You are on page 1of 21

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, 56000 KUALA


LUMPUR

EDUP3023 & EDUP3013


Penulisan Akademik

Nama Pelajar TUAN NURSYAFERA BALQISH BINTI TUAN


ZAINUDDIN

Angka Giliran 2020172340319

No Kad Pengenalan 010908141268

Kumpulan / Unit G1.4

Kod Kursus EDUP3023 DAN EDUP3013


 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Nama Kursus  FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

1. DR LIZA ISYQI BINTI RAMLI


Nama Pensyarah
2. EN MOHAMAD AQSA BIN HJ HUSSIN
Tarikh Hantar 06 NOVEMBER 2020

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: ________________________ Tarikh: __________________


RUBRIK PEMARKAHAN
Penulisan Akademik

EDUP 3023: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


PETUNJUK PEMARKAHAN
AMAT
CEMERLAN CEMERLAN
GRED KEPUJIAN LULUS GAGAL
G G

MARKAH [72 – 80] [60 – 71] [40 – 47] [40 – 47] [0 -39]

MARKAH : 80 WAJARAN: 40%


RUBRIK

KOMEN PENSYARAH

EDUP 3013: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


PETUNJUK PEMARKAHAN
AMAT
CEMERLAN CEMERLAN
GRED KEPUJIAN LULUS GAGAL
G G

MARKAH [56 – 60] [46 – 55] [36 – 45] [30 – 35] [0 -29]

MARKAH : 60 WAJARAN: 30%


RUBRIK

KOMEN PENSYARAH
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Penghargaan I
2.0 Profil Kanak-Kanak
2.1 Kanak-kanak A 1
2.2 Kanak-kanak B 2
3.0 Dapatan Dari Senarai Semak/Soal Selidik 3
4.0 Analisis Kajian (Histogram) 4
5.0 Gambar / Video Kanak-Kanak A dan B 5
6.0 Bahan-Bahan Rujukan 6
7.0 Penulisan Akademik KPPB (EDUP3023 Dan EDUP3013) 7 - 17
1.0 Pengenalan
2.0 Perkembangan Fizikal dan Kognitif Kanak-kanak Berdasarkan
Insturemen Soal Selidik (Lampiran 1)
3.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak
3.1 Faktor Mempengaruhi Perkembangan Fizikal
3.2 Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kognitif
4.0 Teori Peringkat Perkembangan Fizikal
5.0 Teori Peringkat Perkembangan Kognitif
6.0 Implikasi Perkembangan Fizikal dan Kognitif terhadap PdP
6.1 Implikasi Perkembangan Fizikal terhadap PdP
6.2 Implikasi Perkembangan Kognitif terhadap Pdp
7.0 Hubungkait Perkembangan Fizikal dan Kognitif terhadap
Keseimbangan Modal Insan
8.0 Isu dalam Pendidikan
8.1 Isu Profesion dan Profesionalisme Keguruan
8.2 Isu Standard Prestasi Antarabangsa
8.3 Isu Kepelbagaian Potensi Murid
9.0 Peranan Sesuatu Pihak dalam Membentuk Perkembangan Modal
Insan
9.1 Sekolah
9.2 Guru
9.3 Ibu bapa
9.4 Komuniti
10.0 Rumusan
1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya Tuan Nursyafera Balqish Binti Tuan Zainuddin, siswa
guru major Pendidikan Seni Visual, PISMP Sem 1 ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Liza Isyqi Binti Ramli, pensyarah
kursus EDUP3023 dan En Mohamad Aqsa Bin Hj Hussin, pensyarah kursus
EDUP3013 yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan galakan sepanjang
menjalankan kerja kursus ini.

Di samping itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa
saya yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan. Berkat sokongan
mereka terutamanya doa yang dititipkan membolehkan saya menyelesaikan tugasan
ini dengan jayanya.

Selain itu, sekalung penghargaan ditujukan buat teman-teman


seperjuangan saya yang sedikit sebanyak memberikan tunjuk ajar jika ada sebarang
keraguan. Walaupun tugasan ini dilakukan secara berjauhan, ia tidak menjadi
penghalang untuk saling membantu dalam menjayakan kerja kursus ini. Semoga
Allah S.W.T membalas budi baik mereka.

Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat dalam memberikan
dorongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan penuh dedikasi. Terima
Kasih. 

i
NAMA PENUH Tuan Nursyaqeera Basyirah Binti Tuan Zainuddin

UMUR 9 Tahun

TARIKH LAHIR 1 Disember 2011

ALAMAT RUMAH Lot 101, Kg Bukit Yong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

NAMA IBU Siti Mariam Binti Hussein

NAMA BAPA Tuan Zainuddin Bin Tuan Husain

PEKERJAAN IBU Pengurus Cawangan Pejabat Pos

PEKERJAAN BAPA Sendiri

BILANGAN ADIK BERADIK 4 orang

ANAK KE Keempat (bongsu)

ALAMAT SEKOLAH SK Padang Luas, 22000 Jerteh,Terengganu.

KEPUTUSAN -
PEPERIKSAAN TERKINI

KEDUDUKAN DALAM 5/28


KELAS

SUBJEK KEGEMARAN Bahasa Melayu

PENGLIBATAN DI - Bercerita (MBMMBI)


SEKOLAH - 'Story telling' (MBMMBI)
- Tarian
- Melukis dan mewarna

CITA-CITA Doktor
HOBI Membaca

TINGGI (CM) 124 cm

BERAT (KG) 24 kg

BMI 15.6

WARNA MATA Koko gelap

2.1 PROFILKANAK-KANAK A
NAMA PENUH Tuan Nur Ifti Liyana Binti Tuan Norman

UMUR 12 Tahun

TARIKH LAHIR 1 Disember 2008

ALAMAT RUMAH Lot 220 Belakang Pusat Kesihatan Jeram

NAMA IBU Nor Shahida Binti Zakaria

NAMA BAPA Tuan Norman Bin Tuan Husain

PEKERJAAN IBU Kerani

PEKERJAAN BAPA Jual Santan

BILANGAN ADIK BERADIK 5 orang (1 orang abang tiri)

ANAK KE Pertama (Sulong)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 3B3C


TERKINI

KEDUDUKAN DALAM 26/28


KELAS

SUBJEK KEGEMARAN Bahasa Melayu

PENGLIBATAN DI SEKOLAH Tiada

CITA-CITA Guru

HOBI Melukis

TINGGI (CM) 158cm

BERAT (KG) 35.4kg

WARNA MATA Hitam

2.2 PROFIL KANAK-KANAK B

3.0 DAPATAN DARI SENARAI SEMAK / SOAL SELIDIK


Berikut merupakan dapatan senarai semak yang diperoleh daripada Borang Soal Selidik
Lampiran 1,

BAHAGIAN A B C D E F G H I J
KANAK-
KANAK
JUMLAH 18 27 21 8 12 31 19 28 13 23
A
NILAI
MATA KANAK-
KANAK
20 29 20 8 8 20 16 23 8 19
B

Daripada jumlah nilai mata di atas, diubah kepada nilai peratusan untuk memudahkan
proses analis dapatan kajian ini. Pengiraan peratusan kajian adalah seperti di bawah:

BAHAGIAN KANAK-KANAK A KANAK-KANAK B

A 18
X 100 % = 85.71 % 20
X 100 % = 95.23 %
21 21
B
27 29
X 100 % = 90 % X 100 % = 96.67 %
30 30
C
21 20
X 100 % = 77.78 % X 100 % = 74.07 %
27 27
D 8 8
X 100 % = 88.9 % X 100 % = 88.9 %
9 9
E 8
12 X 100 % = 66.67 %
X 100 % = 100 % 12
12
F
31 20
X 100 % = 94 % X 100 % = 60.6 %
33 33
G 16
19 X 100 % = 76.2 %
X 100 % = 90.48 % 21
21
H 23
28 X 100 % = 63.88 %
X 100 % = 77.77 % 36
36
I 8
13 X 100 % = 53.33 %
X 100 % = 86.66 % 15
15
J 23 19
X 100 % = 76.66 % X 100 % = 63.33 %
30 30

