You are on page 1of 12

43

Strategi Bacaan Berstruktur Bagi


Meningkatkan Kosa Kata Dalam Penulisan

Elyani Mohamed
elyani_mohamed@schools.gov.sg

Noorlin Haron
noorlin_haron@schools.gov.sg

Sekolah Rendah Bedok Green

Abstrak
Penguasaan kosa kata yang baik dapat membantu murid meningkatkan kelakonan
mereka dalam penulisan karangan. Kajian ini meninjau keberkesanan kaedah
Pemetaan Semantik (Semantic Mapping) dalam pengajaran dan pembelajaran
kosa kata. Kajian ini melibatkan murid Darjah 4. Kaedah ini membantu murid
membina hubungan antara perkataan dan meningkatkan pembelajaran kosa
kata. Dengan menulis kata seerti, kata berlawan, ayat yang menunjukkan
makna perkataan dan ayat yang menunjukkan perkara yang berlawan, murid
akan memahami perkataan tersebut dengan lebih mendalam lagi. Portal SLS
digunakan sebagai wadah untuk menggalakkan pembelajaran kendiri murid.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi keupayaan
murid menggunakan kosa kata yang sesuai dalam konteks penulisan yang
diberikan.

Kata Kunci: program bacaan, pemetaan semantik, kosa kata.

585
Seminar Bahasa Melayu 2021
PENGENALAN

Penguasaan kosa kata merupakan antara masalah yang dihadapi murid


dalam pembelajaran bahasa Melayu. Ini mungkin disebabkan beberapa
perkara seperti kurang pendedahan kepada Bahasa Melayu di rumah, kurang
membaca dan sebagainya.

Sebagai langkah intervensi, jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Bedok Green telah melaksanakan Program Bacaan Berstruktur. Kajian
ini memperkenalkan Program Bacaan Berstruktur yang menggunakan
kaedah Pemetaan Semantik (Semantic Mapping) bagi membantu murid
mempertingkatkan penguasaan kosa kata mereka.

Penerapan elemen Amalan Pengajaran Singapura (STP) yang mendasari


kajian ini ialah Aspek Pengajaran (AP) Memperkasakan Pelajar dalam Proses
Pengajaran Budaya Positif di dalam Bilik Darjah. Bagi Penilaian dan Maklum
Balas pula, AP Menyokong Pembelajaran Secara Kendiri digunakan. Portal
SLS digunakan sebagai wadah bagi memantau perkembangan pembelajaran
kosa kata murid.

Oleh yang demikian, pengkaji ingin menambah nilai pengajaran dan


pembelajaran (PdP) dengan membuat kajian yang menggunakan Program
Bacaan Berstruktur dalam meningkatkan kosa kata dalam penulisan. Program
ini menggunakan kaedah Pemetaan Semantik yang dicungkil dari kaedah
Semantic Mapping oleh Baumann dan rakan-rakan (Baumann et al., 2002).

PERNYATAAN MASALAH

Dalam format peperiksaan Bahasa Melayu, komponen penulisan karangan


merupakan kertas dalam Bahagian Kertas 1. Dalam peperiksaan akhir tahun
2020, pengkaji mendapati bahawa murid Darjah 4 mendapat markah yang
kurang cemerlang bagi bahagian penulisan karangan. Lebih daripada 68%
mendapat aras pencapaian atau Achievement Level (AL5) ke bawah. Kurang
daripada 20% mendapat markah aras AL1 dan AL2.

586
Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
Pengkaji mendapati bahawa secara keseluruhan, murid lemah dalam
bahagian bahasa. Antara sebabnya ialah penguasaan kosa kata yang lemah.
Penggunaan kosa kata yang baik merupakan antara elemen yang terpenting
dalam komponen bahasa bagi pemarkahan kertas penulisan karangan.
Penggunaan kosa kata yang baik dapat membantu meningkatkan markah
komponen bahasa dalam penulisan karangan terutamanya bahagian karangan
bergambar.

