You are on page 1of 10

2018242340112 BMMB3093

SOALAN 1

Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) merupakan antara kaedah alternatif


yang digunakan oleh setiap guru untuk membantunya menyampaikan pengajaran di
dalam kelas dengan lebih jelas dan sistematik. Penggunaan BBB adalah amat
penting dalam proses P&P bagi menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan
prestasi pelajar. Hasil kajian Jasmi, K.A. (et al.2011) & Ilias, M.F. (et al.2013),
menunjukkan bahawa penggunaan BBB oleh guru mampu membuatkan pelajar
lebih fokus kepada pengajaran sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Namun, guru tidak seharusnya menghadkan penggunaan BBB kepada buku teks,
papan hitam, kapur dan gambar sahaja kerana PdPc boleh dipelbagaikan lagi
mengikut kesesuaian pelajar. Oleh itu, guru perlulah lebih kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan BBB yang pelbagai dan menarik serta berkualiti.

Pelbagai cara guru boleh lakukan untuk mempelbagaikan bahan bantu belajar
dalam pengajaran aspek seni bahasa antaranya ialah dengan menggunakan bahan
maujud. Menurut Mok Soon Sang (2009), bahan maujud merupakan bahan konkrit
atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Penggunaan bahan maujud
merupakan satu kaedah yang baik dimana ianya dapat meningkatkan daya ingatan
serta pemahaman murid terhadap sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru. Hal
ini kerana, apabila murid menyentuh bahan pdp tersebut mereka dapat menjana dan
membina idea dengan lebih kreatif kerana bahan tersebut akan memberi
pengalaman langsung kepada murid. Perkara ini sejajar dengan pernyataan Wong
Kiet Wah et al. (2013) yang menyatakan bahawa murid pada peringkat sekolah
rendah membina konsep berdasarkan objek dan peristiwa konkrit. Misalnya
penggunaan bahan maujud seperti kostum dan topeng dapat digunakan pada
Standard Pembelajaran 4.3.1 iaitu mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui
lakonan. Oleh itu, penggunaan kostum dan topeng dapat membantu murid untuk
lebih mendalami dengan lebih baik peranan dan watak yang dilakonkan

Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan teks sebagai salah satu
bahan bantu belajar ketika proses PdPc berlangsung. Bahan teks merupakan suatu
bahan yang mengandungi tulisan seperti petikan, dialog, risalah, skrip, surat khabar

1
2018242340112 BMMB3093

atau apa-apa sahaja bahan yang ditulis. Penggunaan bahan teks penting untuk
murid memahami kandungan teks dengan lebih mudah, membina penghayatan
serta memperkayakan kosa kata murid dalam pelbagai konteks mengikut tema
tertentu. Hal ini memenuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
yang menekankan aspek kosa kata seperti mana yang terdapat dalam sistem
bahasa. Menerusi pengajaran menggunakan bahan teks, murid juga dapat
meningkatkan kemahiran membaca seterusnya menguasai aspek seni bahasa atau
tatabahasa dengan lebih efektif. Sebagai contoh, penggunaan bahan teks seperti
petikan syair diberikan kepada murid supaya murid dapat memahami, menghayati
serta mempelajari kosa kata syair tersebut sebelum dipersembahkan. Perkara ini
dapat diaplikasikan pada standard pembelajaran 4.4.1 iaitu melagukan syair dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahami syair tersebut.

Bahan grafik juga merupakan salah satu BBB yang boleh guru praktikkan di
dalam kelas. Bahan grafik merupakan bahan visual yang meringkaskan penerangan
menerusi kombinasi gambar, simbol, huruf, perkataan, lukisan yang boleh dijadikan
satu media untuk memberikan konsep dan idea kepada sasarannya dalam proses
menyampaikan maklumat. Jenis bahan grafik yang boleh digunakan oleh guru untuk
menerangkan konsep secara ringkas ialah peta I-Think, peta minda, carta, graf,
poster dan sebagainya. Perkara ini bertepatan dengan pelaksanaan pembelajaran
abad ke-21 dimana penggunaan grafik ini mampu meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi murid serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar. Contohnya aktiviti yang boleh dilakukan ialah, guru memberikan
soalan seperti “kenal pasti jenis dan fungsi puisi tradisional”, kemudian murid perlu
membuat peta minda yang mengklasifikasikan pelbagai jenis puisi seperti pantun,
seloka, syair dan gurindam dan nyatakan fungsinya.

