You are on page 1of 76

1.

0 PENDAHULUAN

Pada bahagian ini, penerangan berkaitan pengenalan, refleksi pengajaran dan

pembelajaran yang lalu serta refleksi nilai pendidikan secara terperinci. Kaedah

‘Magic Slide’ digunakan dalam meningkatkan kemahiran mengeja KV+KV bagi

murid-murid tahun 2 pemulihan yang bermasalah pendengaran.

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, pendidikan pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun

1960an bagi membantu murid-murid sekolah rendah yang menghadapi masalah

pembelajaran khususnya masalah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal

terutamanya di Tahun 1 adalah amat penting untuk mengatai masalah “Academic

Deficit” dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga

ke sekolah menengah. Pengajaran pendidikan khas direka bentuk mengikut

keperluan kanak-kanak kurang upaya. Di Malaysia, murid berkeperluan khas

telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu murid bermasalah pendengaran,

murid bermasalah penglihatan dan murid bermasalah pembelajaran.

1
Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk

melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-

kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh

diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang

boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan (Zainal & Suhaila, 2010). Mojuntin

(1997) menyatakan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami

kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak

dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak

lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut.

Alia Shafini (2011) menerangkan murid-murid bermasalah pendengaran

hanya dapat melihat objek yang nyata seperti perkara-perkara konkrit secara

visualisasi manakala perkataan abstrak atau kata adjektif yang lain tidak dapat

dilihat dengan mata kasar hanya boleh diertikan dengan kata lain bagi

memudahkan kefahaman murid bermasalah pendengaran. Oleh itu, Abd Aziz

(2000) menyatakan guru perlu memberi galakkan kepada murid-murid supaya

banyak membaca terutama pada peringkat sekolah rendah kerana peringkat ini

asas bahasa seperti ejaan, perbendaharaan kata dan tatabahasa yang ada pada

murid-murid belum kukuh. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting

bagi meningkatkan kemahiran mengeja dalam kalangan murid.

Oleh sebab murid-murid bermasalah pendengaran belajar melalui

penglihatan atau bahan berbentuk visual, mereka boleh dilatih dengan belajar

mengeja dan mengingati sesuatu perkataan melalui kaedah tertentu

menggunakan bahan bantu belajar khusus berorentasikan visual. Oleh yang

demikian, dalam kajian ini saya memilih satu kaedah untuk mengajar murid-
2
murid bermasalah pendengaran iaitu Kaedah “Magic Slide” berbantukan

“Microsoft Powerpoint” khusus untuk mengajar murid-murid yang dipilih

sebagai subjek dalam kajian ini.

Kesimpulannya, penyelidikan tindakan terhadap murid pemulihan khas

bermasalah pendengaran yang tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dua

suku kata KV+KV perlu dilaksanakan untuk merealisasikan kehendak dasar

pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan guru sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.

Saya mengajar murid-murid Pemulihan Khas bermasalah pendengaran di SK

Pendidikan Khas Selangor. Murid Pemulihan Khas terdiri daripada murid tahun

dua dan tiga. Murid yang mengikuti kelas pemulihan khas merupakan murid

yang tidak menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Melalui pemerhatian di kelas, dua orang murid ini kurang berminat dalam

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Murid tidak memberi tumpuan

semasa guru matapelajaran mengajar. Tugasan yang diberikan tidak dapat

disempurnakan dan disiapkan mengikut kehendak guru matapelajaran. Kanak-

kanak bermasalah pendengaran sering menghadapi masalah dalam aspek bahasa.

Kegagalan kemahiran mengeja dengan baik menjadi bertambah teruk akibat

ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan. Keadaan ini menjadi lebih ketara

bagi individu yang bermasalah pendengaran kerana kesukaran mereka untuk

mendapat akses bahasa yang mempunyai kaitan dengan literasi.


3
Secara umumnya, berdasarkan pemerhatian saya telah mengesan masalah

yang dihadapi oleh murid pemulihan tahun dua adalah sukar untuk mengingat

kembali perkataan yang telah dieja serta sukar mengeja perkataan yang

diisyaratkan oleh guru dengan menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu

(KTBM). Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengesan kelemahan murid

dalam penguasaan kemahiran mengeja KV+KV dalam kalangan murid

pemulihan di Shah Alam. Melalui pemerhatian saya, murid bermasalah

pendengaran sering mengalami masalah dari segi kemahiran mengeja. Mereka

sering kali lupa ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan. Sebagai contoh,

perkataan ‘batu’ dieja sebagai ‘datu’. Mereka hanya dapat mengeja sesuatu

perkataan dengan betul apabila diberi latih tubi oleh guru.

Murid bermasalah pendengaran selalu menggugurkan huruf daripada

berkataan yang betul kerana mereka lupa ejaan perkataan yang betul dengan

sepenuhnya. Mereka akan merungut apabila diminta untuk mengingati suku kata

KV+KV. Permasalah ini dapat dikenal pasti melalui pemerhatian terhadap

lembaran kerja dan ujian murid. Selain itu, murid bermasalah pendengaran

berminat untuk mengingati ejaan perkataan melalui bantuan visual.

Guru memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan aspek

kemahiran mengeja murid-murid pemulihan bermasalah pendengaran. Melalui

pemerhatian saya, aspek ejaan kurang ditekankan oleh guru yang mengajar tahun

dua. Biasanya, sebahagian besar aspek ejaan tidak diajar oleh guru secara

formal, melainkan pada peringkat awal persekolahan rendah (Abd. Aziz, 2000).

Oleh itu, kesalahan ejaan masih lagi terdapat dalam kalangan murid tahun dua.

4
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Refleksi pengajaran dan pembelajran pula sesuatu yang didapati oleh

penyelidikan sewaktu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Refleksi

nilai pendidikan pula berkaitan nilai pendidikan yang digunakan dalam

penyelidikan yang dijalankan penyelidik (Rosinah, 2011).

Menurut Shahril (2005), amalan pengajaran guru yang berkesan dan

bermakna sekiranya guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran

dan pembelajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM) dan mendalami isi

kandungan yang hendak diajar. Penggunaan bahan bantu belajar memainkan

peranan yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu

Belajar (BBB) merupakan bahan yang dapat digunakan oleh guru dalam

membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Effandi

(2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang.

Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa, dan sebagainya.

Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian

berbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Penggunaan bahan

berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu kaedah

atau strategi yang menarik minat murid-murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Saya memberikan pandangan kepada setiap guru bahawa setiap

guru perlulah peka dan memikirkan alternatif yang terbaik dengan menggunakan

media seperti ‘Magic slide’ dalam meransang murid-murid cenderung menguasai

kemahiran mengeja serta membaca. Saya melihat tidak ramai guru-guru

menggunakan komputer sebagai alat membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.
5
Penggunaan bahan berbantukan komputer boleh membantu guru sekolah

untuk menghasilkan pelbagai jenis bahan pengajaran. Perkembangan teknologi

dan kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan tindakan dan

usaha yang berkesan untuk meningkatkan keupayaan teknologi serta penggunaan

komputer dalam menghasilkan bahan-bahan pengajaran. Penggunaan

pengkomputeran dalam bilik darjah akan dipertingkatkan. Oleh itu, sekolah

bestari diharap akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berkemahiran

menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat

khususnya untuk mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun

2020 kelak (Mahathir, 1998).

Penggunaan ‘Magic Slide’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari kemahiran mengeja dalam

kalangan murid pemulihan bermasalah pendengaran. Melalui penghasilan

‘Magic Slide’, murid akan belajar berbantukan komputer dengan menggunakan

perisian powerpoint. Dengan itu, penerapan teknologi maklumat diterapkan

semasa pengajaran dilaksanakan.

Selain itu, Aziz Saleh (1993), menjelaskan tanpa Bahan Bantu Belajar

(BBB) proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Hal ini

adalah kerana murid-murid mudah berasa bosan. BBB amat penting untuk

mengajar murid-murid bermasalah pendengaran. Untuk memudahkan lagi

kefahaman mereka, guru-guru perlu membawa benda maujud semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru-guru pendidikan khas perlu kreatif

dan inovatif dalam mengajar murid-murid khas terutamanya murid bermasalah

pendengaran.
6
2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam bahagian ini, fokus kajian akan dihuraikan dan dikupas dengan lebih

terperinci secara mendalam. Daripada permasalahan yang timbul, saya akan cuba

mencari penambahbaikan dan mengatur strategi dalam menyelesaikan

permasalahan yang berlaku.

2.1 Isu Kajian

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan ejaan perkataan

dua suku kata KV+KV dalam kalangan dua orang murid bermasalah

pendengaran di Kelas Pemulihan yang sedang belajar di salah sebuah sekolah

pendidikan khas. Dua orang murid ini dilihat mempunyai masalah dalam

mengingat ejaan yang ditunjukkan. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk

menjawab soalan terutamanya apabila melibatkan permainan bahasa.

Gargiulo dan Kilgo (2001, dalam Jamila, Mohd Hanafi & Rosadah, 2004)

menyatakan bahawa ‘masalah ejaan menjadi lebih ketara bagi individu yang

bermasalah pendengaran disebabkan oleh 173 kesukaran untuk mendapat akses

bahasa’. Sekiranya murid tidak mengingat ejaan yang diberikan, ini akan

menjejaskan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Selain itu,
7
akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana

murid tersebut akan mengambil masa yang lama untuk mengeja perkataan dua

suku kata KV+KV.

Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

‘Magic Slide’ dapat meningkatkan kemahiran mengeja dalam kalangan murid

pemulihan tahun dua bermasalah pendengaran.

2.1.1 Tinjauan Awal

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis Ujian

Diagnostik, pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu terhadap subjek kajian di dalam kelas dan

dapatan soal selidik bersama guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar

subjek yang sama sebelum ini.

UJIAN

SOAL SELIDIK PEMERHATIAN

Rajah 1. Trigulasi kajian


8
Trigulasi kajian adalah hasil daripada Somekh. Tujuan utama

trigulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data

kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza

(Somekh, 1989). Bagi tinjauan awal, saya menggunakan kaedah

triangulasi yang melibatkan tiga kaedah pengumpulan data iaitu

pemerhatian tidak berstruktur, kaedah ujian dan kaedah temu bual.