3
PERATUS (%)
NURSYAQERA IFTI LIYANA
BAHAGIAN GAYA PEMBELAJARAN
(KANAK-KANAK A) (KANAK-KANAK B)
A Kemahiran Motor Kasar 85.71 95.23
B Kemahiran Motor Halus 90 96.67
C Pemerhatian dan Tumpuan 77.78 74.07
D Merancang dan Menyusun Atur 88.9 88.9
E Persepsi dalam Bentuk & Angka 100 66.67
Visual
F Memori 94 60.6
G Pemahamana Bahasa Lisan 90.48 76.2
H Pemerolehan Kemahiran Akademik 77.77 63.88
I Memepelajari Perkara Baharu 86.66 53.33
J Penyelesaian Masalah 76.66 63.33
4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Graf 1. Peratusan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak

5.0 GAMBAR / VIDEO KANAK-KANAK A DAN KANAK-KANAK B

NURSYAQEERA BASYIRAH IFTI LIYANA 4


(KANAK-KANAK A) (KANAK-KANAK B)
-

WhatsApp Video 2020-11-06 at 3.08.43 PM.mp4 WhatsApp Video 2020-11-06 at 4.04.24 PM.mp4

6.0 BAHAN-BAHAN RUJUKAN 5


EDUP 3023

Azizi Yahaya. (2005). Teori-teori Kognitif. Diakses pada 18 oktober 2020 daripada
http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

Mohd Fazli Abu Bakar. (2005). Perkembangan emosi warisan dan persekitaran. Diakses pada 18 Oktober

2020 daripada http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf


7.0 PENULISAN AKADEMIK KPPB (EDUP3023 & EDUP3013)

1.0 PENGENALAN 6
Setiap insan akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari beberapa
aspek seperti fizikal, kognitif dan sosioemosi sejak lahir sehingga menjadi kanak-
kanak, remaja, dewasa dan usia tua . Perkembangan adalah perubahan yang
bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi
ternyata perubahan sudah berlaku yang melibatkan sifat berlainan daripada
peringkat sebelumnya (Shazaya Ismail et al., 2008). Perkembangan setiap individu
berlaku pada tahap yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman yang
dilalui oleh kanak-kanak (Wong Kiet Wah et al., 2016). Perkembangan ini turut
membantu dalam melahirkan modal insan yang seimbang. Oleh hal yang demikian,
satu kajian telah dilaksanakan ke atas dua orang kanak-kanak yang berumur 9
tahun (peringkat akhir kanak-kanak) dan 12 tahun (peringkat awal remaja).
2.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF BEDASARKAN INSTRUMEN
SOAL SELIDIK (LAMPIRAN 1)
Berdasarkan data analisis dapatan kajian pada Jadual 1 dan Graf 1, dapat
dilihat bahawa kedua-dua kanak-kanak memiliki perkembangan fizikal yang
seimbang dalam bahagian A (kemahiran motor kasar) dan bahagian B (kemahiran
motor halus) yang mana mereka memiliki skor yang tinggi di antara 80% hingga
100%. Hal ini baik dalam membantu mereka menjalankan aktiviti harian tanpa
sebarang gangguan atau masalah. Sementara itu, jika diperhatikan pada dapatan
kajian yang dilampirkan, kanak-kanak A dan B memiliki jurang yang jauh dari aspek
perkembangan kognitif antara satu sama lain. Hal ini dapat dibuktikan dengan
penjarakan peratus Nursyaqeera dengan Ifti Liyana pada bahagian E (Persepsi
dalam bentuk dan angka visual) dan F (memori). Pemerolehan peratus Ifti Liyana
lebih sedikit dibandingkan dengan Nursyaqeera yang mana jurang dalam bahagian
E sebanyak 33.33% dan bahagian F sebanyak 27.8%. Dapatan ini menunjukkan
bahawa Ifti Liyana mengalami kesukaran dalam perkembangan kognitif jika
dibandingkan dengan Nursyaqeera walaupun dia lebih berusia daripada
Nursyaqeera. Secara keseluruhannya, kanak-kanak A memiliki peratusan yang lebih
tinggi berbanding kanak-kanak B.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-
3.0 KANAK
3.1 FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang
menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut
Doherty & Brennan, (2008), faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal
7
ialah faktor gentik atau baka yang diwarisi dan juga pengaruh persekitaran.