Di samping itu, bahan multimedia juga boleh digunakan oleh guru. Menurut
Rozinah Jamaludin (2005), multimedia ialah teknologi yang menggabungkan grafik,
bunyi, video dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan.
Pengaplikasian multimedia sangat relevan dengan keperluan pendidikan masa kini
yang menekankan penggunaan teknologi dalam proses PdPc. Hal ini kerana
penggunaan bahan multimedia yang mengandungi audio dan video akan
menjadikan proses PdPc lebih menarik dan menyeronokkan. Sebagai contoh, lagu
2
2018242340112 BMMB3093

dan video kemerdekaan boleh ditayangkan pada murid di dalam kelas sewaktu guru
mengajar Standard Pembelajaran 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang
mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur. Murid
boleh menyanyi bersama berpandukan multimedia kemudian mencatatkan mesej
atau isi penting berdasarkan video tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu belajar memainkan peranan yang


sangat penting dalam membantu guru meningkatkan kefahaman murid sepanjang
proses PdPc berlangsung. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan dan
mengimplementasikan penggunaan BBB di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian
tahap kognitif murid.

3
2018242340112 BMMB3093

SOALAN 2

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

A. BUTIRAN PDP

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tarikh 10 Julai 2020

Masa 8.00 pagi – 10.00 pagi

Kelas 2 Cemerlang

Bilangan Murid ___/18 orang

Tema MP Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk Kebersihan Diri

Kemahiran/Fokus Golongan kata : Kata nama am

Murid sering menggunakan kata nama am semasa


Kemahiran Sedia Ada
berkomunikasi dalam kehidupan seharian

5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata


Standard Kandungan
mengikut konteks

5.1.1 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan

Standard Pembelajaran golongan kata mengikut konteks;

(i) kata nama am

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

 Menyenaraikan kata nama am mengikut konteks yang


betul

 Menyebut kata nama am dengan tepat

4
2018242340112 BMMB3093

 Membina ayat mudah dengan menggunakan kata


nama am

Pentaksiran Penilaian Formatif

I. Berterusan

II. Berfikir dengan fleksibel

III. Berfikir tentang pemikiran anda


Tabiat Berfikir (HOM/KBAT)
IV. Mencipta, membayangkan dan berinovatif

V. Terbuka kepada pembelajaran berterusan

VI. Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru

 Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sains


 Pendidikan Alam Sekitar : Bertanggungjawab
terhadap kebersihan diri dan alam sekitar.
 TMK : Belajar melalui TMK
 Kreativiti : Pergerakan kreatif – imaginasi dan
visualisasi

Elemen Merentas  Elemen Keusahawanan :


Kurikulum (EMK) EK 1:14 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati
dengan bertujuan dan menghasilkan idea.

Bahasa : Penggunaan bahasa pengantar yang betul.


Semasa PdP setiap aspek sebutan, struktur ayat,
tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi
penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan
berkomunikasi secara berkesan.

Penerapan Nilai Bekerjasama, Tekun

Bahan Bantu Mengajar Kad perkataan, Permainan atas talian, Grafik

Seni dalam Pendidikan Kinestatik, Seni Muzik, Seni pergerakan, Seni visual

5
2018242340112 BMMB3093

B. BUTIRAN GURU

Tema Fokus Bimbingan Mampu menyebut dan membina ayat mudah


(TFB) : menggunakan kata nama am.

Kemahiran Insaniah (KI) : CTPS2, CTPS4, CTPS5, CS1, CS4, TS1, TS5,TS11, LL12,
ES1, ET8.

Pedagogi Masa Ini(PMI) : Kompetensi 6C, Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian


Masalah.