Kaedah ujian yang digunakan melibatkan dua ujian iaitu ujian diagnostik

dan ujian pra. Pendapat Somekh disokong oleh Gay & Airasian (2000)

menyatakan trigulasi digunakan untuk membandingkan pelbagai

keputusan dan cara menganalisis data.

Pemerhatian tidak berstruktur dijalankan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Masalah-masalah

yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran

akan dicatat. Pemerhatian ini adalah mengesan kelemahan yang sentiasa

dilakukan oleh murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Menurut

Mohd Najib (1999), semasa pemerhatian tidak berstruktur penyelidik

akan mencatat beberapa perkara yang diperhatikan seperti masa dan

tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti

yang dijalankan dan refleksi penyelidik.

Saya juga turut menjalankan ujian diagnostik terhadap murid yang

dipilih. Ujian diagnostik (Lampiran A) dilakukan bagi mengesan daerah

kelemahan murid dengan lebih teliti. Ujian diagnostik yang dilaksanakan

mengandungi empat kemahiran mengeja yang ingin diuji seperti

kemahiran mengeja perkataan KVK, VKV, V+KVK dan KV+KV.


9
Murid diberikan masa selama satu jam untuk menjawab ujian diagnostik

tersebut. Ujian diagnostik ini telah dijalankan pada bulan Julai 2014 lagi.

Ujian pra dilaksanakan selepas menjalani ujian diagnostik. Ujian

pra (Lampiran B) dijalankan khusus mengikut daerah kelemahan murid

yang telah dikesan. Ujian pra dijalankan oleh saya sebelum sesi

intervensi dijalankan kepada murid. Di dalam ujian pra yang dibuat, saya

telah mengesan murid tidak menguasai kemahiran mengeja suku kata

KV+KV.

Bagi kaedah temu bual, saya telah melaksanakan temu bual secara

separa struktur. Temu bual secara separa struktur melibatkan separa

formal iaitu terdapat sesetengah soalan telah disediakan oleh pengkaji

sebelum temu bual dijalankan (Lampiran C). Kaedah temu bual

melibatkan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang mengajar murid

tersebut. Pada sesi temu bual, saya ingin mengetahui prestasi murid

dalam kemahiran mengeja suku kata KV+KV. Selain itu, saya bertanya

mengenai tingkah laku dan reaksi murid semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas.

10
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Jadual 1
Analsisi Tinjauan Masalah

Langkah Cara penilaian Masalah yang dikenalpasti


dan tarikh
Langkah 1 Pemerhatian i. Murid sukar mengeja perkataan yang panjang.
(7 Julai – tidak ii. Murid mudah lupa perkataan yang dieja.
11 Julai berstruktur iii. Murid tidak dapat mengingati ejaan perkataan
2014) yang ditekankan.
iv. Murid bergantung dengan bimbingan daripaa
rakan dan guru apabila diminta mengeja sesuatu
perkataan.

Langkah 2 Ujian i. Murid diberi satu set soalan yang mempunyai


(4 Ogos diagnostik empat kemahiran iaitu : KVK, VKV, V+KVK
2014) dan KV+KV
ii. Murid tidak dapat menjawab soalan kemahiran
suku kata KV+KV.
iii. Murid sukar menjawab soalan yang berbentuk isi
tempat kosong.

Langkah 3 Ujian pra i. Menyediakan ujian pra kemahiran suku kata


(5 KV+KV.
September ii. Hasil ujian pra menunjukkan murid mengalami
2014) masalah ejaan. Purata markah yang diperolehi
adalah 0 peratus.

Langkah 4 Temu bual i. Temu bual dengan guru mata pelajaran Bahasa
(8 Malaysia menyatakan murid mempunyai masalah
September dalam kemahiran mengeja suku kata KV+KV
2014) ii. Punca masalah adalah murid mudah lupa
pengajaran dan pembelajaran yang diajar.
iii. Daya ingatan murid yang lemah
iv. Tiada latih tubi di rumah.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


11
Pemilihan fokus kajian yang dipilih adalah berdasarkan beberapa

kriteria yang boleh diguna pakai oleh saya untuk diapalikasikan kepada

kumpulan sasaran yang telah dipilih saya. Saya memilih kaedah ‘Magic

Slide’ sebagai medium untuk melaksanakan intervensi ke atas

permasalahan kajian iaitu untuk meningkatkan kemahiran membaca dan

mengeja dua suku kata bahasa melayu KV+KV dalam kalangan murid

pemulihan khas tahun dua bermasalah pendengaran. Kriteria pemilihan

fokus kajian dan kaedah intervensi menggunakan ‘Magic Slide’ adalah

seperti kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan,

kolaborasi dan kerelevan kepada sekolah.

Pemilihan fokus kajian dan kaedah intervensi yang digunakan

adalah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti

berikut:

1. Kebolehtadbiran

Bagi memulakan kajian ini, saya telah mengambil beberapa aspek

yang penting untuk menjalankan kajian ini iaitu dari aspek masa, kos dan

pengurusan.

Dari segi aspek masa, kekangan masa seperti terdapat pelaksanaan

program di sekolah, ia mengurangkan dan mengehad masa saya dan

murid untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran, saya

hanya dapat berjumpa dengan murid ketika proses pengajaran dan

pembelajaran pada sesi kelas pengajaran dan pembelajaran saya.

Dari segi kos, tiada kos yang tinggi dalam menggunakan kaedah

ini, kerana ‘Magic slide’ ini hanya menggunakan komputer dan Microsoft
12
PowerPoint. Persembahan media ini sangat mudah untuk dikendalikan

dan didapati. Penggunaan media persembahan ini melalui visual, grafik

dan gambar boleh meransang proses penguasaan membaca dan mengeja

nurid-murid.

Di samping itu, dari segi pengurusan setiap guru boleh

mengaplikasikan kaedah ‘Magic slide’ dalam proses pengajaran dan

pembelanjaran sebagai alternatif pengajaran yang boleh mengantikan

kaedah yang lama. Aspek kebergantungan murid-murid terhadap bahan

berunsurkan visual, saya berpendapat dan berharap kaedah ini sesuai dan

senang untuk ditadbir di sekolah

2. Kepentingan

Setiap isu dan permasalah yang dikaji mempunyai

kepentingannya. Kepentingan kajian yang dilaksanakan saya adalah

untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan mengeja

KV+KV dengan menggunakan kaedah ‘Magic slide’. Memandangkan

terdapat murid-murid yang bermasalah pendengaran, maka saya

menggunakan kaedah ini dalam memberikan ransangan yang positif

kepada murid-murid meningkatakan kemahiran membaca dan mengeja

mereka. Ejaan memainkan peranan yang penting dan perlu dikuasai

dengan betul. Sekiranya tidak dikuasai, mereka akan menghadapi

masalah dalam menjawab soalan berbentuk penulisan. Kaedah ‘Magic

Slide’ yang digunakan mampu merangsangkan minat murid-murid untuk

belajar mengenal huruf, gambar dan mengeja perkataan tersebut. Ia


13
merupakan cara yang terbaik dalam menarik murid-murid untuk belajar

kerana zaman sekarang ini murid-murid lebih cenderung pada teknologi

dan media. Kaedah ‘Magic Slide’ mampu memberikan imaginasi murid

untuk berfikir dan meningkatkan kemahiran mereka.

3. Kebolehgunaan

Kaedah ‘Magic Slide’ digunakan secara menyeluruh dalam

meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja bagi murid-murid

pemulihan tahun dua. Di samping itu menguasai KV+KV untuk murid-

murid lebih mengetahui pentingnya KV+KV dalam kehidupan harian

murid-murid. Saya merasakan kaedah ini dapat menarik minat murid

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini tidak

menggunakan menggunakan powerpoint untuk menyampaikan maklumat

kepada murid-murid. Cara ini dilihat membantu murid-murid

pendengaran, ia disebabkan murid-murid ini bergantung kepada deria

penglihatan. Secaranya amnya, pandangan secara visual amat penting

dalam perkembangan membaca (Pierangelo & Giuliani, 2009)

4. Kawalan

Bagi aspek kawalan, saya lebih memfokuskan kepada aspek

kawalan murid. Murid dapat dikawal tingkah laku mereka semasa kajian

dilaksanakan. Murid mampu menerima arahan dengan baik apabila

kajian dijalankan. Saya membuat pengawalan sendiri terhadap kajian

yang dibuat. Saya juga cuba mencari kaedah yang bersesuai yang boleh
14
membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mengeja dengan

penggunaan berbantukan komputer.

5. Kolaborasi

Sepanjang kajian ini dilaksanakan, saya telah berkolaborasi

dengan pelbagai pihak untuk mengkaji dan mengumpulkan data yang

diperlukan. Pihak-pihak yang bekerjasama membantu saya menjalankan

kajian adalah seperti pentadbir sekolah, guru-guru kelas, guru

matapelajaran, dan murid-murid yang menjadi murid iaitu peserta kajian.

Pihak-pihak yang berkolaborasi ini banyak membantu saya sepanjang

proses kajian bermula sehingga akhir kajian. Menurut Ahmad Fadzli

(2007), kolaborasi merupakan salah satu budaya kerja yang cemerlang.

Saya amat menghargai setiap bantuan daripada pelbagai pihak dalam

memastikan kajian saya berjalan dengan lancar.

6. Kerelevan kepada sekolah

Pemilihan fokus kajian untuk meningkatkan kemahiran membaca

dan mengeja KV+KV dikalangan murid-murid pemulihan perlu memberi

manfaat kepada pihak sekolah. Saya menggunakan kaedah ‘Magic Slide’

untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan.

Penggunaan kaedah ‘Magic Slide’ dapat membantu guru untuk melatih

murid mengeja. Walaupun masih mempunyai masalah pendengaran

tetapi mereka masih lagi boleh menggunakan deria penglihatan mereka

untuk menerima dan belajar. Saya berharap kaedah yang digunakan ini
15
mampu memberikan ransangan yang positif kepada setiap murid dan

pihak sekolah supaya mereka menguasai kemahiran membaca dan

mengeja.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

Tinjauan literatur dilakukan bagi meninjau pendapat penyelidik lain

mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh

saya. Tinjauan literature ini melibatkan teori, model, pendekatan dan teknik

yang sesuai dan berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, kajian-kajian yang lepas

juga dimasukkan bagi menunjukkan bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan

kajian ini.