Oleh itu, kajian ini memperkenalkan kaedah Pemetaan Semantik dalam


Program Bacaan Berstruktur bagi membantu murid mempertingkatkan
penguasaan kosa kata mereka. Keupayaan untuk menganalisis bahagian kata
juga membantu apabila murid mempelajari perbendaharaan kata yang tidak
diketahui. Sekiranya murid mengetahui maksud kata dasar dan imbuhan,
mereka lebih cenderung memahami perkataan yang mengandungi bahagian
kata ini. (Baumann et al., (2002); Baumann, Edwards, Boland, Olejnik, and
Kame’enui, (2003); Graves, (2004)),

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:

1. meninjau keberkesanan Program Bacaan Berstruktur bagi


meningkatkan kosa kata murid; dan
2. melihat peningkatan kosa kata murid dalam penulisan karangan.

KAJIAN LEPAS

Semua pendidik bahasa dan ahli linguistik pasti setuju bahawa penguasaan
kosa kata merupakan antara faktor penting dalam proses pembelajaran murid
untuk menjadi lebih fasih dalam bahasa tersebut, dari segi tulisan mahupun
lisan. Menurut Linse (2006), penguasaan kosa kata yang luas membantu
pembelajaran bahasa yang berkesan.

Menurut Wilkins (1987) pula, kosa kata merupakan asas dan tunjang
sesuatu bahasa. Tanpa kosa kata tiada bahasa. Tanpa penguasaan kosa

587
Seminar Bahasa Melayu 2021
kata yang luas dalam pelbagai konteks, murid tidak mampu berkomunikasi,
menyampaikan idea atau meluahkan perasaan dengan berkesan.

Menurut Vanessa Steele (2008), penggunaan perkara-perkara yang


visual seperti peta minda dan penyusun grafik merupakan salah satu aktiviti
pembelajaran penulisan yang berkesan. Ini merupakan strategi berstruktur
yang menunjukkan perkaitan idea. Dengan adanya informasi yang tersusun
dan berkaitan, murid dibantu untuk menyusun idea ketika menulis.

Antara kajian yang menyentuh pengajaran kosa kata melalui kaedah


permainan pula ialah kajian Keberkesanan App Bitara Kata dalam Pembelajaran
Kosa Kata oleh Dewi Kartika Sudirman dan Sharifah Hafsah Mohamed Hanifa
(2018), Penggunaan Kad Permainan Bagi Meningkatkan Penguasaan Kosa
Kata oleh Ridzuan Abrahim dan Natasa Liyana Lockman (2019) dan Penerapan
Strategi Didik Hibur Dalam Meningkatkan Kosa Kata Bagi Kemahiran Lisan
oleh Milahwati Hussain (2019) juga merupakan antara usaha para pendidik
setempat untuk membantu murid mempertingkatkan penguasaan kosa kata
murid.

Pada tahun 2020, Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Perempuan Haig


telah menjalankan kajian bertajuk Pengayaan Kosa Kata Dalam Karangan
Berdasarkan Gambar Bersiri Melalui Portal SLS. Menurut Norah dan Norasiken
(2020), strategi yang digunakan bagi kajian mereka dapat meningkatkan
kebolehan dan kemahiran murid menulis karangan bergambar dengan lebih
baik dan menarik. Ia telah dapat memperkayakan kosa kata murid bagi
membantu mereka menghasilkan karangan bergambar yang lebih bermutu.

Oleh itu, pengkaji ingin mengaplikasi Program Bacaan Berstruktur


yang menggunakan Pemetaan Semantik sebagai perkara yang visual untuk
membantu pembelajaran penulisan yang berkesan. Bagi pengajaran kosa kata
pula, penggunaan alat bantu pengajaran yang kreatif amat membantu dalam
PdP kosa kata, memandangkan profil murid terdiri daripada pelajar audio-
visual.

588
Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
Pengalaman menggunakan portal SLS semasa HBL telah menjadi satu
norma dan membiasakan guru dan murid dengan cara-cara menggunakan
portal tersebut dengan baik dan mahir. Setelah melakukan pelbagai latihan
menerusi portal SLS semenjak pemutus rantaian jangkitan COVID-19,
penggunaan portal tersebut kini menjadi wadah PdP yang lebih interaktif dan
menarik.