Langkah / Aktiviti Pengajaran dan


Isi Pelajaran Catatan
Masa (Minit) Pembelajaran

Set Induksi Tajuk : Kata nama 1) Murid ditayangkan satu BBM: Permainan
Am permainan atas talian iaitu atas talian
(5 minit)
“Cari Benda Tersembunyi”
Permainan atas KI: TS7,TS13
pada paparan skrin .
talian : “Cari Benda
EMK: Ilmu,
Tersembunyi” 2) Murid secara sukarela
akan keluar dan klik jawapan TMK: Permainan
(rujuk lampiran)
pada objek yang dijumpai atas talian,

6
2018242340112 BMMB3093

Contoh objek
dalam permainan tersebut.
tersembunyi :
3) Guru membimbing murid
 Rama-rama
untuk menghubungkaitkan komputer riba
 Pintu permainan tersebut dengan

 Berus gigi tajuk pelajaran pada hari ini


iaitu kata nama am.
 Topi

Langkah 1 Contoh kad yang 1) Murid mendengar BBM: Kotak dan


mengandungi penerangan guru mengenai kad
(15 minit)
perkataan kata nama kata nama am
KI: CS1, TS11
am :
2) Murid dibahagikan kepada
tiga kumpulan dimana setiap PMI: Grafik,
 kakak
kumpulan akan diberikan satu kompetensi 6C
 mata
kotak. Di dalam kotak EMK: kreativiti
 pencuci muka tersebut mengandungi
Nilai: Bekerjasama
 berus gigi beberapa perkataan yang
terdiri daripada jenis-jenis Objektif :
 kucing
kata nama am iaitu kata Menyenaraikan
 bangunan
nama am hidup, tak hidup, kata nama am
 buku manusia, bukan manusia, mengikut konteks
institusi dan bukan institusi. yang betul

3) Setiap kumpulan perlu


mengelaskan jenis-jenis kata
nama am tersebut dan tampal
di kertas mahjong yang
disediakan

4) Kumpulan yang menampal


paling banyak kata nama am
yang betul dikira pemenang.

5) Guru mengaplikasikan nilai

7
2018242340112 BMMB3093

murni tentang bekerjasama


dalam kumpulan semasa
membuat tugasan bersama.

Langkah 2 Lagu : kebersihan diri 1) Guru menayangkan


BBM: kad
sebuah lagu bertajuk
(15 minit) Kata nama am yang
kebersihan diri KI:CTPS1,
terdapat dalam lagu :
CS5,TS5, TS12,
2) Murid menyanyi bersama-
 mandi
sama PMI: Kompetensi
 berus gigi
6C, Pembelajaran
 tandas 3) Murid menyenaraikan kata
koperatif,
 badan nama am yang terdapat
dalam lagu EMK:Bahasa,
 muka
Kreativiti dan
4) setiap murid membina 1
Inovasi,
ayat ringkas menggunakan
kata nama yang telah Nilai : Tekun
disenaraikan sebentar tadi.
Objektif : Membina
5) Guru mengaplikasikan nilai ayat mudah
murni tekun dan memberi dengan
perhatian semasa aktiviti menggunakan
dijalankan. kata nama am

1) Guru memberi satu kad BBM: Kad


pada setiap kumpulan dimana
Contoh Kad : Gigi KI:CTPS1,
pada kad tersebut
CS5,TS5, TS12,
Langkah 3 Contoh Lakonan : mengandungi satu kata nama
murid melakukan am. PMI: Kompetensi
(20 minit)
aksi menggosok gigi 6C, Pembelajaran
2) Seterusnya, wakil dari ahli
menggunakan berus koperatif,
kumpulan perlu berlakon
gigi
berdasarkan kata nama am EMK:Bahasa,
yang diberi Kreativiti dan
Inovasi,
3) Murid lain perlu meneka
kata nama am yang Nilai :

8
2018242340112 BMMB3093

dilakonkan oleh murid


Bekerjasama
tersebut.
Objektif :
4) Guru mengaplikasikan nilai
Menyebut kata
murni tentang bekerjasama
nama am dengan
dalam kumpulan semasa
tepat
membuat tugasan bersama.

1) Murid membuat rumusan


tentang kata nama am yang

Kognitif : Rumusan dipelajari.


KI: LL2
isi pelajaran 2) Guru memberi pujian
Penutup PMI: kompetensi
kepada murid dan membuat
Sosial : Pujian atas 6C
(5 minit) rumusan keseluruhan
ketekunan dan
pembelajaran. EMK: Bahasa
kerjasama murid
3) Guru merumuskan nilai
murni bersama-sama murid.

Catatan Refleksi Pelajar :


Catatan Guru Pembimbing :
Catatan Pensyarah Penyelia :
LAMPIRAN :

9
2018242340112 BMMB3093

10

You might also like