You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Kelab Kesenian & Kebudayaan dengan kerjasama Jurulatih Negeri Pulau Pinang Cikgu
Zaidi bin Abdullah akan mengadakan Bengkel Asas Tari sebagai mengisi salah satu
daripada takwim aktiviti Kelab Kesenian & Kebudayaan. Penganjuran program ini
melibatkan semua ahli Kelab Kesenian & Kebudayaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Aktiviti
yang disusun juga diselaraskan agar dapan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat mencintai budaya
Malaysia serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pelajar yang
pelbagai kaum.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran sambutan ini adalah bagi memupuk semangat cintakan
budaya Malaysia dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti SMK Bandar Tasek
Mutiara serta meningkatkan kesedaran tentang jenis kebudayaan yang terdapat di
Malaysia. Selain itu, pertandingan juga akan dijalankan di akhir sesi program bagi
mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar. Sekaligus memberi ruang kepada
para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu diketengahkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat kebudayaan dan kenegaraan dalam jiwa
pelajar;

3.2 Memupuk budaya menghayati sejarah kebudayaan yang terdapat di Malaysia;

3.3 Mewujudkan semangat kekitaan dan kerja sepasukan seterusnya mengeratkan lagi
perpaduan di semua peringkat; dan

3.4 Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam kebudayaan.

4.0 CADANGAN TARIKH

Bil Aktiviti Cadangan Tarikh *


31.10.2018
4.1 Pengenalan Asas Tari
(Rabu)

1.11.2018
4.2 Tarian Joget, Tarian Zapin
(Khamis)

Tarian Cina, Tarian India 2.11.2018


4.3
(Jumaat)
* Tertakluk kepada pindaan

1
5.0 PENYERTAAN

Semua guru dan pelajar (Kelab Kesenian & Kebudayaan) SMK Bandar Tasek Mutiara.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Satu jadual pelaksanaan dirangka melibatkan penyertaan semua pelajar Kelab Kesenian
& Kebudayaan di luar waktu pembelajaran supaya tidak menjejaskan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pertandingan yang dijalankan akan dinilai oleh jurulatih yang terlibat.

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Anuar bin Rahim


Pengetua

Timb. Pengerusi : Roni binti Samsudin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Norhidayu binti Mohd Yusoff

Penolong Setiausaha : Rohaizad bin Mohd Hanafiah

Ahli Jawatankuasa :-

A Penyelaras - Norhidayu binti Mohd Yusoff


. Ketua Kelab Kesenian & Kebudayaan

AJK - Rohaizad bin Mohd Hanafiah


Guru Kelab Kesenian & Kebudayaan

Pengadil - Aida Zuliana binti Saad


Pengadil Negeri

8.0 SENARAI AKTIVITI BENGKEL ASAS TARI 2018

8.1 Pengenalan Asas Tari


8.2 Tarian Joget,Tarian Zapin
8.3 Tarian Cina, Tarian India
8.4 Pertandingan

2
9.0 ANGGARAN KOS & PUNCA PERBELANJAAN

RUJUK LAMPIRAN 1

10.0 PENUTUP

Menerusi penganjuran Program Asas Tari ini diharap dapat berlangsung dengan jayanya
sekaligus memberi impak yang maksima dalam menanam sikap sayangkan kebudayaan
yang ada di Malaysia

Disediakan oleh,

NORHIDAYU BINTI MOHD YUSOFF


Setiausaha,
Bengkel Asas Tari 2018,
SMK Bandar Tasek Mutiara.

Disemak oleh,

RONI BINTI SAMSUDIN


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Bandar Tasek Mutiara.

Disahkan oleh,

ANUAR BIN RAHIM


Pengetua,
SMK Bandar Tasek Mutiara.

3
LAMPIRAN 1

11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Anggaran Kos Perbelanjaan


Bil PERBELANJAAN
(RM)
Sepasang baju tarian perempuan
11.1 1020.00
(RM85 x 12 pasang)
Sepasang baju tarian lelaki
11.2 550.00
(RM55 x 10 pasang)
JUMLAH 1570.00

You might also like