You are on page 1of 1

RPH BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

KEMAHIRAN Bertutur dan Menulis


TINGKATAN 4 SRT
MASA 9.00 pagi – 10.00 pagi
TEMA Peribahasa
TAJUK Peribahasa dan Maksud
OBJEKTIF 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kaitkan maksudnya
PEMBELAJARAN dengan betul mengikut konteks.
HASIL Pada akhir PdP,
PEMBELAJARAN (1) Melalui aktiviti 1, pelajar dapat mengenalpasti peribahasa dan
maksudnya mengikut konteks.
(2) Melalui aktiviti 2, pelajar dapat memadankan peribahasa dan
maksudnya dengan betul.
KRITERIA KEJAYAAN (1) Melalui aktiviti 1, pelajar dapat mengenalpasti 4 daripada 6
peribahasa yang disediakan berserta maksud dengan betul.
(2) Melalui aktiviti 2, pelajar dapat memadankan 8 daripada 13
peribahasa yang disediakan berserta maksud dengan betul.
BBM Latihan edaran
Kertas putih/ Papan putih mini
Kertas mahjung
AKTIVITI Pengenalan
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang peribahasa yang mereka
ketahui.

Perkembangan
Aktiviti 1: Lakonan
1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2. Setiap kumpulan mendapat satu peribahasa yang perlu dilakonkan
supaya pelajar lain dapat meneka peribahasa tersebut.
3. Pelajar dikehendaki untuk berbincang dalam kumpulan dan menulis
jawapan peribahasa tersebut dalam kertas yang diberikan.
4. Guru membincangkan jawapan yang betul bagi setiap lakonan.

Aktiviti 2: Kau cari Aku!


1. Setiap pelajar diberikan satu kertas yang mengandungi sama ada
peribahasa atau maksud peribahasa.
2. Setiap pelajar akan memadankan setiap peribahasa dengan
maksudnya dengan mencari pelajar lain.
3. Padanan yang betul perlu dilekatkan di atas kertas mahjung yang
disediakan.
4. Guru membincangkan jawapan yang betul bagi setiap peribahasa.

Penilaian
Pelajar menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberi berpandukan
kepada peribahasa yang telah dibincangkan dalam aktiviti 2.

You might also like