You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MINGGU SUBJEK TAHUN HARI TARIKH MASA
2 Bahasa Melayu 5 Saidina Jumaat 25/2/2021 10:00-
Hamzah 10:30
TEMA : Jati Diri, Patriotisme & TAJUK : Kemerdekaan
Kewarganegaraan
STANDARD KANDUNGAN 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam
bahan sastera

STANDARD PEMBELAJARAN 4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai


dan menjelaskan maksud sajak

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. mendeklamasikan sajak dengan menggunakan


intonasi dan nada yang betul.
2. Menghayati dan memahami maksud sajak bagi setiap
rangkap.
3. menjawab 4 daripada 5 nilai pengajaran yang terdapat
di dalam sajak.

LANGKAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN


PERKEMBANGAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN CATATAN
SET INDUKSI 1. Guru memasang video pengenalan sajak • https://youtu.be/gwO
(5 Minit) pada tayangan slaid. -FZJgS6Y (Link
video pengenalan
2. Guru meminta murid-murid untuk sajak)
menyatakan semula ciri-ciri dan bentuk • Pendekatan
sajak yang terdapat di dalam video yang Komunikatif
ditayangkan tadi. • EMK: TMK

LANGKAH 1 Alat Bantu Mengajar


(20 Minit) 1. Guru mengedarkan lembaran kertas yang -Skrin projektor
berisi teks sajak kepada murid-murid. -LCD projektor
-Teks sajak
2.Guru menayangkan video pendeklamasian
sajak pada skrin projektor dan menyuruh
murid-murid menghayati cara
mendeklamasikan sajak dengan betul.

3.Guru meminta murid-murid untuk


membaca secara individu.

4.Guru menyatakan maksud setiap rangkap


sajak EMK: TMK

LANGKAH 2 1. Guru membentuk beberapa buah • Lakonan yang terbaik


(20 Minit) kumpulan dan ahli kumpulan terdiri akan diberikan
daripada tiga orang murid. anugerah.

2. Murid-murid perlu berlatih


mendeklamasikan sajak mengikut
kreativiti masing-masing dalam kumpulan • Prob persembahan:
yang telah ditetapkan. Senapang mainan,
Keris mainan,
tengkolok dan
gambar api.
-Setiap kumpulan akan diberikan (murid dikehendaki
beberapa prob persembahan.
menggunakan prob
persembahan yang
3. Murid-murid mempersembahkan sajak di
disediakan semasa
hadapan kelas, lakonan masing-masing
mengikut kumpulan yang telah diberikan. mendeklamasikan
sajak di hadapan
kelas).

-Murid-murid hanya
diberi masa selama 20
minit untuk berlatih.

LANGKAH 3
(5 Minit) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja
kepada murid-murid

2. Guru meminta murid untuk


menyenaraikan 5 pengajaran yang
terdapat dalam sajak ‘Boneka Tanah
Melayu, milik penjajah’
link
PENUTUP
- Kognitif 1. Guru dan Murid merumuskan isi
pelajaran.
- Sosial
1. Guru memberikan:
• Penghargaan
-Mengucapkan terima kasih kepada
murid-murid.
-Memberikan hadiah kepada
kumpulan yang memenangi
persembahan sajak dan lakonan.

• Pengukuhan
-Guru memberi satu lagi video
contoh sajak kemerdekaan kepada
murid-murid melalui kumpulan
whatsapp kelas.
-Guru memberi murid lembaran
kerja.
REFLEKSI :

Sepanjang saya mengendalikan PDPC pada hari ini, saya berasa amat teruja dan
terhibur dengan bakat yang dipamerkan oleh setiap murid. Mereka bersungguh-sungguh
dalam mendeklamasikan sajak dan melaksanakan tugasan lakonan. Saya juga telah
memberikan insentif kepada murid yang mempersembahkan lakonan terbaik. Insentif ini
diberikan bertujuan untuk meningkatkan semangat murid dalam pelajaran mereka
Disamping itu, melalui pelaksaan tugasan lakonan ini juga, saya dapati masih terdapat
pelajar yang kurang mahir dalam menggunakan intonasi, jeda, nada sajak dengan betul.
Oleh itu, saya memberikan satu lagi video contoh pendeklamasian sajak kepada murid-
murid di kumpulan Whatsapp kelas.

You might also like