keamanan. Kemudian mahkamah juga diadakan mengikut sistem di negara
Jepun menyebabkan tiada mana-mana pihak berani menimbulkan masalah di Tanah Melayu,
Sabah, dan Sarawak akibat sistem mahkamah yang tidak berhati perut.
Perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
ialah di dalam aspek politik iaitu semasa Jepun menyerahkan Tanah Melayu (Kelantan,
Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, kepada Thailand atas rasa terhutang
budi dan janji. Kerana bantuan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Thailand terhadap
Jepun semasa dalam usaha Jepun ingin menakluki Tanah Melayu, Jepun memberikan Tanah
Melayu sebagai tanda berterima kasih. Manakala di Sabah dan Sarawak pula ialah berjalan
seperti biasa dengan undang-undang bersistemkan negara asal Jepun. Pemerintahan
menggunakan kuasa ketenteraan diamalkan dari awal pendudukan Jepun hinggalah Jepun
menyerah kalah pada 11 September 1945 setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki di bom
menggunakan bom atom oleh pihak berikat
Kemudian dari segi ekonomi di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pula, secara
keseluruhannya walaupun terdapat beberapa usaha Jepun untuk membaiki ekonomi di ketiga-
tiga kawasan ini seperti mewujudkan ‘wang pokok pisang’ dan bank-bank untuk
menyeimbangkan dan menggalakkan penduduk menyimpan wang, namun ekonomi tetap
jatuh merudum disebabkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun tidak melancarkan
ekonomi. Pencetakan wang pokok pisang yang tidak terkawal pada ketika itu juga telah
menyebabkan wang terlalu banyak dan harga barangan terpaksa dinaikkan.
Seterusnya dari segi sosial, perkara yang paling jelas adalah Jepun tetap memusuhi
orang-orang Cina tidak kira di Tanah Melayu, Sarawak ataupun Sabah akibat dari perasaan
dendam Jepun semasa perang China-Jepun yang pernah berlaku, sehinggakan mereka
melantik perisik-perisik yang terdiri daripada penduduk tempatan Melayu untuk memburu
dan menangkap orang-orang Cina untuk diseksa dan dibunuh. Wanita dan kanak-kanak turut
tidak terkecuali dirogol, diseksa dan dibunuh. Kekejaman pihak Jepun dalam mentadbir ini
juga dapat dilihat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Selain itu dasar penjepunan
dijalankan di dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penghapusan
sekolah vernakular Cina dan Inggeris digantikan dengan sekolah yang menggunakan bahasa
Jepun sebagai bahasa pengantar, dari bahasa ke adat dan budaya Jepun. Penjepunan ini bukan
sahaja digunakan di dalam sistem pendidikan, begitu juga di ibu pejabat, dan di kawasan
pengurusan yang lain. Tujuan Jepun untuk mengamalkan sepenuhnya konsep “Penjepunan”
dalam politik, ekonomi dan sosial tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk
menjadikan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah sebagai tanah jajahan mutlak mereka di
mana ketiga-ketiga kawasan ini menumpahkan taat setia kepada Jepun dan Maharaja Jepun
sendiri. Walaubagaimanapun, negara matahari terbit ini tidak dapat mencapai hasrat tersebut
kerana mereka akhirnya mengalah kepada pihak British dan berikat yang datang kembali
untuk membalas serangan pihak Jepun. Secara keseluruhannya, aspek politik, ekonomi dan
sosial di ketiga-tiga kawasan ini mempunyai persamaan yang ketara. Penduduk tempatan
hidup dalam ketakutan dan seksaan dari pihak Jepun
4.0 Kesimpulan
Sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tempoh penduduk
tersebut ialah zaman hitam bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Kerana kehidupan penduduk
tempatan pada ketika itu sangat menyedihkan, sehingga menyebabkan penduduk trauma.
Kerana zaman tersebut penuh dengan penindasan dan kezaliman, penduduk hidup dalam
kebuluran akibat kekurangan makanan, penularan penyakit berjangkit yang menyebabkan
kematian meningkat, penduduk hidup dalam ketakutan tanpa diberikan hak bersuara kerana
sistem mahkamah Jepun yang tidak berperikemanusiaan, dan masalah perkauman turut
meningkat terutamanya bagi orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu kerana dianggap
sebagai bekerjasama dengan pihak Jepun dalam menindas orang-orang Cina sehingga
berlaku pembalasan dendam, dan ekonomi pada waktu itu juga terbantut. Setelah tamatnya
pendudukan Jepun inilah semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk bertambah kuat
dan berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu tidak lagi mahu peristiwa hitam tersebut
berulang kembali. Selepas perang, PKM diiktiraf oleh pemerintah British sebagai parti yang
sah memandangkan sumbangan PKM membantu British menentang Jepun. Kemudian di
Sarawak Charles Vyner Brooke telah meminta pihak British datang mengambil alih dengan
menjalankan Pemerintahan Tentera British (BMA) di Sarawak untuk memulihkan keadaan
Sarawak yang telah musnah pada ketika itu.
Rujukan
Abdul Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. (1996). Imperialisme Jepun dan Konse
Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya dalam Jurnal Jebat Bil 24. Diambil pada
17 April 2015 daripada http://www.ukm.my/jebat/v2/
Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia.
Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Pentadbiran Tentera Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942- 1945:
Pentadbiran Jepun dan Thai dalam Jurnal Jebat Bil 24. Diambil pada 15 Mei 2012
daripada http://www.ukm.my/jebat/v2/.
Buyong Adil. (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1997.
Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Mohd. Hasbie Sulaiman. (1999). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Semasa Press
Sdn. Bhd.
Pengarah Arkib Negeri Sabah dan Dewan Bahasa & Pustaka.. Pengisahan Sabah: Perang
Paul H. Kratoska. (1998). The Japanese Occupation of Malaysia ( A Social & Economic
History. USA: University of Hawaii Press.
Paul H. Kratoska dan Abu Talib Ahmad. (1989). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu:
Malaysia.
UMS HT17: Kajian Lapangan Sejarah ke Sarawak (2012). Pendudukan Jepun di Sarawak.
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan.
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.