You are on page 1of 14

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU KE-17 PERSEKOLAHAN (MINGGU 7 PRAKTIKUM)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : 3 Ceria
Bilangan Murid : 26
Tarikh / Hari : 23 April 2020 / Khamis
Masa : 07.00 hingga 08.00 pagi
Tema : Waspada Selalu
Tajuk : Cara-Cara Mencegah Kebakaran Rumah

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.5 Menulis untuk meringkaskan dan merumuskan 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta
pelbagai bahan prosa. membuat ringkasan daripada pelbagai bahan
prosa menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.

Objektif / Kriteria kejayaan Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1. Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan berdasarkan petikan cara-cara mencegah kebakaran rumah.
Sistem Bahasa

 Sistem ejaan – memberi penekanan kepada penulisan kata terbitan.

 Tatabahasa: Sintaksis – memberi tumpuan kepada penulisan ayat terbitan.
Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

 Ilmu – Keselamatan harta benda dan nyawa (mendedahkan murid kepada cara-cara mencegah
kebakaran rumah daripada berlaku).
 Nilai murni – Rasional
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik (Strategi)

 Kemahiran Berfikir (KB) – Mengumpul dan menyusun maklumat (mengumpul dan menyusun maklumat
penting daripada petikan).
 Kepintaran Pelbagai (KP) – Verbal-Linguistik
 Pembelajaran Koperatif – berbincang, menulis dan memberi penerangan secara berkumpulan.
Bahan Bantu Mengajar

Jenis Bilangan
1 Gambar 1
2 Petikan 1 26
3 Lembaran Kerja 7
4 Jadual Kosong 7
5 Latihan Pengukuhan 1 21
6 Latihan Pengukuhan 2 5
7 Latihan Pengayaan 10

Pengetahuan sedia ada: 1. Murid pernah melihat sendiri kejadian kebakaran rumah di kaca televisyen.
2. Murid sudah belajar cara membuat ringkasan.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan

Set 1. Gambar Kebakaran 1. Teknik: Perbincangan BBM
Induksi (rujuk Lampiran 1). 2. Murid memerhati satu gambar yang
(5 minit) menunjukkan kebakaran sebuah KP
2. Jawapan contoh kepada rumah. Verbal-Linguistik
soalan. 3. Murid mengemukakan respons
i. Untuk mengelakkan kepada soalan yang ditanya oleh KB
kemusnahan harta benda guru: Menjana Idea
dan kehilangan nyawa. i. Kenapa kita perlu berwaspada (menjana idea
ii. Ya. dengan kebakaran? Beri dua sebab. murid dalam
iii. Menghalang anak kecil (alat penerapan nilai) menjawab soalan
daripada bermain api. ii. Adakah anda bersetuju bahawa yang ditanya).
kebakaran berpunca daripada
kecuaian manusia? Nilai
iii. Berikan satu cara mencegah Rasional
kebakaran rumah.
4. Jawapan murid dikaitkan dengan Ilmu
tajuk pelajaran hari ini iaitu menulis Keselamatan
ringkasan tentang cara-cara
mencegah kebakaran rumah.
Langkah 1. Petikan 1: Cara-Cara 1. Teknik: Bacaan luncuran / Bengkel BBM
1 Mencegah Kebakaran 2. Murid membaca senyap sambil
(20 minit) Rumah memahami Petikan 1 yang diedarkan KP
(rujuk Lampiran 2). oleh guru. Verbal-Linguistik
3. Murid secara rawak memberitahu
2. Lima Isi Penting cara-cara mencegah kebakaran KB
i. Melarang anak-anak kecil rumah. Mengumpul dan
daripada bermain api, mancis,
atau apa-apa bahan yang 4. Guru menjelaskan struktur ringkasan menyusun (murid
menghasilkan percikan api. dan cara-cara mendapatkan isi-isi mengumpul dan
ii. Kerap memeriksa pendawaian
elektrik di rumah untuk penting daripada petikan. menyusun isi-isi
mengelakkan berlakunya litar 5. Murid berbincang untuk penting daripada
pintas. menggariskan lima isi penting dalam petikan).
iii.Elakkan daripada melakukan Petikan 1.
penyambungan wayar sendiri jika
kita tidak mempunyai kelayakan.
6. Murid secara berkumpulan menulis
iv. Tong gas harus sentiasa serta menyusun lima ayat baharu
ditutup selepas memasak dan berdasarkan isi penting yang digaris
sebelum meninggalkan rumah. dalam Petikan 1 pada lembaran kerja
v. Tidak melakukan pembakaran (rujuk Lampiran 3) yang diedarkan
secara terbuka sama ada
berhampiran dengan kawasan oleh guru.
rumah atau di kawasan semak.