KAEDAH KAJIAN

Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 40 orang murid Darjah 4. Subjek kajian merupakan


kumpulan murid dari pelbagai kebolehan. 50% daripada mereka berada pada
aras kebolehan, 30% melebihi aras kebolehan dan 20% daripada praaras
kebolehan.

Instrumen Kajian

Kertas karangan berdasarkan gambar bagi peperiksaan akhir tahun, digunakan


sebagai instrumen mengumpul data prapembelajaran. Tajuk yang diberikan
dalam karangan bergambar tersebut ialah ‘Kitar Semula’. Tema yang berkaitan
adalah ‘Menjaga Alam Sekitar’.

Bagi instrumen mengumpul data pascapembelajaran pula, murid


diberikan latihan karangan berdasarkan gambar yang juga mempunyai tema
menjaga alam sekitar. Soalan karangan dipetik daripada pakej karangan
keluaran MLCS.

Sebagai langkah intervensi, guru menggunakan kaedah Pemetaan


Semantik seperti yang terpapar dalam Rajah 1.

589
Seminar Bahasa Melayu 2021
Rajah 1: Pemetaan Semantik

Portal SLS digunakan sebagai wadah untuk memperkasakan murid


dalam penggunaan kosa kata melalui bahan pengajaran seperti video
induksi, bacaan dan lain-lain. Bagi menggalakkan pembelajaran kendiri, guru
merancang pelajaran menggunakan portal SLS. Dalam portal SLS, terdapat 3
bahagian, yakni latihan Induksi, teks bacaan dan latihan kosa kata.

Prosedur Kajian

Kajian ini menerapkan elemen STP seperti AP Memperkasakan Pelajar dan AP


Mengajar Menyokong Pembelajaran Secara Kendiri

Sebagai prapembelajaran, murid telah mempelajari 15 perkataan dalam


dua unit dalam Buku Teks CEKAP yang bertemakan alam sekitar, yakni ‘Air Oh
Air’ dan ‘Pengalaman Berharga’. Murid belajar makna perkataan berdasarkan
konteks dalam petikan-petikan yang terdapat dalam unit-unit tersebut.

Bagi sesi pengajaran pertama, guru mengajar 7 perkataan dalam Unit


‘Air oh Air’, Buku Teks CEKAP 4B. Guru menggunakan kaedah Pemetaan
Semantik untuk mengajarkan perkataan-perkataan berikut berdasarkan
konteks dalam petikan-petikan yang terdapat dalam Buku Teks CEKAP.

Seterusnya, bagi sesi pengajaran kedua, murid melalui pembelajaran


dalam portal SLS berdasarkan 7 perkataan yang telah diajarkan. Latihan Induksi

590
Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
merupakan klip video ringkas mengenai tema teks bacaan. Murid menjawab
beberapa soalan kefahaman berdasarkan video tersebut. Seterusnya, murid
membaca teks yang telah disiapkan guru. Teks ini mengandungi ketujuh-tujuh
perkataan yang telah diajarkan, yang tersenarai dalam Unit ‘Air oh Air’. Dalam
latihan kosa kata, murid dikehendaki memberi makna perkataan, membina
ayat yang menunjukkan makna perkataan, memberi perkataan berlawan dan
membina ayat yang menunjukkan makna perkataan yang berlawan. Murid
tidak dibenarkan merujuk kepada nota atau pemetaan semantik yang telah
mereka lakukan.

Dalam sesi pengajaran ketiga, guru mengajar 8 perkataan baharu.


Perkataan ini terdapat dalam unit ‘Pengalaman Berharga’, Buku Teks CEKAP
4A. Guru menggunakan kaedah Pemetaan Semantik untuk mengajarkan
perkataan-perkataan berikut berdasarkan konteks dalam petikan-petikan
yang terdapat dalam Buku Teks CEKAP.

