You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : THACHAINI A/P TANGGAMANY

Angka Giliran :
2021252340017

No. K/P : 021105-02-1100

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2021

Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU 22A

Nama Pensyarah : PUAN HAJAH NAFISHAH BINTI JUSOH

Tarikh Hantar : 13.3.2023

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: THACHAINI Tarikh : 13/3/2023


SOALAN

Tugasan 1: Penulisan Esei

I. Menghuraikan pendekatan modular dan objektif Tatabahasa berdasarkan Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu.
II. Mengaitkan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan kaedah, pendekatan dan teknik
yang digunakan dalam pengajaran Tatabahasa.
III. Berikan justifikasi jenis pentaksiran yang sesuai berdasarkan standard prestasi bagi
aspek tatabahasa

Panjang penulisan esei ialah 1000 patah perkataan.


Menurut Nik Safiah Karim (2015), tatabahasa merupakan peraturan atau sistem
sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan
lisan. Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), tatabahasa
merangkumi morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama.
Pendekatan modular dan objektif aspek tatabahasa merupakan aspek yang saling
melengkapi. Oleh itu, guru haruslah menguasai DSKP bahasa Melayu Sekolah Rendah serta
menguasai kaedah, pendekatan dan teknik yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Pendekatan Modular didefiniskan sebagai memecahkan kemahiran unit-unit kecil


iaitu dalam bentuk bidang, tajuk, kemahiran atau nilai. Kurikulum bahasa Melayu distrukturkan
kepada empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
menulis dan kemahiran membaca. Modul Tatabahasa menyokong kemahiran berbahasa bagi
mengukuhkan kecekapan keterampilan berbahasa. Menurut Sadia, (2014), pelaksanaan
pendekatan ini merangkumi idea baru bagi pengetahuan sedia ada, penjelasan dan perhatian
kepada asas pengetahuan murid dan strategi penilaian formatif yang sesuai dan menyeluruh.
Pendekatan ini dapat mengintegrasikan domain kognitif, afektif dan kemahiran psikomotor
dengan lebih menarik untuk mencapai objektif dari segi aspek tatabahasa. Jelaslah,
pendekatan modular merupakan satu mekanisme bagi memastikan murid dapat menguasai
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta objektif aspek tatabahasa.
Seterusnya, objektif aspek tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui
dan berkeupayaan memahami dan menggunakan kata nama am konkrit, penjodoh bilangan
dan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks. Aspek tatabahasa juga
digunakan untuk memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk, kata kerja pasif, kata
adjektif, kata penguat, kata hubung pancangan keterangan, kata bantu, kata perintah dan kata
pemeri dengan betul mengikut konteks serta memahami dan menggunakan imbuhan akhiran
-an, -kan, -i, imbuhan apitan dan imbuhan pinjaman pada kata kerja, kata nama, kata adjektif
dan dengan betul dalam pelbagai situasi. Aspek tatabahasa juga digunakan untuk memahami
dan membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat serta ayat aktif dan ayat
pasif dengan betul dalam pelbagai situasi.Bagi objektif aspek tatabahasa tercapai, guru
haruslah menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kaedah Audio Lingual merupakan kaedah yang boleh digunakan dalam
pengajaran aspek tatabahasa. Kaedah Audio Lingual ialah gabungan dua kemahiran iaitu
kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan
penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti pita rakaman, radio dan
sebagainya. Bahan –bahan yang diperdengarkan kepada murid seperti bunyi haiwan, bunyi
sesuatu suasana, nyanyian dan sebagainya. Kaedah Audio-Lingual boleh diaplikasi dalam
pengajaran aspek tatabahasa. Contohnya, pertama sekali murid diperdengarkan sebuah lagu
berunsurkan suatu suasana. Selepas itu, murid diminta untuk mendengar lagu tersebut
dengan teliti lalu diminta untuk menyenaraikan kata-kata nama, kata kerja, adjektif dan
sebagainya, Para murid dibincang mengenai perkataan-perkataan yang telah disenaraikan.
Hal ini, murid boleh mendapat maklumat yang mudah diingati melalui proses mendengar serta
bunyi-bunyi linguistik yang berbeza dan nada serta intonasi bahan yang diperdengarkan akan
lebih mudah dipelajari. Oleh itu, kaedah audio lingual amat sesuai bagi pengajaran aspek
tatabahasa dalam PdP.
Tambahan pula, pendekatan deduktif merupakan pendekatan yang boleh digunakan
dalam pengajaran aspek tatabahasa. Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu
pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus,prinsip, hukum,
teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus.
Misalnya, guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada
murid dan mengajarnya kepada murid sehingga murid memahami, kemudian murid akan
mengaplikasikannya atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan masalah dalam
bahasa Melayu. Sebagai contoh, guru akan memberi definisi atau konsep(generalisasi)
tentang aspek tatabahasa yang diajar lalu murid-murid diminta memberi contoh-contoh
berdasarkan aspek tatabahasa tersebut. Misalnya, bagi kata adjektif guru memberi definisi,
prinsip dan jenis kata adjektif. Selepas itu, murid-murid akan memberi contoh-contoh kata
adjektif supaya pengajaran lebih efektif.