Faktor genetik dapat membentuk perkembangan-perkembangan fizikal


seperti sifat fizikal, personaliti diri, sahsiah dan penyakit daripada ibu bapa
kepada anak-anak (Woofolk & Margetts, 2007). Setelah disoal selidik,
Nursyaqeera (Kanak-kanak A) memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang tidak
normal iaitu 15.6 berbanding Ifti Liyana (Kanak-kanak B) 18.5 yang
merupakan ideal. Hal ini disebabkan oleh, Nursyaqeera mewarisi ketinggian
ibunya yang rendah menyebabkan BMI tubuh badannya tidak ideal
berbanding dengan Ifti Liyana kedua ibu bapanya memiliki ketinggian dan
berat badan yang seimbang. Jika dilihat dari aspek personaliti pula,
Nursyaqeera terbukti lebih peramah dengan kutipan peratusan pada bahagian
G (pemahaman bahasa lisan) sebanyak 90.48% berbanding dengan Ifti Liyana
yang cenderung ke pendiam, 60.72%. Apabila ditemubual, sifat keramahan ini
diwarisi daripada ibu mereka yang mana ibu Nursyaqeera lebih aktif dan
peramah dibandingkan dengan ibu Ifti Liyana yang lebih banyak berdiam
daripada berbicara.

Faktor persekitaran turut mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-


kanak seperti kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak. Dilihat pada
data, didapati bahawa Nursyaqeera ketinggalan sedikit sahaja di belakang Ifti
Liyana dalam aspek kemahiran motor kasar iaitu sebanyak 9.52% dan
kemahiran motor halus sebanyak 6.67%. Menurut Jas Laile Suzana (2002),
perbezaan ini disebabkan persekitaran sosial itu sendiri. Ifti Liyana memiliki
kemahiran yang lebih tinggi kerana dia sebagai kakak sulong memegang
tanggungjawab dalam menguruskan adik-adik, rumah dan sebagainya sejak
kecil. Ia secara tidak langsung membantu perkembangan psikomotor
berbanding dengan Nursyaqeera yang merupakan adik bongsu yang tidak
terikat dengan pengurusan rumah walhal masih aktif dengan aktiviti
kecergasan hujung minggu bersama keluarga.

8
3.2 FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNITIF
Menurut Nani dan Rohani (2007), faktor yang mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak ialah faktor persekitaran fizikal,
persekitaran emosi dan persekitaran komunikasi. Secara keseluruhannya,
Nursyaqeera mempunyai perkembangan kognitif yang lebih baik berbanding
Ifti Liyana. Buktinya, Nursyaqeera memiliki kedudukan yang ke-2 daripada 27
orang dalam kelasnya berbanding Ifti Liyana berada di tempat ke-2 tercorot.

Setelah disoal selidik, faktor persekitaran emosi seperti status


perceraiaan ibu bapanya telah menyebabkan tekanan terhadap dirinya
sehingga dia gagal untuk fokus dalam pelajarannya, berbeza dengan
Nursyaqeera di mana ibu bapanya dan adik beradiknya mengamalkan bentuk
asuhan autoritatif iaitu meluangkan masa dengannya untuk membantu
mengulang kaji pelajaran. Bukan sekadar tekanan emosi, bebanan tugasan
rumah juga dipikul oleh Ifti Liyana disebabkan oleh kesibukan ibunya bekerja
siang malam menyebabkan dia kehilangan masa untuk belajar atau
mengulangkaji pelajaran.

Seterusnya, dapat dilihat bahawa faktor komunikasi juga turut


mempengaruhi perkembangan kognitif kedua kanak-kanak ini. Hal ini kerana,
Nursyaqeera lebih berani menceburi diri dalam pertandingan-pertandingan di
sekolah berbanding dengan Ifti Liyana yang tidak memberanikan diri
menceburi mana-mana pertandingan kerana diselubungi dengan perasaan
takut dan malu. Hal ini turut dikaitkan dengan kekeluargaan di mana ibu bapa
Nursyaqeera banyak meluangkan masa berbual-bual dengannya berbanding
ibu bapa Ifti Liyana sukar meluangkan masa bersama dengannya.
4.0 TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL
Berdasarkan teori Robert Havighurst, ia menekankan bahawa faktor
persekitaran, sosial, psikologi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
mengikut peringkat umur. Berdasarkan kaji selidik ke atas Nursyaqeera, dia
berada di peringkat pertengahan kanak-kanak iaitu (7-11 tahun). Pada
peringkat ini, kadar pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang dialami agak
perlahan berbanding tahap sebelumnya. Pada peringkat ini, kanak-kanak A
lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dan boleh menguasai kemahiran asas
iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Manakala, Ifti Liyana
berada pada peringkat awal remaja dan remaja (12-18 tahun). Pada peringkat
ini, golongan awal remaja akan mencapai akil baligh dan mengalami

