You are on page 1of 9

Soalan 1

16 September setiap tahun merupakan hari sambutan untuk memperingati penubuhan


persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Ia merupakan tarikh penggabungan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia selepas mengharungi beberapa
siri penjajahan dan rusuhan kaum. Pada mulanya Hari Malaysia hanya disambut di Sabah,
namun demikian, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengisytiharkan Hari Malaysia sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia. Sambutan itu
bertujuan untuk menunjukkan rasa cinta dan bangga kerana semangat perpaduan
kepelbagaian budaya kaum-kaum di Malaysia. Semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah
sebuah negara berdemokrasi dan mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
agama, kaum,bangsa, bahasa dan budaya. Sambutan Hari Malaysia setiap 16 September
membolehkan seluruh lapisan masyarakat meraikan kepelbagaian budaya dan etnik negara
kita. Seharusnya kesepaduan sosial penting dalam memastikan nama Malaysia terus gah dan
terkenal seantero dan menjadi contoh kepada negara lain kerana negara kita Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum.

Menurut Jenson (1998), kohesi sosial digunakan untuk menggambarkan proses yang
tidak hanya melibatkan sesebuah negara, tetapi rasa komitmen atau tanggungjawab dan
keinginan atau kemampuan untuk hidup bersama dalam harmoni. Selain daripada itu, konsep
kesepaduan sosial adalah proses yang membina dan mengekalkan rasa kekitaan dalam
masyarakat dan perasaan yang menempatkan diri dalam sebuah komuniti (Rahman, Din,
Liaw, Khalil, & Munira Abd Razak, 2019). Pembangunan sosial adalah fasa pertumbuhan
yang menekankan perkembangan manusia dan sistem sosialnya (Zaliza & Norlin, 2009).
Manakala menurut Abdullah, Ismail, & Nor (2013), kesepaduan sosial adalah prasyarat untuk
keadaan yang stabil dan masyarakat tanpa konflik. Ia merupakn satu elemen penting dalam
memastikan masyarakat yang pelbagai kaum hidup aman dan harmoni. Sementara itu,
menurut Weber dalam Abdullah et al.,(2013), kesepaduan sosial dilihat sebagai idea-idea
yang kolektif dan merupakan nilai-nilai penting dalam pembangunan sosial sesebuah
komuniti. Kesepaduan sosial mempengaruhi pembangunan ekonomi dan sosial, dan
memupuk masyarakat yang lebih berpadu merupakan matlamat dan dasar penting bagi mana-
mana negara. Negara kita Malaysia mempunyai lebih daripada 200 etnik dan sub-etnik maka
kesepaduan sosial adalah penting dalam memastikan keharmonian kerana setiap etnik
mempunyai kepercayaan dan agama yang bebeza.
Kesepaduan sosial sangat penting dalam memastikan pembangunan ekonomi
sesebuah negara berjalan lancar dan pesat. Ia merupakan pemacu kemakmuran dan daya
saing jangka panjang yang sangat penting. Masyarakat yang stabil dari segi politik dan fokus
pada pertumbuhan ekonomi membantu dalam pembangunan sesebuah negara. Pembangunan
negara tidak dapat dinikmati jika terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi
dan pembangunan sosial (Zaliza & Norlin, 2009). Dengan adanya perpaduan sosial dalam
sesebuah komuniti, pembangunan ekonomi boleh berjalan dengan lancar kerana setiap
lapisan masyarakat mempunyai hak yang sama untuk bersaing dalam memacu pembangunan
ekonomi negara. Setiap lapisan masyarakat dalam sesebuah komuniti dapat berkongsi
kesejahteraan mereka dan keharmonian hasil daripada kesepaduan sosial tersebut. Sebagai
contoh, dalam sesebuah perniagaan, masyarakat Melayu boleh membeli keperluan yang
dijual oleh kaum lain dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian adalah penting bagi
setiap lapisan masyarakat memahami betapa pentingnya kesepaduan sosial dalam
memastikan pembangunan ynag seimbang agar dapat menikmati kehidupan tanpa rasa takut
dan gusar.