Dalam sesi pengajaran keempat, murid melalui pembelajaran dalam


portal SLS berdasarkan 8 perkataan tersebut. Prosesnya sama seperti
pengajaran kedua. Murid akan membaca teks yang telah disiapkan guru. Teks
ini mengandungi kelapan-lapan perkataan yang telah diajarkan.

Seterusnya, murid menulis karangan berdasarkan gambar. Murid


diberikan masa selama 40 minit untuk menyelesaikan tugasan ini.

Kaedah Pemetaan Sematik digunakan sebagai intervensi pada setiap


sesi apabila guru memperkenalkan perkataan-perkataan baharu kepada murid.
Proses ini bertujuan untuk membantu murid mengenal pasti, memahami,
mengaplikasi dan menambah nilai kosa kata baharu dalam pembinaan ayat
khususnya dalam penulisan karangan mereka kelak.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada penggunaan kosa kata yang


dipelajari dalam kalangan murid praaras kebolehan, pada aras kebolehan dan
melebihi aras kebolehan (LP, MP dan HP).

591
Seminar Bahasa Melayu 2021
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada penggunaan kosa kata yang
Dapatan
dipelajari kajian
dalam menunjukkan
kalangan peningkatan
murid praaras pada penggunaan
kebolehan, kosa katadan
pada aras kebolehan yang
dipelajari
melebihi aras dalam kalangan
kebolehan (LP, MPmurid
dan praaras kebolehan, pada aras kebolehan dan
HP).
Secara
melebihi araskeseluruhan,
kebolehan (LP, terdapat peningkatan dalam jumlah penggunaan
MP dan HP).
kosa kata dalam
Secara senarai, dalam
keseluruhan, terdapatkalangan murid
peningkatan MPjumlah
dalam dan HP. Dalam kalangan
penggunaan kosa
kata dalam Secara keseluruhan,
senarai, dalam terdapat
kalangan peningkatan
murid MP dalam
dan HP. jumlah
Dalam penggunaan
kalangan murid kosa
murid LP pula, tiada peningkatan yang signifikan bagi jumlah kosa kataLPyang
kata
pula, dalam
tiada senarai, yang
peningkatan dalamsignifikan
kalanganbagi
murid MP dan
jumlah kosaHP.kataDalam kalangan murid
yang digunakan dalam LP
digunakan
karangan dalam
pula, tiada
seperti karangan
peningkatan
yang yangseperti
ditunjukkan dalanyang
signifikan bagiditunjukkan
Rajah jumlah
2 kosa dalan
berikut. Rajah
kata yang 2 berikut.
digunakan dalam
karangan seperti yang ditunjukkan dalan Rajah 2 berikut.
Rajah 2: Dapatan Kajian Peningkatan Kosa Kata Bagi Kumpulan LP
Rajah 2: Dapatan
Rajah Kajian
2: Dapatan Peningkatan
Kajian PeningkatanKosa
KosaKata
KataBagi
BagiKumpulan
KumpulanLP
LP

Taburan Penggunaan Kosa Kata LP


1.2 Taburan Penggunaan Kosa Kata LP
1.2 1 1 1 1 Sebelum Intervensi
1 1 1 1 1 Sebelum Intervensi
1
0.8 Selepas Intervensi
0.8 Selepas Intervensi
0.6
0.6
0.4
0.4
0.2
0.2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 Hilfy Alawi Arafat Mehreen * Clark Shaindra Sulaiman Danial
Hilfy Alawi Arafat Mehreen * Clark Shaindra Sulaiman Danial