Langkah 1. Jadual Kosong: Ringkasan 1. Teknik: Bengkel BBM

2 (rujuk Lampiran 4) 2. Setiap murid memerhati sambil
(15 minit) memahami edaran jadual kosong KP
2. Penanda Wacana yang diedarkan oleh guru. Verbal Linguistik
-Selain itu 3. Guru menjelaskan cara menulis
-Seterusnya ringkasan menggunakan jadual KB
-Demikian juga kosong tersebut beserta penanda Mengumpul dan
-Di samping itu wacana yang bersesuaian. menyusun (murid
4. Murid secara berkumpulan menyusun isi-isi
berbengkel untuk menulis satu penting daripada
ringkasan yang lengkap berdasarkan petikan).
isi-isi penting yang dikumpul dan
disusun daripada petikan.
5. Wakil daripada dua kumpulan (secara
rawak) diminta ke hadapan kelas
untuk membentangkan ringkasan
yang ditulis.
6. Murid mengemukakan pandangan
masing-masing tentang aktiviti no. 5
(pembetulan latihan) dengan
bimbingan guru.
Langkah Gerakerja Bertulis: BBM
3 1. Latihan Pengukuhan
(15 minit) (rujuk Lampiran 5 dan 6) 1. Murid mendengar arahan guru KP
Kumpulan 1 (murid pandai) tentang latihan pengukuhan yang Verbal Linguistik
Latihan Pengukuhan 1: perlu dibuat.
Soalan kefahaman (1 – 5) 2. Murid dikelompokkan mengikut tiga KB
kumpulan dan secara individu Menjana Idea
Kumpulan 2 (murid membuat latihan pengukuhan. (murid menjana
sederhana) idea dalam
Latihan Pengukuhan 1: menjawab soalan
Soalan kefahaman (1 – 4) pemahaman).

Kumpulan 3 (murid lemah)

Latihan Pengukuhan 2:
Isi tempat kosong 1. Murid Kumpulan 1 dan 2 membuat
latihan tambahan.
2. Aktiviti Pengayaan
Latihan Pengayaan
(rujuk Lampiran 7) 1. Murid Kumpulan 3 dibimbing
menjawab soalan latihan pengukuhan
3. Aktiviti Pemulihan oleh rakan sebaya dari Kumpulan 1.
Murid lemah dalam
Kumpulan 3 dibantu oleh
rakan sebaya dalam
menyiapkan latihan
pengukuhan.

Aktiviti 1. Penutup kognitif 1. Murid diminta memberikan satu KP

Penutup Contoh: contoh cara pantas memadam Verbal Linguistik
(5 minit) Memadam dengan menutup kebakaran kecil di rumah.
api menggunakan kain basah. 2. Murid diminta membuat latihan KB
susulan di rumah. Menjana Idea
(murid menjana
idea dalam
memberikan
contoh).

Ilmu
Keselamatan

Refleksi:
_____________________________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN 1
GAMBAR KEBAKARAN RUMAH
LAMPIRAN 2
PETIKAN 1
CARA-CARA MENCEGAH KEBAKARAN RUMAH

Saban hari kita sering dikejutkan oleh berita-berita tentang kebakaran. Kebakaran berlaku di mana-mana sahaja. Kebakaran bukan sahaja
memusnahkan harta benda, malahan mengorbankan nyawa manusia. Sebenarnya, kebakaran dapat dielakkan sekiranya semua pihak mengambil
langkah berhati-hati dan tidak cuai. Kecuaian manusia sudah dikenal pasti sebagai punca utama kebakaran. Oleh itu, berhati-hatilah dan janganlah kita
cuai.
Banyak cara dapat kita lakukan untuk mengelakkan kebakaran daripada berlaku. Antaranya, kita mestilah memastikan anak-anak keci tidak
bermain api, mancis, atau apa-apa juga bahan yang menghasilkan percikan api. Pendawaian elektrik di rumah perlulah diperiksa dari semasa ke
semasa untuk mengelakkan berlakunya litar pintas. Selain itu, kita harus mengelak daripada melakukan penyambungan wayar sendiri sekiranya kita
tidak mempunyai kelayakan.