Selain daripada itu, kesepaduan sosial juga penting untuk menjamin keselamatan
negara. Kesepaduan sosial memerlukan gabungan dasar yang membolehkan anggota
masyarakat hidup dalam komuniti yang makmur, merasa aman dari ancaman sosial dan dapat
memenuhi potensi mereka dengan melibatkan peluang yang adil dalam kehidupan sosial dan
ekonomi (Mu, Ting, & Politics, 2019). Hal ini adalah untuk mengelak perkara yang tidak
diingini seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969, dimana rusuhan kaum telah berlaku akibat
ketidaksefahaman antara kaum. Sikap saling hormat-menghormati dan bertolak ansur dengan
kaum lain amat penting dalam memastikan tiada sebarang ancaman terhadap kehormanian
negara yang dinikmati. Segala perasaan negatif seperti kebencian, ketidakpuasan hati, dan
kegusaran terhadap kaum lain haruslah dihindar kerana ia boleh menimbulkan api kemarahan
kaum yang merasakan ketidakadilan itu. Oleh kerana tidak ada kesefahaman dan toleransi
antara satu dengan yang lain, pergaduhan akan mudah tercetus. Oleh yang demikian,
kesepaduan sosial amat penting dalam memastikan persefahaman antara kaum terbentuk dan
seterusnya mengelakkan tragedi yang tidak diigini berlaku. Keadaan ini haruslah dielakkan
agar keamanan negara dapat dikekalkan kerana usaha pemimpin negara yang memastikan
kemerdekaan Malaysia.

Disebalik kemajuan negara, peranan tokoh perpaduan penting dalam memupuk


kesepaduan sosial dikalangan setiap lapisan masyarakat. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
merupakan seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan terhadap kesepaduan sosial di
Malaysia. Beliau merupakan anak kepada Tun Abdul Razak Hussein yang turut digelar Bapa
Pembangunan semasa bergelar Perdana Menteri Malaysia ke 2. Datuk Seri Najib banyak
memberikan sumbangan dalam memastikan kesepaduan sosial diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak. Beliau yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 (2009 hingga 2018). Walauun hanya menjadi Perdana
Menteri selama 2 penggal, namun telah banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada
rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Sri Najib bertujuan
meningkatkan perpaduan sedia ada yang merupakan tunjang kekuatan terbaik untuk
dikekalkan ke masa hadapan(Khairi, 2011). Moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” dalam konsep 1Malaysia yang telah dilancarkan adalah sejajar dengan usaha
kerajaan untuk mengukuhkan proses penyatupaduan dan perpaduan kepelbagaian kaum di
Malaysia. Secara amnya, konsep 1 Malaysia boleh di anggap berjaya kerana telah tersebar
meluas seperti pemberian BR1M (Bantuan Rakyat), pembukaan KR1M (Kedai Rakyat) dan
K1M (Klinik 1Malaysia), TR1M (Teksi Rakyat), G1M (Gagasan), 1MTV (Televisyen) dan
pemberian netbook 1M secara percuma kepada sekolah-sekolah diseluruh Malaysia untuk
kegunaan para pelajar seluruh negara.

Selain itu, beliau juga memastikan penduduk di Sabah dan Sarawak turut menikmati
kemudahan seperti di Semenanjung dan tidak ada satu kaum pun yang disisih waima kaum
etnik pribumi Sabah & Sarawak sekalipun. Sebagai contoh, beliau telah meluluskan
peruntukan segera sebanyak RM1 juta untuk projek pembangunan premis tambahan Gereja
St. Jude, Bunan Gega Serian di Sarawak (Hanie, 2016) dan ini menunjukkan beliau tidak
menyisihkan kaum pribumi yang lain biarpun berlainan agama. Walaupun berdepan dengan
pertuduhan dimahkamah, kita tidak seharusnya lupa akan sumbangan yang telah diberikan
oleh Dato’ Sri Najib kerana hamper seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada
konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau untuk memastikan kesamarataan dalam
taraf ekonomi dan sosial dalam memangkin ekonomi yang pesat dan maju selari dengan
kesepaduan sosial.
Soalan 2