Dalam
Dalam kalangan
kalangan murid
murid MP MP pula,
pula, sebanyak
sebanyak38% 38%murid
muridmenunjukkan
menunjukkan
peningkatan Dalam
peningkatan dalamkalangan
dalam penggunaan muridkosa
penggunaan MPkosapula,
kata sebanyak
kata
yang yang 38%
terdapat dalammurid
terdapat menunjukkan
dalam
senarai senarai
semasa
peningkatan
penulisan dalam
karangan. Silapenggunaan
lihat Rajah 3.kosa kata yang terdapat dalam senarai semasa
semasa penulisan
penulisan karangan.
karangan. Sila lihatSila
Rajahlihat
3. Rajah 3.
Rajah 3: Dapatan Kajian Peningkatan Kosa Kata Bagi Kumpulan MP
Rajah 3: Dapatan Kajian Peningkatan Kosa Kata Bagi Kumpulan MP
Rajah 3: Dapatan Kajian Peningkatan Kosa Kata Bagi Kumpulan MP
Taburan Penggunaan Kosa Kata MP
9 8 8 Taburan Penggunaan Kosa Kata MP
8 9 87 8 Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
7 Sebelum Intervensi Selepas Intervensi 7 7
7 8 7 7 7 7
6 6
6 7 6 6
5
5 6 5
4 4 4 44 44 44 4 4 44 4
4 5 43 3 43 4 4 4 4 43 44 4 4 44 4
3 3 3
3 4 33 3 3 2 3 3 32 2
22 2
2 3 2 22 2 22 11
1 2 11
00
0 1 00
0

Dalam kalangan murid HP pula, terdapat peningkatan dalam


penggunaan kosa kata dalam penulisan karangan. Sebanyak 94% orang
murid menggunakan senarai kosa kata dalam penulisan karangan seperti yang
dipaparkan dalam Rajah 4 berikut.

592
Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
Dalam kalangan murid HP pula, terdapat peningkatan dalam penggunaan kosa
kata dalam penulisan karangan. Sebanyak 94% orang murid menggunakan senarai
kosa kata dalam penulisan karangan seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4 berikut.

Dalam4:kalangan
Rajah Dapatanmurid HP
Kajian pula, terdapat
Peningkatan peningkatan
Kosa Kata Bagidalam penggunaan
Kumpulan LP kosa
kata dalam
Rajah 4:penulisan
Dapatan karangan. Sebanyak 94%
Kajian Peningkatan Kosaorang
Katamurid
Bagimenggunakan
Kumpulan LPsenarai
kosa kata dalam penulisan karangan seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4 berikut.
Taburan Penggunaan Kosa Kata HP
12Rajah 4: Dapatan Kajian Peningkatan Kosa Kata Bagi Kumpulan LP
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
10
10 9 9 9 9 9 9
8
Taburan Penggunaan
8
Kosa Kata HP
8 12
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
10
10 6
6 9 9 9 9 9 9
5 5 55
8 8
84 4 4 4 4 44 4
4 3 3 6
6 5 5 55
2
4 4 4 4 4 44 4
4 3 3
0
2

DalamDalamkalangan
kalanganmurid LPpula,
murid LP pula, tiada
tiada peningkatan
peningkatan dari
dari segi segi penggunaan
penggunaan jumlah
jumlah kosa kata. Kosa kata yang digunakan juga tiada perbezaan, perkataan
kosa kata. Kosa kata yang digunakan juga tiada perbezaan, yakni hanya yakni hanya
‘menuju’ sahaja
Dalamyang digunakan
kalangan sebelum
murid LP danpeningkatan
pula, tiada selepas intervensi
dari segi seperti dalam
penggunaan Rajah
jumlah
perkataan
kosa‘menuju’
5 berikut.kata. Kosa sahaja
kata yangyang digunakan
digunakan juga tiada sebelum
perbezaan, dan
yakni selepas intervensi
hanya perkataan
seperti dalam
‘menuju’Rajah 5 berikut.
sahaja yang digunakan sebelum dan selepas intervensi seperti dalam Rajah
Rajah 5: Dapatan Kajian Penggunaan Kosa Kata Bagi Kumpulan LP
5 berikut.

