You are on page 1of 43

BMMB 3023

TERAPAN LINGUISTIK
BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH :
PN. HAJAH NOR AZIAH BINTI ABDUL AZIZ

NAMA AHLI:
NISA FARZANA BINTI ABDUL LATIB
KOO BAO LIEW
NUR ATHIRAH BINTI ZAHARI
TRANSFORMASI GENERATIF
• Tatabahasa Transformasi Generatif diperkenalkan oleh
Chomsky (1957)

• Ada 2 konsep yang diperkenalkan iaitu struktur permukaan dan


struktur dalaman.

• Struktur permukaan adalah ayat-ayat yang diujarkan.

• Struktur dalaman ialah mendasari ayat.


KONSEP GENERATIF
Daripada unsur-unsur
bahasa yang terhad dapat Tatabahasa transformasi
Makna istilah generatif diterbitkan banyak unsur generatif telah banyak
ialah menerbitkan yang lebih besar melalui diperbaiki dan diperluaskan.
proses penerbitan dan
Tatabahasa
transformasi. transformasi
Model tatabahasa
berdasarkan teori
Perubahan ini dibuat transformasi yang
standard
bagi melengkapkan diterima sekarang
kemampuan tatabahasa
tambahan ini
dikenali sebagai ‘
transformasi tersebut. mempunyai
Teori Standard
komponen-
Tambahan’.
Representasi Semantik

Komponen Semantik

STRUKTUR DALAMAN

Rumus Leksikon atau


Struktur Frasa Rumus Transformasi
Kamus
(RSF)
STRUKTUR PERMUKAAN

Komponen Fonologi

Komponen Fonetik
KOMPONEN ASAS KOMPONEN
TRANSFORMASI

•STRUKTUR •KOMPONEN
FRASA FONOLOGI
•LEKSIKON •KOMPONEN
SEMANTIK
KOMPONEN ASAS
STRUKTUR FRASA LEKSIKON
• Terdiri daripada rumus • mengandungi maklumat
yang menjana ayat asas yang lebih luas daripada
yang masih dalam kamus.
struktur dalam. • kamus mengandungi
maklumat seperti
sebutan, ejaan, golongan
kata dan seterusnya.
• Leksikon juga
Komponen Transformasi

 Berfungsi sebagai menukar sesuatu rajah pohon


kepada satu rajah pohon lain.
 Bermula daripada rajah pohon struktur dalam,
kepada rajah pohon struktur permukaan.
Komponen Transformasi

 Ada banyak jenis transformasi.


 Tatabahasa transformasi generatif dapat memberi
penjelasan yang lebih eksplisit, tepat dan menyeluruh.
 Transformasi ‘pengguguran’ dan ‘pemindahan’.
Transformasi Pengguguran
 Banyak cara pengguguran boleh berlaku.
 Satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat.
 Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaitu:
a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
b) Pengguguran frasa predikat
c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
Transformasi Pemindahan

 Memindahkan suatu noda dari satu posisi dalam satu


rajah pohon kepada posisi lain dalam rajah pohon yang
sama.
 Bertujuan memberi fokus kepada unsur atau unsur-
unsur yang dipindahkan tersebut.
Komponen Fonologi

 Menyambung proses yang menjadi struktur


permukaan bagi menjana representasi fonetik
(pertuturan).
 Tempat proses transformasi melalui rumus-rumus
tertentu berlaku seperti yang dibincangkan oleh
Chomsky & Halle (1968).
 Menerbitkan bentuk-bentuk fonologi menjadi bentuk-
bentuk fonetik.
• Dapat dilihat juga bahawa ciri-ciri semantik juga terdapat
dalam leksikon.

• Melalui transformasi rumus-rumus semantik seperti yang


dicadangkan oleh Lyons (1963) dan Katz and Postal (1964),
maka makna sesuatu pertuturan itu dapat
diinterprestasikan.