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedarkan kerajaan tentang perlunya kesepaduan sosial untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat dengan melakukan pelbagai usaha top-down seperti
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Perundingan Rakyat, Prinsip Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dinyatakan oleh Tun Razak dalam buku merah
Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2) dalam Baharuddin (1977), “the overriding
aim of the Second Malaysia Plan is to create national unity”. Semenjak dari itulah,
“perpaduan nasional” telah dijadikan sebagai hasrat dan harapan semua rakyat Malaysia, dan
tanpa disedari mereka sudah pun menikmati kesepaduan sosial. Pelbagai dasar dan program
perpaduan, seperti 5 prinsip Rukun Negara, Dasar Pendidikan Nasional, Dasar Kebudayaan
Nasional (DKK), Integrasi Nasional, dan yang terkini 1Malaysia, telah diperkenalkan agar
tiada konflik perkauman berlaku dan pencapaian negara dapat dipertingkatkan (Khairi,
2011) .

i. Gagasan 1Malaysia merupakan salah satu dasar yang selari dengan prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta menghormati identiti setiap etnik di Malaysia,
menganggapnya sebagai sesuatu yang harus dibanggakan. Konsep 1Malaysia merupakan satu
gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai kaum dan kepercayaan,
berteraskan nilai- nilai penting yang menjadi amalan setiap lapisan masyarakat (Jamaluddin,
2011). 1 Malaysia menekankan penerimaan konsep kepelbagaian kaum, di mana setiap kaum
adalah unik dan hidup bersama sebagai satu bangsa dan saling menghormati. Secara
kesimpulannya, konsep 1 Malaysia akan menjadi aspirasi dalam memperkukuhkan hubungan
antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat
sesuai dengan 5 prinsip Rukun Negara. Perasaan tidak berpuas hati terhadap kaum lain
haruslah dihindari kerana sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai satu matlamat dan hala
tuju untuk bersama-sama membangunkan negara.

Konsep 1Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya, ia merupakan konsep


dalam bidang pentadbiran yang menyarankan agar setiap pemimpin menjalankan kewajipan
dan tugas mereka dengan cekap, amanah, berintegriti dan bersedia untuk berkhidmat demi
kepentingan rakyat selari dengan moto 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Ianya telah dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke 6
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (PPM, 2009). Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan ini
bertujuan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum berpaksikan
kepada nilai-nilai penting yang menjadi rutin setiap lapisan masyarakat di Malaysia (Hanie,
2016). Ia adalah usaha yang perlu dititiberatkan sebagai sesuai dengan ciri-ciri sebuah
negara-bangsa dalam menyatukan hubungan masyarakat berbilang kaum di Malaysia agar
pertelingkahan dan rusuhan kaum boleh dielakkan, dan sekaligus setiap anggota masyarakat
dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai serta bersama-sama kerajaan mengembleng
tenaga untuk memajukan negara. Matlamat 1 Malaysia ialah agar tidak ada seorang pun
warganegara Malaysia ketinggalan dan mendapat peluang sama rata untuk bersaing
menyerlahkan potensi diri masing-masing.

Sejajar dengan itu, 1Malaysia juga sangat memandang serius dengan nilai penerimaan
di kalangan rakyat berbilang kaum. Setiap kaum haruslah bersedia untuk menerima keunikan
kaum yang lain dan hidup bersama dengan saling hormat-menghormati (Khairi, 2011).
Konsep 1Malaysia merupakan satu model untuk memperkasa perpaduan dikalangan rakyat
yang berbilang kaum dan ianya juga adalah kesinambungan dari dasar dan pendekatan yang
pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebelum ini (PPM, 2009). Selain itu, 1Malaysia juga
merupakan satu gagasan tentang memupuk perpaduan berteraskan nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia dan akan menjadi pemacu kepada
Wawasan 2020 (Zakaria, Puteh, & Salleh, 2018). Oleh yang demikian, adalah peenting untuk
setiap lapisan masyarakat utnuk menanamkan nilai perpaduan dalam diri masing-masing agar
kita dapat hidup dalam negara Malaysia dengan aman dan makmur walaupun berbilang
kaum, agama dan kepercayaan.