RajahRajah
5: Dapatan Taburan
5: Dapatan Kajian Jumlah
Kajian PenggunaanKosa
Penggunaan KataKata
Kosa
Kosa LP Bagi
Kata
BagiKumpulan
KumpulanLP
LP
Sebelum intervensi Selepas Intervensi
2.5 Taburan Jumlah Kosa Kata LP
2 2 Sebelum intervensi Selepas Intervensi
2 2.5
22
1.5 2

1 1.5

1
0.5
0.5
0
0

RajahRajah6 6menunjukkan,
menunjukkan, dalamdalamkalangan murid MP
kalangan pula, MP
murid terdapat 5 perkataan
pula, terdapat 5
Rajahyang
dalam senarai 6 menunjukkan, dalam karangan
digunakan dalam kalangan murid MP intervensi
sebelum pula, terdapat
dan58perkataan
perkataan
perkataan
selepasdalam
dalam senarai
senarai yang
intervensi. yang digunakan
digunakan
Bagi perkataan dalam dalam
karangan
yang digunakan karangan
sebelum
sebelumintervensisebelum
dan
dan sesudah 8 intervensi
perkataan
intervensi,
selepas intervensi. Bagi perkataan yang 6
digunakan sebelum dan sesudah yang
intervensi,
dan 8semuanya
perkataan menunjukkan peningkatan.
selepas intervensi. Bagi perkataan
perkataandalam
yangsenarai
digunakan sebelum
semuanya menunjukkan peningkatan. 6 perkataan dalam senarai yang tidak
tidak

dan sesudah intervensi, semuanya menunjukkan peningkatan. 6 perkataan


dalam senarai yang tidak digunakan dalam karangan sebelum intervensi,
digunakan selepas intervensi. 3 perkataan dalam senarai yang digunakan
sebelum intervensi, tidak digunakan selepas intervensi.

593
Seminar Bahasa Melayu 2021
digunakan dalam karangan sebelum intervensi, digunakan selepas intervensi. 3
perkataan dalam senarai yang digunakan sebelum intervensi, tidak digunakan
selepas intervensi.
digunakan dalam karangan sebelum intervensi, digunakan selepas intervensi. 3
Rajah dalam
perkataan 6: Dapatan Kajian
senarai Penggunaan
yang digunakanKosa Kata Bagi
sebelum Kumpulan
intervensi, tidakMP
digunakan
Rajah
selepas 6: Dapatan Kajian Penggunaan Kosa Kata Bagi Kumpulan MP
intervensi.
Taburan
Rajah 6: Dapatan Jumlah KosaKosa
Kajian Penggunaan KataKata
MPBagi Kumpulan MP
30
Sebelum intervensi Selepas Intervensi 26
25 Taburan
21 Jumlah Kosa Kata MP
19
20 30
Sebelum
15 intervensi Selepas Intervensi 26
15 25 13 13
11 11 21
19 10
10 20
155 5
15 13 13 4
5 11 11 2
10
10
0 5 5 4
5 2
0

Rajah 7 pula menunjukkan bahawa dalam kalangan murid HP, terdapat 7


perkataanRajahdalam senarai
7 pula yang digunakan
menunjukkan dalamkalangan
bahawa dalam karangan sebelum
murid intervensi
HP, terdapat 7
danperkataan
10 perkataan selepasyang
dalam senarai intervensi.
digunakan Bagi
dalamperkataan yang digunakan
karangan sebelum intervensi dansebelum
10
Rajah 7 intervensi.
pula menunjukkan bahawa yang
dalamdigunakan
kalangan sebelum
murid HP,dan terdapat 7
danperkataan
sesudah selepas
perkataan intervensi,
dalam senarai
Bagi perkataan
semuanya menunjukkan
yang digunakan dalam karangan peningkatan.
sebelum 6 sesudah
intervensi perkataan
dan 10
intervensi, semuanya menunjukkan peningkatan. 6 perkataan dalam senarai yang
dalam perkataan
tidaksenarai selepas
digunakanyang intervensi.
dalamtidak Bagi
digunakan
karangan perkataan yang digunakan
dalam karangan
sebelum intervensi, sebelum
sebelum
digunakan selepas dan sesudah
intervensi,
intervensi. 3
intervensi, semuanya menunjukkan peningkatan. 6 perkataan dalam senarai yang
perkataanselepas
digunakan dalam senarai yang digunakan
intervensi. 3 sebelumdalam
perkataan intervensi, tidak digunakan
senarai yang dalam
digunakan
tidak digunakan dalam karangan sebelum intervensi, digunakan selepas intervensi. 3
karangan selepas
perkataan
intervensi.
dalamtidak
senarai yang digunakan sebelum intervensi, tidak digunakan dalam
sebelum intervensi, digunakan dalam karangan selepas intervensi.
karangan selepas intervensi.
Rajah 7: Dapatan Kajian Penggunaan Kosa Kata Bagi Kumpulan HP
Rajah 7: Dapatan Kajian Penggunaan Kosa Kata Bagi Kumpulan HP
Rajah 7: Dapatan Kajian Penggunaan Kosa Kata Bagi Kumpulan HP
Taburan Jumlah Kosa Kata HP
18 17Taburan Jumlah Kosa Kata HP
16 Sebelum intervensi Selepas Intervensi
16 18 17
16 Sebelum intervensi Selepas Intervensi
14 16
13 13 13 13
12
12 14 11 13 13 13 13
12 10
10 12 11
10
8 10
6 8 55
55 4
4 63 3 4
3 3 2 2 2
2 4 2 2 2
2
0
0