• Proses ini boleh bermula daripada struktur dalaman


ataupun struktur permukaan.
Ayat yang bersifat demikian melibatkan
wujud pada peringkat
struktur dalaman atau
pelaksanaan
struktur dasar dan wujud rumus
dalam bentuk yang serupa
pada peringkat struktur transformasi
permukaan.
yang berfungsi
Penerbitan ayat ini dapat
Penerbitan sesuatu ayat mengubahdilakukan melalui proses
sebagai struktur permukaan
berpunca daripada suatu
aturan atau transformasi
mengakibatkan
yang

ayat yang lain, kecuali ayat


KONSEPstruktur ayat
pengguguran, penyusunan
itu memang menyerupai semula, atau peluasan
ayat dasar. serta kepada unsur struktur
AYAT memperluas dalaman.
TERBITAN
sesuatu unsur
dalam ayat
PROSES PENGGUGURAN
• Proses pengguguran ialah proses transformasi yang berlaku pada
struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu
daripada binaan ayat itu.

• Oleh itu, pada peringkat struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu
tidak lagi wujud.

• Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utama iaitu:


i. pengguguran frasa nama sebagai subjek
ii. pengguguran frasa predikat
iii. pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
Pengguguran subjek
• Kamu keluar => Keluar!
kata ganti nama diri • Dalam contoh ayat perintah di atas, subjek kata ganti
orang kedua dalam ayat nama diri orang kedua digugurkan dan pengguguran
perintah sebagai contoh tersebut tidak menimbulkan kekaburan kepada makna
ayat tersebut.

• Siti sangat cantik + Siti rajin belajar.


• =Siti sangat cantik dan rajin belajar
Pengguguran subjek • Ayat di atas terdiri daripada dua ayat dasar (struktur dalaman)
yang serupa dalam ayat iaitu apabila ayat-ayat itu digabungkan menjadi ayat majmuk
gabungan akan berlaku proses pengguguran subjek “Siti” yang
majmuk merujuk pada orang yang sama, maka terbentuklah struktur
permukaan.
A A

S P S P
TRANSFORMASI
PENGGUGURAN
FRASA NAMA
FN FK SEBAGAI SUBJEK FN FK

Kamu keluar Kamu keluar


(digugurkan )
A

A1 A2
KH
S P
S P

FN FA
FN FK

Siti sangat cantik dan Siti rajin belajar

TRANSFORMASI PENGGUGURAN FRASA


NAMA SEBAGAI SUBJEK YANG SERUPA
A

A1 A2
S P KH
S P

FN FA
FN FK

Siti sangat cantik dan Siti rajin belajar


(digugurkan)
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
• Pengguguran frasa predikat meliputi seluruh frasa predikat atau
sebahagian daripadanya yang boleh digugurkan . Jika terdapat
penggunaan frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk gabungan,
maka semua frasa predikat yang serupa (kecuali yang terakhir)
digugurkan, sebagai contoh :

Saya bersekolah di SMK Taman Tasik. + Fatin bersekolah di SMK Taman Tasik.
=Saya dan Fatin bersekolah di Taman Tasik.

• Kedua ayat dasar ini digabungkan menggunakan kata


hubung “dan”, kemudiannya, predikat ayat kedua
“bersekolah di SMK Taman Tasik” digugurkan kerana
PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG
MENDAHULUI FRASA RELATIF
• Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke
dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa
yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.

Contohnya:
- Orang tua itu bapa saya + Orang tua itu memakai serban
= Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
= Yang memakai serban itu bapa saya.
PROSES PENYUSUNAN SEMULA
• Dalam proses ini, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam struktur ayat yang
lebih gramatis.

• Biasanya berlaku pengguguran kata, dan penggantian atau


penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
penyusunan
semula frasa
nama
sebagai
subjek

JENIS PROSES
PENYUSUNAN
SEMULA

penyusunan
penyusunan
semula frasa
semula
nama
melalui ayat
sebagai
songsang
objek
i) penyusunan semula frasa nama
sebagai subjek
• Berlaku melalui proses transformasi pasif.
Contohnya :
a) Ali memandu kereta.
b) Kereta dipandu oleh Ali.
• Berlaku proses penyusunan semula frasa nama sebagai
subjek.

