You are on page 1of 4

PERSATUAN

IBU BAPA & GURU


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH
KEBANGSAAN PUTERI PANDAN (1), JALAN PERWIRA
55100 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-92858432 FAX : 03-92001189
SK PUTERI PANDAN (1)
Ruj Kami :SKPP1 100 – 13 1/4/ ( )
Tarikh : 23 November 2023
Kepada :
Guru Besar SK. Puteri Pandan (1)
Jalan Perwira , 55100
Kuala Lumpur.

Puan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB TARIAN DAN PENGGUNAAN PREMIS DI SK.PUTERI
PANDAN (1).

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya En.Mohd Fairus bin Mat Nor mewakili
Ahli Jawatankuasa PIBG SK. Puteri Pandan (1) ingin memohon untuk menubuhkan Kelab
Tarian Seri Puteri di sekolah ini bagi memberi pendedahan kesenian tarian tradisianal warisan
tradisi negara.

3. Di samping itu saya juga memohon untuk menggunakan premis yang ada di sekolah ini
bagi melancarkan aktiviti latihan.

4. Bersama-sama ini disertakan :


3.1 Deraf Perlembagaan-Lampiran 1
3.2 Deraf Aktiviti-Lampiran 2
3.3 Senarai Jawatankuasa – Lampiran 3

5. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat diharapkan dan
diucapkan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(MOHD FAIRUS BIN MAT NOR)
YDP PIBG,
SK. Puteri Pandan (1), Kuala Lumpur.

2
Lampiran 1

PERATURAN /PERLEMBAGAAN KELAB TARIAN SERI PUTERI

PERATURAN 1.
Nama Kelab: Kelab Tarian Seri Puteri SK. Puteri Pandan 1
Alamat : SK. Puteri Pandan 1, Jalan Perwira 55100 Kuala Lumpur.

PERATURAN 2
Maklumat:
2.1 Membentuk dan mempunyai pasukan tarian yang berjaya.
2.2 Membina keyakinan diri dalam kalangan ahli.
2.3 Mencungkil bakat penari cilik untuk berkembang.

PERATURAN 3
Objektif:
3.1 Mengetahui kemahiran asas tarian.
3.2 Berkebolehan menghadapi dan mengatasi tekanan serta menyesuaikan diri dalam mana-mana
jernal seni tari.

PERATURAN 4
Keahlian:
4.1 Mula dibuka kepada murid Tahun 2,3 dan 4 sesi 2023 dan tahun seterusnya.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah secara mengisi Google Form.
4.3 Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 30 dan yuran bulanan RM 30i
seperti yang telah ditetapkan pada tahun semasa.
4.4 Penjaga kepada ahli tarian boleh memberi sumbangan tenaga atau kewangan sekiranya
diperlukan oleh PIBG bagi melancarkan aktiviti yang dirancang.
4.5 Guru , AJK PIBG atau KISB perlu sentiasa bersama ahli semada aktiviti latihan dijalankan.
4.6 Yuran bulanan perlu dibayar pada awal bulan minggu pertama hari Sabtu semasa kelas
dijalankan.
4.7 Yuran pendaftaran juga perlu dibayar pada awal bulan.
4.8 Pakaian ahli semasa latihan perlu sopan dan tidak mencolok mata.Digalakkan memakai
legging , seluar hitam atau blue black setiap kali latihan.
4.9 Sekiranya ahli ingin berhenti perlu memaklumkan kepada AJK PIBG yang terlibat untuk
makluman.
4.10 Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya ahli tidak hadiri sesi latihan.
4.11 Jadual Latihan akan diedarkan kepada ahli melalui whatssap group .

PERATURAN 5
Ahli Jawatankuasa :
5.1 Terdiri daripada guru, PIBG serta KSIB SK. Puteri Pandan 1.
5.2 AJK terdiri daripada:
 Penasihat
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari
 Ajk

PERATURAN 6
Kewangan:
6.1 Sumber kewangan adalah daripada bayaran pendaftaran dan bulanan ahli kelab.
6.2 Wang lebihan bayaran kepada guru tari akan digunakan untuk membeli pakaian dan aksesori
penari serta aktiviti kelab ini.
6.3 Duit bayaran bulanan yang terkumpul akan disimpan didalam Akaun Tumpangan PIBG atau pada
tempat yang dirasakan selamat.

PERATURAN 7
Pindaan Perlembagaan:
7.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

PERATURAN 8
Pembubaran Persatuan:
8.1 Guru Besar dan Pengerusi PIBG diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan kelab.

PERATURAN 9
Hal-hal lain:
9.1 Setiap ahli kelab perlu minat dan bersemangat mempelajari ilmu seni tari yang diajar.
9.2 Setiap ahli mempunyai tanggungjawab mematuhi peraturan kelab.

……………………….. ……………………………….. .…………………………..


(NORSIAH BINTI AZIZ) (MOHD FAIRUS B. MAT NOR) (NOORZANORA BINTI SAMSUDIN)
Setiausaha Pengerusi PIBG Guru Besar
Kelab Tarian Seri Puteri SK. Puteri Pandan (1) SK. Puteri Pandan (1)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur
LAMPIRAN 2
CONTOH AKTIVITI YANG DIRANCANG.

BIL TARIKH KEMHIRAN CATATAN


1 2.12 2023 Sesi sual kenal guru tari dan ajk yang
bertugas.
Pengenalan jenis-jenis tarian.
Asas tarian joget

2 9.12.2023 Asas Tarian joget dan gerak tari Joget


3 16.12.2023 Tarian joget-persembahan
berkumpulan
23.12.2023 Tiada- Dibatalkan kerana cuti
Krismas
4 30.12.2023 Latihan Persembahan tarian joget
berkumpulan

CONTOH
AJK KELAB TARIAN SERI PUTERI SK. PUTERI PANDAN (1)

PENASIHAT Pn. Noorzanora binti Samsudin


PENGERUSI En Mohd Fairuz bin Mat Nor
TIMBALAN PENGERUSI Pn. Roshila binti Rasyid
SETIAUSAHA Norsiah binti Aziz
NAIB SETIAUSAHA Pn. Siti Nurshafiqah binti Ramli
BENDAHARI Puan Atikah
NAIB BENDAHARI Puan Harlina Othman
AJK Semua AJK PIBG

You might also like