You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2019)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2
SESI JAN – MEI 2021

NAMA PELAJAR : MOHD KHAIRUL NA’AIM BIN PENCHARI


NO KAD PENGENALAN : 990128126741
ANGKA GILIRAN : 2019072340069
KUMPULAN/UNIT : PISMP / Bahasa Melayu
SESI/TAHUN : JAN – MEI 2021
KOD/NAMA KURSUS : BMMB 3093

TUGASAN 1
TAJUK TUGASAN
Penulisan ESEi

TARIKH MULA 10/02/2021

TARIKH HANTAR 27/02/2021

NAMA PENSYARAH: EN OTHMAN BIN ABD AZIZ


JABATAN / UNIT: PENGAJIAN MELAYU

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah 27/02/2021
27/02
merujuk dan memahaminya.

1
Isi Kandungan Halaman

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pendekatan modular dan objektif aspek seni bahasa 4

dan aspek tatabahasa.

3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 8

dan Tatabahasa Dalam Kemahiran Membaca

4.0 Rumusan 11

5.0 Rujukan 12

6.0 Lampiran 13

2
Penghargaan

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya kami masih diberi
kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Segala pujian kepada sang pencipta
kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Nikmat kehidupan yang
dikurniakan merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga sebagai seorang hamba.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah BMMB 3093, EN Othman Bin Abd Aziz
kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa
bantuan beliau, pasti tugasan ini tidak mampu untuk disiapkan dengan sempurna mengikut
piawaian yang telah ditetapkan. Beliau merupakan pensyarah yang berdedikasi serta
mempunyai komitmen yang tinggi. Segala tunjuk ajar beliau telah kami adaptasi sepanjang
melakukan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Secara tidak langsung juga terima kasih ini kami ingin ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sering membantu kami dalam setiap masalah yang dihadapi. Mereka
membantu tanpa ada sebarang rungutan mahupun meminta balasan. Setiap masalah yang
diutarakan dijawab dengan baik. Mereka jugalah yang banyak membantu jika kami mengalami
masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Nasihat mereka agar tidak mudah untuk berputus asa
menjadi kekuatan saya tatkala dilanda masalah. Tidak lupa juga penghargaan ini kami berikan
kepada semua warga IPG Kampus Gaya kerana telah memberi kerjasama yang baik.

3
1.0 Pengenalan

Bertitik tolak dengan ledakan sains dan teknologi dasarwarsa ini, dunia pendidikan mengalami
perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut
perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum bagi
kemaslahatan pendidikan kontemporari ini. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, minat
dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberi penekanan bagi meningkatkan
kemahiran berbahasa murid. Oleh itu, modular aspek seni bahasa dan tatabahasa telah
diperkasakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah marcapada ini.
Sehubungan dengan itu, penulisan akademik ini akan menghuraikan perihal pendekatan
modular dan objektif aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah berpandukan Standard Prestasi dalam
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

2.0 Pendekatan modular dan objektif Aspek Seni bahasa dan Aspek Tatabahasa.

Transformasi kurikulum merupakan satu prakarsa anjakan paradigma dalam revolusi


pendidikan yang bertujuan meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi
murid yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Oleh itu, berikut merupakan huraian modular dan objektif Seni Bahasa dan Tatabahasa.

2.1 Aspek Seni Bahasa

Transformasi kurikulum mengimplementasi modul seni bahasa sebagai satu mekanisme yang
menerapkan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu
dikuasai oleh murid. Melalui modul ini, penguasaan murid merangkumi kecekapan dalam
memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Pengajaran yang ditekankan
dalam modul ini adalah merangkumi elemen didik hibur yang pastinya mewujudkan
keseronokan kepada murid-murid. Menelusuri modul seni bahasa ini, terdapat beberapa prinsip
yang disarankan bagi menjayakan objektif pengajaran. Antara prinsip yang disenaraikan dalam
Modul Aspek Seni Bahasa Melayu dinyatakan seperti berikut:

4
Guru
bertindak
sebagai
pembimbing

Penglibatan Prinsip Pemilihan


murid secara Modul bahan yang
aktif dan Seni sesuai dan
menyeluruh Bahasa menarik

Penekanan
kepada
kehalusan dan
keindahan
bahasa

Rajah 1.1 Prinsip Modul Seni Bahasa

Meneliti objektif aspek Seni Bahasa yang pada umumnya modul seni bahasa ini
bertujuan untuk membolehkan murid menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,
semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa yang sesuai. Oleh itu,
berikut merupakan objektif spesifik aspek seni bahasa pada (DSKP) yang menyenaraikan
objektif aspek seni bahasa mengikut tahap di peringkat sekolah rendah.

