You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING

Jalan Sultan Suleiman Shah,Jugra


42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BEA 1074
TEL : 03-31201597 FAX: 03-31201623

KERTAS CADANGAN
BENGKEL DAN KEJOHANAN CATUR INTERHOUSE
ANJURAN BERSAMA KELAB CATUR
SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING

1.0 RASIONAL
Bengkel catur yang akan diadakan ini adalah anjuran pertama kelab catur SM Sains
Banting (BASIS) sebagai persediaan dan sebagai langkah awal bagi mempersiapkan ahli-
ahli catur sebelum kelab catur mengadakan kejohanan catur interhouse. Bengkel catur
ini penting dalam memastikan semua ahli catur cakna peraturan permainan catur dan
cara menganjurkan kejohanan catur. Buat julung kalinya bengkel dan kejohanan catur ini
diadakan bagi memenuhi takwim dan perancangan kelab catur yang telah diminitkan
pada mesyuarat agung kelab catur pada awal tahun.

2.0 MATLAMAT
Fokus bengkel catur adalah untuk memastikan semua ahli kelab catur cakna dan mahir
tentang peraturan permainan catur dan cara mengelolakan sesuatu kejohanan. Fokus
kejohanan catur pula adalah untuk melatih ahli kelab catur dalam mengelolakan sesuatu
pertandingan manakala fokus untuk peserta catur pula adalah untuk mencari bakat baru
dalam permainan catur serta mendedahkan peserta cara sesuatu pertandingan catur
diadakan. Kejohanan yang bakal dikelolakan juga diharapkan dapat menaikkan
semangat ahli-ahli sistem rumah dengan sokongan yang diberikan kepada pserta-
peserta dari sistem rumah masing-masing.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan ahli kelab catur tahu serta cakna tentang peraturan permainan
catur
3.2 Persediaan kepada ahli kelab catur dalam mengelolakan kejohanan catur
3.3 Memantau dan mengenal pasti bakat - bakat baru dalam permainan catur

4.0 SASARAN
Semua ahli kelab catur Sek Men Sains Banting
16 orang peserta wakil dari setiap rumah dalam kejohanan catur
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

1|Page
SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING
Jalan Sultan Suleiman Shah,Jugra
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BEA 1074
TEL : 03-31201597 FAX: 03-31201623

Bengkel catur pada 21 Februari 2018 (Rabu) di tempat perjumpaan catur dan kejohanan
catur interhouse pada 14 November 2018 (Rabu) di dalam dewan.

6.0 PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 1

7.0 PENUTUP
Dengan anjuran bengkel dan kejohanan ini diharapkan dapat memenuhi piawaian dan
kemenjadian pelajar dalam lapangan sukan serta sebagai langkah alternative untuk
mengasah bakat individu pelajar untuk pasukan catur sekolah bagi penyertaan peringkat
MSSD, MSSS dan zon.

Disediakan oleh:

……………………………………………..
NURUL HANA BALQIS BAHAROM
Penyelaras bengkel dan kejohanan catur interhouse
Kelab Catur
SM Sains Banting

2|Page
SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING
Jalan Sultan Suleiman Shah,Jugra
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BEA 1074
TEL : 03-31201597 FAX: 03-31201623

LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN BENGKEL CATUR DAN KEJOHANAN CATUR INTERHOUSE


ANJURAN KELAB CATUR BASIS 2018

BIL PERBELANJAAN KUANTITI HARGA JUMLAH PERUNTUKAN


SEUNIT
1 MEDAL KEJOHANAN
CATUR dan HAMPER
-tempat 1 4 RM 20.00 RM 80.00 PIBG
-tempat 2 4 RM 20.00 RM 80.00
-tempat 3 4 RM 20.00 RM 80.00
-tempat 4 4 RM 20.00 RM 80.00
-tempat 5 4 RM 20.00 RM 80.00
2 BATERI (timer catur) 30 biji RM 1.00 RM 30.00 PIBG

3 MINUM PAGI AJK 25 orang RM 3.00 RM 75.00 PIBG


4 JURULATIH CATUR 1 orang x2 RM200.00 RM200.00 PIBG
perjumpaan
5 YURAN CATUR OPEN 12 RM 30.00 RM360.00 PIBG
6 HAMPER
-tempat 6 4 RM 5.00 RM 20.00
-tempat 7 4 RM 5.00 RM 20.00 PIBG
-tempat 8 4 RM 5.00 RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1125.00

3|Page
SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING
Jalan Sultan Suleiman Shah,Jugra
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BEA 1074
TEL : 03-31201597 FAX: 03-31201623

4|Page

You might also like