2.2.1 Teori/Model/Pendekatan/Strategi Berkaitan

Pada kajian ini, teori yang digunakan oleh saya bagi menjalankan

kajian ini ialah Teori Perkembangan Bahasa dari perspektif

Behaviorisme. Teori ini dipelopori oleh B.F Skinner (1957, dalam Mok

Soon Sang, 2009) menyatakan bahawa bahasa dikuasai melalui proses

pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran

bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan. Menurut Kamarudin (2000),

teori ini amat menekankan latih tubi yang bertujuan untuk membentuk

satu kebiasaan baru bagi murid. Bagi kanak-kanak pekak, latih tubi yang

bermakna perlu untuk memastikan bahawa apa yang dipelajari oleh murid
16
kekal dalam ingatan mereka dengan rangsangan yang sesuai (Aliza,

2001).

Selain itu, Teori Pelaziman Operan turut dikaitkan dengan kajian

yang dijalankan oleh saya. Teori ini dipelopori oleh Edward L.

Thondike. Teori ini mementingkan pembelajaran hasil gabungan antara

rangsangan dan gerak balas. Kesan rangsangan dan gerak balas akan

bertambah apabila sesuatu perubahan yang menyeronokkan berlaku

dalam persekitaran pembelajaran murid. Apabila rangsangan berlaku,

minat murid untuk belajar akan bertambah. Bagi merangsang murid

minat belajar, peneguhan positif diberikan seperti memberi pujian dan

token.

Secara khususnya gambar dan visual berfungsi sebagai salah satu

medium dalam menarik perhatian, menjelaskan idea, mengilustrasikan

fakta yang berkemungkinan cepat dilupakan atau diabaikan sekiranya

tidak digambarkan.

2.2.2 Kajian Lepas

Kemahiran mengeja ialah kemahiran mengenal pasti huruf-huruf

serta menyusun dan membina huruf-huruf sehingga membentuk

perkataan (Syed Abu Bakar, 1994). Menurut Abdullah (2004)

mengariskan bahawa media pengajaran khususnya media visual dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengembangkan kemampuan

visual, mengembangkan imaginasi murid-murid, membantu


17
meningkatkan penguasaan murid terhadap hal-hal abstrak atau peristiwa

yang tidak mungkin dihadirkan ke dalam bilik darjah.

Kajian yang dilakukan oleh Aznan (2000) menunjukkan kanak-

kanak bermasalah pendengaran mempunyai daya ingatan yang singkat

dan lemah. Hal ini menyebabkan mereka sering salah dalam aspek ejaan.

Oleh itu, murid bermasalah pendengaran tidak dapat lari dari dikaitkan

dengan masalah ejaan, bacaan dan tulisan. Dapatan kajian yang

dijalankan oleh Dgku Nismah (2000) juga turut menunjukkan kanak-

kanak bermasalah pendengaran kerap melakukan kesalahan ejaan. Kajian

ini dijalankan salah sebuah sekolah menengah di Sabah menunjukkan

masalah ejaan turut dihadapi oleh mereka yang bersekolah menengah

tidak hanya murid bermasalah pendengaran.

Menurut Aznan (2000) dalam kajiannya iaitu ‘Menguji

Keberkesanan Kamus Bergambar Kod Tangan Bahasa Melayu Keatas

Murid-Murid Bermasalah Pendengaran Di Sekolah Kebangsaan

Pendidikan Khas Jalan Hutton Pulau Pinang’, murid-murid bermasalah

pendengaran memerlukan bantuan ilustrasi untuk membantu mereka

mengingati ejaan serta memahami maksud sesuatu perkataan. Oleh itu,

penggunaan ‘Magic Slide’ dapat membantu murid mengingat ejaan

perkataan. Hal ini disokong oleh Aliza (2001) bahawa kanak-kanak

bermasalah pendengaran bergantung kepada visual dan daya ingatan

mereka untuk menghafal ejaan.

2.3 Istilah Kajian

18
Pada bahagian ini, saya menerangkan dengan lebih lanjut istilah-istilah

kajian yang terlibat dalam kajian yang dilaksanakan.

2.3.1 Masalah Pendengaran

Menurut Aliza (2001), individu bermasalah pendengaran

bergantung sepenuhnya kepada visual mereka dalam menjalani

kehidupan seharian. Seseorang yang mengalami masalah pendengaran

banyak bergantung kepada deria visual. Jadual di sebelah merupakan

tahap ukuran pendengaran seseorang.

Jadual 2
Tahap Ukuran Pendengaran

Kehilangan Kategori Pendengaran Tanpa Alat


(dB)
91 ke atas PROFOUND  Kehilanganpendengaransecaramenyeluruh
 tidak dapat dibantu dengan alat bantu dengar
80–90 SEVERE  Kehilangan pendengaran yang bermakna alat
bantu dengar adalah satu kemestian
45 –79 MODERATE  Bermasalah untuk mendengar bunyi yang kuat
30–44 MILD  Bermasalah untuk mendengar pertuturan biasa
15–29 LIGHT  Kesukaran mendengar bunyi bisikan dan
perbualan dikhalayak ramai

2.3.2 Kemahiran Mengeja

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah

perbuatan ‘membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut

dalam sesuatu perkataan. Syed Abu Bakar (1994) mendefinisikan

kemahiran mengeja ialah kemahiran mengenalpasti huruf-huruf serta


19
menyusun dan membina huruf-huruf sehingga membentuk perkataan.

Murid bermasalah pendengaran banyak bergantung kepada deria visual

dalam kemahiran mengeja.

2.3.3 ‘Magic Slide’

Kaedah ‘Magic Slide’ adalah kaedah yang menggunakan perisian

powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mengeja.

Kaedah ini menggunakan ‘Microsoft Powerpoint’ sebagai bahan bantu

belajar. Melalui ‘Magic Slide’ ini, murid yang mengalami masalah

pendengaran boleh mengeja dengan berbantukan komputer yang

menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Bagi memastikan

keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat

membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan

(Yahya 2007)

20
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada bahagian ini, saya akan mengemukan objektif umum, objektif khusus serta

persoalan kajian. Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti

berikut :

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguasaan

kemahiran mengeja dalam kalangan murid-murid pemulihan bermasalah

pendengaran Tahun 2 dengan menggunakan kaedah ‘Magic Slide’.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus untuk kajian ini ialah :

a) Murid dapat mengeja perkataan secara ejaan jari dengan

menggunakan bahan bantu belajar berisyarat yang terdapat di

dalam‘Magic Slide’.

b) Meningkatkan keberkesanan kemahiran mengeja dengan

penggunaan ‘Magic Slide’.

3.3 Persoalan Kajian

21
a) Adakah murid pemulihan bermasalah pendengaran dapat mengeja

perkataan secara ejaan jari dengan berbantukan penggunaan

komputer di dalam ‘Magic Slide’?

b) Adakah kaedah ‘Magic Slide’ berkesan untuk meningkatkan

kemahiran mengeja bagi murid pemulihan bermasalah

pendengaran?

22
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan kepada dua orang murid pemulihan Tahun 2 di sebuah

sekolah pendidikan khas masalah pendengaran. memilih kumpulan sasaran berdasarkan

pemerhatian awal, Ujian Diagnostik dan juga lembaran kerja berkaitan dengan suku kata

KV+KV. Kajian yang telah dilakukan berfokuskan kepada 2 orang murid yang telah

dikenalpasti lemah dalam penguasaan kemahiran mengeja dan mengisyaratkan

perkataan KV+KV. Jadual di bawah menunjukkan tahap pendengaran murid yang

dikaji.

Jadual 3
Kumpulan Sasaran

Subjek Jantina Tahap Penguasaan KTBM Pencapaian dalam

kajian pendengaran Ujian Diagnostik


M1 Perempuan Profound Sederhana C
M2 perempuan Profound Lemah D

Bagi kajian ini, kumpulan sasaran yang telah dipilih oleh saya ialah dua orang

murid bermasalah pendengaran Tahun 2 Mesra yang bersekolah di Shah Alam,

Selangor. Mereka berumur 9 tahun. Murid-murid khas, biasanya akan mengikuti tahun

1 selama dua tahun. Tahun pertama tahun 1 dikenali sebagai tahun pengukuhan. Di

sini, murid-murid akan diajar kemahiran asas berisyarat. Tahun kedua tahun 1 mereka

23
sama seperti sekolah aliran biasa. Kedua-dua murid merupakan murid perempuan yang

lemah dalam penguasaan kemahiran mengeja berbanding rakan-rakan sekelas yang lain.

Kedua-dua murid ini mengalami kecacatan kehilangan pendengaran jenis profound.

Selain itu, kedua-dua murid ini pernah bersekolah di sekolah aliran perdana. Oleh

kerana belajar dengan murid-murid normal, murid ini ketinggalan dalam pelajaran.

Komunikasi dengan mereka sukar kerana mereka tidak berkebolehan menggunakan

isyarat. Prestasi akademik kedua-dua murid lemah. Mereka seringkali tercicir dalam

pelajaran kerana tidak menguasai bahasa isyarat.

Ciri-ciri unik bagi Murid A ialah walaupun tidak pernah menguasai kemahiran

berisyarat, murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk berkomunikasi dengan rakan

sebaya yang lain. Murid A juga rajin menolong guru. Murid A mengemari mata

pelajaran matematik. Murid A dapat menyelesaikan soalan konsep tambah dan tolak

dalam matematik dengan betul.

Ciri-ciri unik bagi Murid B ialah murid ini dikenalpasti menggemari aktiviti

menari. Murid B juga suka dengan mata pelajaran lukisan. Murid B pandai melukis dan

mewarna dengan kemas. Selain itu, didapati tulisan Murid B sangat kemas dan teratur

berbanding dengan murid A. Murid B sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Murid B

merupakan pelari terbaik 75 meter bagi tahap 1 pada acara road run yang telah

dijalankan pada bulan Januari lepas.

24
5.0 TINDAKAN YANG TELAH DIJALANKAN

Bab ini memberi penerangan secara terperinci mengenai pelaksanaan tindakan

yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh saya. Saya telah menggunakan Model

Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948). Berdasarkan model Kurt Lewin, terdapat

empat fasa dalam penghasilan penyelidikan tindakan iaitu perancangan, tindakan,

pemerhatian dan refleksi.

