You are on page 1of 12

Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Pendahuluan:
Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan
penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi
masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4.
Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan.
Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang
itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan
tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid
kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan
akan membawa maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru melepasi
kemahiran di tahap 1 dan tahun 4 memerlukan kemahiran yang lebih meluas.
Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataanperkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan
dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai
dalam tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan
yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata
pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap
1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid
tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu
kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya
menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu
Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan
latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan
dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah

masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi
kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat.
Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada
pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan
yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang
hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan
makna yang berbagai-bagai.
Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan
murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya
aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran
dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga
berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan
imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa
Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di
sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur
kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.
2.0 FOKUS KAJIAN.
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya
dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah
penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting
dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6)
kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.
Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:
- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu
perkataan.
- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

petikan atau ayat.


Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan
imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas
maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini
seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam
kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih
mudah menulis karangan kelak.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.
3.1 Objektif am:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan
awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk:
3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
petikan yang diberi.
3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,
akhiran dan apitan.
3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat
3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki
Melayu dan 15 orang murid perempuan Melayu dalam Tahun 4.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan masalah:


Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal
bagi
kajian ini.
5.1.1 Ujian Pra:
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid
juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah
menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang
diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid lemah
dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.
5.1.2 Pemerhatian:
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan
menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan
kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti
keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Analisis tinjauan masalah:
5.2.1 Analisis Ujian Pra:
Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
Pencapaian

Bilangan Sampel

Peratus (%)

(Gred)
A (80 100)
B (60 79)

3
10

10
33.3

C (40 59)
D (20 39)
E (0 19)
JUMLAH

10
5
2
30

33.3
16.7
6.7
100

Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang)
murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid
terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan
7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalansoalan
tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.
5.2.2 Analisis pemerhatian:
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid
semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
Tingkah laku
Kesungguhan
Kurang mengambil bahagian
Kurang
tumpuan
(bermain,
berbual

dan

Peratus %
50
30
20

mengganggu

kawan)

5.3 Tindakan yang dijalankan:


Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:
- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
- Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)
- Membina ayat - Bercerita
- Ujian Pos
5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian:

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan:


i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan
rangsangan yang

panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.

Hari ini sekolah Musa mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara


kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Musa. Cikgu Afida telah
menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.
Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Musa? Tanya Cikgu Afida.
Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Afida. Coklat
pemberian Cikgu Afida itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Musa
menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng berbunyi,
Musa terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja.
Akhirnya, Musa terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu
mengejutkannya. Musa terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk
memberitahu ibunya.
Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu, kata Musa.
Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar
sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah
direndam oleh ibunya di dalam baldi.

ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan
mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada

sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata
terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.
Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih
bersedia

untuk

mengecam

dan

menyenaraikan

perkataan

berimbuhan

yang

diperdengarkan.
Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan
Markah
A (80 100)
B (60 - 79)
C (40 59)
D (20 39)
E (0 19)

Peratus %
10
43.3
40
6.6
0

Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.
Refleksi :
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.
5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan:
i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat empat
jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
1. Awalan imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.

(Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam
sukatan)
ii. Saya membacakan petikan cerita
TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam
biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di
bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam
tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang
singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia
memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.
Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka
berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh
kepada adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya


dalam lembaran yang diberikan.
Pemerhatian :
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:
Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan

Markah
A (80 100)
B (60 - 79)
C (40 59)
D (20 39)
E (0 19)

Peratus %
25
55
20
0
0

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan tidak ada seorang
pun yang mendapat markah 39 ke bawah.
Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis
perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid
juga menumpukan perhatian terhadap P & P .
Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.
5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat:
i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.
ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisang
masak)
iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv. Perbincangan mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat
dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor
monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok
pisang)
v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti
perbincangan
Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid

Aktiviti
Perbincangan
Membaca

Bilangan murid
22
26

% pencapaian
43.6
56.4

Pemerhatian :
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan
sesuatu bahan sebagai rangsangan.
Refleksi :
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan
murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam
perbualan harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos
disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi
diubahkan kata dasar.
Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab
semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian
markah sebanyak 50 markah.
Bahagian A - Imbuhan awalan
Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.
Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.
Markah
A (80 100)
B (60 - 79)
C (40 59)
D (20 39)
E (0 19)

Refleksi :

Bilangan murid
10
15
5

%
33.3
50
16.7

Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika


dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah
peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.
5.5 Refleksi keseluruhan:
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan
yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul
merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada
keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas
tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang
amat baik.
Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
Pencapaian
Lulus
Gagal
Jumlah

Ujian pra
23 (76.6 %)
7 (33.4 %)
30 (100 %)

Ujian pos
30 (100 %)
30 (100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian
Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian
tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat
dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan
jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya
berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah
mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi
tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh
murid.
6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk


menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur
ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran
akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah
dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang
berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan
kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti aktiviti yang menarik dan
menggunakan pelbagai media seperti audiovisual yang menarik dan berkesan.

You might also like