9
perubahan dari segi bentuk badan dan emosi.
5.0 TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF
Teori Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif
kepada empat bahagian iaitu Peringkat Sensori Motor, Peringkat Pra Operasi,
Peringkat Operasi Konkrit dan Peringkat Operasi Formal. Nursyaqeera berada
pada tahap ketiga iaitu Operasi Konkrit manakala Ifti Liyana berada di tahap
keempat iaitu Operasi Formal.

Walhal, konsep asas dalam teori ini adalah skema, asimilasi, akomodasi
dan ekuilibrasi. Skema berubah melalui dua proses yang mana adalah
organisasi dan adaptasi. Organisasi merupakan sifat dalaman individu untuk
menyusun pemerhatian dan perhatiannya terhadap persekitaran atau
pengalaman dengan memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Berdasarkan kaji
selidik, Nursyaqeera dan Ifti Liyana memiliki kemahiran organisasi yang baik
dan setanding antara satu sama lain. Buktinya, mereka memperoleh
peratusan bahagian perhatian dan fokus yang tidak jauh bezanya iaitu
Nursyaqeera, 77.78% dan Ifti Liyana, 74.07%. Bahkan, pemerolehan
peratusan pada bahagian merancang dan menyusun atur aktiviti adalah sama
iaitu sebanyak 88.9%.

Seterusnya adalah proses asimilasi yang iaitu kebolehan individu dalam


mengintegrasi maklumat dan pengalaman baharu ke dalam skema sedia ada
(Dr. Nor Hashimah, 2003). Manakala, proses akomodasi pula merupakan
penyesuaian diri dalam menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema. Dalam kedua-dua proses ini, Nursyaqeera terlihat
mendahului Ifti Liyana dengan peratusan pada bahagian I (mempelajari
perkara baharu) sebanyak 86.66% berbanding Ifti Liyana 53.33%.

Akhir sekali adalah proses keseimbangan yang akan tercapai apabila


seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan
pengubahsuaian. Dilihat daripada dapatan kajian, Nursyaqeera memiliki
keseimbangan yang lebih baik berbanding Ifti Liyana dengan peratusan pada
bahagian J (Penyelesaian Masalah) sebanyak 76.66% manakala kanak-kanak
B, 63.33%.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
5.1 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP PdP

10
Perkembangan fizikal yang baik akan memudahkan proses Pengajaran
dan Pembelajaran (Pdp) di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana,
murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif. Jika dilihat,
perkembangan motor kasar dan motor halus kedua-dua kanak-kanak pada
tahap yang sangat baik iaitu antara 80% - 100%. Hal ini secara tidak langsung
membantu mereka dalam mengaplikasikan kemahiran motor halus dan motor
kasar ke atas aktiviti seperti menyalin nota dengan cepat dan kemas, melukis
gambar dengan teliti dan menggunting gambar dengan baik.

Dalam pada itu, guru dan pihak sekolah hendaklah memainkan peranan
yang vital dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal untuk
menjana perkembangan fizikal kanak-kanak. Tamsilannya, pihak sekolah
boleh menganjurkan hari sukan yang mewajibkan setiap pelajar untuk
mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu aktiviti seorang. Dengan ini,
kecergasan fizikal pelajar dapat ditingkatkan kerana otot dan daya tahan
mereka lebih dijana. Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks
sukan ialah keupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai
keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa
menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan.
5.2 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PdP
Perkembangan kognitif yang tinggi semestinya membantu dalam proses
PdP. Hal ini dikatakan demikian kerana, keberkesanan komunikasi dan
kecerdasan minda merupakan penggerak utama dalam menjana ilmu
pengetahuan (Woolfolk, 1995). Jika dilihat pada kajian soal selidik pada
bahagian F, G dan H, Nursyaqeera memiliki peratusan yang lebih tinggi
berbanding Ifti Liyana. Oleh hal yang demikian, ia dapat membantu
Nursyaqeera dalam bidang akademik dan proses PdP. Buktinya, Nursyaqeera
mendapat tempat ke-2 daripada 27 orang dalam kelasnya manakala Ifti Liyana
berada di tempat ke-2 tercorot dalam kelasnya. Jelaslah bahawa, memori
yang kuat, kemahiran lisan dan penglibatan akedemik membantu Nursyaqeera
dalam perkembangan kognitifnya untuk melaksanakan proses PdP dengan
baik.