Permasalahan dikenalpasti oleh saya melalui kajian dan pemerhatian yang

dilakukan terhadap murid-murid pemulihan. Saya menggunakan strategi dalam

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Saya menggunakan Model Kurt Lewin.

Model Kurt Lewin memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek

pemahaman dan mengingat kembali. Empat peringkat kitaran disetiap rangkaiam model

ini iaitu (i) Perancangan (plan), (ii) Tindakan (action), (iii) Pemerhatian (observe), dan

(iv) Refleksi (reflect). Saya menfokuskan kepada dua murid. Murid yang lemah

memerlukan intervensi dalam memperbaiki dan meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca dan mengeja suku kata KV+KV.

5.1 Kitaran Kajian

5.1.1 Perancangan
25
Fasa perancangan yang dirancang, adalah untuk memudahkan

pelaksanaan kaedah penyelidikan tindakan. Hal ini bertepatan dengan

Kartini et.al (2012) yang menyatakan idea Lewin tidak memberi suatu

rangka pendekatan kajian yang khusus terutama sekali dalam struktur

penyelidikan pendidikan dan dianggap masih mempunyai kelemahan.

Jadual 4
Tindakan Yang Dijalankan Dalam Fasa Perancangan

Fasa Tindakan

Sebelum intervensi Ujian pra


Temubual
Pemerhatian
Semasa intervensi Aplikasi kaedah ‘Magic Slide’ dalam suku kata KV+KV
Pemerhatian.
Ujian Penilaian
Selepas intervensi Ujian pos

Refleksi
Dapat mengenalpasti dan membuat
penambahbaikan masalah seterusnya

26
Merancang
Pemerhatian 1. Melaksanakan temubual dengan
Meneliti kefahaman murid guru
terhadap kemahiran mengeja dan 2. Melaksanakan pemerhatian
berisyarat KV + KV 3. Menjalankan ujian diagnostik
4. Menyediakan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH)

Tindakan
Menggunakan kaedah Magic Slide
bagi meningkatkan kemahiran
mengeja murid tahun 2 pemulihan
khas bermasalah pendengaran

Rajah 2. Gelung penyelidikan tindakan Model Kurt Lewin

Rajah di atas menunjukkan secara ringkas reka bentuk kajian

Model Kurt Lewin yang telah dijalankan oleh saya. Melalui gelung

penyelidikan tindakan Model Kurt Lewin, saya dapat mengaplikasikan

kaedah ‘Magic Slide’ dalam mengatasi masalah yang dikaji berkaitan

masalah mengeja suku kata KV+KV. Saya menjalankan tinjauan awal

dengan menggunakan kaedah temubual terhadap dua orang murid. Saya

juga telah menemubual guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu.

Kaedah temubual yang dilaksanakan untuk memudahkan saya mengenal

pasti masalah yang dihadapi oleh murid yang dikaji. Pemerhatian juga

dilakukan semasa reka bentuk kajian ini.

Ujian Pra,
Tinjauan Ujian Pemerhatian &
awal Diagnostik Temubual

27
Proses Intervensi
(Penggunaan Kaedah ‘
Magic Slide’)
Refleksi Pengumpulan & Ujian Pos &
Kajian Analisis Data Pemerhatian

Rajah 3. Reka Bentuk Kajian

Saya melaksanakan ujian diagnostik untuk mengesan daerah

kelemahan murid. Sebelum proses intervensi, saya telah menjalankan

ujian pra dan pemerhatian terhadap dua orang murid bagi mengesan tahap

pencapaian murid dalam akademik. Setelah menjalankan ujian pra, saya

telah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam

perancangan, saya telah menekankan penggunaan ‘Magic Slide’ dalam

setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Waktu yang

diambil ialah selama satu jam bagi setiap satu pengajaran yang dirancang.

Jadual 5
Ringkasan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Intervensi 1

LANGKAH ISI PELAJARAN PROSES PENGAJARAN DAN


/ MASA PEMBELAJARAN

28
Set induksi Tayangan video  Guru menayangkan tayangan video
(5 minit) kepada murid.
 Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai tayangan tersebut.

Langkah 1 Kad perkataan  Guru menunjukkan 10 kad perkataan


(15 minit) bola, buku, dadu, suku kata KV+KV
foto, teko, cili,  Murid diajar isyarat setiap perkataan
lima, biru, padi, yang ditunjukkan.
guli.

Langkah 2 Kad gambar dan  Guru menunjukkan 10 gambar yang


(15 minit) isyarat ingin diajar kepada murid.
bola, buku, dadu,  Guru mengeja dan mengisyaratkan
foto, teko, cili, perkataan tersebut bersama-sama murid.
lima, biru, padi,  Guru meminta murid mengulang ejaan
guli. dan isyarat perkataan tersebut.
 Guru membantu dan membimbing
murid.

Langkah 3 ‘Magic Slide’  Guru menunjukkan slide isyarat yang


(20 minit) mempunyai video isyarat.
 Guru mengajar isyarat dan meminta
murid mengeja perkataan.
 Murid dikehendaki mengeja secara
individu.
 Guru mengedarkan buku isyarat suku
kata KV+KV kepada murid.

Penutup Rumusan &  Guru membuat rumusan pengajaran.


(5 minit) Lembaran kerja  Guru memberikan lembaran kerja
kepada murid.

Jadual 6
Ringkasan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Intervensi 2

LANGKAH ISI PELAJARAN PROSES PENGAJARAN DAN

29
/ MASA PEMBELAJARAN
Set induksi Tayangan video  Guru menayangkan tayangan video
(5 minit) kepada murid.
 Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai tayangan tersebut.

Langkah 1 Kad perkataan  Guru menunjukkan 10 kad perkataan


(15 minit) naga, kaki, tiga, suku kata KV+KV iaitu
mata, lori, tali,  Murid diajar isyarat setiap perkataan
paku, ciku, raga, yang ditunjukkan.
feri

Langkah 2 Kad gambar dan  Guru menunjukkan 10 gambar yang


(15 minit) isyarat ingin diajar kepada murid.
naga, kaki, tiga,  Guru mengeja dan mengisyaratkan
mata, lori, tali, perkataan tersebut bersama-sama murid.
paku, ciku, raga,  Guru meminta murid mengulang ejaan
feri dan isyarat perkataan tersebut.
 Guru membantu dan membimbing
murid.

Langkah 3 ‘Magic Slide’  Guru menunjukkan slide isyarat yang


(20 minit) mempunyai video isyarat.
 Guru mengajar isyarat dan meminta
murid mengeja perkataan.
 Murid dikehendaki mengeja secara
individu.
 Guru mengedarkan buku isyarat suku
kata KV+KV kepada murid.

Penutup Rumusan &  Guru membuat rumusan pengajaran.


(5 minit) Lembaran kerja  Guru memberikan lembaran kerja
kepada murid.

5.1.2 Tindakan

30
Berdasarkan hasil analisis tinjauan awal, saya telah merancang

pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid untuk

meningkatkan kemahiran mengeja mereka. Saya mendapati murid sukar

untuk mengingati ejaan yang betul dengan menulis dan mengisyaratkan

huruf secara terbalik contohnya b dengan d, u dengan n, m dengan w dan

p dengan q.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menjalankan intervensi di

dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah ‘Magic Slide’. Pada

fasa tindakan, saya melaksanakan pengajaran dengan tujuan

memudahkan murid-murid pemulihan menguasai kemahiran ejaan

berbantukan komputer. Pembelajaran melalui visual amat sesuai untuk

murid bermasalah pendengaran.

Menurut Abdul Rahim, Noor Aini dan Kamaliah (2005), kajian

menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-

pelajar khas khususnya khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah

tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran

membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalam

pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia

menarik, senang digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan

muzik, video, demonstrasi, malah pemahaman mereka menjadi lebih

berkesan melalui penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan

secara langsung.

31
Pada permulaan pengajaran, saya memberikan kad perkataan dan

kad gambar kepada murid. Setelah itu, saya menggunakan ‘Magic Slide’

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid diperkenalkan ejaan

perkataan serta isyarat kod tangan bahasa (KTBM) dengan menggunakan

perisian powerpoint semasa pengajaran dijalankan. Ini bertujuan

memastikan murid dapat memahami ejaan perkataan serta isyarat gambar

yang diajar dengan betul. Saya telah menetapkan sepuluh perkataa bagi

setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid dikehendaki menulis

ejaan tersebut di komputer.

Setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran, saya

meminta murid untuk mengingat kesemua sepuluh ejaan yang diajar.

Murid diberi tempoh selama satu minggu untuk mengingati ejaan

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran yang baru di mulakan.

Murid akan dibekalkan dengan kamus suku kata KV+KV setiap masa.

Selain itu, kamus ini bertujuan untuk menggalakkan murid melakukan

latih tubi terhadap ejaan yang telah diajar. Sebelum intervensi baru

dilaksanakan, saya mengedarkan lembaran kerja bagi menguji ejaan yang

telah diajar pada murid sesi pengajaran yang lepas.

5.1.3 Pemerhatian

Pada fasa ini, saya telah memerhati tindakbalas dan maklumat

yang diperolehi daripada pemerhatian yang dibuat. Biasanya pada fasa

pemerhatian yang dilaksanakan, saya dapat melihat keputusan kajian. Di


32
samping itu, saya turut dapat mengumpul data-data daripada pemerhatian

yang dilaksanakan. Saya telah membuat penilaian terhadap kemahiran

ejaan murid melalui lembaran kerja yang diedarkan. Melalui

pemerhatian yang dilakukan dapat memperlihatkan tindak balas dan

tingkah laku murid semasa pengajaran. Saya turut memerhati samaada

murid dapat menjawab soalan ejaan di ‘Magic Slide’ semasa proses

pengajaran berlangsung.

Bagi memastikan kaedah pemerhatian berjalan dengan lancar,

saya meminta guru matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 2 untuk

merekodkan setiap aspek yang terdapat di dalam senarai semak yang

disediakan. Selain itu, ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah

‘Magic Slide’ yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran murid

pemulihan bermasalah pendengaran.