Terdapat
Terdapat perbezaan
perbezaan
Terdapat perbezaan dari
dari segi
segi
dari segikosa
kosa kata
kosakata
kata yang
yang
yang banyak
banyak
banyak digunakan
digunakan
digunakan sebelum
sebelum
sebelum dan
dan
dan sesudah intervensi. Ini disebabkan gambar dan jalan cerita sesebuah
sesudah intervensi.
sesudah Ini
intervensi. disebabkan
Ini disebabkan gambar
gambar dan
danjalan
jalancerita
cerita sesebuah
sesebuah karangan
karangan itu
itu
karangan itu mempengaruhi kosa kata yang digunakan. Walaupun kajian ini
mengekalkan tema karangan yakni menjaga alam sekitar, gambar-gambar
yang diberikan serta jalan cerita terdapat sedikit kelainan.

594
Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
KESIMPULAN

Program Bacaan Berstruktur yang menggunakan kaedah Pemetaan Semantik


bagi kajian ini ternyata telah dapat meningkatkan penggunaan kosa kata
murid bagi membantu mereka menghasilkan karangan bergambar yang lebih
bermutu.

Penggunaan portal SLS juga telah membantu murid mengukuhkan


pemahaman mereka terhadap makna dan penggunaan semua kosa kata
yang terdapat dalam senarai. Video-video induksi dan petikan-petikan
yang digunakan telah membantu murid memahami makna kosa kata dalam
sesebuah konteks.

Guru-guru Sekolah Rendah Bedok Green merancang untuk


meningkatkan dan memperluas Program Bacaan Berstruktur menggunakan
kaedah Pemetaan Semantik apabila subjek kajian melangkah ke Darjah 5
kelak. Mereka juga ingin menjalankan program tersebut dengan murid Darjah
4 pada tahun hadapan.

Guru yang turut terlibat dalam kajian:


1. Muhammad Khairi Iqbal

RUJUKAN

Kamariah dan Zurianah (2017). Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Pelajar.


Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna Seminar Bahasa Melayu
2020. Diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi
Guru Singapura. Kementerian Pendidikan Singapura

Linse, Caroline T (2006). Practical English language teaching: young learners.


New York: McGraw-Hill

Norah dan Norasiken (2020). Pengayaan Kosa Kata Dalam Karangan


Berdasarkan Gambar Bersiri Melalui Portal SLS. Memanfaatkan
Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran Seminar Bahasa Melayu 2020.

595
Seminar Bahasa Melayu 2021
Diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru
Singapura. Kementerian Pendidikan Singapura.

Vanessa Steele (2008). How to approach discursive writing. http://www.


teachingenglish.org.uk/think/write/discursive write.shtml.

https://www.readnaturally.com/research/5-components-of-reading/vocabulary

596
Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Berbahasa

You might also like