Selain daripada itu, teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran aspek tatabahasa
ialah teknik latih tubi. Teknik ini merangkumi aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang dipelajari. Teknik ini bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping
menjamin kemahiran kekal dalam ingatan murid. Hal ini, digunakan untuk mencapai objektif
pengajaran aspek tatabahasa seperti kemahiran menyebut perkataan, frasa dan ayat. Teknik
ini menekankan lima aspek kebolehan menggunakan bahasa seperti sebutan, tatabahasa,
perbendaharaan kata, kefasihan dan kefahaman. Aspek sebutan dalam teknik latih tubi, murid
dapat menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul, termasuk intonasi yang sesuai.
Aspek tatabahasa pula penggunaan bahasa yang tepat mengikut peraturan dan hukum
tatabahasa dan perbendaharaan kata dapat meluaskan kata dengan penggunaan imbuhan
yang sesuai mengikut konteks. Seterusnya dalam aspek kefasihan, murid dapat
menggunakan perkataan, frasa dan ayat secara spontan dengan lancarnya serta dari segi
aspek kefahaman, murid dapat melatih untuk menjawab soalan pemahaman dengan
menggunakan ayat yang gramatis. Jelaslah bahawa, teknik latih tubi merupakan teknik yang
amat berkesan untuk digunakan dalam pengajaran aspek tatabahasa.
Jenis pentaksiran yang sesuai berdasarkan standard prestasi bagi aspek tatabahasa
ialah pentaksiran formatif. Pentaksiran formatif ini berlaku pada peringkat merumuskan
dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang
dipelajari. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh
guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya. Berdasarkan
standard prestasi aspek tatabahasa, pentaksiran formatif sesuai bagi ddimplentasikan . Hal
ini kerana, pentaksiran formatif ini melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan
murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran
yang terhad, misalnya satu unit pelajaran seperti struktur kata, bentuk kata dan sebagainya,
Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaikipembelajaran dan bukanlah untuk
memberikan gred ataukedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan
kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran
boleh disediakan. Contoh alat pentaksiran formatif yang boleh digunakan dalam aspek
tatabahasa ialah kuiz, pembentangan, lembaran kerja dan sebagainya untuk menilai murid.
Contohnya guru boleh mengadakalan sesi soal jawab tentang aspek tatabahasa lalu meminta
murid untuk memberi jawapan yang tepat. Jadi soal, Jawab ini telah melibatkan kemahiran
mendengar dan bertutur kerana murid bertutur untuk menjawab soalan yang diberikan oleh
guru. Tuntasnya, pentaksiran formatif amat sesuai dan relevan berdasarkan standard prestasi
aspek tatabahasa.

Kesimpulannya, pengajaran bahasa Melayu dalam pendekatan modular dan objektif


aspek tatabahasa saling berkaitan antara sama lain. Hal ini juga, kaedah audio lingual,
pendekatan deduktif dan teknik latih tubi digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
aspek tatabahasa yang berkesan. Selain itu, pentaksiran formatif juga sangat sesuai
berdasarkan standard prestasi aspek tatabahasa. Oleh itu, bagi menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran aspek tatbahasa para guru haruslah mengaplikasikan kaedah,
teknik, pendekatan dan jenis pentaksiran yang sesuai supaya murid mudah difahami terhadap
topik-topik tatabahasa.
RUJUKAN

 Faridah Nazir, Faiziah Shamsudi dan Amran Bakar, (2018). Kajian Kurikulum

Bahasa Melayu, Sekolah Rendah, Selangor. Sasbadi Sdn.Bhd

 Ishak Ramly. (2005). Inilah kurikulum Sekolah, Selangor. PTS Professional.

 Faridah Nasir dan Tuan Jah Tuan Yusof. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah. Penerbitan Multimedia.

 Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2017). KSSR Bahasa Melayu Sekolah


Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Kurikulum Standard Sekolah


Rendah: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa
Melayu Tahun 6. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

 Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang:


Penerbitan PTS Profesional.

 Hashim, S., Yaakub, R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan. PTS Professional.

 Abd.Aziz Abd Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publecations& Distributors Sdn.Bhd
 Karim, N. S. (2015). Tatabahasa Dewan (Edisi Keempat). Dewan Bahasa
dan Pustaka

You might also like