• Ayat telah dipasifkan

• Ayat dasar Ali memandu kereta merupakan struktur


dalaman.

• Kereta dipandu oleh Ali merupakan struktur luaran.


ii) penyusunan semula frasa nama sebagai
objek
• Boleh terjadi pada ayat yang mengandungi dua jenis
objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.

• Frasa nama yang berkedudukan secara langsung


selepas kata nama dianggap objek tepat.

• Frasa nama yang mengikuti objek tepat ialah objek sipi


Contoh objek tepat dan objek sipi dalam ayat
• Abu menghadiahi Ali sehelai baju.

• Guru mengajar murid-muridnya Sains.

• Ahmad mengirimi adiknya surat.


A

S P

FN1 FK

KK FN2 FN3

Abu menghadiahi Ali sehelai baju

TRANSFORMASI PENYUSUNAN
SEMULA
A
S P

FN1 FK

KK FN2 FSN

Abu menghadiahkan sehelai baju kepada


Ali
KETERANGAN

• Namun, ayat di atas boleh disusun semula dengan menukar


kedudukan kedua-dua jenis objek.

• Berlaku melalui proses transformasi.

• Contoh ayat telah ditransformasikan adalah seperti berikut:


Contoh ayat yang telah ditransformasikan
• Abu menghadiahi Ali sehelai baju.
 Abu menghadiahkan sehelai baju kepada Ali.

• Guru mengajar murid-muridnya Sains


Guru mengajarkan Sains kepada murid-muridnya.

• Ahmad mengirimi adiknya surat.


Ahmad mengirimkan surat kepada adiknya.
iii) Penyusunan semula melalui ayat songsang
• Berlaku pada ayat songsang.

• Ayat yang mempunyai keterangan masa, musabab syarat dan


seumpamanya boleh disongsangkan apabila ingin difokuskan.

• Jika keterangan tersebut difokuskan, berlaku proses penyusunan


semula.

• Perkara yang ingin difokuskan akan dikedepankan.


Contoh ayat
1) Orang itu pergi ke pasar.
 Ke pasar orang itu pergi.

2) Dia akan membeli baju itu apabila memperolehi gaji.


 Apabila memperolehi gaji, dia akan membeli baju itu.
KETERANGAN
• Dalam ayat satu, ayat dasar tersebut telah mengalami proses
penyusunan semula ayat songsang.

• Ayat tersebut telah diubah kedudukan keterangan tempat ke


hadapan iaitu ke pasar.

• Manakala, dalam ayat kedua, keterangan syarat difokuskan


iaitu apabila memperolehi gaji.

• Maka, kedua-dua ayat dasar iaitu struktur dalaman telah


mengalami perubahan.
Proses Peluasan

 Menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.

Peluasan Frasa
Predikat

Peluasan Melalui
Peluasan dengan
Proses Peluasan Proses
Kata Hubung
Komplementasi

Peluasan Frasa
Nama Sebagai
Subjek
Peluasan Frasa Nama
Sebagai Subjek Contoh

 Melalui proses relativisasi, iaitu proses a) Budak itu adik saya.

pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain Budak itu membaca buku.

sebagai frasa relatif kepada subjek ayat - Budak yang membaca buku

yang menerima pancangan. itu adik saya.

 Hanya berlaku apabila kedua-dua subjek b) Guru itu akan sampai esok.

frasa nama itu serupa atau beridentiti sama. Guru itu baru lulus.

 Frasa relatif terbentuk dengan - Guru yang baru lulus itu akan

menggunakan kata relatif yang. sampai esok.


