You are on page 1of 14

KAJIAN KES PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA

(CAWANGAN SEBERANG PERAI TENGAH)

Pada 17 Mac 2019, saya telah membuat kajian lapangan untuk mengkaji Pertubuhan Seni
Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSGM) Cawangan Seberang Perai ataupun dikenali sebagai
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang. PSSGM merupakan satu pertubuhan yang
menggiatkan seni silat gayong di Malaysia. Ia diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul
Rahman yang berasal daripada Ayer Kuning, Taiping, Perak. Ia mempunyai banyak cawangan di
seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak di Pejabat Urusan PSSGM, No. 2338, Lot 114, Jalan
Besar, 78300 Masjid Tanah, Melaka manakala pejabat bagi PSSGM Cawangan Seberang Perai
Tengah ini terletak di Kompleks Silat Batu Uban, Pulau Pinang. Temu bual bersama Cikgu Ismail
bin. Chik yang merupakan salah seorang guru silat pertubuhan ini telah dijalankan di Taman
Upcycle, Bandar Perda, Pulau Pinang dan berikut merupakan hasil dapatan daripada kajian
lapangan yang dilakukan.

1.0 Sejarah Penubuhan


1.1 Asal-usul Pengasas

Daeng Kuning yang


merupakan salah Setelah ilmu persilatannya
satu daripada 5 Meor Abdul Rahman dikhatamkan, Dato’ Meor
adik-beradik raja mempelajari ilmu Abdul Rahman mula dikenali
Bugis mendarat di persilatan ketika ramai dan dipanggil untuk
Tanah Melayu. berumur 12 tahun menunjukkan kebolehannya
daripada datuk di hadapan Paduka Seri
sebelah ibunya, Syed Sultan Perak, Almarhum
Zainal Abidin Al-Attas. Sultan Alang Iskandar ketika
Tempat pendaratan berumur 19 tahun
mereka yang
pertama di Tanah
Melayu ialah Mereka dikurniakan
Pengkalan Aur anak bernama Meor
yang yang kini Abdul Rahman yang
dilahirkan di Taiping Beliau
dikenali sebagai Air
Kuning, Taiping. pada 17 Ogos 1915 kemudiannya diberi
gelaran Panglima
Sendo Perak oleh
baginda.
Daeng Kuning
berkeluarga dan Daeng Uda Md
salah satu daripada Hashim berkahwin
anaknya bernama dengan Sharifah
Daeng Uda Md Auliyah
Hashim

1
1.2 Kronologi Penubuhan PSSGM

Berhijrah ke
Singapura pada Allahyarham Dato’
tahun 1938, Menubuhkan Seni Onn bin Jaafar yang
Gayong School di telah menyertai dan
Woodland, Singapura menjadi ahli silat seni
pada 3 Disember 1960 gayong pada 1959
mencadangkan agar
Menjadi jurulatih seni ianya didaftarkan
mempertahankan diri
kepada Signal Corps di
bawah pemerintahan Lt. Bersara daripada
Kol Pope di Gullman pasukan polis Seni silat ini berjaya
Barrack, Singapura didaftarkan di Johor Bahru
pada 22 Oktober 1963 (No
Pendaftaran 1961) atas
nama Pertubuhan Silat
Mengembangkan Seni Gayong Malaysia
(PSSGM) atas usaha Dato'
Berundur ke Pulau Silat Seni Gayong ke Meor Abdul Rahman dan
Sadong apabila pulau-pulau Dato' Onn bin Jaafar
Singapura diserang Indonesia, Singapura
Jepun pada tahun 1941 dan Tanah Melayu.
Silat Seni Gayong terus
berkembang pesat di
Semenanjung Malaysia
Memperkenalkan Silat di bawah kepimpinan
Seni Gayong buat Menewaskan Dato’ Meor Abdul
pertama kalinya kepada tentera Jepun Rahman serta dibantu
dan melindungi oleh beberapa orang
sekumpulan tujuh orang guru silat yang dilantik
belia pada 17 Februari penduduk di situ
oleh beliau.
1942

Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman

2
2.0 Kaedah dan Proses Penubuhan
2.1 Sebelum Pendaftaran

Mesyuarat Penaja dengan minimum 7 orang ahli


jawatankuasa penaja

Perlantikan ahli jawatankuasa penaja, nama


pertubuhan, alamat urusan pertubuhan dan lambang
pertubuhan

Meluluskan perlembagaan pertubuhan

Menyediakan Minit Mesyuarat Penaja

Membuat pendaftaran melalui laman web


www.eroses.gov.my oleh Setiausaha Penaja
(dikenakan bayaran RM30.00)

2.2 Semasa Pendaftaran

Mengisi maklumat
Mengisi maklumat
Ahli Jawatankkuasa
pertubuhan (Alamat
surat-menyurat, no (Maklumat Peribadi
telefon dan emel) AJK dan Maklumat
Mengisi Majikan)
maklumat
am
pertubuhan
Tanggungjawab
Setiausaha Mengisi maklumat
Penaja mesyuarat
Membuat Pembayaran Penubuhan (Tarikh,
(Bayaran perlu dibuat masa, tempat,
dalam tempoh 90 hari) jumlah kehadiran,
*Keputusan nama pertubuhan)
permohonan akan Mengisi
dihantar melalui emel maklumat
Setiausaha Penaja Perlembagaan

3
2.3 Selepas Pendaftaran

Pertubuhan perlu menghantar penyata tahunan (setiap tahun) melalui


www.eroses.gov.my menggunakan modul Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari dari
tarikh mesyuarat.