Saya mengumpul data dengan memberikan lembaran kerja selepas

sesi pengajaran dan pembelajaran untuk melihat pencapaian murid dalam

perkataan yang telah diajar. Saya turut menganalisis data daripada ujian

pencapaian yang dilaksanakan. Melalui dapatan kajian yang diperolehi,

saya dapat melihat sama ada murid menunjukkan peningkatan dalam

kemahiran mengeja atau sebaliknya.

5.1.4 Refleksi

Melalui fasa terakhir, saya dapat membuat penilaian daripada

pemerhatian yang dibuat. Saya telah melaksanakan ujian pencapaian.


33
Aspek yang penting dalam refleksi ialah kekuatan, kelemahan dan

cadangan penambahbaikan terhadap keseluruhan kajian yang telah

dijalankan. Saya turut membuat perbandingan ujian yang telah diuji

kepada murid.

Refleksi yang dijalankan bagi memastikan kaedah ‘Magic Slide’

yang digunakan dapat memberi peningkatan kepada kemahiran mengeja.

Setelah menjalankan kajian ini, saya berpendapat penggunaan ‘Magic

Slide’ yang diperkenalkan dapat meningkatkan kemahiran mengeja. Hal

ini dapat dilihat melalui ujian yang dijalankan setelah intervensi. Melalui

penggunaan ‘Magic Slide’ didapati murid menunjukkan semangat dan

berminat untuk belajar kerana mereka dapat mengingati ejaan tersebut.

34
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Pada bahagian ini, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai cara

pengumpulan data yang telah dijalankan.

6.1 Instrumen Pengumpulan Data

Bagi cara pengumpulan data, saya telah menggunakan tiga jenis kaedah

iaitu pemerhatian, temubual dan ujian.

6.1.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu cara pengumpulan data yang

telah digunakan. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati

sesuatu tingkah laku peserta berpandukan pembolehubah-pembolehubah

yang telah dikenal pasti (Sidek, 2002). Pemerhatian yang dijalankan

ialah pemerhatian secara berstruktur. Chua Yan Piaw (2006) menyokong

bahawa melalui pemerhatian berstruktur pengkaji dapat mengumpul data

berdasarkan tingkah laku yang diperhatikan. Pemerhatian secara

35
berstruktur merupakan pemerhatian yang menggunakan senarai semak

sebagai instrumen.

Saya telah meminta bantuan guru mata pelajaran untuk mencatat

senarai semak yang telah disediakan. Guru mata pelajaran diminta

mencatat senarai semak kerana kesukaran saya untuk memerhatikan

secara keseluruhan tingkah laku dan perubahan yang ditunjukkan oleh

murid yang dikaji. Analsisi pemerhatian dengan menggunakan senarai

semak, seseorang pengkaji dapat meninjau kewujudan perlakuan-

perlakuan tertentu berdasarkan perlakuan yang ditetapkan mengikut

kriteria fokus penyelidikan (Rosinah, 2011). Item-item yang

dititikberatkan dalam senarai semak ialah penilaian ejaan secara ejaan

jari, penilaian ejaan secara tulisan, kesesuaian penggunaan ‘Magic Slide’,

penilaian keberkesanan penggunaan ‘Magic Slide’ dan tingkah laku

murid semasa proses intervensi berlangsung. Senarai semak pemerhatian

dicatat bagi setiap proses intervensi yang dijalankan. Pemerhatian

dijalankan untuk melihat perbezaan penguasaan kemahiran mengeja

murid sebelum, semasa dan selepas menggunakan kaedah ‘Magic Slide’.

6.1.2 Temu Bual

Hasil dapatan dari sesi temu bual, pengumpulan maklumat tentang

pengetahuan seseorang, nilai, kesukaan dan sikap dapat diperolehi.

Mengikut Fontana dan Frey (1994, seperti yang dinyatakan dalam

Merriam, 1998), terdapat tiga jenis temubual iaitu berstruktur, separa


36
berstruktur dan tidak berstruktur. Temubual yang dijalankan oleh saya

adalah merupakan temubual tidak berstruktur. Melalui sesi temubual ini,

murid digalakkan untuk memberi respons secara bebas (Chow Fook

Meng dan Jaizah Mahamud, 2011). Hal ini untuk membolehkan saya

memperoleh maklumat dengan lebih mendalam dan terperinci berkaitan

dengan murid yang dipilih.

Dalam cara pengumpulan data, saya memilih untuk menggunakan

teknik temu bual tidak berstruktur untuk tujuan pengumpulan data. Saya

telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan guru mata pelajaran

Bahasa Malaysia. Sesi temu bual pertama telah dijalankan sebelum sesi

intervensi berlangsung. Temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti

tahap kebolehan dan sikap murid. Hasil temu bual yang dilaksanakan

akan direkod dalam borang temu bual yang telah disediakan.

Temu bual yang kedua dilaksanakan selepas sesi intervensi

menggunakan kaedah ‘Magic Slide’. Temu bual selepas intervensi

adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah ‘Magic Slide’

terhadap kemahiran mengeja suku kata KV+KV bagi murid pemulihan

bermasalah pendengaran. Selain itu, temu bual ini juga meninjau sejauh

mana kemahiran ejaan murid berkembang setelah intervensi dijalankan.

6.1.3 Ujian

Saya telah memilih untuk menjalankan kaedah ujian bagi

pengumpulan data. Ujian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti


37
pencapaian murid dalam kemahiran mengeja suku kata KV+KV. Saya

telah menjalaankan tiga jenis ujian iaitu ujian pra, ujian pencapaian dan

ujian pos. Ujian Pra merupakan ujian untuk melihat keupayaan murid

dalam kemahiran mengeja sebelum proses intervensi dijalankan. Di

dalam ujian pra, terdapat sepuluh perkataan bagi setiap set yang hendak

diuji. Saya tidak mengajar ejaan yang terdapat di dalam set ujian pra. Ini

bertujuan untuk melihat keupayaan sebenar murid dalam kemahiran

mengeja.

Ujian pencapaian merupakan ujian yang dilakukan semasa proses

intervensi dilaksanakan. Saya telah menyediakan ujian pencapaian yang

merupakan lembaran kerja setelah selesai satu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Saya juga menguji kemahiran mengeja murid melalui

soalan interaktif di dalam powerpoint dengan menggunakan ‘Magic

Slide’. Ujian pencapaian adalah untuk menguji prestasi ejaan murid

setelah selesai proses intervensi. Ujian pos dijalankan setelah

berakhirnya kitaran Model Kurt Lewin. Ujian ini dijalankan bagi melihat

perbandingan markah antara ujian pra dan ujian pos iaitu sebelum dan

selepas proses intervensi dijalankan. Set soalan bagi ujian pra dan ujian

pos adalah sama kerana pengkaji ingin melihat keberkesanan penggunaan

kaedah ‘Magic Slide’ untuk meningkatkan kemahiran mengeja suku kata

KV+KV.

38
6.2 Cara Menganalisis Data

Pada bahagian ini, saya akan membincangkan cara menganalisis data

yang telah dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan ujian yang telah

dilaksanakan.

6.2.1 Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap proses intervensi

yang berlaku dengan meminta bantuan dari guru matapelajaran Bahasa

Malaysia untuk mencatat setiap tingkah laku yang berlaku semasa proses

intervensi dijalankan. Hasil pemerhatian direkod secara senarai semak.

Saya menganalisis data pemerhatian dengan menggunakan jadual dan

graf. Saya membahagikan jadual mengikut bahagian yang ditetapkan

iaitu bahagian penilaian ejaan secara ejaan jari, penilaian ejaan secara

bertulis, kesesuaian penggunaan ‘Magic Slide’, penilaian keberkesanan

penggunaan ‘Magic Slide’ serta tingkah laku murid.

6.2.2 Temu bual

Data temu bual dianalisis menggunakan jadual perbandingan bagi

menunjukkan respon murid sebelum dan selepas intervensi menggunakan

‘Magic Slide’. Temu bual yang dijalankan ini adalah membolehkan saya

memperoleh maklumat yang lebih mendalam dan terperinci berkaitan

dengan murid yang dipilih.


39
6.2.3 Ujian

Saya telah menjalankan tiga jenis ujian iaitu ujian pra, ujian

pencapaian dan ujian pos bagi pengumpulan data. Ujian pra telah

dijalankan bagi mendapatkan skor awal prestasi murid dalam kemahiran

mengeja. Ujian pos dijalankan bagi memperolehi skor akhir murid

setelah selesai keseluruhan proses intervensi. Bagi ujian pra dan ujian

pos, setiap satu soalan akan diberi 1 markah jika dapat menjawab soalan

dengan betul. Jumlah keseluruhan bagi satu set soalan ialah 20 markah.

Bagi menunjukkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pos, markah

akan dimasukkan ke dalam dua jadual dan graf yang berbeza. Selain itu,

ujian pencapaian dijalankan bagi melihat prestasi murid semasa proses

intervensi dijalankan dengan menggunakan kaedah ‘Magic Slide’. Ujian

pencapaian mengandungi 20 soalan dan setiap soalan yang betul

diberikan 1 markah. Skor markah yang diperolehi dalam ujian

pencapaian akan dicatatkan di dalam jadual dan graf.

40
7.0 INTERPRETASI DATA

Pada bahagian ini, saya akan menganalisis data-data yang dikumpulkan melalui

pemerhatian, temubual, ujian pra, ujian pencapaian dan ujian pos semasa

menjalankan kajian penyelidikan secara lebih terperinci.

7.1 Pemerhatian

Jadual menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh bagi kaedah

pengumpulan data secara pemerhatian subjek kajian Murid A dan Murid B.

41
Jadual 7
Senarai Semak Pemerhatian Semasa Intervensi

ASPEK PEMERHATIAN MURID A MURID B


YA TIDAK YA TIDAK
A. Penilaian Ejaan Secara Ejaan Jari
i. Dapat mengeja perkataan yang / /
disoal oleh guru.
ii. Murid dapat mengeja perkataan
tanpa bantuan atau meniru rakan. / /

B. Penilaian Ejaan Secara Tulisan


i. Dapat menulis perkataan pada soalan / /
interaktif powerpoint.
ii. Dapat menjawab soalan daripada / /
lembaran kerja.