a. Tahap 1

5
b. Tahap 2

2.2 Modul Tatabahasa

Asasnya, Modul Tatabahasa digubal bagi menekankan aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu. Oleh itu, pengajaran
engajaran mestilah dirancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan agar
murid dapat meningkatkan pemaham
pemahaman
an mereka serta mampu mengaplikasikan tatabahasa
dengan betul dan
n tepat dalam pelbagai konteks. Umumnya, dalam
alam modul tatabahasa ini,
terdapat dua bahagian
ian besar iait
iaitu sintaksis dan morfologi seperti yang dinyatakan pada gambar
rajah berikut :

Aspek Modul
Tatabahsa

Morfologi Sintaksis

Rajah 1.2 : Aspek Modul Tatabahsa

6
Rentetan itu, objektif umum modul Tatabahsa ialah bertujuan menyediakan murid dalam
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomun
berkomunikasi
ikasi dengan menggunakan peraturan
berbahasa yang betul dan tepat. Rentetan itu, Pendekatan Modul Tatabahasa
atabahasa ini telah
menetapkan pelbagai objektif yang berkait mengikut tahap murid
murid-murid.
murid. Antara objektif yang
disenaraikan adalah seperti berikut:

Tahap1:

7
Tahap 2 :

Gambar 1.2 : Objektif Aspek Tatabahasa

3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Dalam
Kemahiran Membaca

Asasnya, terdapat
erdapat pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk mengajar kemahiran
kemahira
berbahasa dalam bahasa Melayu salah satunya adalah dengan menerapkan elemen Seni
Bahasa dan Tatabahasa dalam sesi P&P yang efektif. Oleh itu, berikut merupakan huraian
aktiviti Kemahiran Membaca yang mengimplementasi elemen seni bahasa dan
da tatabahasa
dalam kemahiran membaca yang digabungjalinkan bersama Standard Prestasi Kemahiran
Membaca :-

Tahap 2 : Tahun 6
Tema : Sekolah Selamat
BBM : Klip Video Sajak “Sekolahku” , bahan cetak (teks sajak) , kad cantuman, Props
Instrumen Penilaian : Borang Penilaian
Objektif Pembelajaran
elajaran : Murid dapat membaca dan memahami ayat pada teks sajak yang
mengandungi perkataan berimbuhan dengan tepat.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.2 Membaca dan memahami perkataan, 2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang
frasa dan ayat daripada pelbagai sumber mengandungi perkataan berimbuhan dalam
dengan sebutan yang betul. bahan bacaan prosa dan puisi dengan
sebutan yang betul.
Jadual 1.1 : Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca

8
Bagi mencapai objektif pembelajaran berpandukan Standard Pembelajaran yang telah
dipilih, satu langkah pengajaran yang mengimplementasi elemen Seni Bahasa dan Tatabahasa
telah dirangka dengan sistematik. Pertama, guru akan memamparkan klip video Sajak
“Sekolahku” (lampiran 1) yang menunjukkan kaedah deklamasi sajak yang tepat dengan
sebutan yang betul dan seterusnya guru akan menerangkan maksud sajak yang dibaca
sekaligus mendemonstrasikan deklamasi sajak dan diikuti oleh murid secara efektif. Langkah
ini, menerapkan elemen Seni Bahasa sekaligus membuka horizon pemikiran murid terhadap
indikator yang tepat dalam mendeklamasikan sajak. Selepas itu, guru akan menerangkan
secara terperinci perihal “Perkataan Berimbuhan” kemudian akan mengedarkan lampiran bahan
bercetak iaitu teks “Sajak Sekolahku” (Lampiran 2) dan murid diminta untuk menyenaraikan
perkataan berimbuhan yang terdapat pada teks tersebut menggunakan Peta i-Think yang
sesuai. Langkah pengajaran ini menerapkan elemen Tatabahasa serta digarapkan dengan Seni
Bahasa secara komprehensif. Seterusnya, guru akan menyediakan “Kad Cantuman Imbuhan”
yang dikategorikan dengan warna yang tertentu dan dipecahkan kepada dua bahagian utama
iaitu “Kata Dasar” serta “Kata Imbuhan” yang terdiri daripada (awalan, akhiran, apitan, sisispan).
Sebagai contoh pelaksanaan, murid akan memilih satu kad cantuman yang terdiri daripada
Kata Dasar yang terdapat pada “Sajak Sekolahku” serta memilih kad cantuman Imbuhan yang
sesuai seperti imbuhan awalan untuk dicantumkan menjadi satu perkataan berimbuhan yang
lengkap. Seperti contoh berikut :-

Gambar 1.3 : Kad Cantuman

9
Langkah pengajaran ini menerapkan elemen Tatabahasa serta digarap bersama aspek
Seni Dalam Pendidikan yang mewujudkan satu sesi pengajaran yang menarik. Bagi langkah
pengukuhan, murid akan mendeklamasikan sajak dengan tepat di hadapan kelas dalam satu
kumpulan kecil yang mana murid akan melaksanakan aktiviti PAK21 “Main Peranan” dengan
cara watak akan dipersembahkan menggunakan “props” yang disediakan oleh guru. Langkah
ini akan mengukuhkan lagi kemahiran murid dalam menguasai aspek seni bahasa yang
diterapkan dalam objektif P&P ini.

