You are on page 1of 7

Rancangan Pengajaran Harian

Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid

Kemahiran
Mendengar Dan Bertutur
bahasa
Tingkatan 1
Masa 1 jam
Tema/Tajuk Urusan jual beli

Standard 1.7 Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.


Kandungan

Standard 1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan bagi sesuatu tawaran


Pembelajaran tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat yang
gramatis dan bahasa yang santun.
Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Pengajaran &
Pembelajaran 1. Berunding dan memberikan tiga alasan untuk mendapatkan
persetujuan bagi urusan membeli peralatan sekolah di koperasi secara
rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
2. menyatakan tiga cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan
koperasi sekolah

Ilmu: Ekonomi, Matematik dan Muamalat


Nilai: Tolak ansur dan toleransi
Elemen
Merentas Kemahiran:
Kurikulum
 Keusahawanan – membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
i. Guru mengedarkan petikan kepada para murid.
ii. Murid membaca secara mekanis petikan yang
diedarkan.
iii. Murid menyenaraikan perkataan , rangkai kata dan
istilah yang sukar difahami:
Aktiviti 1:
1. Tayangan sedutan video urusan jual beli di pasar
2. Murid menonton dan memberi perhatian.
3. Guru mengemukakan soalan kepada murid berkaitan
tayangan sedutan video.
- Apakah yang anda lihat berdasarkan sedutan
video tadi?

Penggunaan kertas
Aktiviti 2:
sebak
Murid masih berada dalam kumpulan kecil .
1. Murid-murid diminta berbincang dan menyediakan dialog
untuk melakonkan situasi urusan jual beli
2. Murid-murid diminta menyediakan tiga soalan dan tiga
jawapan dalam bentuk dialog.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti 3:
Didik Hibur : Lakonan
1. Setiap kumpulan diminta melakonkan situasi urusan jual
beli berdasarkan dialog yang telah dihasilkan.
2. Guru meminta setiap kumpulan memberi penilaian
kepada setiap kumpulan yang telah selesai membuat
persembahan.

Aktiviti 4:
1. Guru memberikan ulasan dan peneguhan secara
keseluruhan berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Lampiran 1

PRAAKTIVITI
FAEDAH-FAEDAH MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN
PELAJAR DAN HALANGAN UNTUK MEMUPUK NILAI TERSEBUT.

Slogan Budi Bahasa Budaya Kita menggambarkan bahawa kerajaan amat


menitikberatkan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat di negara
kita. Hal ini kerana, dalam situasi masyarakat berbilang kaum, amalan nilai-nilai
murni seperti saling bertoleransi, dan hormat-menghormati amat penting
dipraktikkan. Tanpa nilai-nilai murni ini, kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat pasti akan tergugat. Justeru, aktiviti kemasyarakatan dan sukarela
merupakan platform untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar sama ada
di peringkat sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

Pendedahan awal terhadap tanggungjawab sosial sangat penting kerana


amalan nilai murni mampu melahirkan insan cemerlang dari segi akademik dan
jati diri seperti kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Menerusi amalan tersebut, sikap positif dapat kita bentuk dalam jiwa pelajar
termasuklah sikap tidak mementingkan diri sendiri, saling membantu, dan
prihatin terhadap persekitaran. Amalan murni tersebut dapat mengikat jaringan
langsung antara pelajar dengan anggota masyarakat. Pendidikan yang
berhubung dengan amalan ini perlulah diperkukuh dalam semua kapasiti
masyarakat tidak terkecuali ibu bapa kerana amalan dan tingkah laku mereka
akan dituruti oleh anak-anak. Untuk memupuk amalan berkenaan, kita tidak
memerlukan mata pelajaran khusus di sekolah sebaliknya semua anggota
masyarakat harus menunjukkan contoh yang baik dalam kehidupan harian.
Di samping itu, banyak aktiviti luar yang dapat dijalankan untuk memupuk
amalan tersebut misalnya dengan membantu golongan
yang memerlukan pertolongan seperti anak yatim, orang kurang upaya, dan
warga emas. Perkara ini lebih penting kepada pelajar daripada membiarkan
mereka berfoya-foya dan menghabiskan masa di pusat beli-belah. Kesedaran
menginsafi nasib golongan yang memerlukan bantuan dapat
dirasai pelajar sekiranya mereka benar-benar menghayati pelaksanaan aktiviti
kemasyarakatan.
Pada masa ini, kita tidak perlu berkempen untuk menerapkan nilai murni kerana
amalan nilai
tersebut merupakan perkara asas yang wajar disemai dan dipupuk sejak
seseorang itu masih di
dalam buaian. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan utama untuk menerapkan
nilai-nilai murni
dalam diri anak-anak. Menerusi ibu bapa, anak-anak dapat diterapkan nilai cinta
akan negara,
kasih sayang sesama makhluk dan menghormati orang lain. Perkara ini
bertambah kukuh dalam
ingatan apabila pelajar mempelajari hal-hal yang wajar dan tidak wajar dilakukan
dalam hidup
mereka. Sekiranya pelajar sudah berada di peringkat yang lebih tinggi dan fikiran
mereka lebih
terbuka maka sepatutnya perkara positif sudah tertanam dengan kukuh dalam
sanubari mereka.
Apabila mereka melangkah ke alam kehidupan sebenar, mereka akan
melakukan sesuatu
berdasarkan amalan nilai murni yang sudah sebati dalam kehidupan mereka.
Perkara yang penting dan wajar kita ingat ialah pemupukan nilai murni dalam
kehidupan
seseorang itu mampu mengubah nilai budaya masyarakat yang negatif kepada
positif sekiranya
hal itu disuburkan dalam kehidupan seseorang sejak kecil. Sebagai rakyat
negaraini kita harus
berasa megah dan bangga jika kita berjaya mempertingkatkan amalan nilai
murni dalam kalangan
rakyat terutama yang melibatkan golongan pelajar
ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada „Pupuk Nilai Murni: Aktiviti
Kemasyarakatan Sukarela Saluran Terbaik Amal Sikap Positif‟,
Berita Harian, 17 November 2009)

You might also like