3.0 Aktiviti Atau Perkhidmatan Yang Diamalkan

LATIHAN UJIAN JEMPUTAN KHAS


SILAT KENAIKAN PERSEMBAHAN PERTANDINGAN
BENGKUNG

Diadakan 2 Diadakan Peringkat


Majlis
kali mengikut Daerah
Perkahwinan
seminggu keperluan
murid. Peringkat
Di gelanggang silat di Majlis Negeri
Masjid Daerah Kebudayaan
Seberang Perai
Tengah Peringkat
Kebangsaan
Majlis
Rabu (malam) Keramaian
-Silat Olahraga SUKMA
Jumaat
(malam) - Persembahan Peringkat
di sekolah Antarabangsa
Silat Seni

4
4.0 Strategi Penjanaan Sumber Kewangan

Yuran keahlian
sebanyak RM35.00
seumur hidup

Sumbangan
Jemputan Khas membuat orang-orang
persembahan di majlis korporat
perkahwinan, majlis
keramaian, majlis
kebudayaan, sekolah-sekolah
dan sebagainya.

Sumbangan Badan-
Badan Kerajaan -
Sumbangan Badan- Majlis Bandaraya
Badan Bukan Kerajaan - Pulau Pinang
Persekutuan Silat
Kebangsaan Malaysia
(PESAKA)

5
5.0 Analisis SWOT
Strength (Kekuatan)

Kekuatan persatuan ini terletak pada komitmen dan sokongan yang diberikan oleh pihak
pentadbiran dan guru-guru silat. Hal ini demikian kerana segala aktiviti persatuan ini sentiasa
digiatkan dan dipantau kelancarannya oleh pihak pentadbiran. Misalnya, tarikh-tarikh untuk
mengadakan ujian tali pinggang sememangnya telah disusun dengan sistematik dan ia dipatuhi
oleh guru-guru silat untuk melaksanakannya. Selain itu, pihak pentadbiran juga sering
mengadakan aktiviti yang melibatkan murid-murid daripada cawangan yang berbeza sebagai
inisiatif untuk merapatkan hubungan antara mereka. Misalnya, persatuan ini telah menetapkan
bahawa aktiviti bersama murid-murid dari cawangan Seberang Perai akan diadakan sebanyak 3
bulan sekali bagi tujuan merapatkan hubungan. Seterusnya, kekuatan persatuan yang terletak
pada komitmen yang tinggi daripada guru-guru silat juga dapat dibuktikan melalui penubuhan
cawangan persatuan secara berterusan di pelbagai daerah. Misalnya, pada hari Ahad, 17 Mac
2019, persatuan ini telah menerima berita tentang kelulusan permohonan untuk menubuhkan
cawangan persatuan yang baru iaitu di Kerian. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru silat ini
mempunyai matlamat untuk memajukan persatuan serta sanggup memberikan komitmen yang
tinggi bagi menjayakannya.

Weakness (Kelemahan)

Kelemahan persatuan ini terletak pada peraturan persatuan yang tidak dikuatkuasakan dengan
baik. Misalnya, catatan kehadiran ahli ke setiap latihan yang diadakan di gelanggang hanyalah
bergantung kepada inisiatif pihak gelanggang itu sendiri. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman
iaitu terdapat gelanggang yang mencatat kehadiran ahlinya dan terdapat juga gelanggang yang
tidak berbuat demikian. Selain itu, sekiranya ahli tidak menghadirkan diri ke sebarang latihan
yang diadakan, tiada tindakan disiplin yang akan dikenakan. Justeru, ia akan membuatkan ahli
bersikap culas dan tidak serius dalam menuntut ilmu persilatan. Maka, kemahirannya tidak akan
dapat ditingkatkan ekoran daripada latihan yang tidak berterusan dan berkemungkinan kualiti
persilatannya juga semakin mundur. Selain itu, kenaikan peringkat bengkung setiap murid hanya
bergantung kepada keinginan dan inisiatif murid itu sendiri. Sekiranya dia tidak ingin melakukan
ujian untuk kenaikan bengkung, tiada tindakan atau paksaan dikenakan kepadanya. Lantaran itu,
hal ini akan menyebabkan tiada kemajuan ilmu persilatan yang dimilikinya.