Sebagai langkah pentaksiran, guru akan menyediakan satu borang penilaian yang
meneliti instrument yang terkandung pada Standard Prestasi Modul Kemahiran Membaca
Bahasa Melayu Tahun 6. Asasnya, Standard Prestasi merupakan suatu set kriteria umum yang
menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu
perkara itu telah dikuasai murid. Dalam aspek pengajaran yang telah dirancang, guru akan
menilai tahap penguasaan murid perihal beberapa aspek yang utama seperti kebolehan murid
“membaca, memahami, dan menaakul bahan sastera”. Selain itu, kebolehan murid dalam
“memindahkan maklumat” dengan cara menyenaraikan perkataan berimbuhan yang terkandung
pada bahan sastera dengan berkesan seterusnya kaedah “penyampaian deklamasi sajak” yang
mana murid mampu menjadi model teladan dalam mendeklamasi sajak dengan tepat. Oleh itu,
berikut merupakan Standard Prestasi Modul Kemahiran Membaca dan Borang Penilaian aktiviti
:-

Gambar 1.4 : Standard Prestasi Kemahiran Membaca Tahun 6

10
Jadual 1.2 : Borang Penilaian Aktiviti Pengajaran

Nama Murid :
Tahun :
Tahap Pencapaian
Item Yang Dinilai Sangat Terhad Sesuai Kukuh Terperinci Cemerlang
Terhad
1 2 3 4 5 6
Sebutan dan Bacaan Teks
Sajak.
Pemahaman dan
Penaakulan Teks Sajak.
Intonasi dan Gaya
Persembahan Deklamasi
Sajak.
Sebutan dan Bacaan Kata
Berimbuhan.
Menyenaraikan Kata
Berimbuhan pada teks
sajak.

Rentetan itu, perihal item yang dinilai merangkumi 6 skala ukuran yang diimplementasi
daripada Standard Prestasi iaitu tahap 1 hingga 6 dengan petunjuk pencapaian seperti berikut :-

Jadual 1.3 Skala Ukuran Borang Penilaian

Skala Ukuran Petunjuk Pencapaian


1 Sangat Terhad
2 Terhad
3 Sesuai
4 Kukuh
5 Terperinci
6 Cemerlang

Sebagai asas analognya, menurut item yang dinilai melalui borang penilaian seperti
“Menyenaraikan Kata Berimbuhan pada teks sajak”, murid akan memperolehi tahap
“Cemerlang” apabila murid tersebut dapat menyenaraikan sebanyak 10 Perkataan Berimbuhan
yang terdapat dalam teks sajak, manakala pencapaian “Sangat Terhad” akan diberikan kepada
murid apabila hanya mampu menyenaraikan kurang daripada 2 Perkataan Berimbuhan.
Intihanya, instrument Borang Penilaian Aktiviti ini sangat signifikan diaplikasikan dalam menilai
tahap kefahaman murid agar tindakan pemulihan dan pengayaan serta refleksi yang relevan
dapat dilaksanakan oleh guru kelak.

11
4.0 Rumusan

Izharnya, penggabungjalin aspek Seni Bahsa dan Tatabahasa memainkan peranan yang
sangat signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi pembelajaran
Bahasa Melayu. Pengarapan aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa mewujudkan impak yang
positif dalam melahirkan generasi yang mendaulatkan bahasa tercinta ini. Secara holistik,
menerusi pengimplementasian tersebut guru mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan bagi melahirkan golongan inteligensia
secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(1114 Patah Perkataan)

24/25

12
5.0 Rujukan

A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aspek Seni Bahasa Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 5

SK/SJK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Juriah Long (2008).Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi:

Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan (2013). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016) Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

Bahasa Melaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4.Putrajaya: Bahagian Pembangunan


Kurikulum.

Koh Boh Boon (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan Teknik. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Sdn. Bhd.

Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat


Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal. (2010, Februari
24). Berita Harian, m/s 5.

Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015: Jabatan Pengajian Melayu.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2014).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thorndike, R. L. (2001). Measurement and evaluation in psychology and education (6thed.).


Merill, Upper Saddle River, New Jersey: Colombus.

13
6.0 Lampiran

Lampiran 1 (Klip Video Sajak “Sekolahku”)

14
Lampiran 2 : Bahan Bercetak (Teks Sajak “Sekolahku”)

15

You might also like