Seterusnya, pastikan tong gas ditutup selepas memasak dan sebelum meninggalkan rumah. Hal ini dapat memastikan kebocoran gas tidak
berlaku. Selain itu, matikan semua suis elektrik atau punca elektrik yang tidak digunakan. Peralatan elektrik yang digunakan hendaklah diperiksa dari
semasa ke semasa untuk memastikan peralatan tersebut selamat untuk digunakan. Elakkan daripada membuang puntung rokok di merata-rata tempat.
Pastikan puntung rokok dipadamkan sebelum dibuang. Akhir sekali, elakkan daripada melakukan pembakaran secara terbuka sama ada berhampiran
dengan kawasan rumah atau di kawasan semak.

Dengan itu, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kebakaran api kerana api semasa kecil
menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.

LAMPIRAN 3
KUMPULAN: 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 / 7
TINGKATAN: ___________________

LEMBARAN KERJA 1
Berdasarkan Petikan 1, garis lima isi penting yang anda kenal pasti dalam petikan. Kemudian tulis ayat baharu menggunakan isi penting
tersebut tanpa mengubah maksud asal.

ISI PENTING 1:
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

ISI PENTING 2:

ISI PENTING 3:

ISI PENTING 4:

ISI PENTING 5:

LAMPIRAN 4
JADUAL KOSONG

1 2 3 4 5 6 7 8

(80 Patah Perkataan)

LAMPIRAN 5
NAMA: ___________________________
TINGKATAN: _____________________ KUMPULAN: 1 / 2

LATIHAN PENGUKUHAN 1
Berdasarkan Petikan 1, jawab soalan berikut menggunakan ayat yang lengkap.
Kumpulan 1 jawab soalan 1-4.
Kumpulan 2 jawab soalan 1-3.

1. Berdasarkan petikan, kecuaian manusia dikenal pasti sebagai punca utama kebakaran. Berikan tiga
contoh kecuaian manusia. (3 markah)
____________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

2. Menggunakan pengetahuan anda sendiri, berikan satu cara memadam api yang secara tiba-tiba marak
di dapur rumah anda. (2 markah)
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

3. Andaikan anda adalah seorang mangsa kebakaran rumah yang terselamat, nyatakan satu kesan yang
mungkin akan anda hadapi setelah rumah anda ranap dimakan api. (2 markah)
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

4. Mengapakah pendidikan pencegahan kebakaran ditekankan di sekolah. Jelaskan pendapat anda itu.
(3 markah)
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
LAMPIRAN 6

NAMA: ___________________________
TINGKATAN: _____________________ KUMPULAN: 3

LATIHAN PENGUKUHAN 2
Isi tempat kosong menggunakan kata ganda yang sesuai.

1. Masyarakat perlulah ____________ dan tidak cuai kerana punca utama kebakaran adalah berpunca
daripada ____________ manusia sendiri.

2. Salah satu cara untuk mengelakkan ________________ adalah melarang ________________

daripada bermain api, mancis, atau apa-apa bahan yang boleh menghasilkan percikan api.

3. Sistem ____________ elektrik di rumah perlu diperiksa dari semasa ke semasa dan sebarang
kerosakan perlulah diperbaiki dengan kadar yang segera untuk mengelakkan berlakunya
______________.

4. Demi memastikan ____________ gas tidak berlaku maka pastikan _____________ ditutup selepas
memasak dan sebelum meninggalkan rumah.

5. Pembakaran secara ____________ sama ada berhampiran dengan _________________ atau di

kawasan semak haruslah dielakkan supaya api tidak marak mendekati rumah.
(10 markah)

Jawapan:
1. berhati-hati, kecuaian
2. kebakaran rumah, anak-anak kecil
3. pendawaian, litar pintas
4. kebocoran, tong gas
5. terbuka, kawasan rumah
LAMPIRAN 7
NAMA: ___________________________
TINGKATAN: _____________________ KUMPULAN: 1 / 2

LATIHAN PENGAYAAN
Tulis langkah-langkah menangani setiap punca kebakaran menggunakan ayat yang lengkap.

PUNCA DAN LANGKAH MENANGANI RISIKO KEBAKARAN DI RUMAH

____________________________________________
___________________________________________________
____________________________________________
Anak kecil bermain mancis.
___________________________________________________
____________________________________________
___________________________________________________
_______________________________________

___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
____________________________________________
Sistem pendawaian elektrik ____________________________________________
yang lama. ____________________________________________
___________________________________________________
____________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________

___________________________________________________
___________________________________________________
____________________________________________
___________________________________________________
Pili tong gas rosak. ____________________________________________
____________________________________________
____________________________________

___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
Peralatan elektrik rosak.
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Pembakaran terbuka _________________________________________________________________

_________________________________________________________________
______________________________________

berhampiran rumah.

10 Markah

You might also like