C. Kesesuaian Penggunaan ‘Magic Slide’


i. Gambar di dalam ‘Magic Slide’ / /
sesuai dengan tahap murid.
ii. Kod tangan yang dipaparkan / /
jelas dan mudah difahami
pergerakan tangan.

D. Penilaian Keberkesanan Penggunaan


‘Magic Slide’
i. Murid mudah mengingati ejaan / /
perkataan melalui penggunaan
‘Magic Slide’.
ii. Murid dapat memahami / /
perkataan di dalam ‘Magic Slide’
dengan bantuan gambar.

E. Tingkah Laku
i. Minat belajar menggunakan / /
‘Magic Slide’.
ii. Bersemangat untuk mengeja / /
perkataan.
iii. Memberi tumpuan. / /

42
Jadual 8
Senarai Semak Pemerhatian Selepas Intervensi

i. Murid mudah mengingati ejaan / /


perkataan melalui penggunaan
‘Magic Slide’.
ii. Murid dapat memahami / /
perkataan di dalam ‘Magic Slide’
dengan bantuan gambar.

E. Tingkah Laku
i. Minat belajar menggunakan / /
‘Magic Slide’.
ii. Bersemangat untuk mengeja / /
perkataan.
iii. Memberi tumpuan. / /

43
Saya telah menjalankan pemerhatian bagi kitaran Model Kurt Lewin pada

fasa merancang. Jadual di sebelah menunjukkan keputusan bagi senarai semak

pemerhatian Murid A dan Murid B secara keseluruhan. Saya telah menekan

lima aspek yang ingin dinilai pada senarai semak pemerhatian iaitu aspek

penilaian ejaan secara ejaan jari, penilaian secara tulisan, kesesuaian penggunaan

‘Magic Slide’, penilaian keberkesanan penggunaan ‘Magic Slide’ dan tingkah

laku subjek semasa proses intervensi dijalankan.

Penilaian ejaan secara ejaan jari menunjukkan Murid A dan Murid B

tidak menguasai ejaan perkataan yang disoal oleh guru. Selepas intervensi

dilaksanakan Murid A dan Murid B dapat menguasai ejaan secara ejaan jari.

Walaubagaimanapun, semasa intervensi Murid A dan Murid B seringkali

meminta bantuan daripada rakan sekelas serta teragak-agak untuk mengeja

perkataan suku kata KV+KV. Mereka akan melihat sekeliling kelas sebelum

mengeja perkataan. Hal ini menunjukkan mereka kurang keyakinan apabila

mengeja. Setelah intervensi, mereka telah menunjukkan keyakinan untuk

menjawab soalan tanpa dibantu oleh rakan sekelas.

Berdasarkan jadual, penilaian ejaan secara tulisan didapati kedua-dua

orang murid tidak menguasai tahap ejaan. Kedua-dua murid tidak dapat menulis

dan perkataan pada soalan interaktif powerpoint. Mereka tidak yakin dan lupa

ejaan yang perlu ditulis di komputer. Namun, setelah intervensi dilaksanakan

mereka dapat menulis perkataan pada soalan interaktif powerpoint. Bagi

penilaian daripada lembaran kerja menunjukkan kedua-duanya tidak dapat

menguasai ejaan. Mereka menunjukkan reaksi kurang minat untuk menjawab

soalan daripada lembaran kerja kerana tidak dapat mengeja. Namun keadaan
44
berubah selepas intervensi kerana mereka menunjukkan semangat dan insiatif

untuk menjawab lembaran kerja yang diedarkan.

Kesesuaian penggunaan ‘Magic Slide’dapat dilihat berdasarkan jadual.

Di dapati, kedua-duanya tidak menghadapi masalah dalam kesesuaian

penggunaan ‘Magic Slide’. Saya telah menunjukkan penggunaan ‘Magic Slide’

kepada kedua-duanya dan mereka memberi respons yang baik dan berminat

untuk menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

dengan berkesan kerana penggunakan berbantukan komputer. Kod tangan yang

dipaparkan jelas dan mudah difahami pergerakan tangannya oleh murid.

Jadual telah menunjukkan pemerhatian bagi penilaian keberkesanan

penggunaan ‘Magic Slide’ terhadap murid. Berdasarkan pemerhatian didapati

kedua-dua sukar mengingati ejaan melalui penggunaan ‘Magic Slide’ semasa

intervensi. Ini adalah kerana mereka tidak melakukan latihan tubi yang yang

terdapat di dalam kamus isyarat suku kata KV+KV. Mereka juga dapat

memahami perkataan di dalam ‘Magic Slide’ sekiranya dengan bantuan gambar

yang dipaparkan. Setelah intervensi, mereka mudah mengingati ejaan yang telah

diajar.

Berdasarkan jadual dapatan pemerhatian, didapati kedua-duanya telah

menunjukkan minat untuk belajar menggunakan ‘Magic Slide’. Sesi pengajaran

dan pembelajaran menyeronokkan kerana menggunakan bahan berbantukan

komputer. Semasa intervensi, didapati mereka kurang memberi rangsangan iaitu

tidak bersemangat dan memberi tumpuan. Setelah intervensi, mereka lebih

bersemangat dan memberi tumpuan kerana dapat menguasai ejaan.

45
7.2 Temu Bual

Dalam kajian ini, saya telah menjalankan temu bual bersama dengan dua

orang murid pemulihan bermasalah pendengaran. Sebanyak empat soalan yang

berkaitan dengan persoalan kajian telah ditanya kepada dua orang murid.

Jadual 9
Data Temu Bual Semasa Intervensi Menggunakan ‘Magic Slide’ Dijalankan

Soalan Murid A Murid B


1. Adakah anda seronok belajar mata Tidak, sebab susah Tidak, sebab susah
pelajaran Bahasa Melayu?
2. Mengapakah anda berasa sukar Perkataan itu Tidak faham apa
mengeja perkataan Bahasa panjang. yang cikgu ajar.
Melayu?
3. Adakah cikgu menggunakan bahan Tidak Tidak
berbantukan komputer untuk
mengajar ejaan?
4. Adakah anda seronok jika cikgu Ya Ya
menggunakan bahan berbantukan
komputer?

Berdasarkan jadual telah dijalanakan semasa intervensi menggunakan

‘Magic Slide’ bagi meningkatkan kemahiran mengeja dua suku kata KV+KV

terhadap murid. Saya telah memilih dua orang murid yang mengikuti program

pemulihan khas bermasalah pendengaran. Mereka tidak seronok belajar Bahasa

Melayu kerana sukar memahami pengajaran dan pembelajaran guru. Kesukaran

untuk mengeja seringkali berlaku kerana perkataan panjang dan tidak memahami

apa yang cikgu ajar. Mereka juga menjelaskan guru tidak menggunakan bahan

berbantukan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga

46
memberitahu seronok sekiranya guru menggunakan bahan berbantukan

komputer.

Jadual 10
Data Temu Bual Selepas Intervensi Menggunakan ‘Magic Slide’ Dijalankan

Soalan Murid A Murid B


1. Adakah anda seronok belajar mata Seronok Seronok
pelajaran Bahasa Melayu?
2. Adakah penggunaan bahan Ya, saya lebih faham Ya, saya lebih
berbantukan komputer dapat ejaan faham ejaan
membantu anda menguasai
kemahiran ejaan? Mengapa?
3. Adakah aktiviti menggunakan Ya, sebab cantik Ya, sebab cantik
bahan berbantukan komputer dapat
menarik perhatian anda? Jelaskan.
4. Mengapa anda suka bahan Gambar berwarna- Gambar berwarna-
berbantukan komputer? warni warni

Berdasarkan jadual selepas intervensi, didapati kedua-dua murid memberi

respons yang positif ke atas pengajaran guru menggunakan kaedah ‘Magic

Slide’. Mereka seronok belajar dan dapat mengeja perkataan suku kata KV+KV

dengan menggunakan bahan berbantukan komputer. Selain itu, aktiviti

menggunakan bahan berbantukan komputer dapat menarik minat Murid A dan

Murid B kerana cantik dan berwarna-warni. Dengan penggunaan powerpoint,

banyak animasi dan pergerakan dapat dibuat untuk menarik minat murid.

7.3 Ujian

47
Pengkaji telah menjalankan tiga jenis ujian iaitu ujian pra, ujian

pencapaian dan ujian pos. Ujian pra telah dilaksanakan sebelum intervensi

dilaksanakan. Ujian pencapaian dilaksanakan semasa intervensi dijalankan

untuk melihat perkembangan kemahiran mengeja murid. Ujian pos telah

dijalanakan selepas intervensi bagi melihat keberhasilan intervensi yang

dijalankan.

7.3.1 Ujian Pra

Ujian pra telah dilaksanakan sebelum intervensi. Ujian ini telah

ditadbir pada 3 November 2014. Tujuan pelaksanaan ujian pra adalah

untuk mengenal pasti prestasi sebenar murid dalam kemahiran mengeja.

Bagi set ujian pra, 20 soalan telah disediakan dengan setiap soalan

yang betul diberikan 1 markah. Jadual dan graf dibawah menunjukkan

skala pemarkahan, skor pencapaian murid dalam ujian pra serta peratusan

ujian pra murid.

Jadual 11
Skala pemarkahan Ujian

Tahap Cemerlang Sederhana Lemah


Markah 20 – 15 14 – 10 9–1
(1 – 20)

Jadual 12
Skor pencapaian ujian pra murid

48
PERKATAAN SUBJEK KAJIAN
MURID A MURID B
1. Bola X X
2. Buku X X
3. Dadu X X
4. Foto X X
5. Teko X X
6. Cili X X
7. Lima X X
8. Biru X X
9. Padi X X
10. Guli X X
11. Naga X X
12. Kaki X X
13. Tiga X X
14. Mata X X
15. Lori X X
16. Tali X X
17. Paku X X
18. Ciku X X
19. Raga X X
20. Feri X X
JUMLAH MARKAH 0 / 20 0 / 20

Jadual 13
Skor Pemarkahan Ujian Pra

SUBJEK KAJIAN MARKAH UJIAN POS


(%)
MURID A 0
MURID B 0

49
MARKAH UJIAN PRA (%)

1
0.8 MARKAH UJIAN PRA (%)
0.6
0.4
0.2
0
MURID A MURID B

Rajah 3. Skor Ujian Pra

Berdasarkan jadual 11 menunjukkan skor pencapaian yang

dicapai oleh Murid A dan Murid B. Kedua-dua murid tidak menguasai

kemahiran mengeja suku kata KV+KV. Hasil dapatan daripada ujian pra

didapati, mereka tidak menguasai kemahiran mengeja. Contohnya, bagi

perkataan ‘buku’, mereka telah mengeja ‘duku’. Di sini dapat dilihat

murid keliru dengan penggunaan huruf b dengan huruf d. Murid dapat

mengisyaratkan perkataan tetapi tidak dapat mengeja perkataan dengan

betul.