Peluasan Frasa Nama Contoh
Sebagai Subjek
a) Orang itu sudah pergi.
 Frasa nama yang mempunyai Ali memanggil orang itu.
- Orang yang Ali memanggil itu sudah
kesamaan identiti mestilah pergi
berfungsi sebagai subjek.
Cara untuk membaiki terbitan ayat di atas:
 Kalau satu daripada frasa
nama tersebut tidak berfungsi a) Orang itu sudah pergi.
Ali memanggil orang itu.
sama, ayat terbitan daripada (pasif) – Orang itu dipanggil oleh Ali.
proses relativisasi itu akan (relativisasi) – Orang yang dipanggil
oleh Ali itu sudah pergi.
menjadi tidak gramatis.
Contoh
Peluasan Frasa a) Ali mengusik budak itu.
Predikat
Budak itu cantik.

 Frasa nama yang hendak (relativisasi) – Ali mengusik

direlativisasikan mestilah budak yang cantik itu.

berfungsi sebagai subjek b) Kami membeli rumah itu.

dalam ayat yang akan Rumah itu besar.

dipancangkan. (relativisasi) – Kami membeli


rumah yang besar itu.
Peluasan Frasa Contoh
Predikat
a) Mereka menaiki kereta itu.
 Frasa nama dalam ayat Ali membeli kereta itu.
(relativisasi) – Mereka menaiki kerata
yang dipancangkan
yang dibeli oleh Ali.
hendaklah berfungsi
Pembentukan ayat relatif melalui transfomasi
sebagai subjek kepada
relativisasi menjadi gramatis:
ayat pancangan tersebut
a) Mereka menaiki kereta itu.
untuk memungkinkan
Ali membeli kereta itu.
proses relativisasi (pasif) – Kereta itu dibeli oleh Ali.
(relativisasi) – Mereka menaiki kereta
terlaksana.
yang dibeli oleh Ali.
Peluasan dengan
Kata Hubung Contoh
 Proses penggabungan ayat a) Ali berbasikal ke sekolah.
yang melibatkan dua konstituen Osman berbasikal ke sekolah.
yang sama dengan - Ali dan Osman berbasikal ke
menggunakan kata hubung sekolah.
seperti dan, tetapi, kerana, jika, b) Kita tidak boleh menonton wayang.
walaupun dan sebagainya. Kita tidak ada tiket.
 Kata hubung digunakan untuk - Kita tidak boleh menonton
menghasilkan ayat terbitan wayang jika tidak ada tiket.
yang bersifat peluasan.
Peluasan Melalui
Proses Contoh
Komplementasi
a) Dia memberitahu saya.
 Proses yang mengubah
Ali sakit.
sesuatu ayat menjadi satu
- Dia memberitahu saya bahawa Ali sakit.
frasa nama, dan
b) Juruhebah itu menerangkan (sesuatu).
memancangkannya pada
Tugasnya sudah selesai.
suatu ayat yang lain sehingga
- Juruhebah itu menerangkan bahawa
menghasilkan peluasan
tugasnya sudah selesai.
kepada ayat tersebut.
KESIMPULAN
• Ayat terbitan yang mengalami proses pengguguran, peluasan
dan penyusunan semula mempunyai kaitan dengan
Transformasi Generatif bagi membentuk struktur ayat yang
gramatis.

• Struktur dalaman terdiri daripada dua atau lebih ayat dasar


yang mengalami proses Transformasi Generatif yang akan
membentuk struktur permukaan.
RUJUKAN
• Abas, L. (1971). Linguistik deskriptif dan nahu bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
• Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
• Abdullah Hassan. 1994. Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur:Fajar Bakti.
• Abdullah Hassan. (2002). Tatabahasa bahasa Melayu: morfologi dan
sintaksis untuk guru dan pelajar. Bentong: PTS Publications.
• Lyons, John. 1995. Pengantar Teori Linguistik, (terj. I) Soetikno, Jakarta:
PT.Gramedia Pustaka Utama
• Nik Safiah Karim et al 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like