ii. Dasar ‘Pecah Dan Perintah’ yang telah diperkenalkan oleh penjajah British sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia) telah berjaya dihapuskan dengan konsep 1 Malaysia.
DAsar pecah dan perintah ini dilihat sebai tidak seimbang kerana kaum Melayu lebih
tertumpu kepada aktiviti pertanian dan perikanan, manakala kaum Cina menguasai bidang
perniagaan dan perlombongan dan kaum India pula hanya tertumpu kepada aktiviti
perladangan dan estet. Namun kini, setiap kaum mempunyai peluang sama rata untuk
menceburkan diri dalam bidang yang mereka suka. Keseragaman ekonomi ini sekaligus dapat
membantu dan memacu ekonomi negara yang sedang berkembang ke arah negara maju.
Seiringan dengan itu, perpaduan kaum haruslah dikekalkan dan dipertingkatkan kerana rakyat
berbilang kaum memdapat peluang dan ruang yang sama rata untuk menaik taraf di samping
menyeragamkan kedudukan ekonomi. Ini selari dengan polisi 1 Malaysia yang memastikan
bahawa tiada golongan atau kaum yang terpinggir di negara ini (Sualman, 2018).
Selain itu, konsep 1 Malaysia berjaya memupuk dan mengukuhkan perpaduan antara
kaum. Kewujudan satu bangsa yakni “Bangsa Malaysia” bagi menggantikan dasar
perkauman yang hanya mencipta jarak antara kaum adalah berbeza dengan konsep asimilasi
di negara-negara lain . Tidak seperti konsep 1 Malaysia, identiti kaum dan etnik akan lenyap
dan diganti dengan satu identiti nasional yang baru di negara-negara luar. Konsep 1 Malaysia
dilihat sebagai menghargai, menghormati dan memelihara adat istiadat, budaya dan segala
pantang larang setiap kaum seiring dengan satu nilai penerimaan.

iii. Selari dengan polisi 1Malaysia, penubuhan Yayasan 1Malaysia yang bertujuan untuk
merancang dan melaksanakan pelbagai program perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira
keturunan, kepercayaan agama dan kedudukan ekonomi disamping mempromosikan konsep
1 Malaysia Pembukaan Klinik 1 Malaysia untuk memberi dan menyediakan rawatan
perubatan ringan kepada penduduk setempat seperti batuk, demam, dan selesema bertepatan
dengan konsep 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ dalam
memastikan kebajikan dan kesihatan rakyat terjamin.

Selain dari itu, pemberian Bantuan Sara Hidup yang dinikmati oleh rakyat Malaysia
kini merupakan kesinambungan daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diperkenalkan
oleh Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 dalam pembentangan
Belanjawan Malaysia bagi tahun 2012. Bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak
memberi kelegaan pada golongan berpendapatan rendah untuk meringankan kos sara hidup
pada masa itu.

Pendidikan turut menjadi fokus utama dalam konsep 1Malaysia. Sekolah merupakan
agen sosialisasi untuk menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri pelajar. Pelajar dapat
memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Pemupukan nilai-nilai 1
Malaysia seperti ketabahan, penerimaan, pendidikan, rendah hati, kesetiaan, meritokrasi,
integriti dan budaya kecemerlangan perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan diluar bilik darjah.

iv. Konsep 1Malaysia memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat
keberkesanannya. Walau bagaimanapun, perkembangannya boleh dibuat dengan membuat
penilaian dan pemantauan dari masa ke semasa (Sualman, 2018). Pelaksanaan konsep
1Malaysia adalah secara tidak langsung, konsep 1Malaysia ini menyumbang kepada
pemantapan sebuah negara-bangsa dalam merealisasikan hasrat negara untuk mencapai
Wawasan 2020. Ini kerana matlamat dan hala tuju konsep 1Malaysia saling berkaitan dengan
ciri-ciri sebuah negara-bangsa yang berjaya. Oleh sebab itu, konsep 1Malaysia harus
diperkasakan agar nilai dan setiap aspek yang diketengahkannya di beri perhatian oleh setiap
lapisan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, suatu pendekatan perlu diambil bagi
memperkasakan konsep 1Malaysia agar matlamat akhir berjaya dicapai.