7.3.2 Ujian Pos

Bagi ujian pos, saya telah menggunakan set soalan yang sama

dengan set soalan ujian pra. Ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan

keputusan markah sebelum proses intervensi dan selepas proses

intervensi dijalankan. Di dapati, murid dapat menguasai kemahiran ejaan

dengan menggunakan kaedah ‘Magic Slide’. Selain itu, saya


50
melaksanakan latih tubi untuk melihat tahap penguasaan ejaan murid.

Skor markah ujian pos dapat dilihat melalui jadual 12.

Jadual 14
Skor Pemarkahan Ujian Pos

SUBJEK KAJIAN MARKAH UJIAN POS


(%)
MURID A 90
MURID B 40

UJIAN POS (%)

1
0.9
0.8
0.7 MARKAH UJIAN POS (%)
0.6
0.5
0.4
0.3
0.2
0.1
0
MURID A MURID B

Rajah 4. Skor Ujian Pos Murid

Berdasarkan Rajah 4 didapati Murid A menunjukkan peningkatan

yang positif dalam kemahiran mengeja setelah diperkenalkan penggunaan

‘Magic Slide’ dalam proses intervensi. Murid A mendapat 90% dalam

ujian pos, manakala Murid B mendapat 40%. Ini menunjukkan Murid A

lebih mudah mengingat ejaan menggunakan ‘Magic Slide’. Penggunaan

‘Magic Slide’ dapat meningkatkan keyakinan murid menjawab soalan

ujian yang diberi.

51
Melalui analisis yang dijalankan menunjukkan Murid B hanya

menjawab soalan yang diketahuinya sahaja. Sekiranya tidak dapat

mengeja, Murid B meninggalkan ruang kosong bagi soalan yang tidak

dapat dijawabnya. Murid B telah menunjukkan tahap pencapaian yang

cemerlang dalam kemahiran mengeja.

Saya juga telah menyediakan jadual serta graf bagi menunjukkan

perbandingan bagi ujian pra dan ujian pos. perbandingan ini diadakan

bagi menunjukkan perbezaan kemahiran mengeja sebelum dan selepas

intervensi dengan menggunakan kaedah ‘Magic Slide’.

Jadual 15
Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos

SUBJEK UJIAN PRA UJIAN POS


(%) (%)
MURID A 0 90
MURID B 0 40

90
80
70
60
MURID A
50 MURID B
40
30
20

10
0

52
Rajah 5. Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual dan rajah di atas menunjukkan perbandingan

markah ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Perbandingan yang

ketara menunjukkan keberkesanan kaedah ‘Magic Slide’ dalam

meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KV+KV. Sebelum proses

intervensi dijalankan, Murid A dan Murid B tidak dapat menjawab soalan

ujian pra yang diberikan. Setelah intervensi dijalankan, Murid A

mendapat menjawab dengan betul sebanyak 18 daripada 20 soalan.

Manakala Murid B dapat menjawab soalan dengan betul 8 daripada 20

soalan. Murid B menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu

kenaikan sebanyak 90% setelah intervensi berbanding 0% sebelum

intervensi. Di sini dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah ‘Magic

Slide’ dalam kemahiran mengeja suku kata KV+KV dapat meningkatkan

kemahiran mengeja.

8.0 RUMUSAN

Pada bahagian ini, saya akan menyatakan rumusan keseluruhan kajian tindakan

yang telah dilaksanakan. Penulisan refleksi juga adalah bagi memberi penilaian

terhadap kajian yang telah dijalankan.


53
8.1 Rumusan Dapatan

Secara keseluruhan kajian ini didapati terdapat perubahan yang berlaku

dalam kemahiran mengeja murid yang dikaji. Antara perbezaan yang ketara

ialah perbezaan ujian pra dan ujian pos. berdasarkan keputusan yang

dilaksanakan didapati murid A dan murid B menunjukkan peningkatan dalam

kemahiran mengeja dua suku kata KV+KV. Melalui pemerhatian serta analisis

data didapati murid menunjukkan perubahan dari segi minat terhadap

penggunaan ‘Magic Slide’ dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Hasil pengumpulan data telah membuktikan serta menjawab persoalan kajian

yang telah dinyatakan pada awal kajan ini iaitu :

a) Adakah murid pemulihan bermasalah pendengaran dapat mengeja

perkataan secara ejaan jari dengan berbantukan penggunaan komputer di

dalam ‘Magic Slide’?

b) Adakah kaedah ‘Magic Slide’ berkesan untuk meningkatkan kemahiran

mengeja bagi murid pemulihan bermasalah pendengaran?

Persoalan kajian telah dijawab pada akhir kajian ini. Penggunaan ‘Magic

Slide’ telah dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengeja melalui

ejaan jari. Murid mudah mengeja perkataan yang telah diajar. Peningkatan

kemahiran mengeja suku kata KV+KV dapat dilihat melalui hasil pemerhatian

dari segi aspek penilaian ejaan secara ejaan jari. Murid dapat mengeja perkataan
54
yang disoal oleh guru tanpa bantuan atau meniru rakan sekelas. Pendapat ini

disokong oleh Aliza (2001) menyatakan kemahiran mengeja murid bermasalah

pendengaran dilihat dari kemampuan menulis ejaan dan memberikan ejaan jari

dengan betul. Oleh kerana prestasi kemahiran mengeja murid meningkat dengan

penggunaan ‘Magic Slide’ dapat menjawab persoalan kajian yang pertama.

Penggunaan ‘Magic Slide’ secara berterusan dapat meningkatkan

kemahiran berbahasa selaras dengan konsep Teori Perkembangan Bahasa

Behaviorisme yang menekankan pengulangan dan latih tubi. Saya telah

menekankan proses latih tubi dalam pelaksanaan semasa intervensi dijalankan

dengan memastikan murid menghafal ejaan di dalam kamus suku kata KV+KV.

Latih tubi mampu meningkatkan kemahiran mengeja murid. Hal ini dibuktikan

melalui hasil dapatan pemerhatian bagi aspek penilaian keberkesanan

penggunaan ‘Magic Slide’. Melalui analisis data, murid mudah mengingati ejaan

perkataan dengan ‘Magic Slide’ dengan bantuan gambar. Kanak-kanak

bermasalah pendengaran bergantung kepada visual dan daya ingatan untuk

menghafal ejaan-ejaan perkataan. Oleh itu, dapatan ini menjawab persoalan

kajian yang kedua.

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan mendapati kaedah ‘Magic Slide’

merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi kelemahan

kemahiran mengeja suku kata KV+KV bagi murid pemulihan bermasalah

pendengaran. Dengan itu, penggunaan ‘Magic Slide’ boleh diperluaskan ke

dalam mata pelajaran yang lain.

55
8.2 Refleksi

Sepanjang menjalankan kajian bagi meningkatkan kemahiran mengeja

menggunakan kaedah ‘Magic Slide’ banyak pengalaman yang diperolehi dalam

usaha menjayakan kajian penyelidikan. Saya berharap hasil kajian ini dapat

memberi manfaat kepada guru, individu serta diri sendiri pada masa hadapan

untuk meningkatkan tahap penguasaan ejaan dua suku kata KV+KV.

Penggunaan powerpoint juga menjadi rangsangan untuk murid

bermasalah pendengaran memahami perkataan khususnya Bahasa Malaysia.

Pada kebiasaannya, orang yang mempunyai berpendengaran dapat mengeja

berdasarkan bunyi sebutan tetapi orang bermasalah pendengaran hanya

berdasarkan ingatan. Oleh itu, bagi membantu mengukuhkan ingatan seseorang

bermasalah pendengaran bahan berbentuk visual boleh digunakan untuk

memudahkan kemahiran mengeja perkataan.

8.2.1 Kekuatan

Penggunaan kaedah ‘Magic Slide’ juga mempunyai kekuatan dan

kelemahan. Antara kekuatan penggunaan ‘Magic Slide’ ialah mampu

meningkatkan minat murid belajar dengan berbantukan komputer. Hal

ini dapat dilihat berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi.

Mereka mempunyai cara yang lebih seronok untuk belajar kerana aktiviti

serta bahan pengajaran yang disediakan oleh saya.

Kekuatan yang kedua ialah murid mempunyai bersemangat untuk

mengeja perkataan yang diminta. Ini dapat dilihat melalui ujian pos yang

telah dijalankan. Selepas intervensi didapati murid telah menunjukkan

peningkatan dalam kemahiran mengeja suku kata KV+KV. Murid dapat


56
menguasai ejaan setelah saya melaksanakan latih tubi mengeja perkataan

dan membekalkan murid dengan kamus berisyarat suku kata KV+KV.

Kekuatan yang ketiga ialah murid dapat memberikan penumpuan

semasa proses intervensi dilaksanakan. Hasil analisis data pemerhatian

telah menunjukkan kekuatan yang terdapat pada kaedah ‘Magic Slide’.

Begitu juga dengan hasil analisis data temu bual menunjukkan murid

berasa seronok dengan belajar berbantukan komputer. Setelah menjalani

proses intervensi, murid lebih fokus untuk belajar.

8.2.2 Kelemahan

Terdapat kelemahan penggunaan ‘Magic Slide’ dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ialah murid tertarik dengan kesan animasi

dalam menyediakan slaid. Dengan itu, guru yang mengajar murid

bermasalah pendengaran agar tidak mengunakan gambar yang

mempunyai animasi kerana mengganggu video isyarat yang dipaparkan.

Kelemahan yang kedua ialah kaedah berbantukan komputer

memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang,

pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta

kemudahan teknologi komputer yang lengkap.

Kelemahan yang ketiga ialah perlu mempertimbangkan kesan

penglibatan setiap orang murid terhadap slaid yang disediakan. Guru

perlu menekankan dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu

sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya


57
supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru

dengan pelajar.