6
Opportunities (Peluang)

Antara peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pertubuhan ini adalah peluang untuk
memperkenalkan identiti pertubuhan kepada masyarakat. Hal ini boleh dicapai melalui jemputan-
jemputan khas membuat persembahan di majlis perkahwinan, majlis keramaian, majlis
kebudayaan, sekolah-sekolah dan sebagainya. Selain itu, pertubuhan ini juga sering
melaksanakan aktivitinya di tempat awam yang terbuka. Dengan cara ini, PSSGM akan dapat
dikenali oleh masyarakat sekeliling dan menarik minat mereka untuk mengetahui dan menyertai
pertubuhan ini. Misalnya, Ujian kenaikan bengkung iaitu Ujian Pelangi Hijau yang diadakan di
Taman Upcycle pada 17 Mac 2019 sememangnya mampu menarik perhatian orang awam yang
berkunjung ke taman tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan PSSGM
kepada orang ramai. Akhir sekali, penyertaan wakil dari pertubuhan ini ke pertandingan peringkat
antarabangsa juga sememangnya secara tidak langsung telah mempromosikan nama PSSGM
di persada dunia.

Threats (Ancaman)

Antara ancaman bagi pertubuhan ini adalah kebanyakan individu pada zaman moden ini
menganggap silat sebagai sesuatu yang lapuk. Selain itu, terdapat ancaman jangka masa
panjang iaitu perkembangan teknologi dan pendidikan pada zaman kini menyebabkan ibu bapa
lebih mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantarnya ke tusyen. Pada masa
hadapan, berkemungkinan jumlah ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak
mempelajari silat akan berkurang. Hal ini dapat dilihat permulaannya pada masa kini iaitu terdapat
ibu bapa yang tidak memantau perkembangan kemahiran silat anak-anak iaitu tidak memastikan
kehadiran anak-anak ke latihan secara konsisten dan tidak menggalakkan anak-anak untuk
mengambil Ujian Kenaikan Bengkung. Selain itu, terdapat ancaman di mana masih ada golongan
masyarakat yang beranggapan bahawa ilmu persilatan melibatkan ilmu mistik seperti jin dan
kuasa ghaib. Oleh itu, mereka membatalkan hasrat untuk menghantar anak mereka mempelajari
silat.

7
Sijil Pendaftaran Pertubuhan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 9hb April 2013 dengan No. Pendaftaran
PPM-010-04-09042013.

Pada mulanya, PSSGM adalah sebuah pertubuhan silat yang pertama berdaftar dibawah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara di Johor Bahru pada 22 Oktober 1963 (No.
Pendaftaran 361), dan kemudiannya pula didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan pada 31
Julai 1998 (No. Pendaftaran APS 0149/98). Perubahan in berlaku apabila kerajaan telah
menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang
menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

Pada 22 Februari 2013, Pesuruhjaya Sukan telah mengambil keputusan di mana semua badan
seni mempertahankan diri yang bersifat budaya, bangsa dan kesenian tidak tertakluk kepada
Akta Pembangunan Sukan dan menetapkan hanya Silat Olahraga sahaja yang perlu berdaftar
dengan pejabat tersebut. Bagi menyambut dasar tersebut, maka PSSGM didaftarkan sekali
lagi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 April 2013.

8
Borang Keahlian

9
Sijil Kenaikan Bengkung Hijau

10
Logo PSSGM

Murid-murid menunggu giliran untuk Ujian Kenaikan Bengkung Hijau

11
Murid menjalani Ujian Kenaikan Bengkung Hijau

Murid menjalani Ujian Kenaikan Bengkung Hijau

12
Murid menjalani Ujian Kenaikan Bengkung Hijau

Cikgu Ismail bin Chik

13
RUJUKAN

Freddie Aziz Jasbindar. (2019). Dato Meor Abdul Rahman, Pengasas Silat Gayong Malaysia
Dari Taiping. Diperoleh daripada https://www.orangperak.com/dato-meor-abdul-rahman-
pengasas-silat-gayong-malaysia-dari-taiping.html
Gelanggang Pusaka Gayong - Selayang Baru. (2009). SEJARAH PUSAKA GAYONG.
Diperoleh daripada http://gayongselamanya.blogspot.com/2009/07/sejarah-pusaka-
gayong.html
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. (2019). Panduan Pengurusan Pertubuhan.
Diperoleh daripada http://www.ros.gov.my/
Pajaklengkong. (n.d.). Cerita Gayong. Diperoleh daripada
http://pajaklengkong.blogspot.com/p/cerita-gayong.html
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. (2016). Sejarah. Diperoleh daripada
http://www.gayong.com.my/index.php/sejarahgayong
PSSGM Negeri Kedah. (2010, Julai 15). Peringkat Bengkung (Tali Pinggang) Gayong Dan
Sandang Kebesaran Seni Gayong. Diperoleh daripada
http://gayong361.blogspot.com/2010/07/peringkat-bengkungtalipingganggayong.html
Unit Media PESAKA Malaysia. (2019). PESAKA. Diperoleh daripada http://pesaka.my/

14

You might also like