Kesimpulannya, kesepaduan sosial yang unik dari masyarakat pelbagai etnik di


Malaysia telah menyatukan mereka ke arah membina Malaysia yang maju dan berdaya saing
serta hidup dalam keadaan harmoni.Rakyat Malaysia dapat hidup bertolak ansur, bekerjasama
dan saling menghormati antara satu sama lain. Sejajar dengan perubahan yang diterima oleh
rakyat Malaysia, langkah-langkah mesti diambil oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan
dikekalkan di negara ini. Kepelbagaian budaya hanya dapat dipertahankan jika ada sokongan
dan perpaduan sosial dalam mengekalkan ketegangan politik yang timbul dari bentuk budaya
yang pelbagai.

Konsep 1Malaysia yang pernah dinyatakan sebelum ini, banyak menyumbang kepada
kesepaduan sosial sesebuah negara demi merealisasikan hasrat negara untuk mencapai
Wawasan 2020 sebagai status negara maju di dunia. Setiap lapisan masyarakat mendapat
manfaat daripada dasar ataupun polisi yang diperkenalkan tanpa ada yang dilupakan. Oleh
yang demikian, adalah wajar kiranya kira menjaga kesepaduan ini sebagai prasyarat
perpaduan agar tiada tragedy yang tidak diingini berlaku. Setiap dasar dan polisi yang
diperkenalkan oleh kerajaan merupakan kesinambungan daripada usaha mereka yang
terdahulu dan seharusnya diteruskan dan ditambahbaik untuk kepentingan bersama. .

Walaupun ada pertikaian dan perselisihan faham antara parti-parti politik, itu tidak
melibatkan pertumpahan darah. Ini kerana kejadian 13 Mei merupakan titik hitam dalam
sejarah penubuhan Malaysia dan tidak perlu berulang.
Bibliografi

Abdullah, M. S., Ismail, M. M., & Nor, M. M. (2013). Kesepaduan Sosial dan Kejiranan di Kawasan
Rukun Tetangga. Jurnal Kinabalu, 19, 54–75. Retrieved from
https://www.majalahpama.my/kehidupan-selepas-pkp-berakhir-mungkin-tak-sama-macam-
dahulu-ia-tak-mudah-seperti-kita-jangka/

Baharuddin, S. A. (1977). RANCANGAN MALAYSIA KEDUA: SATU PENILAIAN DAN


KRITIKAN TEORITIS*. Akademika, 10, 1–19.

Hanie, J. (2016, April 29). Kunjungan dua generasi Razak gamit emosi penduduk Kampung Bunan,
Serian. Retrieved from https://sarawakvoice.com/2016/04/29/kunjungan-dua-generasi-razak-
gamit-emosi-penduduk-kampung-bunan-serian/

Jamaluddin, M. K. A. bin M. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar , Cabaran , dan


Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33–48.

Jenson, J. (1998). Mapping social cohesion: The state of Canadian research. Canadian policy
research networks Ottawa.

Khairi, A. B. I. N. (2011). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan


Perpaduan sebuah Negara-Bangsa. Sosiohumanika, 4(1), 129–140.

Mu, H., Ting, H., & Politics, E. (2019). Social Cohesion in Asia. Social Cohesion in Asia.
https://doi.org/10.4324/9780429326332

PPM. (2009). Booklet 1Malaysia. (Pejabat Perdana Menteri, Ed.). Putrajaya: Jabatan Penerangan
Malaysia.

Rahman, R. A., Din, H. A. M., Liaw, J. O. H., Khalil, A. A., & Munira Abd Razak. (2019).
Kesepaduan Sosial Generasi Baharu Masyarakat Majmuk Malaysia Melalui Media Sosial: Suatu
Kajian Pemahaman, Persepsi, Penerimaan Dan Faktor. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2019, (April), 29–40.

Sualman, I. (2018). Konsep Satu Malaysia Sebagai Agenda Bangsa : Perlu Diteruskan Atau
Difikirkan Semula ?, (August).

Zakaria, N., Puteh, S. N., & Salleh, A. (2018). Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum
Persekolahan di Malaysia. The 3rd International Conference On Leaner Diversity 18-19
September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), (May), 65–671. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/325247620
Zaliza, M. N., & Norlin, A. (2009). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Hubungan Etnik Di
Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik, 141–154.

You might also like