Rentetan itu, guru mestilah mewujudkan strategi pembelajaran koperatif


yang mana ia terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan
terdiri daripada pelbagai jenis tahap pencapaian pelajar. Strategi ini
11
menggalakkan peluang interaksi dan komunikasi antara pelajar dalam
kumpulan untuk membina pengetahuan dan kata sepakat. Woolfolk (2005)
turut mencadangkan interaksi sesama pelajar untuk membantu proses berfikir
pelajar.
6.0 HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF TERHADAP
KESEIMBANGAN MODAL INSAN
Keseimbangan modal insan yang ingin dihasilkan oleh bekas perdana menteri
YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, adalah yang mampu berfikir secara kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah,
(Marzita, 2006). Oleh hal yang demikian, keseimbangan modal insan ini berkait
rapat dengan perkembangan fizikal iaitu dalam aspek jasmani dan perkembangan
kognitif dalam aspek intelektual. Apabila badan sihat dan cergas, sekali gus otak
cerdas dan dapat melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu pendidikan di
Malaysia adalah usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan supaya dapat melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

PENULISAN AKADEMIK EDUP3013


7.0 ISU DALAM PENDIDIKAN
7.1 PROFESION DAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Isu profesion dan profesionalisme keguruan ini seringkali diperdebatkan
12
dalam paparan skrin televisyen mahupun pada dada-dada akhbar. Guru
merupakan pendidik dan pembimbing kepada pelajar dalam melahirkan modal
insan yang seimbang. Menurut Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad,
profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Walikin itu, isu berkaitan guru yang tidak
mematuhi kod etika profesion perguruan kian hangat diperkatakan.

Tamsilannya, isu guru tidak mematuhi kod etika profesion perguruan


berkaitan penyalahgunaan masa di sekolah masing-masing (Siti Rohani,
2014). Salah laku guru dalam penyalahgunaan masa di sekolah adalah seperti
tidak menepati masa keluar dan memasuki kelas, tidak menyampaikan PdP
mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dan tidak menyampaikan PdP
dengan melepak dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan
menjejaskan sesi PdP antara guru dan pelajar. Bukan itu sahaja, pelajar akan
ketinggalan dalam aspek sukatan pelajaran dan mengakibatkan peringkat
perkembangan kognitif mereka kian terjejas berbanding yang lain.

Bukan itu sahaja, isu berkaitan penyalahgunaan masa ini juga seringkali
terjadi pada subjek-subjek sampingan seperti Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Sivik. Sesetengah guru yang tidak bertanggungjawab mengambil
kesempatan dengan ponteng seperti tidak menyampaikan PdP atau lepas
tangan dalam tugasan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana kedua-dua subjek
ini memberi impak yang besar dalam matlamat melahirkan modal insan yang
seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pendidikan Jasmani merupakan
sebuah pendidikan yang bermatlamat dalam melahirkan pelajar yang sihat
tubuh badan dan cerdas minda terutamanya dalam perkembangan fizikal.
Manakala Pendidikan Sivik adalah sebuah pendidikan yang membantu
perkembangan fizikal dan kognitif pelajar dalam memberi nilai moral kepada
pelajar untuk dipelajari dan diterapkan dalam kehidupan seharian.
7.2 STANDARD PRESTASI ANTARABANGSA
Seterusnya adalah berkaitan isu Standard Prestasi Antarabangsa (SPA)
dimana ia merupakan satu ukuran yang dapat menilai tahap keberkesanan
kukurikulum dan kaedah pengajaran di dalam sesebuah negara di samping
dapat membanding beza tahap pencapaian pelajar daripada pelbagai buah
negara (Tom Loveless, 2008). Isu kualiti sistem pendidikan
13 yang goyah kian
diperdebatkan. Malaysia telah mengambil bahagian dalam penilaian
antarabangsa dengan matlamat untuk mengukur sejauh mana sistem
Pendidikan di Malaysia mampu untuk melahirkan modal insan yang seimbang
dan kelas pertama seperti yang dihasratkan dalam FPK.