Kelemahan keempat ialah menggunakan kaedah pengajaran

tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah

tradisional iaitu menggunakan ‘chalk and talk’ menyebabkan murid

berasa bosan dan tidak dapat memberi tumpuan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran. Murid juga sering kali mengadu lupa dan susah untuk

mengingati ejaan yang diberikan.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi kajian yang seterusnya, saya ingin mencadangkan agar kaedah bermain

sambil belajar digunakan bersama dengan penggunaan ‘Magic Slide’ dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan saya mendapati

bahawa murid bermasalah pendengaran sangat tertarik dengan penerapan kaedah

58
pengunaan ‘Magic Slide’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, unsur-

unsur bermain sambil belajar amat sesuai dalam pengajaran kemahiran mengeja.

Menurut Tengku Sarina Aina & Yusmina (2006), permainan adalah satu cara

bagi melatih murid memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan mesej yang tersirat di

sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan. Belajar sambil bermain amat sesuai

dengan peringkat umur murid pemulihan tahun dua bermasalah pendengaran.

Penggunaan kaedah permainan adalah untuk menambahkan keseronokan kepada

pembelajaran (Rohzaini, Shahabuddin & Mohd Zohir, 2003). Bermain sambil belajar

wujud persaingan dan cabaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang. Ini dapat mengurangkan kebosanan murid dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Pengajaran secara bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain

pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini tidak berlaku

semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru. Kajian Sharifah Nor et al

(2009) yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif

mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa

seronok dan kreatif. Oleh itu, dengan kaedah bermain sambil belajar dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja.

Bagi kajian ini juga, diharapkan tidak hanya bertumpu kepada kemahiran

mengeja. Kajian yang seterusnya diharapkan penggunaan ‘Magic Slide’ dapat

digunakan untuk mengajar bacaan dalam kalangan murid bermasalah pendengaran.

Menurut Abdullah Yusoff (2004) murid-murid pekak yang bersekolah perlu menguasai

bahasa jika ingin maju dalam bidang akademik walaupun terpaksa berdepan dengan

59
pelbagai rintangan untuk menguasainya. Oleh itu, kaedah ‘Magic Slide’ sesuai untuk

meningkatkan lagi penguasaan kemahiran mengeja.

RUJUKAN

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Yusoff. (2002). Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Pekak. Dewan
Bahasa. Jun. Halaman 36-41.

Abdul Rahim Raazalli, Noor Aini Ahmad & Kamaliah Ahmad. (2005). Aplikasi
Pengajaran dan Pembelajaran Komputer untuk Pelajar Berkeperluan Khas.
Prosiding ICT Education. Putrajaya, Malaysia: Universiti Multimedia.

Ahmad Fadzli Yusof. (2007). Mengurus Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

60
Alia Shafini Kamaruszaman. (2010). Meningkatkan Kefahaman Murid Masalah
Pendengaran Tahun 5M Melalui Penggunaan Carta Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar 2010. Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas: Kuala Lumpur.

Aliza Alias. (2001). Keberkesanan Strategi Pengajaran Eklektik Dalam Meningkatkan


Kemahiran Mengeja dan Membaca Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran:
Satu Kajian Kes. Projek Penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aznan Hj Che Ahmad. (2000). Menguji Keberkesanan Kamus Bergambar Kod Tangan
Bahasa Melayu Keatas Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton, Pulau Pinang. Latihan Ilmiah.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku I. Selangor: McGraw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan
Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Dgku Nismah Pg Ag Abbas. (2000). Mengenalpasti Pola-pola Kesalahan Tatabahasa


Dalam Struktur Ayat di Kalangan Pelajar Bermasalah Pendengaran: Satu
Kajian Kes di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, Sabah. Tesis tidak
diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Effandi Zakaria. (2004). Teaching Physics to gifted students: What teachers should do?,
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Jilid 2, hlm 378-386

Fontana, Andrea and James Frey. (1994). The Art of Science in The Handbook of
Qualitative Research. Oaks: Sage Publications.

Geisert. P. and Futrell. M. K. (1990). Teachers, Computers and Curriculum:


Microcomputers int the Classroom. Boston: Allyn and Bacon.

Jamila K.A Mohamed Kutty, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Rosadah Abd Majid. (2004).
The Implementation Of Teaching Reading And Writing Skills in Malay Language
For The Preschoolers With Hearing Impairment.

Kamaruddin Hussin. (2000). Pedagogi Bahasa Pengkaedahan. Kuala Lumpur:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kartini Abdul Mutalib et.al. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP
dan DPLI. Perak: Institut Pendidikan Guru KPM, Kampus Ipoh.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

61
Loes N. Wauters. (2001). Sign Facilitation in Word Recognition. The Journal of Special
Education. Volume 35/No.1/2001/PP.31-40

Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk


Publication (M) Sdn. Bhd.

Meriam, S. B. (1998). Qualitative Reasearch and Case Study Applications in Education.


San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd Najib Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi


Malaysia.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mojuntin Ebin. (1997). Keberkesanan Kaedah Oralism dengan Kaedah Komunikasi


Seluruh Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Cacat Pendengaran. Latihan
Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mok Soon Sang. (2008). Murid dan Alam Belajar. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohzaini Yaakob, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi,
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Selangor: PTS Profesional
Publication Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Safani Bari. (2008). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Konstektual Dalam


Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran. Tesis Sarjana. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2002). Rekabentuk Penyelidikan, Falsafah Teori dan Praktis.
Selangor: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1994). Panduan Mengajar Kemahiran Membaca. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

62
Tengku Sarina Aina Tengku Kassim dan Yusmini Md Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar
dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Publication & Distribution
Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

LAMPIRAN A

63
UJIAN DIAGNOSTIK BERTULIS
BAHASA MALAYSIA
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
MASALAH PENDENGARAN

Nama : ………………………………………………………………………….

Kelas : …………………………………..

Kemahiran 1 : Suku kata VKV


Arahan guru : Suaikan perkataan dengan gambar.

api

ubi 64
isi

ibu

aki
Kemahiran 2 : Suku kata KVK
Arahan guru : Isikan tempat kosong dengan betul

b__t

b__s
65
z__p
b__g
p__n

k__k
Kemahiran 3 : Melengkapkan perkataan V + KVK .
Arahan guru : Isikan tempat kosong dengan betul.

a_____

i___ _k_n

e____ 66
a___

i___

o___

Kemahiran 4 : Memadankan gambar dengan perkataan KV + KV


Arahan guru : Padankan gambar dengan perkataan yang betul.

_ 67
meja bola roti

mata gigi buku

BORANG SKOR

Nama murid :

Tahun :

Senarai Kemahiran Yang Diuji

Bil Kemahiran Skor


1. Suku kata VKV
2. Suku kata KVK
3. Suku kata VKVK
4. Suku kata KVKV

68
Catatan:

……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

Tanda tangan penguji:…………………………………………………. Tarikh:

………………………………………….

LAMPIRAN B

UJIAN PRA
BAHASA MALAYSIA
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
MASALAH PENDENGARAN

69
Nama : ………………………………………………………………………….

Kelas : …………………………………..

PERKATAAN SUKU KATA KV+KV


Arahan guru : Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar di bawah.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

70
7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

71
15.

16.

17.

18.

19.

20.

20

LAMPIRAN C

SENARAI SEMAK SOALAN TEMU BUAL

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG GURU

72
1. Nama Guru : ……………………………………………………………………

2. Umur : ………………………………………………………………..………….

3. Jantina : Lelaki / Perempuan

4. Bangsa : ………………………………………………………………….………

5. Warganegara : …………………………………………………………………...

6. Agama : ……………………….............................................................................

7. Kelulusan Akademik : …………………………………………………...………

8. Opsyen : …………………………………………………………………………

9. Mata pelajaran yang diajar : ……………………………………………..………

10. Pengalaman mengajar : …………………………………………………………

11. Pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan khas : ………………...………

12. Kelas yang diajar di sekolah : ……………………………………………….......

13. Mata pelajaran yang diajar di sekolah : …………………………………………

LAMPIRAN C

BAHAGIAN B : SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah pandangan cikgu terhadap prestasi pencapaian akademik murid

pemulihan khas tersebut?


73
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

2. Pada pendapat cikgu, adakah murid pemulihan tersebut menunjukkan prestasi

yang baik di dalam kelas?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

3. Adakah murid pemulihan tersebut menghadapi masalah tingkah laku semasa

proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

4. Apakah pandangan cikgu mengenai pencapaian mata pelajaran Bahasa Malaysia

murid pemulihan tersebut?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
5. Adakah murid pemulihan tersebut mengalami masalah dalam kemahiran

mengeja dua suku kata KV+KV? Mengapa tidak menguasai?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

74
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………..

6. Apakah punca kemahiran mengeja dua suku kata KV+KV berada pada tahap

yang rendah?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

7. Pada pandangan cikgu, adakah penguasaan bahasa murid pemulihan bermasalah

pendengaran boleh dipertingkatkan?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

LAMPIRAN D
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

Subjek Kajian : ……………………………………………………..

ASPEK PEMERHATIAN MURID A MURID B

75
YA TIDAK YA TIDAK
A. Penilaian Ejaan Secara Ejaan Jari
i. Dapat mengeja perkataan yang
disoal oleh guru.
ii. Murid dapat mengeja perkataan
tanpa bantuan atau meniru rakan.
B. Penilaian Ejaan Secara Tulisan
i. Dapat menulis perkataan pada soalan
interaktif powerpoint.
ii. Dapat menjawab soalan daripada
lembaran kerja.
C. Kesesuaian Penggunaan ‘Magic Slide’
i. Gambar di dalam ‘Magic Slide’
sesuai dengan tahap murid.
ii. Kod tangan yang dipaparkan
jelas dan mudah difahami
pergerakan tangan.
D. Penilaian Keberkesanan Penggunaan
‘Magic Slide’
i. Murid mudah mengingati ejaan
perkataan melalui penggunaan
‘Magic Slide’.
ii. Murid dapat memahami
perkataan di dalam ‘Magic Slide’
dengan bantuan gambar.
E. Tingkah Laku
i. Minat belajar menggunakan
‘Magic Slide’.
ii. Bersemangat untuk mengeja
perkataan.
iii. Memberi tumpuan.

76

You might also like