You are on page 1of 1

Pembinaan negara bangsa merupakan suatu matlamat utama sesebuah negara dan

boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran dan
penduduknya. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian
nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan
demokrasi. Keupayaan membina sebuah negara bangsa merupakan kemuncak
kejayaan sesebuah negara. Hal ini kerana tanpa perpaduan dan rasa kekitaan dalam
masyarakat perlbagai kaum akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik.

Program negara bangsa dapat mewujudkan nasionalisme di Malaysia. Buktinya,


sekarang Malaysia hidup aman damai dengan rakyat daripada pelbagai kaum. Isu
rasis sudah berkurang di Malaysia berbanding zaman dahulu dimana terjadinya isu
perkauman sehingga timbul tragedi 13 Mei 1969. Sejak wujudnya negara bangsa,
Malaysia hidup secara aman damai. Selain itu, program negara bangsa banyak
mengumpulkan seluruh masyarakat berbilang bangsa dan agama ke dalam satu
organisasi dan persatuan. Hal ini akan membuatkan mereka bekerjasama
menyelesaikan sesuatu masalah dan bersatu padu dalam menghadapi caabran.
Contoh kecil yang dapat kita lihat di taman perumahan. Kelab rukun tangga bukan
sahaja terdiri daripada kaum melayu malah daripada pelbagai kaum. Dari aspek
yang besar pula, dari segi politik. Barisan pemimpin terdiri daripada pelbagai kaum
supaya berlaku keadilan di Malaysia dan tiada sikap berat sebelah terhadap mana-
mana kaum.

You might also like