Dalam pada itu, SPA yang dicatatkan oleh Malaysia melalui instrumen
penilaian Programme of International Standard Achievement (PISA) dan
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS) memberi
gambaran tentang tahap prestasi pendidikan negara yang lemah dan masih
tidak mampu bersaing dengan negara-negara global lain. Hal ini kerana,
pencapaian pelajar yang ditunjukkan dalam penilaian PISA dan TIMMS iaitu
ke atas subjek Sains dan Matematik berada di tahap yang rendah. Ia berada
pada kedudukan satu pertiga terendah di dunia dalam kelompok 74 buah
negara yang mengambil bahagian. (Laporan OECD,2012) Hal ini sekaligus
memberi impak dalam matlamat untuk membina keseimbangan modal insan
dari kesemua aspek terutama aspek perkembangan kognitif.
7.3 KEPELBAGAIAN POTENSI MURID
Isu kepelbagaian potensi murid ini juga sering meniti dari bibir ke bibir
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, isu kekurangan tenaga
pengajar yang berkemahiran akan menjejaskan potensi dan kebolehan
maksimum pelajar. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian
Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran
Malaysia, (KPM), pada tahun 2000 sebanyak 61.8% guru terdiri daripada guru
perempuan dan KPM menghadapi masalah dalam menempatkan mereka di
sekolah-sekolah luar bandar.

Oleh hal yang demikian, kebanyakan sekolah di pedalaman akan


menerima guru yang kurang pengalaman dan latihan akibat ketidaksepadanan
dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana
kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi 'bidang terjun'. Guru yang
bukan opsyen utama terpaksa mengajar mata pelajaran yang kritikal seperti
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan pelajar,
(Ben Boay, et al).

Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan gangguan terhadap


14
perkembangan kognitif pelajar di dalam proses PdP. Oleh sebab itu, hal ini
perlu diteliti dan dicari jalan penyelesaiannya agar tidak terkesan kepada
pelajar dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti dari segi ilmu
pengetahuan dan sebagainya.

8.0 PERANAN SESUATU PIHAK DALAM MEMBENTUK PERKEMBANGAN


MODAL INSAN
8.1 SEKOLAH
Seperti yang dimaklumkan, isu-isu dalam pendidikan di atas kian
diperdebatkan. Oleh hal yang demikian, sekolah perlu memainkan peranan
yang vital dalam mengatasi isu-isu tersebut untuk melahirkan modal insan
yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan, akhlak dan aspek-aspek yang
diutarakan dalam matlamat FPK untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang maju dan berdaya saing.

Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh sekolah bagi isu kod etika
profesion keguruan dalam penyalahgunaan masa adalah dengan pemantauan
dari semasa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah terhadap prestasi kerja
guru-guru di sekolah. Menurut Lokman Mohd Tahir dan Hamidon A.Rahman,
kepercayaan dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai aspek kritikal yang
menyumbang kepada keberkesanannya. Pihak pentadbir sekolah juga perlu
berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada
guru yang bermasalah ini agar masalah dapat dirungkai sebaiknya tanpa
dikenakan tindakan undang-undang. Hal ini sekaligus dapat membantu
pelajar-pelajar yang berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, modal insan yang ingin dibentuk juga perlu dibekalkan
dengan moraliti yang tinggi (Sing Kiat Lee et. al). Untuk melahirkan modal
insan yang berakhlak, sekolah perlu mengadakan aktiviti untuk membina
sahsiah positif dalam diri pelajar. Sebagai contoh, program-program
kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2011 merupakan
wadah utama dalam membentuk pelajar yang bersahsiah sama ada melalui
sukan permainan, badan berunifom atau kelab dan persatuan. Oleh itu,
sekolah perlu menjalankan misi tersebut seperti menjalankan program "1
Murid 1 Sukan (1M1S)" atau Perkhemahan Tahunan untuk melatih disiplin diri
15
pelajar disamping membentuk modal insan yang aktif dalam kecergasan tubuh
badan dan kepimpinan. Yakni, ia akan membentuk modal insan yang
seimbang dalam perkembanagn fizikal dan perkembangan kognitif.
8.2 Guru
Di samping itu, guru yang terlibat dalam melanggar kod etika keguruan
juga perlu memainkan peranan dengan berusaha untuk berubah menjadi lebih
baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Antara
cara yang boleh dilakukan adalah dengan muhasabah diri tentang salah laku
yang telah dilakukan. Dengan cari ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat
diperbaiki. Hal ini kerana, guru sepatutnya menjadi 'role model' kepada para
pelajar untuk dicontohi dan diteladani nilai-nilainya. Guru seharusnya bersikap
profesional dengan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai ikutan pelajar. Oleh
hal yang demikian, tindakan perlu dijalankan dengan segera dalam usaha
untuk melahirkan generasi modal insan yang seimbang di masa akan datang.
8.2 IBU BAPA
Dalam pada itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikan dalam
menghasilkan modal insan yang seimbang kerana mereka merupakan guru
pertama yang mencorakkan anak-anak. Perhatian perlu diberikan kepada
mereka sama ada daripada perkembangan fizikal mahupun perkembangan
kognitif. Sebagai contoh, ibu bapa seharusnya menyediakan pemakanan yang
sihat dan seimbang kepada anak-anak agar mereka sihat tubuh badan
sekaligus dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menyediakan kemudahan-


kemudahan pembelajaran kanak-kanak seperti tempat belajar dan buku-buku
ulangkaji pelajaran. Hal ini semestinya dapat membantu kanak-kanak menjana
ilmu pengetahuan dengan lebih cepat dan baik yang mana turut membantu
dalam perkembangan kognitif mereka. Seterusnya, ibu bapa pada masa kini
seharusnya menghantar anak-anak ke sekolah sejak umur 4 atau 5 tahun
supaya mereka mampu mendapat ilmu-ilmu pengetahuan dalam perkebangan
kognitif bermula dari prasekolah sehingga ke peringkat universiti (Mok Sang,
2010). Dengan ini, keseimbangan modal insan dapat dilahirkan dalam
membantu memajukan negara.
8.3 KOMUNITI
Lantaran itu, komuniti sejagat juga memainkan peranan yang proaktif
dalam usaha melahirkan keseimbangan modal insan di masa 16 akan datang.
Hal ini kerana, masyarakat merupakan penduduk majoriti dalam sesebuah
petempatan. Dengan ini, permuafakatan dalam pembangunan manusia
mampu membantu dalam melahirkan keseimbangan modal insan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, masyarakat yang prihatin boleh menggerakkan
pelbagai program bagi memajukan taraf pendidikan dengan sumbangan
dalam hal ehwal pendidikan negara. Pemuafakatan dalam komuniti
merupakan satu gerakan yang menyatukan semua ahli komuniti seperti ahli
sekolah, keluarga, PIBG, masyarakat, Agensi Kerajaan dan pihak swasta
dalam memenuhi keperluan bersama. Interaksi antara ahli komuniti seperti
perbincangan, pengutaraan pendapat dan juga sumbangan kewangan
membantu dalam keberkesanan pendidikan. Dengan ini, kerjasama yang
wujud dalam komuniti akan memberi peluang dalam melahirkan
keseimbangan modal insan.
9.0 KESIMPULAN
Intihannya, perkembangan fizikal dan kognitif pelajar berkait rapat dalam usaha
melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek seperti yang dinyatakan
dalam FPK. Usaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dalam
mengembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu ini perlu dijadikan
matlamat utama KPM demi menjadi penyumbang kepada pembinaan tamadun yang
cemerlang di masa akan datang. Pembangunan modal insan yang seimbang juga
dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai negara yang beridentiti di samping
menjadi contoh bagi negara-negara di pelosok dunia. Oleh hal yang demikian,
dengan gabungan peranan semua pihak dalam merealisasikan matlamat KPM
mampu melahirkan modal insan yang seimbang dan berkualiti sejajar dengan hasrat
FPK sebagai pemandu arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

17
8.0 LAMPIRAN

Gambar 1.Responden Kanak-kanak A

Gambar 2. Responden Kanak-kanak B

18

You might also like